Wednesday, December 31, 2008

Dah start dah siaran langsung untuk New Year Celebration.

Aku dok umah jer la penat tadi pegi jalan2 kat JJ and g bayar hutang kat bank2 sekitar Kepong.

Jalan pun jem giler walaupun dah malam..Tah ape depa nak cekau malam ni aku pun tatau
Tak koser lah aku nak bersesak2 nak celebrate bagai.

Ada gak aku acah2 mr.S jom g The Curve nak?

Bleh dia kata ape? "Eeee u ni nak jadik agas ke? Macam budak2"

Hehe yela tapi esok kite g dating yuk!

Nak g mana ekkkk? Benci betul nak pikir nak ke mana..Salu macam ni taw!

Mana hah? The Mines best gak leh amek gambar banyak2 kan.

Tengok dulu lah mcm mana.Sudah nyer dok umah tido jer kot:p

2009 Resolution

Apekah resolusi tahun baru yang bakal di tempuh beberapa jam lagi?

Aku tak nak pikir and berangan banyak2..cuma..

1)Nak makan makanan yang sihat sahaja dan kurangkan kuantiti makanan

2)Nak ikhtiar habis habisan untuk sembuhkan mak terchenta nak buat Abah happy

3)Nak sasarkan matlamat 0 hutang

4)Nak jadi anak yang paling disenangi

5)Nak jadi pasangan yang kurang melawan dan penguat semangat untuk mr.S

6)Nak fokus keje betul2

7)Nak jadi lebih menghargai masa dan be more punctual

8)Nak kurangkan soping

Juga..nak wedding yang sederhana tapi amat bermakna bagi semua orang..Amin..



Santekk tak organizer dari Starbuck ni? Semoga 2009 sesantek organizer ni:P

Bye Bye 2008 Welcome 2009

Mcm sedih jer tajuk entry ni kan..
Gitu la masa makin berganjak..Tinggal perkara lama datang perkara baru..

2008
Lagi beberapa jam nak di tinggalkan
Tahun ni betul betul banyak suka duka bagi diri aku

JANUARY
Buat pertama kalinya aku bersemuka dengan bakal family mertua..Rasa nak pecah jantung aku gabra betul, tapi alhamdullilah semua berjalan lancar..Lain lain perkara tak ingat tapi masa ni aku dah start distribute resume nak tengok2 keje lain tapi tak sungguh2 lagi masih lite2

FEBRUARY
Dapat Blacky. Alhamdullilah hasil titik peluh sendiri. Saja tunggu awal tahun sebab nak production 2008. Excited sangat masa tu siap MC lagi nak pegi buat tinted la, beli macam2 untuk Blacky. February jugak aku telah bertungkus lumus untuk occasion bulan March. Nangis tekanan selisih faham makan hati semua ada masa ni. Penat teramat sekali. Macam lipas kudung masa ni terkejar sana sini sorang2 since waktu keje aku ikut waktu Germany. :p

MARCH
Alhamdullilah..Selamat menjadi tunangan orang. Syukur kedua2 family dah restu hubungan kiteorg even bertahun bercinta tapi family masing2 tak tahu ingat kiteorg single mingle je dah nak tunang baru reveal semua.InsyaAllah kalo takde aral dan mak aku sihat sket tengah 2009 nanti korang akan dapat jemputan..tak sure lagi okeh!

APRIL
Dapat increment n baki bonus dengan S Group. Baru start all out cari kerja lain and attend banyakkkkkkk sangat interview.

MAY
Dah tender resignation dengan S Group. Dapat offer dari shipping co.(yang sekarang dah berkubur aku dengar citer).Menghabiskan sisa2 hidup di S.Rasa puas hati sangat sebab selama ni aku tertindas, bak kata pepatah..Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama..Demi masa depan aku jugak, so mmg kuatkan semangat kelaur dari S. Actually takde ape sebab2 major pun cuma waktu kerja dia aku tak leh nak commit dah.

JUNE
Mula dari June adalah zaman kejatuhan dan kesedihan aku untuk tahun 2008.Start dengan shipping co..Ada yang tak kene so 3 minggu jer bertahan. Betul2 mengejutkan seluruh company dan baru dieorg sedar ade taik kat situ yang aku betul2 tak leh take it. Kesian ex boss aku tu, kebetulan MMM counter offer..Rehat seminggu sebelum mula keje baru..

JULY
Start dengan MMM.Sungguh aku tak sangka yang indah itu cukup berbisa.Tekad sesudah 5 hari di situ aku cabut. Sungguh aku tak boleh terima dugaan2 dekat situ. Kali ni aku betul2 tertekan. Rasa gelap sungguh dunia. Survive dengan masalah nak cari kerja baru dan financial yang start tunggang langgang. Berbaldi baldi airmata dan doa. Masa ni family dan Mr.S kuat menyokong aku.

AUGUST
Seminggu lebih jer aku tanam anggur aku mula dapat offer dari B&L Malaysia..dan ade banyak offer2 lain.Syukur sangat dalam zaman kegelapan aku ni Allah tak putus bagi aku rezeki peluang kerja lain. 3 weeks jer dengan B&L lepas tu aku dpat offer dari co sekarang yang 70% lagi banyak pro dari kontra nya.

SEPTEMBER
Start dengan co.sekarang. Engineering co industry yang sangat baru bagi aku. Banyak aku belajar dan aku sangat bahagia di sini. Puasa 2008 jugak paling seronok sebab dah lama aku tak rasa nikmat puasa betul2 berbuka kat rumah sebab 2 tahun aku buka puasa kat office tercekik2 makan sambil buat keja.Dapat surat saman dari MMM sebab resign awal dari notis. aku TL je.

OCTOBER
Raya yang InsyaAllah raya terakhir aku solo. Tahun depan raya ade family sendiri.Yay! So aku enjoy puas2 raya tahun ni. Ex SMKUK pun buat 1st Annual Gathering kat rumah Sinar. Alhamdullilah semua berjalan secara sederhana tapi meriah dan enjoy.

NOVEMBER
Takde ape yang penting berlaku bulan ni. Cuma yang aku perasan mr.S dah ada hobi baru dalam start bulan November ni iaitu memancing. Tak minat lah haku nak tau hal2 mancing. Awal November jugak sekali lagi my niece admitted to GH sebab sakit dieorg tu, so doctor expect every 7 bulan dia akan dapat sakit ape2 pun. So get ready!

DECEMBER
Alhamdullilah position aku kat sini dah officially confirm dan dapat reward sket.Syukur. Tapi bulan ni jugak bulan yang teramat sedih sekali bagi aku sebab benda yang aku betul2 takut selama ni terjadi jugak iaitu mak aku jatuh sakit. Sedih tak terkata tapi sedih tu tak boleh tunjuk depan mak. Harap mak tabah dan Tuhan sembuhkan mak secepat mungkin supaya mak boleh kongsi detik2 gembira aku nanti. Lain benar rasa kat umah mak since mak dah tak leh bergerak sendiri ni. Hikmah di sebalik cerita sedih ni adik2 aku lebih pandai uruskan diri sendiri dan tahu tanggungjawab masing.

Itu la rentetan kisah 2008 yang mula dengan kegembiraan dan akhirnya kesedihan..

2009
Semoga tahun ni berjalan lancar. Aku doa walau tak banyak kegembiraan tapi kurangkan lah dugaan.Doa juga pada Allah semoga murahkan rezeki, permudahkan rancangan kehidupan, beri kesihatan yang baik dan berkati segala perkara untuk diri aku dan orang - orang tersayang.Amin...

Destinasiku..

Semenjak jadik pengguna tegar lebuhraya tiap minggu (mengulang balik aktiviti zaman belajar balik Ipoh tiap minggu) aku dah ade pilihan lain berbeza dari dulu.
Kalo nak drive tiap kali balik boleh keluar muntah kaler pelangi la pulak kan..
Awal bulan boleh la..

Kalo dulu masa zaman belajar 1st sekalik aku naik la Transnasional.
Kejap jer sebab bus tu serabut banyak manusia jakun..Rimas aku..



Lepas tu aku jadi penumpang tetap Konsortium Bus Ekspress..Selain dari laju cepat sampai ( tak pikir dah nyawa terbang) bus dia comfort. Dulu la 6 7 tahun lepas. Masa tu bus dia baru2 lagi. Seat best lagik..Lagipun masa tu bus dia tak banyak kes humban dalam gaung langgar divider highway ni semua..Masih skema..Tapi sekarang seat dia dah busuk hapak and dia punye reputasi tak berapa bagus and depart time dia tak punctual kalo delay 5 10min takpe ini sampai sengah jam over la tuh..So aku pun beralih arah lagi..



Sekarang aku dah back to KTB group..Geng transnasional iaitu Plusliner. Selain driver yang skema kite rasa selamat, punctual dan selesa sebab seat dia PVC .tak busuk.



Lagi satu Maraliner pun aku ok jugak.Ini recommended by Cik Sal. Tapi tah nape jarang pulak aku naik bus ni since online transaction dia ade error.

So gitu la ceritanye kisah perjalanan aku KL-IPOH-KL...

Tuesday, December 30, 2008

Bersiaran langsung dari ofis..
Seludup modem dari rumah..
Laju pulak modem ni kat sini..hampagas sungguh..
Aku gumbira..Alhamdullilah..
Kegembiraan di saat kesedihan..
Dapat increment setelah di confirmkan..
Syukur sangat...:p


** Tengok baru je di reward kan..dah buat dosa kering balik kat boss seludup modem..:p

Wednesday, December 24, 2008

Sarapan ape ekk pagi ni best..
Mengikut saranan cik Sal dah lama aku tak sarapan dasat2 ..
Haha..Maksud aku roti ape yang best eh?
Selalunye aku mania kepada Gardenia Delicia Butterscotch..Nyum Nyum..
Tapi menurut email dari Gardenia pada aku..Arini tak de delivery..
So kite beli roti Hi Fi Double cream boleh tak?

Perkara perkara yang annoying di ofis

Ini dari pengalaman aku la. Kalo korang ade nak tambah sila kan.
Maklum la environment ofis masing2 kan berbeza..
Benda ni kadang2 menyeksa jiwa tapi ni lah lumrah. Nama pun makan gaji kan..Demi sesuap nasik gitu..so tabahkan hati la :p

1) Bila ade yang guna toilet tapi jenis sakai punye. Tisu bersepah, air berkecah atas lantai, tak flush n etc

2) Bila ade yang buat lawak bodoh or nak meluahkan perasaan di saat kite busy bagai nak rak..Sungguh tak paham bahasa!

3) Bila boss suruh buat benda yang kite tau benda tu salah dan tak leh buat dia tetap gak suruh buat.Nak melawan pun takat lepas kat kerongkong jer..Memang terseksa rasa masa tu kalo lawan jugak takde makne nye dia nak dengar. Mesti dalam hati dia kata "Aku Boss La!!"

4) Bila ade yang suka ngajak bersembang pastu lepak plak kat tempat aku lama2 aku dah hint segala hint tapi tak gak paham. Jenis bercakap tak reti nak stop.

5) Bila ade yang tak faham masa kite tengah sibuk masa tu la nak suruh tolong keje dia ni la tu la

6) Bila yang kaki jenis suka rembat dan buat reta sendiri barang2 orang, stationary esp..Hangin woooo..

7)Kaki ampu boss..Ni lagi tak boleh tahan..Padahal pemalas tahap durjana depan boss belakon baik punye..

8) Bila meeting besar masing2 berebut nak dok belakang or yang tak nampak muka boss, kalo boleh nak dok bawah meja, tapi tima makan laju ke depan..Pastu masa meeting senyap tak bersuara sebelum selepas keluar meeting dah mula berdesas desus..

Errkkk apa lagi ehh...Jem plak otak ni..Nanti lah sambung:P

Tuesday, December 23, 2008

Positive!

Aku sedar sekarang aku dah mula sikit rasa positif towards dis matter..
Ape yang terjadi mesti ade hikmah sebaik2 hikmah ye tak..
Aku akan tolong famili selagi terdaya dan buat masa ni akan aku korbankan segala cuti dan weken yang ade untuk balik tolong dieorg kat sana..
Semoga dengan usaha yang sikit ni dpt ringkan sket beban orang2 kat rumah tu.
Syukur sebab dapat Abah yang pandai dan mampu uruskan perihal rumah dari membasuh, memasak, mengemas dna jugak uruskan mak..
Tapi aku sedar tak boleh pull to the max segala kudrat Abah sebab dia pun tak berapa sihat..
Aku jugak perlu balance kan dengan kerja aku kat sini. Alhamdullilah boss baik2 belaka dan memahami situasi aku. Aku pun tak nak hilang kerja sebab sekarang mmg payah nak dpt kerja dan aku betul2 bahagia dengan kerja aku skrang..
Doa dan ikhtiar mengiringi segala perkara yang berlaku..Amin..

Saturday, December 20, 2008

Just a simple update..
Aku masih dalam kesedihan..
Doakan mak aku sembuh cepat ye korang..
Perit betul nak terima kenyataan mak dah tak sesihat dulu..

