Friday, September 14, 2012

LAZADA Malaysia - Pengalaman

Siapa ada pengalaman bersama Lazada/Zalora dan seangkatan sila angkat tangan hehe..

Zalora tu iklan dia sangat tempting kan, tapi menurut kawan2 yang dah terkena memang takut nak beli dari diaorang. Lazada punya iklan pun menggegar nafsu juga.

So aku membeli (actually cuba membeli) dengan Lazada. Saja masa tu bosan takde kerja kan...aku tak pasti payment method dengan Zalora ada ke tak guna terms COD, tapi untuk Lazada memang ada dan aku guna term tu. 

1st test aku ialah dengan membeli barang harga rm4.50 iaitu 20pcs jelly mould harga kat luar pun lebih kurang, lepas tu Lazada kata free shipping kan, ok lets try, kalau tak sampai ke apa ke aku tak rugi sesen pun..dan benda tu betul2 sampai, aku order hari Khamis, hari Selasa next weeknya sampai. Budak despatch tu pun gelak kat aku, tak percaya benda tu aku cuma perlu bayar kat dia rm4.50 saje tanpa apa apa tambahan kos. Dia siap datang naik lori tau hahaha.. Tetapi ada beberapa kecelaruan juga antaranya :-

1) lepas order, dapat purchase confirmation email dia total up jumlah jadi RM9.50, aku sudah panas menyumpah juga la masa tengok email tu, penyesalan pun datang ni kalau suami tahu ni mmg bernanah juga telinga kena tadah bebelan kan. RM5 tambahan tu katanya apa fees entah tak tau, lepas tu mmg cakap kat situ 20pcs blue color..

Ok fine, bila sampai, aku dah standby nak bayar rm9.50, dia kata rm4.50 je..aikkk guano citer ni eh tapi baguslah jadi murah ke harga asal balik kan..ok lepas tu excited bukak kotak, tengok ok benda yang betul cuma 10pcs biru 10pcs pink..huwahuwahuwa dan sekali lagi tak apa lah...ok saje...

 Lepas tu naik syok pulak, aku masuk lagi website Lazada, purchase buku pulak 2 buah buku each rm5.50 - buku masakan yawww! so lepas purchase dpt confirmation email untuk buku buku tu RM11..benda ni aku order pada hari Rabu 12/9/2012

13/9 hari Khamis aku dah dapat benda tu, juga dah standby RM11, alih2 budak despatch tu kata RM5.50 saje kak, aikkk kata 2 buku aku order, dan sekali lagi takpe lah bayar saja lah RM5.50 dan dapat saje lah 1 buku, lagi 1 buku tu entah tahun berapa nak sampai atau tak sampai samapai langsung ke aku tak kisah hihihi aku tak rugi apa ..kalau sampai jugak memang dasat la Lazada berniaga masih boleh untung siap hantar separate consignment kan..


Apa apa pun sesiapa yang nak berurusniaga dengan Lazada/Zalora dan seangkatan (diaorg adik bradik sebisnes dari maklumat aku google2) silakan...takde masalah, cuma aku nasihatkan kalau nak beli tu barang2 yang mahal2 lebih dari RM50 ke apetah lagi yang ribu ribu tu pergi lah ke kedai, dapat tengok rasa pilih dan confirm ketulenan, ketepatan barang yang dibeli tu, serius aku memang tak berani nak ambek risiko, kalau setakat benda2 murah yang tak urgent boleh la dibeli tapi aku nasihkatkan sekali lagi jangan la pandai2 pergi pakai credit card..tak kisah la rugi sikit tak dapat point masa membeli tapi sayangi lah wang anda..kalau nak beli juga boleh, ingat guna payment terms cash on delivery (COD) ye.


Oh ya lupa pulak nak bagitahu tiap kali purchase aku dapat voucher rm10 diskaun makanan tapi kena order online dan akan di deliver juga..ada Chicken Rice Shop, Secret Recipe dan banyak lagi..apa ko ingat aku brani nak order, maunya aku order nanti mcm2 hal terjadi hahaha...kot ye pun sampai kat aku silap2 dah keluar ulat dan cendawan kot makanan aku tu hahahahah...jgn main2 cik Eton!!

