Monday, April 30, 2012

Kempen Apple Cider - Cuka Epal

Ok mari meneruskan misi hangat hangat tahi ayam kita dalam membuang lemak keras.
Agaknya barang2 yang digunakan agak murah (harus lah nak yang murah) pastu aku ni jenis pemalas maka jadi la situasi kejap ini kejap itu. :p

Kalau haritu kita kompang oat dan green tea, kali ni kita kompang APPLE CIDER @ CUKA EPAL.

Malas nak citer panjang panjang, ter inspire bila teringat balik kawan lama masa kerja di AIA dulu pagi2 dia minum apple cider good for health masa tu aku memangdang enteng kerana bau dia agak tidak sedap sikit. cik Aiswani kita dah beli botol pertama beliau. Semangat.

Antara good benefit from this thing ialah:-


Antara khasiat cuka epal ialah: 

1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi. 


dan lagi :-
1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) pada mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.


Ahahha yang di bold kan itulah yang bagusnya sesuai untuk aku kan. Ok jom beli...Aiswani beli di Guardian RM27..Cargasssss

11 comments:

RZMs Mommy said...

letak dlm masak asam pon sodappp...or masakan2 lain.errr...kalo minum canggitu kome lalu ker? mak pernah mkn skali pak men masak boh dlm masak asam....sehingga menjilat pinggan hokeh!!! tp x elok mkn slalu..acidic. pi besenam jer lah! :P

RZMs Mommy said...

letak dlm masak asam pon sodappp...or masakan2 lain.errr...kalo minum canggitu kome lalu ker? mak pernah mkn skali pak men masak boh dlm masak asam....sehingga menjilat pinggan hokeh!!! tp x elok mkn slalu..acidic. pi besenam jer lah! :P

sukahati said...

makan sebegitu sahaja kah?

Sal Abdul Rahman said...

Shit!! BF mothers boleh minum tak?? Mak tak nak ketinggalan!! hahhaha

Iszuanie Ilias said...

heheheh dah beli ker???

Noorul said...

aja dah try ke minum apple cider tu? hehehe dulu imma pun pernah try. Kata org mmg elok, tapi imma tak tahan rasa dia tak sedap n bau dia mmg boleh pengsan... hehehe good luck k...

» NAJA « said...

kawan2 meh kita ikut saranan Iszuanie..beli jenama Weskobi ada madu sekali minum tambah dgn air

Iszuanie Ilias said...

sila jgn minom begitu sajer... sgt tidak boleh dan tidak dibenarkan.... minum sesudu besar dicampur dgn segelas air..... buat masa nih alhamdulillah tidak menjadi masalah n memberi tenaga.....

Iszuanie Ilias said...

sila jgn minom begitu sajer... sgt tidak boleh dan tidak dibenarkan.... minum sesudu besar dicampur dgn segelas air..... buat masa nih alhamdulillah tidak menjadi masalah n memberi tenaga.....

Anonymous said...

x bahaya pun mkn mcm 2..cuka ni makanan para nabi..lain kali nk komen periksa dulu..jngn main komen aje,,nabi Muhammad S.A.W pun mkn cuka...cari hadis berkaitan cuka
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

cenetos said...

oo dah lama la org tau yg ACV ni bagus yee? haha lambat gila aku...skrg mmg tgh consume ACV 1 sudu dgn air botol 500 ml ari2 bwk g keje...tp masalah bau dia mmg xdpt dibendung! naik loya tekak nk minum...org kata letak madu kan? sedap ke ekk...