Monday, June 27, 2011

Umrah - Ziarah

Alhamdullillah setelah 2x tertangguh nak pergi dengan Tiram Travel yang hampagas, akhirnya plan kami terlaksana juga tapi this time dengan Tabung Haji Travel Services yang da bombbb aku boleh kasik 4.5stars out of 5. Syukur ya Allah....perjalanan dan rancangan kami sangat smooth dan tiada apa yang kritikal dan yang hebat juga dan semua flight dan timing2 program semua boleh kata tiptop on the dot begitu juga dengan aktiviti2 ibadah kami.


Perjalanan Rumah - KLIA - Dubai - Jeddah - Mekah
Agenda bermula waktu maghrib 1hb kerana kami sudah perlu mandi sunat ihram dan selesai solat Isyak kami kena solat sunat musafir terus. Kata nak bermusafir kan. Alhamdullillah part transportation nak ke airport yang parent in law aku serah bulat2 kat aku suruh handle semua nya berjalan lancar. Abang Ahmad driver tu datang bersama Hyundai Starex nya. Bestnyaaa....Alep pun tak tentu  hala nak tido jakun naik kereta tinggi. Ok nanti kite beli Starex menan punya. :p Sampai KLIA nak tunggu check in apa segala dalam jam 1am dah turun ke departure hall. Debar jantung aku bagai nak rak juga bila nak pass by Imigresen Kaunter..bila guna auto machine tu kan passport aku tak boleh baca so kena pergi manual. Orang lain semua dah lepas. Nasib baik tak ada apa. Kalau MARA sangkutkan aku siap ko MARA aku dah bayar 6 months in a row tau, yang penting lepas ni aku senang hati nak travel mana mana sebab akaun MARA aku dah tukar title Active Repayer..Harap lepas ni aku tetap ada rezeki untuk bayar.

Trip umrah kami agak best sikit sebab kami pergi umrah dulu baru ziarah yang mana orang selalu pergi ziarah dulu, ini bermakna kami perlu terus memakai ihram (ihram lelaki 2 helai kain putih, ihram wanita macam pakaian solat). Perjalanan dari KL ke Dubai lebih kurang 5 jam 30minit,  jadi masa transit 3 jam di Dubai, kami perlu bersiap pakaian dan juga solat sunat ihram. Punya la kelam kabut masa tu nak kejar masa dan tambah pulak Dubai Airport tu dia memang macam connecting world punya airport kan. Huru hara sana sini. Bila dah naik atas flight memang best sangat sebab kami request tukar seat depan supaya Alep boleh letak dalam basinet macam 1st flight tadi. Lagi pun kami sedang berihram jadi kena jaga 13 pantang larang ihram. Best dengan Emirates macam2 benda Alep dapat dari makanan, toys, buku cuma adults food tak se best MAS kot. Betul2 tengah perjalanan yang amek masa 1 jam lebih tu pilot dah announce boleh berniat umrah sudah. Jadi kita berniat umrah di Qarnul Manazil dan boleh la berulang kali bertalbiah.

Landing terus di King Abdulaziz International Airport, Jeddah lebih kurang jam 12tgh hari. Tarikh berapa jangan di tanya sampai ke sudah aku nak balik Malaysia balik tercungap2 kira harini hari apa yee....Yang aku tau Arab Saudi lambat 5 jam dari Malaysia. Cuaca memang nampak panas dan sebelum tu kami membayangkan semua urusan jadi lambat, syukur lagi sebab dalam masa kurang dari 45 minit kami dah bersenang lenang atas bas. Punya la sedap seat bas tu dengan ekon kuatnya. Alep masuk2 bas terus lentok aku pun apa lagi kan. Perjalanan Jeddah - Mekah dalam 2 jam kot sejam pertama aku tido tak ingat apa sedar2 dengar suara sepoi2 bahasa macam orang pasang kaset rakaman citer tentang sejarah Mekah, Sejarah Nabi sepanjang perjalanan. Rupanya2 dah nak dekat sampai baru aku tau itu suara Mutawif group kami, Ustaz Syakur - Student Indonesia yang belajar di Mekah. Best betul dengar semua informasi dari Ustaz Syakur yang bahasa dia sangat puitis seolah2 kita boleh terus bayangkan masa zaman Rasullullah dulu. Biasanya bahasa orang Indonesia memang sedap2 di dengar kan. Permulaan ayat bicara dia,  pasti dia akan cakap "Tuan Tuan Puan Puan Adik Adik Tetamu Allah yang Di kasihi"....Tu pasal aku mula2 ingat itu kaset rakaman. :p..Selain bertalbiah dia ajar semua doa2 yang macam dalam buku panduan tu. Doa melihat rumah2/ bangunan2 di Mekah, doa masuk ke Kota Mekah dan macam2 lagi.

