Friday, August 28, 2009

Tag


1. Bekas kekasih saya adalah :>> Seorang yang poyo!

2. Saya sedang mendengar :>> Berita dari Radio RedFM

3. Mungkin saya patut:>> Gunting rambut, beli sandal dan seluar tido baru untuk balik JB esok

4. Saya suka :>> Mengadap komputer

5.Sahabat-sahabat baik saya :>> Yang saya boleh carut dan mereka boleh carut saya balik..carut means kata kata kasar dan kesat versi kawan rapat yang takkan makan hati bukan carut bukan2 yang kotor2 tu

6.Saya tak paham :>> Kenapa kerja2 di ofis tak pernah habis!

7.Saya kehilangan :>> Berat badan masa sekolah dulu! Haha

8.Ramai yang berkata :>> Bila nak buka puasa sama2 ni?

9.Makna nama saya :>> cahaya apetah lupa kene cari balik

10.Cinta itu adalah :>> Sesuatu yg perlukan pengorbanan dan perlu bekerja sama bertolak ansur

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :>>Sibuk tatau buat apa dalam bilik dia tu

12.Saya akan cuba :>> Masak best2 untuk adik dan kakak Ipar saya balik nanti

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :>> Harziati Selamanya ~ ID FB Aty! Kan Aty kan!

14.Telefon bimbit saya :>>Baru subuh tadi suruh husband taruk silicon kat lobang keypad

15.Bila saya terjaga dari tidur :>> Terus ngadap sinki dapur tak suke ade pinggan kotor

16.Saya paling meluat apabila :>> Emosi menguasai diri dan orang yang banyak duit boleh beli semua perkara sebabnya konon duit dia banyak

17.Pesta/Parti adalah :>> Yang saya rimas dan tak suke pergi

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :>>Takde istilah haiwan comel dalam kehidupan saya

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :>> Sekarang!

20.Hari ini :>> Hujan tapi lepas sahur terus tak tido


21.Malam ini saya akan :>> pergi Terawih dan balik tu singgah JJ or Metrojaya

22.Esok pula saya akan :>> Kerja separuh hari dan pulang ke JB

23.Saya betul-betul inginkan :>> Aderrr larrr..Saya betul2 inginkan apa yang saya dan suami doakan!

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :>>Dah makin gelap sebab selalu keluar tengahari

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :>>Pusat membeli-belah

26.Makanan Barat atau Jepun :>> Jepun! Oh! Sushi

27.Bilik yang terang atau gelap:>> Terang bila siang supaya tak busuk dan gelap bila malam

28.Makanan segera adalah :>> Yang order je selang beberapa minit dah leh ngapp!

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?>> ok letak dalam tray nanti i tolong fax

30.Siapa yang anda nak Tag:>> Kawan2 saya yang anak ke -3!

Thursday, August 27, 2009

Cubaan yang bagoss cik tiki..

Cuba lagi ye!

Wednesday, August 26, 2009

Ada masa gembira dan ada masa akan rasa hiba..

Ianya normal bukan bagi seorang manusia yang ada pasang surut rasa hatinya, mungkin hari ni kite rasa kite orang paling bahagia, paling complete, paling tak ada masalah2 besar nak fikir tapi ada masa kita rasa nak nangis tiba tiba, rasa sedih, rasa sayu dan hiba..Ada masanye kita rasa malas nak fikir benda2 tu semua tapi ada masa kita tak boleh hindar dari perkara tu berlegar2 dalam kepala..



Sedang bersibuk sibuk di pejabat adakala dan selalunya aku menerima panggilan dari mak menanyakan apa yang sedang aku buat..Sejak dari 10 tahun lepas boleh katakan kami akan hubungi satu sama lain setiap hari dan aku akan rasa pelik dan cepat2 call if lebih dari satu hari mak tak call..Semalam masa bersembang kejap tu mak ada cakap yang adik kata tahun ni tak dapat rasa lagi dah air tangan mak masak untuk berbuka.Tapi aku masih tak perasaan semua itu walau aku dapat rasakan sedikit lain pada suara mak dan sebabkan keadaan masa itu tak berapa nak izinkan aku bercakap lama dan sejenak pulang semasa memasak apa yang mak cakap masa tu terngiang ngiang balik dalam kepala aku..aku terus hubungi mak dan cakap sambil selit2 nanti aku balik kita buat Buah Melaka..