Tuesday, December 16, 2008

Terasa masa cepat berlalu..
Dulu aku rasakan aku masih mentah..
Sekarang sekelip mata aku dah dewasa..
Dah mula kena fikir baik dan buruk..
Dah mula kena fikir yang berat2 belaka..
Yang mana kalo masa kecik2 dulu macam tak payah pikir pape pun makan tido main belajar..
Pegi Mall nak itu ini, pegi pasar malam nak itu ini tanpa tau orang yang keluar duit tu ada masalah ke tak nak memenuhi hasrat aku.
Sedetik demi sedetik anjakan usia makin ke depan..
Dari detik tak payah pikir ape2 sampai sekarang dah kena pikir macam2 dari seluruh aspek kehidupan, keluarga dan bakal keluarga, pekerjaan, perbelanjaan, perasaan, macam2 lah.
Inilah putaran kehidupan..
Suka duka mahu tak mahu..
Tempuh la dengan hati yang terbuka ke terseksa ke mcm mana cara sekalipun..
Macam2 kisah kehidupan yang berlaku sekeliling kita..
Ada yang kadang buat kite rasa sedih mendung berpanjangan, rasa gembira sgt, rasa menjengkelkan, rasa nak marah rasa nak tergelak sampai muntah hijau dan sebagai nyer..Itulah warna warni kehidupan..Best kan! Ada yang tak best jugak kan..Sungguh tak best kalo pusingan roda kehidupan kita berada di bawah..

Harini semua proses hidup aku berjalan lancar sampai aku dapat call dari Along malam ni bgtau Mak aku tak berapa nak sihat pulak hari ni. Darah naik almost to minor stroke masa dia nak balik keje tadi.Berdegup jantung aku..1st of all otak aku dah mula nak pikir aku nak berdesup balik Ipoh ke tak malam ni jugak dan esok aku nak MC or EL? Sungguh tak sangka kan..aku ingat aku dah nak mengakhiri tarikh hari ni (dah nak tido dengan lenanye) tapi dpt lak call yang betul2 buat aku susah hati. Series susah hati. Hati sape yang tak meruntun2 kalo dapat berita mcm ni kan..

Mcm cerita Ibu Amy last weekend masa kenduri haritu, Ibu cerita yang tiba2 rasa pening n berat, n pegi check doctor rupanya darah dia up to 200++ and Ibu kata Amy betul2 x senang duduk masa tu..and tiba masa aku pulak, hari ni, bila dapat berita yang sama mcm Amy dapat haritu..Amy, aku dapat rasa ape ko rasa..Huaaaa sedih nak balikk [-O<.....

Doa2 lah semoga Mak tak pape..Ya Allah ya Tuhan berikan Mak kesihatan yang baik2 belaka..Di saat2 mcm ni mula la terpikir nape la aku jauh dari Mak..

Terimbas masa zaman dulu masa duduk ngan family, aku tak tau korang macam mana..Tapi aku dulu masa tak jauh dari family tak de pikir pun mcm mana kehidupan aku tanpa Mak dan Abah, rasa biasa2 jer..tapi bila aku jauh dari family, mula kenal erti betapa aku sayang and tak boleh hidup tanpa family. Kadang2 tak lari dari fikiran aku mcm mana aku tanpa diaeorg satu hari nanti? Mcm mana aku penerimaan aku kalo aku dapat berita yang tak enak dari sana?

Everytime aku balik (kalo naik bas) Abah mesti jemput dan hantar pegi terminal without failed unless kalo dia outstation but this time after his retirement mmg dia lah yang akan jemput and hantar, Mak mesti dah masak best2 sebelum naik bas lagi Mak dah tanya dah makan ke belum, pastu kalo balik mak mesti masak best2, dan yang paling tersentuh everytime balik aku tengok dalam peti sejuk rumah mesti ade tempe..takde orang lain dalam family aku yg makan tempe selain dari aku. Itu makna nye Mak aku ingat kat aku kan?

Sacrifies dari Mak dan Abah to kiteorg adik beradik takde bandingannya. Dari kecik sampai sekarang dah besar2 semua nya Mak Abah still bantu sehabis baik dan daya dieorg..Mana nak layan peel sorang2 yang tah2 penyebab darah Mak naik malam ni..Sempat jugak cakap dengan Mak tadi..tanya dia ade susah hati ape2 ke..takde kata dia..Dia kata just tak makan ubat..Itu kata Mak..

Aku tak boleh lupa satu rentetan kisah sedih berlaku masa aku Final Year masa study dulu. Kisah yang betul2 buat aku kuat nak belajar rajin2 nak lulus betul2 biarpun aku dalam keadaan yang jiwa kacau dan sedih melampau. Kisah sedih yang menjengkelkan tu we shared together (i mean my siblings) and aku betul2 memikul beban yang berat even aku ada abang dan kakak. Mana nak dengar kisah adik2 mengadu mcm2 kat aku setiap kali aku balik rumah berderai2 hati aku but aku kene strong and behave myself depan adik2..Akhirnya kisah tu habis dan tah selesai atau tak..Berlalu mcm tu saje ..Me and my siblings share the tears and pain together tapi mcm mana mak? Ada pernah aku tanya mak macam mana dia melalui kisah2 tu? Saat2 tu? Kenapa aku bodoh berat mulut sgt nak tanya mak apa keperitan dan masalah yang dia tanggung?? Even aku tau mak susah hati. Mak sebenarnya sangat dapat rasakan benda tu dan mak susah hati..Kenapa aku bodoh???????????????? Atau betul mak tak tau benda2 tu jadi? Atau mak pretend mcm tak tau and mak just pretend depan kami adik beradik semua macam tak de benda yang happen sebab mak pikir dia kene strong depan anak2?
Hanya Tuhan yang tau ape yang Mak alami..