Umrah Pertama - Umrah Wajib

Sesampai di hotel di, Hotel Al- Firdaous yang terletak di jalan utama yang busy sangat Jalan Ibrahim Al Khalil, check in bilik (bilik nya patot muat 2orang je tapi leh sumbat 4org), terus bergegas berkumpul satu kumpulan. Pembimbing dari TH - Ustaz Muhammad dah pesan kepada sesiapa yang ada experience, boleh proceed dulu tanpa tunggu kumpulan. Jadi FIL n MIL decide untuk kiteorg jalan dulu tak payah tunggu 40 orang yang lain. Maka mula la sesi mendukung bayi secara marathon berganti2. Agak sukar juga kerana aku dan suami perlu menjaga wuduk dimana dalam rukun umrah, hanya masa kita tawaf Kaabah 7 keliling kita perlu suci dari sebarang hadas, yang lain2 tak pe kalau takde wuduk dan QRS pulak memang tak nak orang lain dukung, maka aku la yang mendukung beliau dengan penuh redho. Seperti yang aku katakan..andai kepayahan itu salah satu cara untuk kurangkan dosa aku..aku redho ya Allah... Tak berapa jauh hotel kami ke masjid dalam lebih kurang 7minit je tetapi orang nya semua berlumba berpusu2 ke masjid terutama pada waktu2 sejam dua sebelum solat. Aku memang berniat malas nak bawak stroller walau aku dah call Emirates dan dia kata memang f.o.c kalau bawak stroller tapi tah la kenapa aku tetap malas nak usung..Akhirnya walau berpecah terpisah kami sebab takde handphone bersimkad arab elok lepas je solat magrib selesai lah umrah wajib kami...

Sebenarnya banyak lagi nak cerita in details.Tapi dah dekat 2 minggu posting ni terpending kat draft dan tak best pulak tengok hang lelama kan..Jadi nak cepat habis kan cerita memori ni upload je gambar kan senang...hehehe


Qhalyf main dengan anak anak Arab yang semua bermata comel sangat esp budak2 perempuan Turki & Iran. Ada masa QRS sangat okey nak main sampai aku tak senang hati nak semayang dia merayap sampai ke saf mana² dan ada masa dia punya merengek datang yang aku kadang2 terpaksa skip solat jemaah atau lepas niat aku terus sembahyang duduk. Boleh aje aku nak berhati kering macam sesetengah jemaah anak melalak dia boleh buat derk je terus je sembahyang, tapi aku rasa tak syok bila nanti akan ganggu kekusyukkan jemaah lain. Maka bergilir lah sembahyang dengan kakak ipar. Tapi anak2 Arab ni tegar2 belaka tak macam kita. Mereka sangat berani berjalan sana sini tanpa pengawasan parents.
  

ZamZam Tower yang tersergam gah tepi Masjidil Haram. Refer pada slot MHI bulan bila tah salah satu panel arkitek nya adalah seorang pensyarah dari UIA, Malaysia. Bertuahnya...Pembangunan di Mekah sangat pesat yang mana boleh kita tengok seluruh kawasan dia ada saja projek di bangunkan dan iltizam mereka juga seperti kite punya Wawasan 2020 dan Mekah akan setanding Madinah menjelang 2020. Mereka juga sedang bangunkan sistem keretapi laju (macam LRT) di kawasan2 jemaah menunaikan rukun2 Haji dan pemilik projek projek mega semua adalah di maklumkan ialah kumpulan syarikat 'Saudi BinLaden Group' iaitu syarikat milik ayah kepada Osama Bin Laden dan mereka tiada kepakaran dalam bidang elektrik elektronik maka mereka telah memanggil contractor² dari China dan ada juga kolebrasi dari KTMB (Keretapi Tanah Melyu Berhad). Rezeki kami juga kerana sepanjang menunaikan umrah, kerja² construction seolah2 di berhentikan sementara dan udara cuaca cukup bersih dan langit sangat biru.

Mama dan Alep berada di bawah Bukit Jabal Rahmah. Bukit ini la pertemuan semula Adam dan Hawa di dunia. Babah je gigih naik bukit ni jangan Babah doa bukan² sudah kerana ada juga yang mengatakan ada orang lelaki naik ke bukit ini dan doa dapat kawin lagi :-) ... Di bawah bukit ni banyak sekali kita tengok unta yang berhias tapi awas! jangan sesekali berangan nak naik kalau setakat bawak SR100 sebab kalau naik pusing² posing² amek gambar kosnya ialah paling kurang SR500. Kirap beg duit la..