dan...subuh ini aku tak dapat tidur..aku rasa amat sedih bila fikir tahun ini tak ada lagi Buah Melaka dan tak ada lagi Kuih Makmur menjelang raya untuk kami adik beradik hasil dari air tangan mak. Tentu mak lagi sedih Ramadhan ini sebab segala persiapan kebanyakannya Abah yang buatkan dan mak hanya mampu tolong sedikit sebanyak dan tanpa aku juga yang selalu pulang ke rumah berbuka puasa. Teringat di waktu dulu mak bangun sangat awal nak siapkan sahur untuk kami semua ulang alik dari dapur ke depan nak kejut semua orang sahur, mak masak nasi panas, air panas lauk panas semua untuk kami. Ada aku simpati dan ambik peduli masa tu? Ada aku bangun lagi awal dari mak? Ada aku fikir mak cukup tidur ke tak sebab lepas kemas2 semua mak bersiap pergi kerja pulak??Aku juga tak dapat bayangkan macam mana rasa mak bila tahun ni aku tak dapat beraya dan bersibuk2 dengan persiapan raya di rumah seperti tahun sebelum2 ni sedangkan ini tahun pertama mak berpuasa dan akan raya dengan keadaan yang tak sepenuhnya sihat macam tahun2 sebelum ni dan aku cuba elak untuk cakap dengan mak pasal ini kerana aku rasa ini mungkin juga buat mak rasa sangat sedih dan tertekan....




Imbas kembali kekentalan mak menguruskan majlis kahwin aku yang lepas dalam keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Betapa syahdunya rasa betapa pengorbanan mak tak dapat di tukar ganti, bayangkan dengan bertongkat mak gagahkan jugak masuk ke kedai membeli itu dan ini bersama2 untuk persiapan itu. Berulangkali jugak bila kekalutan datang mak sebut kalau lah mak sihat....kalau lah mak sihat...Ya Allah ya Tuhan...dan aku turut terimbas air muka mak masa aku salam mak sebelum aku berangkat ke masjid sebelum di nikahkan..Sedih mak tak dapat tengok semua saat saat tu..Sedih!!!





Mak sakit mak tak penah nak tunjuk mak sakit, aku teringat masa malam mak sakit dia berkali cuba bagitau aku jangan balik malam ni mak tak apa2...sedangkan sebenarnya masa tu mak dah tak larat separuh badan dan hancur luluhnya hati aku bila aku pulang keesokan hari nya mak dah tak macam selalu..mak kuat dulu semua mak boleh buat lagi2 masa abah bertugas jauh. Mak tak pernah merungut selama bertugas 37 tahun dan menjaga kami 6 orang adik beradik sampai semua nya dah besar itu belum kire lagi dengan melayan perangai seorang demi seorang..dan aku juga pasti banyak karenah yang buat mak susah hati....Sampai sekarang mak tetap layan kami semua macam dulu juga cucu cucunya walau mak dah tak mampu seperti dulu.





Bagi aku sangat normal sebagai anak perempuan yang rapat dengan mak mereka dan aku sangat janggal jika ada yang di sebaliknya. Hubungan naluri keperempuan yang mungkin bila umur semakin meningkat ikatannya semakin mendalam. Menjadikan kita anak perempuan dan emak menjadi saling menghargai, kasih sayang bertambah erat. Bagi perempuan yang masih belum mempunyai keluarga sendiri, nikmatilah kasih sayang dan keprihatinan tak berbelah bagi dengan emak2 kamu semua sementara kamu kamu semua masih belum ada sebarang komitmen yang perlu di bahagi samarata..




Ingat...buah pemikiran, perasaan, naluri hati seorang mak takkan sama dengan hasil dari otak kita. Otak mereka berfikir lebih jauh dari kita dan selari dengan itu perasaan mereka lebih jauh mengatasi perasaan kita yang mana itu membuatkan kadang2 kita tak sedar tentang sensitiviti mereka. Ibu bapa juga juga akan menjadi lebih sensitif bila umur makin meningkat di tambah lagi kalau keadaan tak kesihatan mereka tak mengizinkan tapi jangan kau harap semua ini di terus terangkan... semua ini terpulang kepada sensitiviti kita sendiri yang semakin lama akan menempuh alam seperti mereka. Perlu belajar dan perbaiki sementara mereka masih ada dan pada umur2 sekarang adalah masa yang terbaik untuk kita tunjuk bahawa kita amat amat menghargai mereka sebelum terlambat.



Dalam subuh Ramadhan ini juga..aku memohon Allah ampunkan dosa dosa aku pada mak.Selama 27 tahun hidup atas muka bumi ini aku tak terlepas dari dosa dengan mak..Semoga mak cepat sembuh atau sekurang2nya dapat menjalankan kembali aktiviti hariannya seperti biasa dan bahagia selalu..Amin....



Entry ini akan jadi kenangan sampai bila bila dan amat meyentap2 jiwa kesedihanku :((

Monday, August 24, 2009

3rd Ramadhan

Seronok nyer berada di rumah pada waktu orang lain bekerja..Terasa mentally & physically belum ready nak p kerja harini atas beberapa sebab..Bergembira lah sepuasnya harini sebab esok otak bakal terkejut malapetaka apa la bakal di terima kat ofis..Merasa esok pukul 8 dah tercegat depan meja..Kadang2 ade sesetangah orang berlainan pegangan ni dia peduli apa kite ni berpuasa ke tak..ye ye tau puasa tu bukan la halangan tapi..cuba la consider sikit kan..Masa2 macam ni la selalu puasa kita di duga nak marah tak boleh sangat smua kena kawal..



3rd Ramadhan sudah hari ni kan..sekejap jer dah tiga hari..semalam baru la boleh menikmati puasa normal sikit dan hari ni bertambah normal kerana bajet diri sebagai SAHW..Hari ni saje la esok satu menu sudah ye Dear! Bagus tau husband dia makan je tak cerewet dan semangat nak ke bazar takde langsung dia ni. Aku jenis nak kene ade 1 jenis kuih manis dan 1 jenis kuih pedas..tapi takkan la nak beli seketul2 pulak kan..mau kene pelampang ngan makcik bazar sambil nak zass aku buat rugi plastik je pompuan ni..Oh baru sedar selama ni kire aku ni ibarat inspiration dia untuk hasut dia makan banyak2 la ek sebabnyer sepanjang masa aku tak sihat aku tengok dia cam hazzab je nak habiskan nasik..Tapi cherr beregunya ni sihat..ha kauu..aku pulak geleng tengak keterreran dia..



Cuaca sungguh tak boleh di duga la lately kadang panas terik mentari memancar mancar kadang sejuk cerah kadang ala ala mau hujan lebat kadang hujan lebat bersungguh sungguh...Macam macam kan..



Mahu terjah klinik jumpa Abang Baljit mintak sekeping kertas harga rm30, mau beli foil untuk aktiviti bakar membakar nanti, mau beli popia pedas yang kat KL pakai kulit segera tapi kat Ipoh kulitnyer bikin sendiri yang terbaeekk sekali rasa dia tapi takpe sental aje kulit KL tu punya dan balik memasak sepenuh jiwa raga dan bubuh la perasa garam dan gula mengikut instinct anda kerana pada bulan tak puasa pun sikit nyer teruk ko nak rasa ini kan pulak bulan puasa kerana tak reti kaedah rasa di hujung lidah yang patut terus basuh ini terus telan. Apakah???

Saturday, August 22, 2009

1st Day Sahur

Salam Sejahtera ke atas kamu semua..

Agak tidak gembira Ramadhan ini sebab starting je aku dah tak sihat..Sedih betul rasa sebab tak dapat prepare untuk sahur DAN pergi berterawikh..Huhu..

Sahur at 430 dah bangun tumis sayur goreng telur segala...hahaha tapi kelakar tgk husband punya la macam paksarela nak habis kan nasik yang ciput..Selalu nyer dua kali kelip mata dah habis huhu...

Aiyo selalunyer tak penah bangun masak subuh2 sepeie okeh...Syabas betey!!
Now still in office tabahkan hati sambil buat muka kesian boss ni tak nak bagi aku balik awal ke lagi mau bising2 pasal chase payment..benda yang paling aku menyampah tahap langit ke 7 punya..main petik je sapa2 padahal takde kene mengena dengan keje aku..Sabar banyak lah bulan puasa ni..

Wednesday, August 12, 2009

Hal raya jugak..




Sedih la..selalu tak nak pulak pikir pasal ni


Tapi since seluruk pelusuk alam asyik la cerita pasal raya, buat aku fikir balik benda tak best ni. Walaupun Ramadhan pun belum masuk lagipon..

Ok ok bagi sesetangah orang benda ni remeh temeh but TIDAK pada aku. 26 tahun aku raya bersama family tak kire la tahun tu best ke tak best ke aku tetap berpagi raya dengan family dan aku lah orang paling sibuk nak siap semua dan macam macam lagi lah..omg cant imagine kalau takde aku macam mana...



