Friday, July 31, 2009
Yey!
Kejap je..
.
.
.
.
.
.
p/s: Mieza, selamat majujaya di masa yang lain *wink*wink "p
Tak suka tahap ke - 2
Tapi jangan laaa kamu nak lebih2 pulak
Ini sudah melampaui batasan mengamok tahap keliwon versi keranda terbang malam tadi
Makin lama makin hazabness service kamu
Dulu2 yang brand philips dengan nokia punya decoder superb tak penah rosak
Tapi sekarang cap apa-tak-tahu terhegeh2 baru nak respon dah la tak lawa kaler hitam
Dan..
Datang pulak surat beracun
Nak naik lagi monthly fees kamu sebab kata kamu channel sport tu mahal
Bagi aku channel itu sangat annoying tatkala ada aku sedang bersilat kat dapur aku dengar bunyi orang tepuk tangan, bunyi kereta lumba, bunyi orang sorak, tak cukup dengan tu kadang kadang (masa rumah lama) orang jerit macam dekat stadium gara gara 22 orang kejar sebiji bola. Kadang channel tu pulak senyap tapi ada adegan orang tonjol2 bola guna kayu bagi masuk lobang bila tersasar semua orang akan bunyi "huowoooooo arghhhhh uhhhhh" (pssstt..rancangan kegemaran husband).dan husband akan emo di depan TV dan mula mogok tamau tolong potong sayur..Sigh!!!
Dan sebab adegan2 tu lah saya tak boleh tengok cerita Melayu kegemaran saya!! +0%7^$@#@#!! Saya lebih rela tengok Kisah Benar TV3 hari2 dari suruh hadap channel sport tu. Lebih rela hadap pelakon2 KB tu yang sekor2 muka macam kulit bawang layu. Sanggup!!
Tapi takde choice lain. Sebab kalau tak mahu channel tu saya kena tukarganti dengan Channel BBC,CNN segalabagai yang saya atau kami berdua langsung tak kan tune atau channel kartun yang saya kami tak akan tune jugak! Dan nak terminate account memang tak boleh..So!!! Hadap je la bil tiap2 bulan cam tu..Ke sampai habis EPL bil akan back to normal?
Isu ini tahap ke 2 bengang selepas isu dekoder slow respon ibarat sebijik dekoder yang mintak penampor..Sighhh...
Thursday, July 30, 2009
Hello
Since last week tak ade update ape2 pon pada blog kan. Entah aku pun tak tau kenapa macam pandang sepi je blog ni..Pandang kosong..Mood 2 3 menjak ni swing je..Aku sekarang pada tahap yang aku rasa aku senyap je tak borak2 sangat adalah pilihan yang bijak..Diam dan rasa tenang saje..Rasa malas nak cakap cakap dengan orang. Rutin harian laju je berjalan..Dari pagi bangun kemas dapur buat air pergi kerja buat kerja makan hati balik rumah masak tengok tv (malam dah macam tak berminat nak online), dan tido dengan awal umpama zaman Jepun.
Lesu nye aku...
Wednesday, July 22, 2009
Macam mana ye?
Monday, July 20, 2009
H.A.R.A.P.A.N.
Bertubi tubi juga soalan yang menerpa ke gegendang telinga saya tentang sudah ada tanda tanda kehadiran orang baru ke belum..Alahai macam mana lah penerimaan orang orang yang sudah bertahun kawin tapi belum ada rezeki mesti dah tak larat berdesing dan sudah sampai tahap telinga jadik pekak ibarat taik telinga 10 abad tak cuci bila dapat soalan soalan macam ini. Saya dapat rasakan betapa sedihnya menjadi kawan sekantor saya dulu yang sudah hampir 8 tahun kawin dan belum punya anak dan telah mencuba berbagai cara untuk dapatkan anak. Sedih dan sangat pilu bila tiba hari raya katanya tidak pernah gagal memasang niat apabila memberi duit raya pada kanak kanak lantas menyuruh mereka (kanak-kanak) itu berdoa di murahkan rezeki mereka di kurniakan zuriat lambang rumahtangga mereka yang utuh, dan bagaimana perasaan isteri beliau yang sangat merendah diri sentiasa dan sangat takut suaminya (kawan saya) berpaling kasih walau saya percaya kawan saya sangat sayang isterinya walau apa terjadi. Owh sedih. Saya consider masih awal lagi dan gembira juga bila orang bertanyakan soalan macam ini. Setiap kali soalan tu di tanya umpamanya di tambah2 bunga bunga harapan dalam hati dan fikiran saya dan membuatkan saya rasa yang sangat tak sabar nak tunggu keputusan yang gembira itu. Tetapi bilakah? Mampukah saya? dan kadang2 saya umpama separuh sedar pikir perkara ini kerana apa? kerana saya betul betul berharap walau cuba menidakkan kenyataan berbaur harapan ini zahirnya pada diri saya sendiri dan pada orang lain juga.
Sunday, July 19, 2009
Separuh lagi...
Agak lama juga bertahan ingatkan 2 3 minggu dah habis
Huhuhu
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
Lepas ni kalau pakai lagi mesti dah tak sebest 1st time pakai
Kalau pakai pun sure orang2 sekeliling akan blink blink mata sepuluh kali *wink*wink*
Inai di jari pengantin..
Thursday, July 16, 2009
Idaman Hati
Wah! So moral of the story ape?
What is Your Lucky Number?
So lepas ni kalau orang tanya aku apa nombor fav kamu..no 3 lah jawabnye! :-p
Updated: Kawan2 sekeliling saya yang 3 orang itu (Sal, Iszuanie & Mazli) adalah anak ke 3
Wednesday, July 15, 2009
Notes to remember...(Specially dedicated to orang yang nak kawin dan bertunang juga :-)
Baca ini...
See...bukan pendapat aku sahaja..sudah tertulis buku ini..Orang putih pun ade rasa yang sama lah!...bukan tak boleh percaya semua..tapi nanti kite akan terlibat dalam satu perjuangan konflik dalaman dan mengakibatkan permasalahan tidak kira kecik atau besar di hujungnya nanti..Kindly take note ok kawan kawan!
Monday, July 13, 2009
Wedding Gift

