Thursday, April 30, 2009

Dia buat balik dah

Lampu hijau pulak


Cam bagus jer.


Tapi ofis punye internet pun cam pepijat jugak dah tak taraf lipas kudung dah.


Apesal ha? Ke sebab swine flu ni? Giler network kene serang ngan flu tu ..Gils babs tol la!

Segan aku keluar masuk YM.Invisible sudah.Kang nanti orang ingat aku tak bayar bil.Keke..



Bikin panassssss!

** Klik gambar to enlarge the picha
**Sila jangan propah wallpaper itu. Sekian.

Saturday, April 25, 2009

Its Your Birthday Aiza



Ye tahu. 27 tahun. Wah tak sangka.
Selamat Berulang tahun.
Semoga tahun ini di permudahkan segala2nya urusan duniawi dan bukan duniawi.

Semoga tahun ini rezeki di murah lagi yang bukan setakat dari segi material saja tapi rezeki dari segi keberkatan dan rahmatNya untuk seluruh hidup aku ini.
Biarlah hidup yang sederhana tetapi tidak mahu dugaan dugaan yang hebat lagi perit.

Semoga hidup selepas tarikh 30 May nanti akan kekal bahagia.
Semoga hidup di berkati. Aminnnnnnn...

Selamat Hari Jadi Aiza!!!

Friday, April 24, 2009

Tag dari Puan opssss Cik Mieza

1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda
**
Dari zaman sekolah lagi aku rasa lelaki pandai itu macam best.
**
Boleh memimpin. Memimpin sebagai Ketua Keluarga dan pimpin kembali ke jalan yang benar kalo tersesat cari rumah orang kawin.
**
Tidak bermuka jembu atau ala ala Cik Gayah.
**
Tidak becok mulut atau suka membuat onar di hadapan umum.
**
Bijak mengawal keadaan dan penuh dengan idea idea bernas lagi creative.
**
Tidak emotional. Rimas lelaki yang too emotional. Mak rimas okeh.
**
Good listener. Susah okeh nak cari lelaki berciri ini.


2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.
**
Masa Std 5 penah minat Zulkifli Azahari suami Sharifah Shahirah kerana beliau memiliki "Smiling Eye"
**
Kevin BSB makkkaiii heart gile rupa lelaki macam itu.
**
Ade la sorang manusia yang aku heart gils babs dari Form 4 sampai dia masuk matrik, then lost contact, then terjumpe balik kat Jalan TAR, then mmg tade takdir nak kawan dah.
**
Mentor untuk thesis final year aku. Minat tgk muka jer kerana "Smiling Eye" juga.
**
Dah takde sape dah selain Taroku. Saya tidak curang dan saya tak pandang orang lain dah kecuali minggu lepas mengaku berulang kali depan Taroku ada seorang Insp.Polis yang tgh buat roadblock yang sangat suci muka dia hensem tak macam polis pun.


3. 7 Perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.
**
Adrenalin badan berderau2 naik turun naik turun masa tgh tunggu or bersiap nak g jumpe.
**
Perasaan serabut tatau nak pakai baju ape, nak bawak beg ape, nak pakai kasut ape.
**
Menjadi a bit clumsy
**
Sentiasa berdoa kalo boleh jam kat dunia ni pause jap. Nanti cepat jer masa berlalu
**
dah tak leh pikir


4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.
**
Sipadan as our 1st trip together and also as our honeymoon destination. Baru plan.
**
InsyaAllah lepas2 ni ade rezeki lebih nak ke Makkah.
**
Kaki Everest as he really glued with the Everest Episode in Discovery Channel. Matila tangan beku & reput :p
**
Selebih nye adalah pulau dan pulau dan laut dan laut kerana Taroku adalah seorang Pemancing Tegar.


5.7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.
**
Super Power Maglite supaya dia boleh guna masa keje or masa outdoor activities dia
**
Complete set of branded tools & hardware untuk dia lagi rajin utk D.I.Y
**
Socks keje berdozen cukup untuk tempoh 4 tahun supaya voucher JJ aku tak la every year kene derma amal jariah beli sock je
**
Fishing tools yang haram sepatah pun aku tatau tapi kalo aku hadiahkan kan dia sure dia lompat tinggi tinggi
**
Creed Perfume
**
BMW X7
**
Sunway SPK Homes
**
Dua terakhir adalah dalam mimpi sahaja.


6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda
**
From This Moment - Shania Twain , ini sebab lagu percintaan kan.
**
Tade lagu lain dah sebab dia tak heart lagu aku, aku tak heart lagu dia.
Jimat suara.


