Wednesday, December 31, 2008

Bye Bye 2008 Welcome 2009

Mcm sedih jer tajuk entry ni kan..
Gitu la masa makin berganjak..Tinggal perkara lama datang perkara baru..

2008
Lagi beberapa jam nak di tinggalkan
Tahun ni betul betul banyak suka duka bagi diri aku

JANUARY
Buat pertama kalinya aku bersemuka dengan bakal family mertua..Rasa nak pecah jantung aku gabra betul, tapi alhamdullilah semua berjalan lancar..Lain lain perkara tak ingat tapi masa ni aku dah start distribute resume nak tengok2 keje lain tapi tak sungguh2 lagi masih lite2

FEBRUARY
Dapat Blacky. Alhamdullilah hasil titik peluh sendiri. Saja tunggu awal tahun sebab nak production 2008. Excited sangat masa tu siap MC lagi nak pegi buat tinted la, beli macam2 untuk Blacky. February jugak aku telah bertungkus lumus untuk occasion bulan March. Nangis tekanan selisih faham makan hati semua ada masa ni. Penat teramat sekali. Macam lipas kudung masa ni terkejar sana sini sorang2 since waktu keje aku ikut waktu Germany. :p

MARCH
Alhamdullilah..Selamat menjadi tunangan orang. Syukur kedua2 family dah restu hubungan kiteorg even bertahun bercinta tapi family masing2 tak tahu ingat kiteorg single mingle je dah nak tunang baru reveal semua.InsyaAllah kalo takde aral dan mak aku sihat sket tengah 2009 nanti korang akan dapat jemputan..tak sure lagi okeh!

APRIL
Dapat increment n baki bonus dengan S Group. Baru start all out cari kerja lain and attend banyakkkkkkk sangat interview.

MAY
Dah tender resignation dengan S Group. Dapat offer dari shipping co.(yang sekarang dah berkubur aku dengar citer).Menghabiskan sisa2 hidup di S.Rasa puas hati sangat sebab selama ni aku tertindas, bak kata pepatah..Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama..Demi masa depan aku jugak, so mmg kuatkan semangat kelaur dari S. Actually takde ape sebab2 major pun cuma waktu kerja dia aku tak leh nak commit dah.

JUNE
Mula dari June adalah zaman kejatuhan dan kesedihan aku untuk tahun 2008.Start dengan shipping co..Ada yang tak kene so 3 minggu jer bertahan. Betul2 mengejutkan seluruh company dan baru dieorg sedar ade taik kat situ yang aku betul2 tak leh take it. Kesian ex boss aku tu, kebetulan MMM counter offer..Rehat seminggu sebelum mula keje baru..

JULY
Start dengan MMM.Sungguh aku tak sangka yang indah itu cukup berbisa.Tekad sesudah 5 hari di situ aku cabut. Sungguh aku tak boleh terima dugaan2 dekat situ. Kali ni aku betul2 tertekan. Rasa gelap sungguh dunia. Survive dengan masalah nak cari kerja baru dan financial yang start tunggang langgang. Berbaldi baldi airmata dan doa. Masa ni family dan Mr.S kuat menyokong aku.

AUGUST
Seminggu lebih jer aku tanam anggur aku mula dapat offer dari B&L Malaysia..dan ade banyak offer2 lain.Syukur sangat dalam zaman kegelapan aku ni Allah tak putus bagi aku rezeki peluang kerja lain. 3 weeks jer dengan B&L lepas tu aku dpat offer dari co sekarang yang 70% lagi banyak pro dari kontra nya.

SEPTEMBER
Start dengan co.sekarang. Engineering co industry yang sangat baru bagi aku. Banyak aku belajar dan aku sangat bahagia di sini. Puasa 2008 jugak paling seronok sebab dah lama aku tak rasa nikmat puasa betul2 berbuka kat rumah sebab 2 tahun aku buka puasa kat office tercekik2 makan sambil buat keja.Dapat surat saman dari MMM sebab resign awal dari notis. aku TL je.

OCTOBER
Raya yang InsyaAllah raya terakhir aku solo. Tahun depan raya ade family sendiri.Yay! So aku enjoy puas2 raya tahun ni. Ex SMKUK pun buat 1st Annual Gathering kat rumah Sinar. Alhamdullilah semua berjalan secara sederhana tapi meriah dan enjoy.

NOVEMBER
Takde ape yang penting berlaku bulan ni. Cuma yang aku perasan mr.S dah ada hobi baru dalam start bulan November ni iaitu memancing. Tak minat lah haku nak tau hal2 mancing. Awal November jugak sekali lagi my niece admitted to GH sebab sakit dieorg tu, so doctor expect every 7 bulan dia akan dapat sakit ape2 pun. So get ready!

DECEMBER
Alhamdullilah position aku kat sini dah officially confirm dan dapat reward sket.Syukur. Tapi bulan ni jugak bulan yang teramat sedih sekali bagi aku sebab benda yang aku betul2 takut selama ni terjadi jugak iaitu mak aku jatuh sakit. Sedih tak terkata tapi sedih tu tak boleh tunjuk depan mak. Harap mak tabah dan Tuhan sembuhkan mak secepat mungkin supaya mak boleh kongsi detik2 gembira aku nanti. Lain benar rasa kat umah mak since mak dah tak leh bergerak sendiri ni. Hikmah di sebalik cerita sedih ni adik2 aku lebih pandai uruskan diri sendiri dan tahu tanggungjawab masing.

Itu la rentetan kisah 2008 yang mula dengan kegembiraan dan akhirnya kesedihan..

2009
Semoga tahun ni berjalan lancar. Aku doa walau tak banyak kegembiraan tapi kurangkan lah dugaan.Doa juga pada Allah semoga murahkan rezeki, permudahkan rancangan kehidupan, beri kesihatan yang baik dan berkati segala perkara untuk diri aku dan orang - orang tersayang.Amin...

No comments: