Tuesday, March 12, 2013

Kelebihan & Khasiat Surah

Assalammualaikum
Berjumpa kembali
Berniat nak share dengan sesiapa yang membaca entry ni

Kelebihan surah2 yang boleh dijadikan amalan bacaan utk kita.
Lebihkan effort anda untuk menghafal lebih afdhal. 

Surah At- Taubah (Ayat

Antara kelebihan yang diberikan oleh si pengamal ayat ini :

  • memanjangkan usia dengan izin Allah swt jika dibaca berulang kali
  • jika dibaca 7 kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia & akhirat
  • jika dibaca di pagi hari, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu & begitu juga jika dibaca pada waktu petang, dihindarkan ancaman di waktu malamnya
  • menambahkan keteguhan iman seseorang itu kepada Allah swt

 Surah Al Mulk

Kelebihan Surah Al Mulk

 

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
  • Surah ini akan menjadi penyelamat.
  • Penegah pembacanya dari seksa kubur.
  • Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
  • Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
  • Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Surah Al Kahfi
(Kelebihan dibaca pada Hari Jumaat)
 
fakta surah al kahfi
-mempunyai 110 ayat
-surah makiyyah

fadhilat membacanya 
  • Pengampunan dosa diantara jumaat dan jumaat jika dibaca pada hari jumaat

 Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)

  • Dijauhkan daripada fitnah dajjal al masih jika menghafal 10 ayat terawal

Daripada Abu Darda' bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang maksudnya
"barang siapa yang menghafaz 10 ayat daripada awal surah al kahfi,pasti terlindung daripada dajjal"
(HR muslim 809)




-----------------------------------------------

Kalau tuan puan ada surah lain yang selalu diamalkan...mohon share.
Credit kepada blog yang memberi maksud dan kelebihan pengalaman ayat2 di atas.
Sesunggunya yang buruk dan teruk datang dari saya, tapi yang terbaik semua di tangan Allah s.w.t
Bersamalah mensejahterakan diri dunia akhirat, kerana dunia ini hanya sementara... 

1 comment:

Luv like this.... said...

tq naja..ilmu y berguna
lame x jln sini...:)