Tajuk nak omputih sesaje kannnn!
Actually aku perasan sangat lately aku kurang berentry..dan kalau ada entry pun mesi ada gambar banyak sikit di mana kat situ macam konsep "pictures say a thousand words" je la..
Tak payah guna banyak sangat kaedah tekan tekan keyboard (tak taip ayat pajang2 lerrr)
Sometimes idea laju saje mencurah bagai ke dalam longkang..cuma bila ada beberapa limitation dan beberapa faktor perlu di kira pakai semenjak dua menjak ni..perkara itu umpama memotong kelancaran idea itu menjadi terbantut bantut umpama memandu di lane kanan highway sedang menguji kelajuan enjin tiba tiba nampak lampu disengajapantulkan oleh kereta2 gagah..tak mencicit ko ke tepi kan..
See punya teringin nak taip panjang2 padahal refer tajuk tu sikit je kan. Lets kite cerita cerita pasal nombor kegemaran kamu semua. Bagi aku, aku bukanlah seorang yang 'ONG'..contohnya macam cabutan bertuah yang hadiah nye kurang dari penerima, sure aku tak akan dapat satu pun.. melainkan kalau hadiah tu diperuntukan lebih atau cukup2 dari penerima, itu bulih gerenti aku akan dapat satu dan satu itu mestilah bukan Grand Prize yang pasti..ini sangat berbeza dengan mrBBA yang selalu je bertuah..Tapi nak buat cam ne kan..mana ade makanan yang boleh kite makan menjadikan kite bertuah serbertuahnya..itu semua sudah tertulis kan..Lagi mau argue kan..Ok tentang nombor..adakah kamu kamu semua memiliki nombor yang kamu sangat gemar dan menganggap nombor itu dasyat dan mempunyai aura tersendiri towards kehidupan dan peribadi kamu?? Aku tak ada pun..Tapi kenapa ramai sangat suka no 7 ye? Sebab no tu lawa? Maksud lawa tu apa disebaliknya? dari segi bentuk atau dari segi sebutannya? Pelik kan! Sampai ada sanggup berbida menghamburkan duit ringgit untuk mendapatkan no 7 pada kenderaan masing2. Benar atau tidak itu satu kepelikan?
Tapi bila memandang sejenak buku catatan aku tadi ..ye ada satu nombor yang sangat simbolik pulak rasanya..mungkin agak relevan andai aku menganggap nombor itu nombor pilihan kalau ada orang bertanya ..apa nombor kesukaan kamu?? Nombor itu adalah nombor :-
3
Simbolik kerana selalu berkaitrapat dalam hidup aku antaranya :-
1) Aku anak yang ke-3 dari enam beradik
2) Tarikh mula bercinta 30/7
3) Tarikh bertunang 9/3
4) Tarikh nikah 30/5
5) Tarikh kenduri rumah aku 31/5
6) Tarikh kenduri rumah suami 13/6
So lepas ni kalau orang tanya aku apa nombor fav kamu..no 3 lah jawabnye! :-p
Updated: Kawan2 sekeliling saya yang 3 orang itu (Sal, Iszuanie & Mazli) adalah anak ke 3
8 comments:
5282 boleh tak?
x boleh di terimapakai..
satu digit sahaja.
weh jaja aku pun suker no.3
sebab2nyer kan... nak interfrem kat sini leh kan jaja.... hikhikhikhik...
sebab2 nyer....
1. anak no.3 dari 5
2. lahir 3/10
3. dah masuk 3 uni
4. dah ada 3 reta karun milik sendiri
di kala aku mahu balas komen kamu..ternampak bahawa sudah ade 3 komen di column komen :p wink wink
ye ayuh kite bernombor 3..harus baca ramalan tentang kesukaan no 3 ye
aku tatau nombor apa yg ong bagi aku tp aku dari dulu suke nombor 7..hehe..handphone aku ada selit nombor 7, plet nombor kete aku pon ada nombor 7 gak
Jauh sekali aku suka no 3... Aku suka nombor 5.
1. 5 adalah tarikh lahir aku pada bulan Februari 1982
2. 5 adalah nombor rumah aku yang menggunakan nombor 15 di Ipoh
3. ada lima batang jari kanan dan kiri, juga termasuk 5 jari kaki kiri dan kanan
4. kat langkawi ada pameran Lima
5. Aku buat jawapan pun cuma lima je, nak buat 6 dah masuk nombor bukan favourite
p/s: Aku duduk kat Taman Jaya Delima, Tanjung Rambutan. Juga aku minat pada penyanyi Indonedia de-Lima
mak suke nombor 7..
mak lahir 7/12
no hp mak pown...byk yg nombor 7
tp adik beradik mak ade 2 je...takleh nombor 7 la kan...tak relevan kate nye
mazli - aku rasa ko nyer no ong ialah 2 dan 5..ko tambah jadi lah 7..haha tak lari kan dari no 7
Mo - baru skrg i can hapal since u mention here u bufday is 7 not 9 of dec..haha mak kompius selaluh!
Post a Comment