TAPI !



Tidak lagi pada tahun ini. Mungkin 90% akan jadi kenyataan bahawa raya aku kali ini tidak lagi bersama keluarga sendiri..tapi beraya di rumah mertua nun jauh di selatan yang tak memungkin kan aku untuk buat daytrip. Ye akan cuba berseronok tapi sedih tu mesti tak boleh hilang punya memandangkan my bestfren a.k.a pengapit aku aritu akan bertunang raya ke 7! So nak tak nak kene balik Ipoh dekat2 dengan occasion dia tu..


Huwaaaaa hhh!! ko kenapa la pilih hari raya nak betunang wahai pompuan! Semalam ko sedih2 pikir nape la ko bertunang masa raya, harini aku pulak sedih pasal aku tak dapat balik on time raya..


Dah la. Sedih sungguh aku. So no more baju raya kad raya dan duit raya juge so on untuk menunjukkan kesedihan ini. (p/s kalau boleh la berbaju raya recycle :p)

Sunday, August 9, 2009

Leper pun leper laa

Sakit hati pasal beli cekodok pisang with add. tepung serbuk penaik Rm1 dapat 5 bijik..Bantai la p buat sendiri..dulu kecik2 salu tolong mak lenyek pisang malam2 sebab pagi2 mak nak buat cekodok pisang untuk sarapan..tak amek port pun bape sukatan dia..yang aku tau guna pisang emas di bawa belayar je..satu2 nyer pisang yang aku suke.pisang lain tak suke.masam. Tapi dont judge a book by its cover okeh! tengok mmg tak lawa tapi rasa tetap yang TERBAEKK punye! Sebab kan pisang ni tak wangi macam pisang emas aku memandai2 tambah esen vanila.boleh? haha boleh aje..Cuma tak leh bulat cam mak salu buat tu..Mak pakai tangan je dah terbentuk cantik..aku tangan sudu senduk semua tibai takmau gak bulat. Huhu. Siap mms gambar cekodok leper aku ni kat my Abah habis semua orang kutuk akuh..ok ok...takpe.cuba lagi.





Pastu layan pulak dengan aiskrim Malaysia. Memang kenangan masa lampau lah aiskrim Malaysia ni. Makcik bas sekolah jual seposen satu dulu. Pewarna smua mari2..entah air masak ke tak makcik bas sekolah tu jual..Ni kalo dah buat sendiri bersih dan rasa yang over2 saje lebih bubuh memang la wajibalghunnah kan.. Ni pun buat sebab beli plastik aiskrim tu kat kedai jual barang2 plastik masa nak beli office nyer barang. Lepas ni nak buat aiskrim malaysia flavour yogurt buah pulak lah..hehe..laris okeh..aku buat 7 batang tinggal 2 je. Hehe





Friday, August 7, 2009

Lokasi:
Atas kerusi ofis lagi 20minit nak balik

Keadaan:
Tengah duduk sambil cari ape laa website yang best nak surf sambil meliuk2 tahan sakit perut adehh sakitnyer


Tengah Pikir:
Pikir balik kang nak baring je nak rehat taknak buat keje umah langsung pastu rasa cam taknak makan..tapi kalo rajin nak makan luar je nak makan ape tatau



Baru lepas buat apa:
SMS husband.tanya buat ape.minum dia kata.ok noted.


Nak beli apa buat masa ni:
Nak beli stok bahan masak mentah. Pastu nak pg JJ dan kedai rm2 beli besen.



Kenapa ko buat benda ni?:
Saje to kill the time tak tahu nak prentend cam buat keje camne lagi sedangkan keje banyak tapi aku tade mood pastu aku buat2 la aku taip2..kikikiki

Thursday, August 6, 2009

Taknakletaktajukboleh?


Kenapa dengan semua manusia dekat mukabumi ni???

Semua umpama tak semangat nak hidup termasuk aku.

Kalau pun ada hari yang macam bersemangat..cuma sekejap je bertahan. Sehari je. Esok mula lemau balik.

Kenapa aku dan kamu kamu semua begitu..Merungut, sedih tapi tak tau sedih tang mana, rasa takde mood nak fokus kerja, runsing macam2 padahal tak ada ape pun. Rasa nak marah. tak seronok.

Pasal kerja esp. semua orang rasa macam dah tak best nak hadap hari2.

Kenapa kita semua rasa macam ni?

Kenapa????

Termasuk aku jugak.



Adakah Jobstreet.com pengubatnya?