Thanks Anyway :)
Kenapa perlu saya declined kerana destinasi itu adalah yang telah di persetujui oleh saya dan pembelanja saya malam sebelum saya raise up entry rindu makanan saya pada Sabtu lepas.
Siap mengoffer menjemput kami di pintu hadapan kediaman. Owh terharu dan terhebat sekali.Kalau anda?
Kerana selama ini saya hanya di William tapi setelah beberapa faktor membuatkan saya tidak lagi ke situ owhh walau hati rindukan hawaiian nye, namun setelah melepasi malam tadi kami tidak akan kembali ke William lagi kerana Murni mempunyai deskripsi dan aura aura kehebatan nye mengatasi William. Namun saya tidak akan menidakkan bahawa Hawaiian di William is the best in the entire world (entire world adalah perkataan paling di ingati dalam banyak banyak lirik lagu MJ yang telah dikoirsumbahsingkan oleh saya dan classmate di klasik 96 dan 97 di mana saya telah di arahkan oleh Fikri Hairiri untuk buat suara soprano.Apakah??) Sungguh.

Dan sekiranya encik telah menggreenlightkan kesedapan Mango Tulen Blandednya..maka investment kami di situ akan bermula bila bila masa lagi.
Terima kasih kepada pembelanja. Saya tak mahu letak muka muka pemakan. Sekian
Sunday, July 12, 2009
Saturday, July 11, 2009
Rindu sama....
Roti Hawaii..William punya best cuma environment situ kurang selesa..3tp Roti Hawaii tetap the best!!!
Di rindui sejak sebelum kawin..Sekarang sudah 1months ++..Oh i miss Shogun sooo much! Lets sushi!!
Andddd....
The mossssst rinduest is..Atrium Cafe Sunway...Huwaaa.Miss the dessert soo much..sob sob sob..

