Monday, July 20, 2009

H.A.R.A.P.A.N.

Macam tak percaya sahaja masa berlalu pantas sungguh macam Watson Nyambek berlari atas trek..Sudah hampir 2 bulan berumah dan bertangga..Masing masing masih mencuba sedaya upaya membiasakan diri dengan tanggungjawab dan peranan masing2 dalam kehidupan baru ini. Saya sudah mencuba yang terbaik untuk segalanya tapi masih banyak yang perlu di perbaiki terutama tentang perubahan masa dan jadual harian dan bagaimana perlu manage kerja kerja di rumah dan pejabat di mana tension di pejabat sedaya upaya tak perlu di heret sehingga pintu rumah.



Bertubi tubi juga soalan yang menerpa ke gegendang telinga saya tentang sudah ada tanda tanda kehadiran orang baru ke belum..Alahai macam mana lah penerimaan orang orang yang sudah bertahun kawin tapi belum ada rezeki mesti dah tak larat berdesing dan sudah sampai tahap telinga jadik pekak ibarat taik telinga 10 abad tak cuci bila dapat soalan soalan macam ini. Saya dapat rasakan betapa sedihnya menjadi kawan sekantor saya dulu yang sudah hampir 8 tahun kawin dan belum punya anak dan telah mencuba berbagai cara untuk dapatkan anak. Sedih dan sangat pilu bila tiba hari raya katanya tidak pernah gagal memasang niat apabila memberi duit raya pada kanak kanak lantas menyuruh mereka (kanak-kanak) itu berdoa di murahkan rezeki mereka di kurniakan zuriat lambang rumahtangga mereka yang utuh, dan bagaimana perasaan isteri beliau yang sangat merendah diri sentiasa dan sangat takut suaminya (kawan saya) berpaling kasih walau saya percaya kawan saya sangat sayang isterinya walau apa terjadi. Owh sedih. Saya consider masih awal lagi dan gembira juga bila orang bertanyakan soalan macam ini. Setiap kali soalan tu di tanya umpamanya di tambah2 bunga bunga harapan dalam hati dan fikiran saya dan membuatkan saya rasa yang sangat tak sabar nak tunggu keputusan yang gembira itu. Tetapi bilakah? Mampukah saya? dan kadang2 saya umpama separuh sedar pikir perkara ini kerana apa? kerana saya betul betul berharap walau cuba menidakkan kenyataan berbaur harapan ini zahirnya pada diri saya sendiri dan pada orang lain juga.


Dalam pada dok beria ia menunggu 'rezeki' itu di mana saya tidak ada rancangan pun untuk tangguh tangguh lagi di sebabkan perancangan masa hadapan dan masa tua saya kerana tak mahu terlalu tua namun anak masih muda, (cuba bayangkan jikalau kesihatan saya dan suami tidak mengizinkan kami memberi tumpuan penuh terhadap tumbesaran anak anak? Tidak terkapai kapai kah anak anak kami nanti yang masih muda, belum punya kekuatan dan kemampuan tersendiri untuk tampung kehidupan mereka dan perlu menjaga kami yang sudah tidak mampu berbuat apa apa untuk mereka lagi)Oh kasihan pada mereka..Terfikir saya tentang tugasan dan tanggungjawab saya sebagai isteri masih belum dan teramat banyak yang saya perlu perbaiki yang masih terdapat compang campingnya mampukah saya menjalani 4 tanggungjawab saya sekaligus kerana saya masih di kira baru dalam dunia baru ini? Tanggungjawab sebagai isteri kepada suami, tanggungjawab kepada keluarga dua dua pihak, tanggungjawab sebagai pekerja yang menurut perintah terhadap majikan dan lantas mahu memikirkan pulak tanggungjawab seorang ibu kepada anak? Ini membuatkan kemahuan harapan saya itu tersekat sekat dan ada getar di dalamnya.


