Friday, September 4, 2009

Hello

Salam Jumaat pada kamu semua!

Harini sungguh fresh matahari terang benderang nak tido lelama pun dah tak selesa. Harini jugak best sebab malam lepas terawih nak balik Ipoh pulak. Yey!


Antara benda yang membuatkan aku tak senang duduk ialah bila bukan waktu pejabat aku dapat call dari boss..Tapi entah kenapa aku tak penah nyer nak jawab cepat2 atau tak jawab langsung kalo dia call. Sebab aku dah block mental kat rumah malas nak perah otak cam kat ofis lagipun mengganggu kosentrasi aku nak memasak tau orang tu tu! Benci lah! Yela cuba bayangkan kalo tgh kusyuk memasak boleh plak ada orang tanya file ni benda ni u letak mana, yang ini bila closing date segala bagai..boleh ko bagi jawapan on the spot tanpa tengok benda2 tu!! Damn crazy!


Tapi dalam pada dok ignore tu aku ni pikir la dia tu dah la jenis kecoh2...so aku berdoa la tak henti sampai ke pagi ni..Doa jangan la benda2 tak best dia nak sembur aku...Aku sampai depan ofis je aku tgk kereta dia dah park baik punya pintu ofis atas pun dah terbukak pergghh rasa nak tercabut jantung aku..Aku tak suke kena macam ni lagi2 bila pagi baru nak mula keje belum sempat letak bag lagi dah bertubi tubi kena tanya macam2....


Sudahnya aku buat keje cam biasa sambil berdoa lagi tapi tiba dia cakap dengan aku "Eh Aiza u apasal tak pegi ini warehouse sales belakang sana! Ini ambil ini pamphlet!" Aku macam WTF ini orang!! Semata mata call aku semalam pasal ni je..Perghhhh guwa rasa nak melompat sampai atap beb lega tak hengat punya..Rupanya dia datang awal sebab nak buat invitation to JKR je untuk event buka puasa Ahad ni..

Lalala hati gumbira...!!
Update: Rupa rupanya bukan aku sorang je dapat call, kakak yang salu pegi makan dengan aku tu pun kene call jugak..haha..Boss perli kiteorg ar..Siyut....

3 comments:

Sal Abdul Rahman said...

wahahhahahah! warehouse sales aper beb? (dalam nada curious gilerr!)

newlifenewbeginning said...

semoga berbahagia balik ipoh! :) mesti ko ceria je kan..

» NAJA « said...

ala sini kan kawasan kilang..mak kan minah kilang..Camel Active Warehouse Sales & Lot100 gula2 warehouse sales..

tak best tak payah pegi..haha