P/s : aku tengah lapar nak tunggu pukul satu ni sebenar nyer..hahahaha
Credit to Tuan Punya Gambar..Trimas!!
What to do..
Apa aktiviti best tak banyak pakai duit yang best ye
Ada orang mau belanja saya malam ini
Tapi siang ni apa mau buat?
mrBBA pulak kena kerja sampai pukul 2
Adehlaa..adehla???
Thursday, July 9, 2009
Harta
Pengsan 100x
SUSAH HATI :C
SUSAH HATI :C
Tension ar..Giler babeng punye..nak kentut kentut je rasa ni...
Aku dah terrrrrrr terrrrr under quote satu value engine
$10k beza dari harga sebenar
Client dah pegi site visit, drawing dah siap, tinggal nak bagi final discount je lagi sebelum customer keluar PO dan proceed ke Italy
Aduh cam ne nak buat ni...... !!!???!!!???!!
Shukor Punyer
- Keras hati dan degil >> Betul Sangat!
- Semangat dan bermotivasi tinggi >> Haha ye la ye la
- Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian >> Erkkk
- Berfikiran tajam >> Betul Betul !! Ini la ciri ciri lelaki idaman akuh!
- Mudah marah apabila tidak dikawal >> Tersangat lah tepat!!
- Perasaan yang amat mendalam >> Erkk cam tade perasaan jerkk! Lariksss
- Cantik dari segi fizikal dan mental >> Ha??
- Tidak perlu dimotivasikan >> Gelak kuat kuat boleh??
- Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain >> Tepat!!
- Mudah dipujuk >> Iye!
- Bersikap sistematik (otak kiri) >> Pandai kira2 kan..Sangat tepat!!
- Suka berangan >> Tak tepat
- Kuat daya firasat (faham apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu) >>Eh?
- Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit >> Takde pun!
- Daya khayalan yang tinggi >> Tak perasan pun
- Berfikiran tajam >> Betul!
- Pandai berdebat >> Dengan aku pandai larr, ngan orang lain tatau
- Bentuk fizikal yang baik dan menarik >> Ha? Hahahaha
- Kelemahan sistem pernafasan >> Ha ha Ha Tepat !! Lariksss lagi!
- Suka sastera, seni dan muzik serta melancong >> Tidak tepat sama sekali
- Tidak berapa suka duduk dirumah >> Sangat tidak tepat
- Tak mempunyai ramai anak >> HAH!!! Jangan la macam ni weh!!
- Tak boleh duduk diam >> No no no no sangat tak tepat
- Rajin dan bersemangat tinggi >> Boleh la sikit, sikit jer la tapi..
- Agak boros >> Tersangat tidak tepat, patut boh kat aku punyer..haha
Aiza Punye
Sangat aktif dan dinamik (Dulu kot sekarang tak aktif sangat, dinamik camne ye?)
Cepat bertindak,buat keputusan tetapi cepat menyesal (Sangat tepat! Aku berfikir seolah olah tiada hari esok)
Sangat menarik dan pandai memanjakan diri (No no no no)
Suka adventure (No no no...tak suke!)
Pengasih,penyayang,sopan-santun dan pemurah (Wah!!
Emosi cepat terusik (Tepat!)
Kecenderungan bersifat dendam (Tak tepat!)
Agresif,kelam kabut(Buat kerja pantas) (Tepat!)
Kelam-kabut dalam membuat keputusan (Sangat tepat! dan selepas itu menyesal.)
Kuat daya ingatan (Sangat Tepat!)
Instint power, gerak hati yang sangat kuat (Sangat Tepat!)
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain (Sangat Tepat!)
Berpenyakit disekitar kepada dan dada (Sangat Tepat! Penyakit apa tatauu)
Mudah dan terlalu cemburu (Tepat lah jugak!)
Wednesday, July 8, 2009
Melayu Mudah Lupa
Bulan ini saja sudah 2 3 kali terlupa bawak handphone ke ofis, mujur rumah sepelaung saje boleh ambik balik..Mentang2 sekarang sudah duduk sebumbung serumah setandas sebantal segala semua...handphone tu macam dah di anaktirikan..cuba kalau dulu..asal tido malam handphone tepi pipi atas bantal sama taraf dengan tuannya..hahaha..

Betul ke kata orang, kalau bersalin banyak urat putus lagi bertambah kuat perangai kuat terlupa tu???
Saturday, July 4, 2009
Kata kata orang lama....

Kata kata orang lama kalau rumah kita berterbangan rama rama, maka adalah tetamu akan mengunjungi rumah kita..ya bennarr..Mak Abah ku datang di weekend yang lepas dengan niat yang saja saja kerana aku tak jadi balik ke Ipoh. Kedatangan juga membawa buah berduri kesukaan ku..Wah! Sentimental feelings beb!