Itu saja cerita saya. Bye Bye :-)


11 comments:

DedDy AdaM said...

welkam beck..cik jaja ooii, bab2 neh ai mmg suka u,bab menerai neh.. mmg dari dulu habit dia, jgn smpai "puaka paper bag/ puaka shopping online" merasuk balik udah..

sykn's said...

my experience online shopping ni just buy groupon voucher untuk tinted kereta...huhu...mmg la macam best, tp bila diracun, hasut oleh sales girl tu terlebih pulak jadiknyer..huhuhu...anyway, one of the marketing strategy...its ok lah, puas hati ...tgh tinjau2 juga nak guna zalora....anyway tq ja for the info..:)

Sal Abdul Rahman said...

Lazada jual hape hah? penah nampak iklan tp tak penah bukak..

» NAJA « said...

Wahab - skrg takde dah habit tu, skrg dok beli toys saje kejenya...hehehe


Kin - Best gak groupon tu tapi tak reti la nak guna...


Yah - Ala dia jual segala benda harga ala ala je kot dgn kedai, kadang kalau dia buat sales mmg good deal lah + dia ada terms COD dan free shipping..cuba la beli barang murah2 dulu

Hanifah said...

Ada tak sapa-sapa pernah membeli online di www.lazada.com.my? Member saya memang selalu beli dari Lazada, tapi saya belom pernah cuba. Katanya, okay jer cuma kekadang item popular out of stok kekadang. sapa2 pernah membeli sila kongsi pengalaman pls. tq

Anonymous said...

Aku beli tab yg bangang no so far OK je. Takde mslh pun

Anonymous said...

Pernah try beli di zalora beli baju, sandal and tudung. Delivery mmg cepat but u kena hati2 membeli jenis baju. Dalam gambar kita tak nampak sangat kejarangan dan ketebalan baju tu. Baju yang i beli kt gambar nampak ok tapi bila sampai nampak agak nipis dan jarang. So tak salahkan zalora 100%. Faktor pencahayaan gambar juga kena ambil kira. So hati2 membeli baju, kain, kasut dan sbgnya. Jenis kain, saiz kasut agak sukar dipilih jika kita tak test dulu. Tapi bagi yang sudah biasa dengan produk tersebut, ianya tiada masalah

» NAJA « said...

sekarang LAZADA ada charges extra utk COD
tak best dah

Alfian Abdul Halin said...

NAJA, hari tu saya tanya orang Lazada, dia kata bayar apa yg tertera kat bill (kat account pada website) saja. Tapi, saya tak terkejut la kalau dia chas lebih. Cuma sebb orang tu dah kata bayar apa yg tertera di website saja, maka nak buyar tu je la. kalau dia mintak lebih, tamau... hehehehe

saya pon terkena gak, tapi Alhamdulillaah COD.

Mula2 dapat SMS order saya cancel.
Lepas tu, dapat pulak SMS Order telah dihantar. Aik? Tadi dah cancel? Camne leh hantar pulak benda yg dah cancel?

Aleh2, rupanya satu barang je takde (saya order 3 benda sekali gus). Sebab takde satu barang tu la dia hantar SMS order cancelled.

Tapi tengok2 lepas tu dapat SMS order dah dihantar pulak. Fening. Pulak tu... dia hantar asing2. Dia hantar barang-1 hari ni, dan barang-2 esok. Kok semua kan dalam satu order number? Apa hal hantar asing2? Mcm ngok pon ada? Aku yg tak bukak kompeni pon tau la bahawa lebih elok hantar semua barang sekali gus yg bawah satu order number.
hehehehe...

Anywayz, tunggu je la ni. Hari ni patot sampai pasal semalam taQbin dah mula hanto barang-1. Kalau dia mintak duit lebih... aku tamau bayar... dan dia leh amik balik barang tu... :D

» NAJA « said...

teruk kan servis mcm tu
dedulu COD barang rm5 pun boleh
skrg tak boleh dah

ish kalau dia paksa bayor mcm mana kan

Anonymous said...

Salam nak tanya. Lazada trusted kan? Cod area mana ya?