Thursday, December 31, 2009

Lembaran 2009 kian berlabuh


Woo sekejap betul tahun dah berganti tahun..Organizer starbuck aku pun tak lunyai lagi daaa..Meh sini nak review sket my 2009 journey..

2009 (Kehidupan Peribadi)


Kadang fikir jangkamasa tu agak lama, kadang pikir sekejap je berlalu. Permulaan tahun yang agak tidak sibuk. Sibuk sikit je tu pun sebab nak menyesuaikan diri dengan kerja yang baru nak masuk 6 bulan masa tu dan sibuk juga melawan perasaan sedih sebab mak dah tak sesihat dulu.

Masuk 2 bulan lepas tahun baru, masa itu sudah mula sibuk. Sibuk in terms of melawan tekanan diri dan keadaan sekeliling, sibuk menguruskan persiapan kahwin. Alhamdullilah lepas perit jerih uruskan semua perkara kawin (termasuk berbaldi2 air mata tekanan segala)maka 30 May 2009 aku telah menjadi isteri orang..Ajaib betul lepas je selamat selesai majlis pada 13 June 2009 di Johor Bahru, segala perit jerih tu dah hilang..Biarlah majlis tak grand bergemerlip bagai tapi keberkatan doa kedua pihak serta tetamu, tidak ada musibah sepanjang majlis, dan penerimaan gembira sebagai pasangan baru dalam dua dua buah keluarga amat menggembirakan.

2 bulan jugak aku 'kosong'..harapan tu punya la tinggi menggunung. Betapa sedihnya tengok kawan kawan lain dah double line..Lepas saja 2 bulan tekanan tu, aku dah malas nak fikir..Sudah nya genap bulan ke 3 aku pun dah jadi double line. Happy lah.. kire nya aku boleh la merasai nikmat nikmat hidup yang normal..Instinct aku kan kuat sebelum tu aku dah mimpi yang aku mengandung dan selepas buat tester keadaan nya sama macam mimpi. Yippii!!

2009 (Kewangan)


2009 juga aku dah berjaya lupuskan penggunaan credit card setelah berzaman berazam nak jadi cash person. Akhirnya berjaya even masa mula mula rasa perit la juga dah tak boleh nak swipe swipe..Mana takna dulu masa bujang leh la soping sesuka hati bill tunang tak nampak..Sekarang ni nak sorok apa lagi kan..Hahaha terpaksa la membuat cerita sedih pada si suami..Hahaha. Tapi sekurang kurang nya ketenangan di rasai. Biarla tak boleh nak bergaya sakan macam dulu tapi hati tak susah bila tiba billing time..Sekarang pun masih lagi nak sesuaikan diri sebabnya cuti dah habis untuk kawin haritu dan sekarang bila nak cuti terpaksa berunpaid leave. InsyaAllah mulai tahun depan harapannya kewangan bertambah lancar dan bertambah2 rezeki.


2009 (Kerjaya)


Aku masih kekal di sini. Adakala yang ada naik ada turun, ada masa datang kerja seronok, ada masa datang kerja rasa nak tampor sorang sorang, tetapi alhamdullilah untuk department ini aku masih the only one yang menerajuinya. Apa yang aku dapat belajar ialah SABAR dan CDH (Carut dalam hati) saje. Hahaha


2009 (Kesihatan)


Starting 2009 aku lemau. Selalu demam la tak sihat la.. Mungkin masa tu tekanan nak kawin jugak kan. Tapi selepas itu sehingga kini (dalam keadaan mengandung) alhamdullilah semakin sihat dan jarang demam dan berat badan makin turun even dalam mengandung..


2010

Tidak ada apa seperti biasa aku adalah orang yang tidak pernah berazam tetapi selalu berdoa dan berazam biarlah walau tak ada apa yang bombastic berlaku pun, sekurang2 nya bagi lah kehidupan sepanjang tahun itu berjalan lancar. Harapan dan doa saya semoga dengan kehadiran si kecil orang baru yang di nanti nantikan, akan membawa seribu satu hikmah kebaikan dan kemurahan rezeki bagi mama dan abah dia. Semoga suami juga akan mendapat apa yang telah lama kami idam idam kan..Amin...

Tuesday, December 29, 2009

Stress Environment

Today office environment sangat stress dari awal pagi...If that day ada engine testing dengan pihak2 yang berkenaan sure semua orang dari atas sampai ke bawah stress selagi engine tu tak succesfully tested. Like today about half an hour to go untuk finishing testing dan testing failed something berkenaan dengan wire ke hape aku pun tak mau amek tau..


Bile semua orang rasa stress, aku hanya menikus je la..Aku cuma stress dengan YM Beta aku yang dah 2 hari buat hal. Hahaha..Kenapa selalu macam gini yek..Bila orang tak stress, aku stress bagai nak gile mengadap documentation tender aku..bila aku senang hati, orang lain muka ketat padat dan sendat mengadu2 thru interkom ke apa segala kat aku..Hahaha..Relax chill chill kakak kakak abang abang..