7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.
**
Mazli (Kau mmg rajin)
**
Encik Wahab Partner in Crime
**
Manje yang tgh busy menyelidik
**
Nox Sal yang aku tatau dia ada masuk blog ke tahun depan baru masuk
**
Takde sape dah kot. Tu je yang rajin masuk blog akuh.

1st Harijadi

Alamak..
Lupa pulak..
Semalam harijadi blog.
Setahun.
Esok harijadi Tuan Punya Blog pulak :p

Thursday, April 23, 2009

Masa yang semakin menipis..

Masa semakin menipis menuju ke garisan
Makin menguji banyak toleransi dan KESABARAN
Badan penat otak penat memikir tak henti henti
Bila badan penat mulut bercakap tah ape ape yang tak patut cakap
Lepas tu argue macam macam
Lepas tu sakit hati
Mmmmm tah la.

Wednesday, April 22, 2009

Kesinambungan

Kesinambungan Entry ini.
Naya kes naya nih..
Jadi mak lampir aku..
Full??? Apakah?
Spedo kuat seyy lift ni!



Ha tiffu jer.
Salah satu lift rumah aku ni gile rempit.
Gumbira hati sebab aku dok paling atas sekali.
Kalo tak nak bagi lift ni benti benti esp time pagi nak g keje,
Lompat la ala2 nak bagi runtuh lift ni menjunam ke bawah tanpa belas kasihan,
then tunggu dia appear 'FULL' (even ko naik sorang2),then lift akan turun laju tanpa benti mana2 tingkat..
Muahahaha padan muka orang rumah bawah :p

Tersebut lah kisah...

Tersebutlah kisah di petang hari.
Ade tak orang cat kereta (part calar2 kucing) macam cat dinding rumah siap pakai berus bagai?
Ade je.
Nasib Eneos baik hati.
Belanja Coke 3 tin Milo Regular 1 tin.
Kawtim $12.
Cat luntur kembali. Nasib badan.
Kalo tak bikin guwe hangin 7 hari 7 malam.
Syabas betey! Syabas!
Marah kat mulut jer. Dalam hati gelak gelak.
Macam cute & kelakar.
Adehhh..
Nape tak paham ke ape aku citer?
Tak paham udah.
Itu je.
Bye.

Mari Mari Mari Berpesta

Ni semua Mazli punye pasal.
Sebut A&W sape suruh.
Tak dpt A&W malas nak ke One Utama, suh Dominos Pizza anta jer la.
Marilah mari berpesta.
Mari makan di malam hari.
Tak muat baju pakai baju kelawar jer sanding nanti :p
Salahkan Mazli.



Ohhh Noooo..

1 Month
1 Week
1 Day

Erkkk....Okeh harini dah boleh apply coti coti Malaysia.
Baiklah.

Hand Lotion

Jenis kulit yang dry mmg susah la sikit kan kena berlosyen bagai.
Maklum la 2 3 menjak tengah busy2 ni benda2 mcm ni mana boleh tinggalkan.
Aku pun jenis sukeeeeeee sangat tukar2 hand lotion..
Actually bukan tukar2 tapi cari yang sesuai..
Masih belum ada yang betul2 ok..Sejak bertahun masih belum jumpa..
Hand lotion ape yang bagus eh?







See banyak kan? Masih belum habis lagik..Kecuali yang kecik Nivea kaler putih pink tu..tu jer cam ok sket..Hurmmmm bazir jer duit aku...;c

Sunday, April 19, 2009

Yey!

Hepinye..


Dah boleh kawin dah..Tok Kadi udah cop mohor gitukk..


Syukur..


So muktamad akad nikah pada 30 May 09 lepas waktu Isya' di Masjid depan rumah :p


Amatsss lega sekalikk..


Ok now boleh sambung kerja2 kerastangan dengan tenangnye tanpa pikirkan lagi pasal documentation yang pening itu..




Perghh memang blur gile gambar ni. Inilah akibat curik2 snap masa nak handover to tok kadi!!

Merasa terjah rumah tok kadi kul 11.30 malam..Bedebar time tu AF tak tgk dah..Masa tu dah bersedia habis utk di temuduga. Alhamdullilah!!


Sadis weh masa tok kadi suh aku lafaz benarkan wali izinkan aku bernikah..dan sayu juga bila wali suruh my Abah baca lafaz wakalah itu mengizikan pernikahan aku..Serious sentimental moment wooo..
Mungkin ada kadi yang tak payah baca pun benda2 tu..Tapi itu semua antara sentimen sentimen yang tak patut kita lepaskan..Sentimental beb!!

Seriuos guwe makin happy nak kawin!
Kawin beb kawin..:p

Wednesday, April 15, 2009

Mata Ada Jin Aprit




Apesal tah tengahari mata sudah ade jin daaa..


Ke sebab tak breakfast eh? Macam tak de energy.


Padan muka aku.


Merasa lah menguyah kerepek ubi pukul 11 pagi lapar punya pasal.





Pastu ade pulak consultant yang buat lawak. Consultant ke atau orang JKR sendiri. (Dayu jangan marah haaaa.bukan dept awak tau..hehehe)

Boleh pulak nak datang T&C pastu nak suh booking hotel untuk pegawai pompuan dia, pastu siap request sekitar2 SOGO. Nak marah pun ade nak gelak geli hati pun ade..Kalo dah pompuan tu pompuan jugak. Muka kalo tak menempek kat soping complex tak sah. Mana2 diaorang (yang pompuan terutamanya) yang dari luar KL esp, mesti nak hotel area2 dekat soping complex..Aduii lawaking sungguh.

Ok la saya mahu sambung kerja yang di tapau dari ofis sebentar. Maklum la nak cuti lama bulan depan..:p


Tuesday, April 14, 2009

Flashback Memories..my E Day 090308

Bila Elly yang tgh berdebar nak tunang weken ni mintak aku email kan gambar2 tunang aku kan..
Baru aku perasan, dalam blog aku takde pun gambar tunang aku..
Semuanya kat fotopages aku lah, berkepuk kat sana..
Tetiba rasa cam nak letak jer buat memori seketul dua kat sini kan..Mana tau nanti blog ni sampai ke beberapa generasi aku kan..:p


My Lovely Parent






Ini adalah guwa!





Fondant cake sponsored by my BFF




Selepas di sarungkan cincin..:p





Leader of segala hantaran from my side.





My future in laws






My gojes future MIL. Nampak soooo young kan..




Siapa ini? Siapa? Siapa?


Makan time!



Tu je la malas nak upload dah..tak tau la internet slow ke or size gmbr besar sgt..






Bila baca blog Dayu tu gelabah jugak aku.

Memang la sesungguhnya aku tak bernikah di Johor,

Pulak tu borang2 permohonan kawin kat Perak semua kawan bapak aku yang amek kan..

Aku cuma isi2 mana yang patut dan pegi buat HIV Test jer..

Tapi bila baca blog Dayu, ade pulak yang berkata2 bahawa kat Perak pun ade sesi soaljawab ni..

Soal jawab dengan siapa sebenarnye?

Dengan orang Pejabat Agama macam kat Johor atau dengan kadi?

Kite yang perempuan ni mmg kene turunkan tandatangan depan kadi secara live ke?

Sebab kadi panggil aku balik minggu ni untuk tandatangan depan dia..

So kesimpulan nya mmg lah akan bertemuduga dengan tok kadi secara live depan bapak aku..

Ye depan bapak aku!

Muhahahaha sila kecut perut dari sekarang ye!

Hujan

Wah!!
Hujan sangat lebat
Bestnye buat keje
Tapi kalo 530pm hujan tak benti macam tak best plak aku nak balik hujan2
(Motif mengeluh macam la ofis jauhhhh sesangat, kalo sendawa pun boleh dengar tau tak!)
Pada mak mak budak kalo mengantuk pegi masuk SINI
Ada seorang manusia ni suka mengayakan soping kompleks stok beli buat pameran kat rumah
http://4princesswardrobeclearance.blogspot.com/

Rawangke Kerawang

Terima kasih.
Saya sangat berbesar hati.
Sekurang2 nye effort kamu tercatat dalam salah satu bahagian hari besarku.
Terima kasih.
Nak reward,
Hujung bulan.
Tgh bulan bakal pengantin sengkek.
Kekeke..

Monday, April 13, 2009

Sakai

Ini time memang membangkitkan kemarahan aku.

Bongok tahap bakawali punya manusia.

Sakai.

Bahlol.

Ko ni mmg batak lah!

Bencinya aku! Ya Allah cepatkan lah masa berjalan.

Tak sabar aku nak keluar dari rumah hazab ni.

7 tahun aku ni menahan sabar!

Aku punya la sayang mug tu. Mahal tau. Hadiah besday aku dari Emmi.

Excuse me mug aku bukan murahan cheapskate macam mug percuma kau beli sabun Daia atau beli Kacip Patimah Berayun tu okeh!



** Sempat dulu mug ni masuk kat blog aku..sekarang dah arwah...:c

Bila Malam Menjelma

Ini adalah aktiviti minggu ini. Di waktu malam saje. Kenapa malam?

Sebab siang kerja lah! Gile ke!








Kotak katik di atas adalah untuk di lekat pada jelly yummylicious ku nanti. (Nama nak best jerk!)

Kaedahnye sangat bijak kerana beli sticker paper sekali masuk printer cair. (Dosa akibat rembat printer ofis kot..:p Printer rumah tak leh guna kekdah jimat cartridge setahun sekali baru tukar)

Sudahnya "terpaksa" beli color papers untuk di tampal di atas sticker paper iteww kekdahnye!! Meremmbess lah nak gunting tampal 600 kotak katik tu.. :c Nasib tak bagi pada semua tetamu..Kalo tak..Merasa tangan jadi cam parkinson masa sesi menyarung cincin..Wahh..

Ini lah bahana dan bukti "kerastangan" ku.


Lepas tu ada lagi kerja lain..Selain menggunting dan menampal.

Semalam kad dah siap ( inila item yang aku sedih sabtu lepas)
Kad ni ade part yang tak menepati kretiria macam aku nak aritu. Masa mock up kad aritu ok jer.
Guwa hangin beb! Hangin! Tapi dah reda dah..
So malam tadi juling mata kira kad kira sampul.
Kilang bagi lebih..Nak tau lebih tu berapa..Merembess jugak kire satu persatu.







Lepas dah kire2, pastu list out kan nama2 makhluk yang akan terima kad undangan. Harus lah nama2 meletop menjadi top 10. Haha. Siapa?


Tidak ketinggalan jugak ex ex ex bf..Hahaha gelak jahat aku nih!! Ye kami semua masih berkawan..Encik Shukor ok jer..Ok ke ye? Eh i ni nak kawin dah ngan u taw..
Sudah tertulis di atas kertas gitu..Merasalah cintaku di atas kertas.. :p (penyanyi kertu kesukaan MoMO :p matilah minat beria beli CD ori hasil duit scholarship :p)


Kawan2 yang mana2 singgah sini, mintak jasa baik emailkan address anda ye..Ke nak saya mintak thru SMS..Gatai noooo..


Pastu leh tarik nafas lega sket..At least 70% dah setel..(Matilah expose tulisan berbentuk awan mendung)




Tapi..........ade jugak belum lega-lega lagi..
Keranaaaaaaaaaaaaa..
Bilik saya di langgar garuda, tsunami, katrina dsb..
Saya tidak suka mahu kemas2 barang ini semua..
Barang yang di beli pun tak di kumbah lagi.. (Ape bunyi macam air kumbahan ni? Entah Orang2 Johor sebut kumbah mak onnn jer..Ape la orang2 Johor ni :p)
Lagipun saya ade sebulan lebih jer nak chau chin chau dari sini..7 Tahun okeh saya di rumah ni!!
Boleh bayang tak berapa banyak barang saya kena loading nanti?Boleh tak kalo saya malas kemas sampai saya pindah??? Bolehhhhhhhhhh!!


Wow..gile semak kan..
Aku hidup mcam rumpai laut jer skrg ni... Macam San Chai cerita Meteor Garden tu.
Sape nak tolong jadi maid aku..Kekeke...Mazli ko nak cari side income kan?? :p

Buletin Utama

Sambil surfing the net telinga dengar berita kat TV3

Aduh sadis betul cerita bas eksiden tu

Salah sorang mangsa berdarah manis tgh buat persiapan kawin

Balik kampung nak amek gelang untuk kawin

2 hari sebelum mangsa dihubungi kakaknya pasal nak tempah kek kawin

Alamak sama lah pulak kek kawin saya pegi tempah bersama kakak saya

Sedihnye cerita mcm ni. Alfatihah di sedekahkan untuk mangsa itu.

Macamana la perasaan pasangan dia masa ni kan????

Sunday, April 12, 2009


Heart nye dengan bedsheet ni semua. Gojes habis habisan beb!

Aku seperti biasa tak suka corak berbunga2 yang menampakkan semak dan lemas dan girlish.

Ah tak sabar nya mahu memiliki king bed sendiri..:p

Vivarina

Dia: I rasa kalo i ade duit lebih2 kan i nak beli u Viva la satu
Aku: Erkkk seronoknye tapi kenape eh?
Dia: Saja senang kecik sket nak bawak.
Aku: Eh asal tak belikan kelisa jer
Dia: Diam tanpa berkata kata
Aku Dlm Hati: Bodoh aku ni Viva lagi mahal p downgrade pasal ape! Mangkuknye aku nih!