Namun, jauh di sudut hati saya mempunyai azam yang hebat dan mesti ada caranya untuk saya melunaskan semua tanggungjawab saya walau tidak akan sempurna hasilnya kerana inilah takdir jalan hidup saya. Sepatutnya saya bersyukur kerana telah berjaya menjalani beberapa fasa kehidupan sempurna seorang perempuan iaitu punyai ibu bapa yang kasihkan saya yang the best dalam doonia, menjaga makan minum pakai saya (walau saya sedihhh part memasak) memberi peluang berkorban susah senang untuk saya memiliki segulung ijazah (bank in duit tiap bulan walau duit MARA masuk tanpa gagal tiap bulan atas penggunaan yang overlimit) , punyai adik beradik yang rapat dengan saya (yang saya boleh kutuk dan saya boleh dikutuk,sila percaya ada hubungan adik beradik yang tak boleh begini), punyai anak anak saudara yang taksub dengan saya (wakakaka), punyai seorang rakan rakan yang sangat meriah (walau kuat carutan dan kutukan dan bersuara lantang mereka berhati baik lebih baik dari yang lembut macam softlan tapi keji), dan paling penting telah memiliki seorang lelaki tulen yang bermula dari seorang rakan, sahabat untuk mengadu domba, bertukar status kepada kekasih sejati kemudian tukar status lagi kepada seorang tunang dan akhirnya sah menjadi seorang suami yang terbaeekk punya!! Kerana dia juga saya telah merasai fasa fasa yang perempuan2 lain idamkan iaitu proses pertunangan, pernikahan dan proses bersanding di atas pelamin walau baju dan make up sedih. Bukan semua berpeluang merasai peluang yang kalau tukar dengan emas pun tak akan berbaloi hasilnya!


Jadi kesimpulan nye di sini setelah bersusah payah pretend umpama saya sedang menaip kertas kerja dengan bersungguh sungguh sambil menjawab panggilan2 client sebenarnye saya bersungguh2 menaip di part "new entry" hahhahaha..ok ok tersimpang pulak..kesimpulan nya kepada penanya penyanya soalan terhebat itu.. saya amat bersemangat waja untuk menerima apa sahaja keputusan gembira atau sedikit hampa buat tika ini. I am ready walau ada sikit2 tak bersedia..Tapi buat masa sekarang memang tak ada apa apa lagi ye sila jangan teruja lebih dari tuan punya badan :lol: dan doakan agar harapan dan impian saya berubah menjadi kenyataan terhebat dalam donia. :p

11 comments:

newlifenewbeginning said...

peh ayat..mcm nak hantar artikel pegi majalah wanita je ehehe

aku pon kene tempias jugak pasal org baru tu..hmm

eyswanie said...

well hopefully i get the same chance to when thru all the things you just wrote there... doakan yek.... wink...

» NAJA « said...

haha entry ko publish pun sama timing ngan ngan dengan perkara yang sama..Sabar je la...Aku tengah berusaha ni demi memuaskan hati semua orang dan hati aku sendiri..
Yabedabedu..
Dulu soalan fav "Bila nak kawin"
Skrg " Bila nak ada baby"
Wahhhh!

nizam_5282 said...

Entry terbaik punya... penat aku baca... Hebat betul menaip sepanjang ini...

» NAJA « said...

Manje - Aku doakan ok..jangan fikir sgt! Semua benda ada hikmah..

Mazli - Nanti aku buat lagi panjang..ko baca la macam baca journal ye..Tu pasal aku tak fokus kat Fb dgn korang..Mood swing ar..

nizam_5282 said...

FB dah jadi forum plak? wakaka...

ZiAty9999 said...

cam best je tawen kan..huhu..:)

Anonymous said...

wah..pjg beno ni nok...letih mak membace nye...smp mate2 mak melilau dgn tulisan2 yg ade ni...
nway..good writing. dan semoga ade la baby nnt. yyyuuuhhhuuu

» NAJA « said...

Nox - I i know since the very last time u seorang yang kuat belajar dan membaca..apakah dengan membaca entry i yang sekangkang kera ni u dah tak larat..haha..u lupa ke i ni amek STP...harus la karangan WAJIB melebihi 3 ribu patah perkataan!

Dayu said...

mmg berharap dpt segera
tak nak tangguh2 lagi
tapi tu lah, dah betul2 ready ke??
ni takde anak lagi pun mcm kelam kelibut uruskan umah

tapi dgr org lain dah dpt
ada gak rasa jealous dalam hati..

Amy said...

huh.....abih jugak aku membacanya.haha..

ala Ja..relek aa.manusia ni mmg. esp kalo manusia tu org Melayu. kalo dh keja depa will ask dh ada bopren ke blom. kalo dh ada bopren tanya depa will tanya lak, bila nk kawen...dh kawen seminggu depa start tanya bila nk ada bb. tensi kan? hahaa...

so, apa yg ko bole buat skang ni is keep ur mind be more optimis N +ve thinkin yer...gud luck!