Tuesday, December 1, 2009

Kisah Rutin si Epal Hijau :-)

Kalau la blog boleh berbuah..dan berbuah duit pulak tu, mesti aku dah jadi Makcik Kayo! Tapi nan hado ape2 pun..Takde selera langsung nak tulis ape secara kerap..


About pregnancy pulak takde apa yang luarbiasa..Setakat ni semua berjalan lancar.Perkembangan nya seperti biasa menjalani rutin seharian dan tidak lengkap kehidupan seharian tanpa sebiji epal. Epal is a must everyday! Esp. epal hijau…dan perut pun belum besar pun dan masih boleh memakai baju bajan biasa cuma bila part kancing kain baju kurung jangan Tanya kenapa sampai tahap matikan zip je tak sampai kancing..Ada jugak try pegi kuar masuk kedai2 baju bile dah pegang baju ala ala besar lepas tu letak apa..Apekehal aku nak pakai baju2 besar gini….So letak balik..Balik rumah baju yang cam kecik2 sket dah tolak ke tepi so datang menyesal pulak..Dah tu macam mana…Baju apa nak beli dan pakai ni..Sampai lady boss aku tegur “eh u ni mengandung ke tak ni..apesal I tengok takde naik ape2 pun!!” “habiss ko ingat aku leh tipu2 ngandung ke??” :-p





Pergerakan ada la sedikit semput terutama naik tangga. Turun tangga boleh lagi celen kelajuan kuasa kuda. Haha..Memang tak sedar diri. Ade lagi part tak sedar diri yang buat aku cerca diri sendiri. Di suatu malam (tengah malam) masa perjalanan pulang ke JB singgah di OBR Ayer Keroh dan melintasi A&W dan sambil suami beraturkan diri di KFC membeli cheesy wedges, aku pulak bantai p berator kan diri di A&W. Menikmati semua hidangan tanpa belas kasihan. Hirup float sampai separuh cawan!! dan bila sampai umah FMil masa nak tidor..Ohhhhh nooooo aku minum root beer!! Demmmmmm!!! Punya la risau. Tapi nasib baik tak ada ape2….Owhh..


Minggu ni genap 3 bulan dan boleh tarik nafas lega sikit laa..Harap selera makan pun kekal macam 1st trimester…ala ala suam kuku je..Biar la selera ni macam ni saja berterusan sampai bila bila supaya komplikasi komplikasi yang tidak bagus takkan muncul dalam sesi kehamilan ni. Kalau ada benda yang aku rasa tak bape sesuai nak makan macam terlampau manis ke benda tu..aku pujuk diri sendiri cakap tak boleh ambik benda tu…dah ‘keluar’ nanti baru boleh makan..Kalau ikut hati ni nak je aku hari2 bantai cheese cake segala..Tahan sangat lah sampai sekarang..Perut ni normal ke kalau rasa kadang2 kejang kadang cam sakit perut terutama kalo makan terlebih kuantiti rasa macam nak terburai isi perut..Korang rasa sama jugak ke? (Korang = bakal bakal ibu ye)..Bila review details tentang 2nd trimester ni..Bleeding gum pun aku alami macam kene cucuk toreh2 ngan pisau masa gosok gigi terpaksa gosok gigi banyak kali..itu je masalah aku..Susah nak membuang so far aku tak rasa pun lagi..Petua nya minum air kosong dan makan buah banyak2 kot…dan antara benda lain yang aku risau ialah tentang melamin (betul ke spelling nye) yang boleh gelapkan kulit bahagian2 tertentu terutama leher. Macam mana nak elak benda ni..Sebab rata2 aku tengok orang mengandung mesti leher gelap..memang la akan hilang dan some more aku pun bertudung..tapi tamau la leher gelap..Jenuh menggoogle tapi tak jumpa sangat yang ada pun dia suggest makan ubat..Ubat…no no no I have to take less pills..tak nak ambik ubat2 sangat..


Semalam pun cukup genap 6 bulan kahwin. Tak sangka dah setengah tahun kawin dan bekerjasama di setiap perkara supaya berjalan lancar dari semudah2 perkara membeli barang dapur ke pasar sehingga perkara melibatkan keluarga besar. Mulai bulan December ni jugak berturut turut kawan2 sekolah & uni yang kawin…Alhamdullilah..Masing masing ada haluan dan arah tuju kehidupan sendiri dan harap semua berjalan lancar. Frust jugak la tak dapat nak mengapit tukang kapit sendiri akibat nanti tarikh kawin nya keadaan aku mungkin tidak sesuai lagi dan si comel mesti tarik seri beliau..Oleh itu elakkan dari mengapit dan dia dah melantik aku menjadi P.A dia..P.A larrr sangat. Aku cuba tolong mana yang aku termampu nak tolong. Tolong tengok pun tolong jugak kan!! Hah hah haha!


Kepada Laily Kamariah Jamil dan Kamarul Azwan @ Bowh (walaupun korang tak baca pun blog aku, dan di sebabkan ko Elly ‘2nd All Pinks’ yang tamatkan zaman kedaraan…dan juga di sebabkan kerajinan tahap 10 aku terhadap blog ni….So baik aku ucap awal2…Selamat pengantin baru semoga berkekalan dan less dugaan, selama 9 tahun korang berchenta tak hengat….sekarang dah nak kawin pun…Selamat semuanya ok!!


Dah nak dekat setengah jam aku cilok tendering time ngeh ngeh ngeh! Ok..masa dah cukup..Tetttttttttttttttt!!

No comments: