Thursday, September 24, 2009

24-9-2009 5 Syawal

Ape lah yang korang2 semua ni tengah buat eh sekarang?
Aku dah sejam 25 min kat ofis ni dah weng weng gile kepala aku lah
Bosan betul macam tak de orang je..Aku sorang je muslim dari semalam keje bersama mata mata sepat lagi 5 orang..Dah sampai tahap main game yang tak penah2 aku sentuh kat facebook tu ha..Gile loser nye aku...Cepat la hari esok tak sabar nak balik Ipoh semula...

Wednesday, September 23, 2009

Edisi Raya Ketiga 2009

Pulun kan ber entry! actually tatau nak buat apa walau ade je kerja kalau di godek2 in tray tu.Tapi tah napa tatau saje gedix nak berblog..facebook pun tak ramai masuk..blog2 kawan2 pun tak berupdate...ape lagi la yang aku nak terjah selain dari blog sendiri kan...

Ok raya ke 3 adalah hari terakhir in laws smua di rumah ku..datang dengan 80% barang pulang dengan 150% barang hahaha..mana tak nyer last day ni pun sementara tunggu my SIL habis keje sempat lagi mencilok kan diri ke Times Square..memang ala ala pelancong kan raya aku tahun ni..tawaf punya tawaf bersaing dengan orang2 mata sepet...beli dan belah then ronda2. Baru la husband tau erti soping masuk sana sini complex sana complex sini..Haa kalo dengan aku, aku takut2 nak seret dia...hahaha ni dah ramai2 mana nak ngelat kan...Rasainnn!




About 6 dah siap makan packing segala harta benda yang tersssaaangattt banyak..baru la diaorg semua back to JB..Aku dan suami tergolek badak depan tv letih tak hengat donia punya from Friday till Tuesday punya activities.Tapi lepas dah balik smua..Sunyi pulak rasa rumah.. :-( dan aktiviti melaundry baju bajan kemas rumah pun bermula...Alahai!

Edisi Raya Kedua 2009

Ok cepat je masa berlalu pejam celik pejam celik dah raya ke -2...Mana yang sebelum ni aku dok la sengsara pikirkan kesedihan tak dapat balik beraya kat Ipoh...Akhirnya aku dpt jugak menabahkan hati..WALAU manusia2 kat rumah Ipoh tu dok bertalu2 sms call blow blow aku..Bongoks tol..aku leh control lah! cakap aku korang tu tak kena lagi takpe lah! Ade plak aku call masa pickup terus nyanyi lagu Dendang Perantau..Ade plak yang blow2 aku cakap "Woit bibik indon pun balik indon lah cuti2 raya ni"...Ala aku tau korang smua bengang kene buat keje banyak kan sebab selalunyer korang membibikkan aku kan dari depan sampai depan sampai dalam balang kuih kan!!PADAN MUKA hahahhaa..

Lupa nak citer..pagi raya tu lepas salam2 ngan inlaws..aku pun buat la panggilan keramat ke rumah Ipoh..aku mmg takde niat nak nangis nak chill2 sebab tradisi inlaws salam2 ni smua no no no to adegan airmata kan.but for my family..belum salam dah drama esp my mom dan my sister yang over! Tapi once aku cakap "mak"...suara mak dah lari tune ko..Aku plak bangang leh tanya "ni mak ke Falan (adik aku) ni??" "mak ni" huwaaaa...nangis terus aku yang kalo aku masuk rancangan Macam2 Aznil segmen nangis2 ni gerenti aku 1st place! Pastu cakap ngan Abah pun aku sedih..tapi takkan bapak aku nak nangis pulakkan.."xpe la..pengalaman raya dengan mak mertua, sama je" kata bapak ku dengan cool nyer! Hahaha...


Dan apa yang paling menggembirakan aku di kurniakan family mertua yang best iaitu smua akan ke Perak raya kedua tu..Sporting tak sporting lah kan inlaws aku esp my FIL yang plan..Katanya nak ke Kuala Kangsar nak melawat Masjid Ubudiah yang sekian lama dia hajatkan..dan yang paling penting singgah beraya di Ipoh my home sweet home!! Aku tak peduli yang penting aku dpt balik walau sekejap di hari raya ke-2!! Mungkin jugak diaorg tak nak aku sedih kan tak raya sama family aku..Haaaaa..siapa sangka..aku dok membayangkan raya ke-6 baru aku jejak Ipoh..Siapa sangka!

Tengahari baru bertolak sesudah my SIL pegi keje..As usual Kuala Kangsar mmg hectic lah musim raya...Smua outsider punya kereta berpusu pusu. Sesak dari Tol Jelapang til Exit KK..Bayang kan! Hujan lebat dan tercapai lah hajat FIL nak bersembahyang di situ. Tak boleh pun nak outdoor photoshoot sebab hujan lebat..

So tak boleh nak jalan2 mana2 kat situ dan straight ke rumahku....



Bersama adik kesayangannyer..yang kalau jalan2 aku tak di pandang dah :(((!!




Ya Allah betapa nikmatnya dapat menikmati gulai yang Abah masak, Rendang versi rumah sendiri Ya Allah sedapnye.Kalau dah tekak Perak tu tak leh dah forever tune to tekak negeri lain kann..melayan anak2 saudara yang tak boleh blah comel2 belaka..Nikmatnye walau sekejap!!!


About 8++ sampai rumah KL masa tu highway dah banyak kereta..Tatau nak p mana semua orang...Haihhh tammmmat raya ke-2!

Edisi Raya Pertama 2009

Akhirnya sampai lah ke masa kemuncaknya Raya Aidilfitri 2009! Subuh2 dah bangun nak siap2 lagi 1 menu, nak iron baju (kene beratur amek no. ok!), nak berebut bathroom best yang lagi 1 tak best..dan etc..sharp pukul 8 dah keluar rumah untuk ke Masjid Bandar Menjalara..


Balik rumah bersedia untuk sesi salam mintak hamponn bagai dan sessi merabak poket masing2.owhh owhh if i could turn back time masa umur2 form 5 gitu kan bagus.Masa tu duit raya rm50 ke atas dah..Tadah tangan je la kan..heaven! Pastu bulih pulak aku terlupa salam husband on time dan malam tadi baru salam..hahahaha..ya amponnn dong! ala masih Syawal what!




Lepas tu makan tak hengat donia..ada yang santai2 surfing2.ada yang sambung tido..ada melayan PSP..ade melayan Nabil kat Astro Ria dan! ade yang kene pergi keje..hehe..

Lepas Asar bersiap2 untuk beraya..beraya ke mana hadek hadek...ya! kite beraya ke Pavilion yek!! Ayuh! Very the ala ala pelancong asing ye!


Shopping jangan tak shopping..bangsa lain pun tgk kiteorg pelik semacam..tapi who cares kan..best jugak experience cenggini tau..










So tamat lah kisah hari raya pertama dengan beraya di Pavilion dan menikmati nasi beriyani Hameed kat Jalan Raja Laut yang selaut manusia dok tengok bola.Sedap gilos ko nasik beriyani baru masak..ayam goreng rangup..Kelaparan pulak aku masa menaip ni..Cepat la pukul 1 balik nak makan banyak banyak..Aihh bulan posa leh je tahan kan..

Monday, September 21, 2009

Edisi Persiapan Raya


Edisi persiapan sehari sebelum raya di rumah ku yang cinonit..Memuatkan 9 orang..Dapor gas api ala ala segan nak keluar kekdahnyer tak penah nak merendang bagai just makanan untuk 2 orang je sebelum ni..Hahaha tadah la muka dari pagi sampai ke buka puasa time..