Ini  la moment yang paling aku suka, teruja dan paling aku rindui sekarang ni. Tempat ni aku rasa aku serahkan jiwa raga dosa2 aku pada Allah S.W.T..Penjuru Kaabah atau namanya Multazam..sesudah tawaf kita perlu solat sunat tawaf dan berdoa di sini antara tempat makbul doa..Titis la airmata sebanyak mungkin sujud dan sembah padaNya atau lihat sahaja Kaabah itu dengan mata dan hati...nescaya Allah akan anugerahkan kita pahala. Tawaf pada suhu 50++ darjah celcius matahari tegak atas kepala tak terasa kepanasan apatah lagi semasa sujud di lantai marmar itu yang di ceritakan bawahnya ada air zam zam bertakung langsung tak rasa panas. Ajaib kan!


Jemaah paling muda TH Travel yang sangat gelemer semua jemaah lain dalam group boleh kenal dia dari KLIA semua orang dah tanya² aku "bawak baby ke" dan bila aku angguk ramai yang terkejut sebab dalam group 40 orang ni aku je yang hangkut bayi..Time dia jerit2 happy orang tengok aku, time dia melalak pun orang tengok aku. Terima kasih Alep glemerkan mama :-)

Ini rukun Umrah juga iaitu Saie berulang alik 7 kali Bukit Safa dan Marwah. Sambil berjalan ini kita imbas kembali keperitan Siti Hajar r.n.a mencari air. Antara tawaf dan saie, saie lebih terasa kepenatan nya lebih2 lagi kepada kaum lelaki yang perlu berlari² anak antara lampu2 hijau itu tapi sekarang ada saja pitstop minum air zamzam, boleh minum dan patah balik mana tempat kite berhenti bila terpikir nak minum tu. Dulu² macam mana???  


Ni antara masa dalam sejam dua sebelum masuk waktu solat Subuh. Lebih kurang pukul 3 pagi waktu ni tapi cuaca agak kering dan berangin. Ramai2 berjalan ke masjid rebut tempat. Bagi aku tak rebut sangat pun sebab aku mmg duduk tempat wanita yang ada ramai budak. Hari pertama hingga ketiga je terkejar, lepas dah tau tu ok. Tapi masa subuh ni la paling best dan Alhamdullilah aku tak lepas sembahyang subuh jemaah di masjid kerana aku sangat sangat percaya solat subuh itu ialah kunci kepada pintu rezeki. Lepas solat subuh juga agak best sebab banyak je stall² illegal ni jual² sepanjang jalan nak balik hotel tu. Hari masih gelap tapi orang ramai sangat siap kadang2 bila kena ambush macam ala ala DBKL tu bertempiaran stall² ni lari. Jual jubah, kasut, beg u named it semua ada. Aku salute juga kerana diaorang tak la nak mintak sedekah saje at least ada effort juga cari rezeki. Ada juga yang mintak sedekah tapi semua anak² kecil yang akan jerit tapi semua yang berkulit hitam.

Menjelang Asar agaknya. Pict. taken by Babah. di Mekah & Madinah ada channel tv yang live untuk tunjuk kawasan Masjidil Haram dan Masjid Nabi. Amat berguna sebab bila kita nak pergi masjid je contohnya nak buat tawaf sunat, kita boleh tau orang ramai ke tak sambil tu di perdengarkan juga alunan bacaan ayat² Al Quran dari Masjidil Haram yang sangat² sedap. Sedapnya sampai kami tak tutup pun tv sepanjang tidur waktu malam.

Ini antara tempat ziarah luar kami sebelum pergi miqat umrah ke dua iaitu Ladang Unta. Hati2 terpijak jerat percintaan dari tumpok tumpok taik unta. Ada juga jual fresh susu unta tapi malas nak berator ramai sangat. Alep geli tengok unta. Alep semua benda berbulu dia geli.

 
Terpaksa leka kan dia masa take off dan landing sambil hisap pacifier sambil tgk apa2 citer  best in flight. Ada citer Hi5 kegemaran dia. Ada sekali tu dia memang tak nak duduk diam tak nak hisap pacifier smua sampai telinga dia berdesing sakit kot sebab masa tu aku pun berdesing sakit sangat. Lain² dia behave well dan Emirates sangat best dapat banyak toys dan food dan makanan mama sekali Alep bedal..

Itu saja kot yang terlintas nak stori mori buat memori kat blog ni. Macam2 cerita ada kat blog ni kan.Oh ya di Madinah ada  satu dua gambar tak berapa ambik gambar malas nak tepek kat sini..Dan sampai kini hati ku tertinggal di Mekah..Harap lepas ini aku masih mendapat 'panggilan' ke sana lagi, lagi best kalau bulan Ramadhan di sana. Moga Allah s.w.t perkenankan semua doa2 ku di sana dan terima segala galanya yang tak best dari ku..Amin...

1 comment:

cdalan said...

salam. saya ada nak tanya few things la esp pasal bawak baby gi tanah suci. boleh email saya kat norshahida.sahlan@gmail.com.

appreciate sgt!