Sesungguhnya mak dan abah tak ternilai harganya buat aku dan kehidupan ku..
Semoga Tuhan sampaikan doa aku dari kejauhan ni untuk Mak..Harap takda ape2 yang berlaku..Amin..

Friday, December 12, 2008

Sungguh Tak Faham..

Aku tau bagus hidup berkomuniti berjiran tetangga ni..
Tapi ade tak bagus nye jugak bila hidup berkomuniti ni memanaskan hati aku jer selalu..
Ni dah tengah malam buta dok memekak training main kompang, main kejar2 berlatih silat ni ape hal ni?
Bising la !!! Main la petang2 ke pagi2 ke..Malam jugak yang kau pilih..Betul2 cikai la blok kau ni!
Beli rumah nak murah pastu selamber badak masuk blok aku songlap parking lot orang! banyak cantik muka kau. Ni la orang Malaysia suka sangat hidup mengharap subsidi. Semua nak free, semua nak pakai kabel..Menyampah!

Nak hilang kan sakit kepala dan stress aku ni baik aku layan cicah mangga sama kicap-ciliapi-belacan-...perghhh hingus stress kuar beb!

Silent!

Lama kan tak update. Bulan December dah masuk minggu ke 2 ni.
Busy sgt 1 hal internet haprak satu hal.
Hilang mood aku nak buat banyak2 entry.
Serius aku masih panas dengan Celcom.
Sukati la ko nak antar surat alasan berkoyan2 pun kat aku yang penting aku dpt rebate sampai February next year!!!!!
Baru nak gelabah network team follow up report aku selama ni habis duit aku tepon ko Celcom ko buat bodoh jer kering tekak aku report sana sini!
Bile aku dah beli satu simpack Celcom yang boleh aku report bebel2 secara percuma sepanjang malam kat korang dan kalo tak kerana surat yang aku hantar by hand and email and even cc to MCMC and Persatuan Pengguna baru ko nak work out! Ha ko ni ibarat paku dengan hammer lah nampaknye kan..tu semua boleh blah. Yang penting front desk korang yang kat Menara Celcom tu dah acknowledge surat aku dan bagi rebate 4 bulan!! Haha puas hati aku.
Lately aku penat sgt la. Leher belakang aku salu jer rasa stress. Aku dpt rasa aku tido mesti ngaga jer malam2. Kaki aku kalo baru bangun tido 1st step kat lantai sakit ya amat..Series penat.
Nape boss aku tak sian kat aku tak nak amek asst baru. Sian ar sket kat aku..Tender belambak2 lepas satu satu masuk..Tapi alhamdullillah aku dah Confirm. Lega sikit. Bila dah penat selera makan pun aku rasa cam kurang sket. Tapi takde pape perubahan pun kat size aku? Ape kes?
Start from next month plak aku dah lagi banyak tambah kerja. Tapi tu personal punya la. Dah mula kena survey sana sini, mana design yang in and tak, kaler ape nak pakai pun aku tak decide lagi..Kursus pun tak pegi lagi..Ah sungguh cepat masa berlalu.. Aihh tak sabar nya rasa...Part paling leceh ialah bab mengisi borang sana sini..Adoi nape la susah sgt prosedur nye kan..Sape nak jadik pengapit aku??? Ok cakap bab ni, nak wish la Selamat Pengantin Baru kat cousins aku. Dieorg ni 2 2 sebaya aku tapi lain jantina jer. Boleh plak secara kebetulan dieorg ni nak kawin bulan yang sama. Ah gasak la korang. Aku bagi laluan dulu tunggu tahun depan ahkak punya mejelis pulaks ye! Selamat Pengantin Baru to Azrul Aswad n Amy (x tau nama sebenar) dan Jasni and Along ( x nama sebenar tapi yang aku aku tau dia Junior aku masa kat SMUK). Selamat berkahwin kahwin lah korang dulu ye!
Dah la aku nak g cari koyok kejap pening kepala tak hengat ni. Mana la koyok aku ni!!!!!