Cepat la segera pukul 5.30.Aku mahu beli mee, beli taugeh, balik masak mee goreng basah..lagik bagussss!! Cerita makan lagi bagussss daaaa..


credit to sapepunyatah fotopages

Semalam dan kelmarin

Semalam satu hari aku mmg tak banyak bergerak dari kerusi ofis. Rasa penat tak tau nak cakap dan lenguh leher..Aku dah pakai skrin protection pada komputer office dan cuba reduce surfing time di rumah aku nak tengok kurang ke tak denyut2 kepala aku. Mungkin jugak placing komputer office aku yang ala ala menyenget itu menggangu leher aku..Hurmm kalau betul jugak nanti aku nak ubah secara menegak lah. Sebabnya 3 hari cuti without computer aku tak pening kepala pun! hah..ini menandakan waktu berkomputer aku lebih banyak dari waktu rehat aku..



Semalam juga baru sampai dari JB lebih kurang dekat pukul 1 pagi. Walaupun WALAUPUN aku tidak memegang langsung stereng tapi penat yang sangat disaster. Alhamdullilah FMil pun telah selamat mendarat di Senai Airport pada pagi Jumaat lepas dari Tanah Suci Mekah. Alhamdullilah walaupun berat badan diaorg turun dekat2 10kg terutama Abah dan mak macam menten jerk..Semoga doa doa dieorg termakbul lah hendaknya amin...Hadiah2 utk aku jugak adalah sgt banyak termasuk persiapan untuk deliver baby nanti..mengalahkan hadiah untuk anak dia sendiri hahaha jangan jeles ye Encik Taro!



Balik sana memang tak ada ke mana2 pun melainkan attend wedding geng sekolah Encik Taro : Kacuk di Kulai..dan kemudian terus balik rumah dan sambung membuta di waktu lapang..
Akibat dari itu, malam tadi tepat pukul 9.30 malam dah tarik selimut membuatkan kehidupan ala2 pagi nak menoreh getah :p

Wednesday, December 23, 2009

Petua pls..

Boleh tak bagi petua macam mana nak mengatasi pening kepala yang berdenyut2..esp belah belakang kepala..Aku kalau pening selalu pening belah belakang bukan depan..Hurmm minyak kapak tu dah kebal..Kalo boleh nak mandi minyak kapak..Krim panas doktor bagi pun kejap je jalan lepas tu dah imune dah..Hurmmm macam mana ye? Kepada penghidap penghidap migrain bantuan anda di perlukan..

credit to trudent.net

p/s: I'm done with my MGTT test. Air gula likat suam sangat DISASTER! Sigh!!

Tuesday, December 22, 2009

Pelik




14 weeks macam gini
.
.
.
.
.
.
.

15 weeks macam gini...Aikkk bila masa tukar posisi ni...pelik pelik...

If...

Agak agaknya kalau lah dapat baby boy....ada ke akan jadi rupe ini?
:-))

Saturday, December 19, 2009

1st Gift





Hahaha orang nye belum keluar lagi tapi dah dapat gift :p
Gift biasa je shampoo tak pedihkan mata..dari J&J je pun..
Thanks to J&J!!

Thursday, December 17, 2009

How to Avoid?

How to avoid rasa ni?
Rasa yang tak suke pada seseorang sebab peel dia yang sangat annoying yang tempat dia betul2 di depan aku dan asal pagi aku dengar kasut dia ketak ketuk datang mesti aku menyampah..Nanti terkenan arrrrrrrrrrrrrrr...Cam ne ni?

Wednesday, December 16, 2009

Official Announcement (1)

Dengan ini mengisytiharkan 1st super minor accident sepanjang pemanduan saya. Sangat berdetak jantung even very very minor punya kecalaran pada side mirror kiri. Ini gara gara kereta jiran sebelah yang sangat vongoks berbontot senget tak reti nak bajet parking betul2.Akibatnya masuk parking terlalu rapat dengan tiang dan undur balik dan sensor telah berbunyi double dan "ketekakkkkk"..Bunyi pada side mirror..Hurmmm sian kat blacky nasib tak patah terkulai cermin tu!! Tetapi ini sangat minor kalau nak di bandingkan dengan ade orang tu yang awal2 lagi dah menyeret tepi blacky dekat batu parking...Cantekkk...

Tuesday, December 15, 2009

14 Weeks

After a few months lepas check up dengan private clinic dan mulai trimester ini both of us decided to register dengan Klinik Ibu dan Anak Kerajaan. sebab after seeking advise dari orang orang penting dan termasuk mak dan mak mertua memang aku akan deliver di govt hospital..Lebih banyak pro dari kontra nya.. Lain lah kalau tersangat mampu utk deliver di DSH tempat Erra Fazira yang ade doctor yang bagus..Based on my sis experience pun masa my nieces yang 2 orang tu ada problem admitted to Pantai dan Pantai pulak surrender and reffered to govt hospital..and that's it!