Sebelum2 ini selama 26 tahun beraya aku tak penah tau what to prepared, what to buy, and etc..But this year..its a big big extravaganza experience for me and my husband too..Hamekkk ko!! selalu sehari sebelum hari raya, parent will go down membeli dan belah persiapan raya esp bahan2 masak, q number untuk beli santan kelapa untuk rendang, berebut2 pilih daging segar, lagi q untuk ayam untuk di beli lepbih dari 4 ekor..sayur2 lain..dan kali ini pengalaman yang priceless even baru je 3 bulan kahwin..learning process jugak..Malam sebelum belum persiapan tu parent in law dah tanya "mana pasar tani paling dekat" ha ko blink blink mata seratos kali pon belom tentu jawapan keluar..cepat2 aku dan husband browse website FAMA. yes! paling hampir dan jatuh pada hari Sabtu ialah Pasar Tani Kelana Jaya belakang Kastam.


Lepas subuh dah keluar rumah..Huwaaa 2 jam je tido wa cakap lu! dengan mata panda dan kaki lembik guwa tabahkan hati harukk ke pasar tani dengan hujan renyai2..


7a.m dah crowded giless..

Cewahh reti ke tu pilih daging Encik Taro?
Anak sapo lah ni bertuah nye sape dapat dia :p

Masa ni hanya aku dan husband je yang pegi pasar since in laws semua masih penat dari JB pukul 3 pagi baru sampai..then bila dah sampai rumah pulak tengok adik ipar and parent in law ku sudah nak keluar mencari barang...Ha ko amek! 2nd round ke Kelana Jaya semula..Ke pasar Taman Ehsan, ke NSK Selayang..kerana apa..kerana hanya my MIL saje yang tau bahan2 nak masak kan..ko tanya aku ikan takat ayam goreng sudah! Hahaha..rosak hari raya dengan menu aku tu kan..Lagipon kan nak masak pelbagai menu Johor..i Perak ok! mana la i reti deknon! Lepas tu rumah aku mana la ade cukup kelengkapan takat kuali buh 3 ekor ikan 6 ketul ayam bulih laaa kena la borong periuk bagak smua tu..Excited MIL aku sebab barang murah dia kata..

Starter






Hamekk ko punya romantik dapor gas aku dari kul 11 masak 4 menu sampai buka puasa la gilir2 aku dan MIL tadah muka depan api..Hahaha lepas lepas ni adalah tugasan husband menunaikan amanat nak beli dapor turbo dari MIL.."ko beli jangan tangguh2 kesian kat Aiza masak lama lama" haaaa bulih plak dia jawab "eh Aiza dah tak bagitahu pun" haaaa...Dan akhirnya misi berjaya! Sedap ko! Nasib tekak aku auto tune je..
Malamnye pulak yang lelaki lelaki di paksa ikut kaum perempuan (me, MIL, SIL) nak ke Jalan Tar..hahaha aku dan husband dari awal Ramadhan beria ia ngelak Jalan TAR sanggup ke The Curve je..sudah nyer 2 malam berturut ko aku ke sana..Seronok betul ngabiskan duit kat situ as telekung yang macam 100++ jadi 60 je...sabar je lah yang lelaki lelaki ni kan..muhahaha..


Ok ni adalah pra Raya enty edisi bersama keluarga mertua..

Kisah 2 hari sebelum raya..

Raya update!
2 days before raya while my home sweet home masih berpenghuni 2 orang (suami & aku) + my BIL yang cuti lebih awal. Jumaat plan nya mahu tambah bisekutt raya dan nak mingle around jalan TAR yang aku sudah angan2 kan umpama jalan ke hutan belantara sunyi dan aman damai..Bergembira sehingga ke melepasi PWTC dah mula pelik.."eh manusia2 ni semua tak reti2 nak balik kampung ke" sebab nye jammed di mana2 jalan nak masuk Jalan TAR. Chisss angan2 aku tak sama lah kalo gitu yek..Dan merasa membakar kalori beribu berjalan dalam lautan manusia yang-beli-apa-tatau dan mengharapkan harga runtuh macam yang sama aku harapkan..merasa sondol vonttot orang dan di sondol hahaha..tapi harga mmg much much diff dari awal2 puasa lagi..bila dah setengah perjalanan lautan manusia tu aku dah menggagau cari exit..having our teh tarik dan pulengsss segera kerana my inlaws dari JB sudah separuh perjalan ke KL..
Ini malam sebelum raya!! Gile ko hari biasa cher ko wat sesuka hati parking gini!! Memang mintak pulut la kan!



2 gambar ni adalah Jumaat malam Sabtu yang aku ingat lega lega sekalik..hamekkk ko!


Wednesday, September 16, 2009

Rezeki Ramadhan

Tahniah! Anda LULUS ujian yang telah diadakan pada 19/8/2009.


Here we go!! Welcome 3rd stage! CongratulationSS. Alhamdullillah!
See the leg lah sape yang tolong siapkan pen dan pensil dan ironkan baju..haha!

Energetic

Raya is just around the corner..Well well well rata2 yang pompuan2 newly wedd kebanyakan nyer tak excited...hahahaha hangpa pasal pa jadik lagu ni haa..Cherrr hangpa chill chill sket (kataku sambil menyedapkan dan mengchillkan hati sendiri)



Persiapan for me and husband tak berapa nak meriah as dia recycle balik baju tahun lepas dan aku pulak baju before kawin yang mak beria ia suh tempah 3 4 pasang yang tak sentuh lagipon..Kengkonon nyer baju2 tu semua buat pakai masa sesi suai kenal ke rumah sedara mara husband lah tapi kekdah nyer sesi suai kenal aku ialah makan tido dan cleaning session kat umah mertua sepanjang cuti majlis resepsi kat sana. Kebetulan pulak ade kaler yang leh matching matching citrawarna Malaysia kan..haa tak yah susah2 beli..tak yah susah2 pun aku terrr beli gak sepasang kasut dan 2 tudung..terrr je..Persiapan kamiwurang lebih pada rumah punya item, balang kuih! (yey! balang kuih pertama milik diri sendiri!), kuih2 biskut bagai, kemas2 rumah, cuci2, stock up groceries dan on Saturday subuh2 sepe'ei must hunting for bahan bahan mentah untuk masak hari raya.



Ha lepas tu merasa apa planning nyer untuk raya pertama dan onwards sementara nak tunggu kerja balik hari Rabu. Ade pulak nanti yang buat lawatan raya rumah Perdana Menteri pastu buat muka tempelan masuk TV. Ape benda la nak buat raya kat KL ni..geng PATI banyak laa..hoh betul laaa..Pastu boleh baring2 atas jalan2raya yang mana hari biasa sangat hazzabness..



Cuti raya pun tak lama as my cuti semua dah sapu bersih for wedding last May/ June dan keterpaksaan nak haruk Unpaid Leave yang nangissss tengok amount kene deduct kat payslip!! Start cuti on Saturday (kan best jadi husband as co dia American co yang paham bahasa declare cuti on Sabtu sehari sebelum raya)..Rabu aku dah masuk ofis balik dan akan bercuti kembali on the week end till Monday. Monday tu saje jer sebab ramai yang dah mula kerja dan utk prevent kan dari Monday + Raya blues dan elakkan jem kat highway ke KL so apply cuti Monday itu adalah yang terbaeekk punya!! Jem dari utara ke KL musim2 habis raya memang tersangat kejiness as selalu boleh jer Ipoh-KL sejam sengah to 2jam 15 min paling lewat melampau2 menjadik 3 4 jam perjalanan weeeehu!



Dekat2 nak raya ni contractorS makin menggila push aku umpama aku lupa jalan balik ofis lepas raya nanti..Ade pulak yang jenis layuuu sepanjang Ramadhan punya style yang seolah2 bekerja lepas waktu berbuka siang tido!! Lembap! Dateline dateline dateline as boss aku pulak makin menggila dengan peel sekejap itu sekejap ini dia yang berbakul2 aku CDH kat dia terutama semalam dan hari ni. Ade pulak kelig aku kata kalau aku bagi pilihan aku nak sepuk dia pakai tangan ke pakai tapak kasut..kah kah kah...Lagi menyetan sumpahan dia!!



Ok la..pada sesapa yang last day kerja harini dan mood makan lemang rendang dah berkobar..p lah korang balik memandu atau duduk atas seat bas/flight/ketepi dengan jaya dan selamatnya..Selamat hari raya maaf zahir batin dari aku dan husband ye. Beraya sakan lah hendaknyer ok!!




Ni kerja sampingan untuk Suruhanjaya Tenaga dan Jabatan Alam Sekitar submission yang haram tak sentuh lagi dari minggu lepas sebab tender banyak nak closing...Woiitt aku nak raya laaa...sakit betul mata dan hati aku tengok benda2 setempek ni..Tapi kene clear sebelum cuti ni..Kalo tak merasa tercekik rendang gara gara dapat sms dari yang dipertua. tak soooookaa!
So berbalik pada tajuk aku tu..Aku berharap sangat last last day to hit raya day ni aku jadi superenergetic nak buat smua benda..Hoh!!

Sunday, September 13, 2009

Macam mana ni..

Macam mana ni raya belum pun datang lagi tapi ada kuih2 ade makhluk dah makan sampai tinggal separuh..HUwaaaaaaaAaAAAA..Tapi kuih tu antara yang terbaeekk juge.sedap! walaupon ikea jual 2 jenis saje..Jem Tart & London Almond..




Misi mencari cookies belum selesai..Mungkin kat Kompleks Kraf Jalan Conlay adelah lubuk nyer..as a suggestion dari beberapa orang..Harap2 sana ok...

Thursday, September 10, 2009

1st real kad raya!!

Ini adalah kad raya aku yang pertama!
Dari anak anak saudara yang sangat kecoh sepanjang masa kecuali time tido!!
Merassa merembat corporate card mama diaorg dan berusaha mengepos (walau aku tau mak dia yang ngepos tak la diaorang plak terkedek2 nak terjah peti pos yang peti pos tu entah tau entah tidak rupenya kan!)


Kepada Hanis dan adik adik: Pakcik Shukor cakap sapa tulis nama dia salah tu..nanti kene denda tak dapat duit raya!!!


Hanis nanti kite hantar kat kamu ye kad raya kite!! Nanti sms kita alamat rumah ok!!

Tuesday, September 8, 2009

Ngeh ngeh ngeh merassa kekdah gambar lupa nak rotate!

Untuk pertama kalinya seumur hidup aku zakat fitrah di bayar oleh seorang lelaki lain setelah 26 tahun di bayar oleh Abah..Lelaki itu tidak lain tidak bukan ialah husband guwe sendiri ler sapa lah lagi..Kata sudah menjadi tanggungjawab seorang suami kan..:p

Ok..sila bayar zakat anda jangan lupa ye!

Lets Bekerja

Mari mari bekerja setelah 3 hari menjauhkan diri dari timbunan kertas2 yang sakit kepala dan dan 3 hari jugak terhindar dari menekan2 keyboard di ofis..Ayuh! Pencapaian mesti di utamakan!!



** Kata kata menyedapkan hati sendiri sebab sungguh malas nak mula kerja dan terpaksa tunjuk2 rajin demi bonus yang akan menjelang tiba..Haha!**

Friday, September 4, 2009

Hello

Salam Jumaat pada kamu semua!

Harini sungguh fresh matahari terang benderang nak tido lelama pun dah tak selesa. Harini jugak best sebab malam lepas terawih nak balik Ipoh pulak. Yey!


Antara benda yang membuatkan aku tak senang duduk ialah bila bukan waktu pejabat aku dapat call dari boss..Tapi entah kenapa aku tak penah nyer nak jawab cepat2 atau tak jawab langsung kalo dia call. Sebab aku dah block mental kat rumah malas nak perah otak cam kat ofis lagipun mengganggu kosentrasi aku nak memasak tau orang tu tu! Benci lah! Yela cuba bayangkan kalo tgh kusyuk memasak boleh plak ada orang tanya file ni benda ni u letak mana, yang ini bila closing date segala bagai..boleh ko bagi jawapan on the spot tanpa tengok benda2 tu!! Damn crazy!


Tapi dalam pada dok ignore tu aku ni pikir la dia tu dah la jenis kecoh2...so aku berdoa la tak henti sampai ke pagi ni..Doa jangan la benda2 tak best dia nak sembur aku...Aku sampai depan ofis je aku tgk kereta dia dah park baik punya pintu ofis atas pun dah terbukak pergghh rasa nak tercabut jantung aku..Aku tak suke kena macam ni lagi2 bila pagi baru nak mula keje belum sempat letak bag lagi dah bertubi tubi kena tanya macam2....


Sudahnya aku buat keje cam biasa sambil berdoa lagi tapi tiba dia cakap dengan aku "Eh Aiza u apasal tak pegi ini warehouse sales belakang sana! Ini ambil ini pamphlet!" Aku macam WTF ini orang!! Semata mata call aku semalam pasal ni je..Perghhhh guwa rasa nak melompat sampai atap beb lega tak hengat punya..Rupanya dia datang awal sebab nak buat invitation to JKR je untuk event buka puasa Ahad ni..

Lalala hati gumbira...!!
Update: Rupa rupanya bukan aku sorang je dapat call, kakak yang salu pegi makan dengan aku tu pun kene call jugak..haha..Boss perli kiteorg ar..Siyut....

Tuesday, September 1, 2009

Weeeee...


Salam sejahtera ke atas kamu semua!



Baru 11jam tiba dari JB yang perjalanan nyer amat lah melenguhkah vontott ye puan puan..Kalo balik Ipoh tu dua kali kelip mata aik dah sampai tol Simpang Pulai @ Sungai Buloh dah..ni pejam celik pejam celik tak jugak sampai aih...Perjalanan yang selalunya boleh mengunyah sepanjang masa dan meneguk 100Plus di kala terik matahari memancar namun kali ini asyik lah jeling seat belakang yang memuatkan lautan makanan termasuk the most delicious kerepek yang mana aku adalah Die Hard Fan kerepek Johor.



Kali ni balik berpuasa di rumah in law..Best je rasa terisi je hari walau siang tu dalam 3 4 kali round tido jugak :p dan yang penting aku dpt juge resepi dari MIL ttg kek blossom tu yang tatau bila aku mau buat..tapi dari zaman bertunang lagi aku sudah adore sama itu cute little greeny cake! MIL aku ni masak mmg pantas dan semua benda dia masak nampak ringkas padahal kalo aku google resepi dua tiga kali ulang baca arghhh malas ar macam payah je..ini dia main campak2 je senang sangat dan kepala aku ligat nak hapal step step campak tu..dan harus praktik campak campak kat rumah yang kalo hasil nya bagus licin dan kalo tak bagus entah2 mesi husband rasa macam nak campak aku ke bawah rumah pulak hahaha!



This weekend pulak harus pulang ke Ipoh demi menegakkan KEADILAN! Haha sian blacky mesti tayar blacky penat ke Selatan dan Utara kan. Yang penting antara benda yang aku teringin dan payah nak cari tanpa jejak Cold Storage dah aku dapat kat JB dan yang penting dari Makkah. Thanks to Kak As jiran inlaw yang tak sudah2 berbudi since dari kerja kawin lagi..Murah rezeki Kak As lah mintaknya ye..


Dude! Its a White chocolate somemore!