Entry Kenapa?

  1. Kenapa bile kite selsema pastu otak kite jadik cam lambat nak pikir2? Pastu kita rasa cam pekak separuh?
  2. Kenapa ade sesetangah orang tu asal kite tgh ngumpat,dia mesti ade di mana2 dan tiba2muncul? Hahaha ade magis kah?
  3. Kenapa ade orang itu sudah berulangkali saya ingatkan bahawa tarikh kawin saya adalah 31 Mei 2009 tapi dia masih lupa, adakah dia terlalu memikirkan jenis peti sejuk apekah yang mahu di hadiahkan kepada saya? Hahahaha i miss u dude! Kenapa saya hanya mahukan kerawang di AI tapi saya tunggu dan tak muncul..Ye tak pe saya tetap menunggu kerawang saya walaupun selesai majlis saya nanti..Hahahaha **matilah aku kene lazer nanti!!
  4. Kenapa mata saya ini masih tidak dapat menerima seadanya kekurengan yang berlaku terhadap satu item di majlis saya. Saya begitu sedih kerana terlalu hampa kerana apa yang saya harapkan tak jadi pun. Sampai tunang saya cakap " U ni beria nak nangis pasal tu kenapanye?" Beria dia cakap?? Chess sungguh sadis saya. Oh mata berilah sikit penerimaan yang baik terhadap item itu..
  5. Kenapa saya malas nak cuba buat sendiri ikatan reben berbunga ros di gift itu? Kenapa saya ini kerastangan sesangat sampai smua nak sub ke kedai?
  6. Tunggu kerana banyak lagi kenapa..Haha Chill Ya!

Thursday, April 9, 2009

Phewwwww

Sekali je seumur hidup beb!
Lega semua telah selesai..
Amats lega sekalsss..


Wednesday, April 8, 2009

Bulan Kesihatan Mulut

Teringat zaman sekolah masa darjah satu lepas makan waktu rehat mesti gosok gigi ramai2 tepi longkang. Dapat berus gigi percuma warna warni dari Colgate pulak tu. Cute!

So untill now i am really concern dengan penjagaan gigi. Gigi aku Gred A okeh! Alhamdullilah aku tak penah gigi berlubang dan tak penah rasa sakit gigi rosak yang sengsara mcm orang lain. Aku cuma rasa sakit gigi akibat wisdom teeth yang menyerang sekali sekala jer. Memang sengsara sejak 4 tahun lepas dah sakit tak jugak keluar penuh wisdom teeth tu. Nak cabut pun mahalllll..Tahan je la sakit kan..

Ok pada sesapa ade masalah mulut dan gigi busuk now April adalah Bulan Kesihatan Mulut. Boleh la korang pegi tengok senarai klinik gigi berdekatan untuk dapatkan check up or consultancy untuk gigi dan mulut busuk tu.Haha..Free jer..Selamat Mencuba dan semoga rakyat Malaysia semua bermulut wangi dan bergigi bagus..:p

Wednesday, April 1, 2009

Color Option!

Inspired by Rizalman punya rumah (**credit to Rizalman's) aku heart betul sama English style! Tapi bukan English style yang ade bunga2 taik ayam tu..Sori mak tak suke..Suka yang plain dan elegant! Smart! Cool! Kemas!

Mungkin peranan wall painting and white wooden furniture can light up the environment kot..Tak minat la dengan ala2 Bali tradisional segala bagai..Macam tempat pembiakan nyamuk jer aku rasa gelap semacam!

Yeah..Beside headache make an arrangement for my big day, nak arrange rumah baru pun sakit kepala jugak but soooo interested! Pikir pasal color rumah pun buat aku serabut. Ye la for the time being mana mungkin boleh fully furnished kan lagipun lepas kawin baru pindah..so this is the best time untuk paint the wall!

Lepas pusing menjelajah visibone.com i am more into something yang look fresh dan terang sikit. Macam Aqua Blue atau Lime Green. Sebab persekitaran rumah tu tak dapat sangat cahaya matahari yang terus menerus secara langsung so mungkin kena color yang terang! Betul ke?



Mungkin color2 within that area yang jadik pilihan kot..Kot la kan..

Any idea anyone?
Haa mood senyap gitu kan!
Bukan ape..mood tak stabil..
Taip2 jer simpan kat draft peram jadik ikan pekasam..
Nak citer ape pun jadi buntu..
Nak citer wedding progress pun macam "ahh tak payah la buat malu jer tayang2" rileks2sudahh...
Nak citer pasal keje pun..Ishh tekanan jugak..
So?