So semalam sesudah subuh dah keluar rumah (macam jauh sesangat padahal belakang rumah je) since appointment dah buat so senang keje dan angka giliran pulak 1002 sebab nye aku ngok ngek tatau mana letak tempat tekan no tu..tgk ade orang buat baru terkulat..So macam biasa lah rutin menunggu tetap terbaek punye. Tapi sangat berpuas hati sebab every single thing dia check. Dan sila pasrah kan diri untuk hadir ke kelas kelas ibu mengandung selepas ini dan bersedia lah untuk berunpaid leave kerana tidak mungkin kelas kelas itu akan habis dalam masa 2 3 jam..


Semalam untuk BP level semua ok, blood test ok dan tunggu next week untuk check diabetes samada ada atau tak dan bersedia untuk minum air gula Huhhhh!! Report semalam pun lebih kepada "ibu sihat..perlu REHAT (rehat ni kene highlight sket haha)


Dan moment yang paling syok sekali masa scan baby..Last scan adalah masa confirm pregnancy dan masa itu dia hanya macam seketul darah je..now almost 4 months development dia sangat superb!! Masa ni i was alone cos lepas 2 jam husband tunggu kat luar aku suruh je dia pegi keje dari jadi pak guard kat luar..Betapa happy nya tengok baby tak duduk diam rupa nya kat dalam tu. Aku tanya Dr.Khairina (same age anak 2 sangat comel dan loklak)..Gender tahu stage bile..Dia kata bulan ke 6 nanti dan awak tengok dia dah ade tangan kaki kepala betis jantung ni dah patut bersyukur..Ye bersyukur sesangat!!


Doktor cakap uri aku masih dia bawah..Hopefully akan naik nanti..Erkk what is URI? hahahaa


Maybe development dia dah besar ni kan....

Thursday, December 3, 2009

Muka sebagai kilang



Muka saya sekarang umpama kilang
Umpama padang jarak padang terkukur base untuk jerawat2 landing pun ade jugak
Aduh jerawat sungguh tak leh blah kerana sebelum ini muka jarang sekali jerawat landing kalau datang pun adalah petanda untuk bendera jepun mari...
Tangan pulak tu sangat jakun sambil berpikir2 sambil tekan2...
Scrub bagai nak tercabut kulit cuci bagai nak rak smua tak leh blah...Bedak2 perempuan smua dah tolak tepi pakai bedak bayi..Ohh NOOOOOooooo.
Terasa bosan betul hari ni dan lama nya masa berlalu. Dah la pagi tadi hujan agak lebat...terasa kemalasan nya mencapai tahap 10. Gagahkan jugak buat air panas dan siap kan bekal nasi (walaupun terasa seksa nya nak makan nasik)..

Bila kerja tidak terlalu banyak mula la asyik merefresh je FB, blog dan Buzz buzz YM dan segalabagai..Dari ofis mesti berniat nak tido awal tapi sudahnya pukul 11 jugak masuk tidor..Ade je cerita best kat TV..Yang tak boleh tak tengok mesti kene tengok! Sudahnya kat ofis lemau.

Balik rumah kerja rumah berjalan seperti biasa dan untuk minggu ni aktiviti melipat baju yang paling aku benci belum terbuat2 lagi. Bagi la kerja2 lain cuci pinggan paling aku suka sekali. Cuci baju (pakai mesin) suka. Menyidai pun suka. Sebab aku tak suka sidai main sangkut2 haprak punya..Sidai mesti kemas. Tapi rumah sekarang amat la leceh nya nak menyidai la..Leceh sangat oleh itu benda yang paling aku idam idamkan ialah:-

>
>
>
>
>
>
>
>


DRYER !!

Tiba tiba rasa malas pulak nak menghabiskan entry ni..HahhHh!!



Tuesday, December 1, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu

Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang

Sujud sukur padamu atas segala cinta

Kisah Rutin si Epal Hijau :-)

Kalau la blog boleh berbuah..dan berbuah duit pulak tu, mesti aku dah jadi Makcik Kayo! Tapi nan hado ape2 pun..Takde selera langsung nak tulis ape secara kerap..


About pregnancy pulak takde apa yang luarbiasa..Setakat ni semua berjalan lancar.Perkembangan nya seperti biasa menjalani rutin seharian dan tidak lengkap kehidupan seharian tanpa sebiji epal. Epal is a must everyday! Esp. epal hijau…dan perut pun belum besar pun dan masih boleh memakai baju bajan biasa cuma bila part kancing kain baju kurung jangan Tanya kenapa sampai tahap matikan zip je tak sampai kancing..Ada jugak try pegi kuar masuk kedai2 baju bile dah pegang baju ala ala besar lepas tu letak apa..Apekehal aku nak pakai baju2 besar gini….So letak balik..Balik rumah baju yang cam kecik2 sket dah tolak ke tepi so datang menyesal pulak..Dah tu macam mana…Baju apa nak beli dan pakai ni..Sampai lady boss aku tegur “eh u ni mengandung ke tak ni..apesal I tengok takde naik ape2 pun!!” “habiss ko ingat aku leh tipu2 ngandung ke??” :-p





Pergerakan ada la sedikit semput terutama naik tangga. Turun tangga boleh lagi celen kelajuan kuasa kuda. Haha..Memang tak sedar diri. Ade lagi part tak sedar diri yang buat aku cerca diri sendiri. Di suatu malam (tengah malam) masa perjalanan pulang ke JB singgah di OBR Ayer Keroh dan melintasi A&W dan sambil suami beraturkan diri di KFC membeli cheesy wedges, aku pulak bantai p berator kan diri di A&W. Menikmati semua hidangan tanpa belas kasihan. Hirup float sampai separuh cawan!! dan bila sampai umah FMil masa nak tidor..Ohhhhh nooooo aku minum root beer!! Demmmmmm!!! Punya la risau. Tapi nasib baik tak ada ape2….Owhh..


Minggu ni genap 3 bulan dan boleh tarik nafas lega sikit laa..Harap selera makan pun kekal macam 1st trimester…ala ala suam kuku je..Biar la selera ni macam ni saja berterusan sampai bila bila supaya komplikasi komplikasi yang tidak bagus takkan muncul dalam sesi kehamilan ni. Kalau ada benda yang aku rasa tak bape sesuai nak makan macam terlampau manis ke benda tu..aku pujuk diri sendiri cakap tak boleh ambik benda tu…dah ‘keluar’ nanti baru boleh makan..Kalau ikut hati ni nak je aku hari2 bantai cheese cake segala..Tahan sangat lah sampai sekarang..Perut ni normal ke kalau rasa kadang2 kejang kadang cam sakit perut terutama kalo makan terlebih kuantiti rasa macam nak terburai isi perut..Korang rasa sama jugak ke? (Korang = bakal bakal ibu ye)..Bila review details tentang 2nd trimester ni..Bleeding gum pun aku alami macam kene cucuk toreh2 ngan pisau masa gosok gigi terpaksa gosok gigi banyak kali..itu je masalah aku..Susah nak membuang so far aku tak rasa pun lagi..Petua nya minum air kosong dan makan buah banyak2 kot…dan antara benda lain yang aku risau ialah tentang melamin (betul ke spelling nye) yang boleh gelapkan kulit bahagian2 tertentu terutama leher. Macam mana nak elak benda ni..Sebab rata2 aku tengok orang mengandung mesti leher gelap..memang la akan hilang dan some more aku pun bertudung..tapi tamau la leher gelap..Jenuh menggoogle tapi tak jumpa sangat yang ada pun dia suggest makan ubat..Ubat…no no no I have to take less pills..tak nak ambik ubat2 sangat..


Semalam pun cukup genap 6 bulan kahwin. Tak sangka dah setengah tahun kawin dan bekerjasama di setiap perkara supaya berjalan lancar dari semudah2 perkara membeli barang dapur ke pasar sehingga perkara melibatkan keluarga besar. Mulai bulan December ni jugak berturut turut kawan2 sekolah & uni yang kawin…Alhamdullilah..Masing masing ada haluan dan arah tuju kehidupan sendiri dan harap semua berjalan lancar. Frust jugak la tak dapat nak mengapit tukang kapit sendiri akibat nanti tarikh kawin nya keadaan aku mungkin tidak sesuai lagi dan si comel mesti tarik seri beliau..Oleh itu elakkan dari mengapit dan dia dah melantik aku menjadi P.A dia..P.A larrr sangat. Aku cuba tolong mana yang aku termampu nak tolong. Tolong tengok pun tolong jugak kan!! Hah hah haha!


Kepada Laily Kamariah Jamil dan Kamarul Azwan @ Bowh (walaupun korang tak baca pun blog aku, dan di sebabkan ko Elly ‘2nd All Pinks’ yang tamatkan zaman kedaraan…dan juga di sebabkan kerajinan tahap 10 aku terhadap blog ni….So baik aku ucap awal2…Selamat pengantin baru semoga berkekalan dan less dugaan, selama 9 tahun korang berchenta tak hengat….sekarang dah nak kawin pun…Selamat semuanya ok!!


Dah nak dekat setengah jam aku cilok tendering time ngeh ngeh ngeh! Ok..masa dah cukup..Tetttttttttttttttt!!