Showing posts with label Child Development. Show all posts
Showing posts with label Child Development. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Assalammualaikum..

Salam Sejahtera kepada semua. .
Berbulan tak bercerita di sini. 
Kesian blog ni, dari zaman bujang ke zaman sekarang dah ada anak 2 uols.

Baaaanyak cerita nak diceritakan.
Kalau rajin akan ku ceritakan 1 per 1.
Untuk memori sampai bila2 dalam blog ni.

Harini adalah hari ke 3 aku masuk kerja setelah cuti bersalin 60 hari. 
Ok mari cerita bab bersalin dulu. Seperti entry sebelum dah dikatakan aku akan bersalin melalui elective czer - pembedahan terpilih pada 4 February 2014 kerana baby melintang - unstable position. Maka 3 February dah kena admit, maka 3hb pagi tu sempat sarapan kat luar dengan suami dan ke NSK stock up barang rumah.Sampai 2x doktor incharge tu call, sampai pukul 12 tgh hari dia perli, "awak dah on the way ke?" hahaha otw ape benda tengah cuci ikan laa. Maka pasrah je la tinggalkan rumah. 

Sampai di PAC Hosp. Selayang jam 1, jam 4 petang baru dapat katil. Phewwww. So malam tu dah start puasa, ada mild contraction perut keras, nurse kata tapi aku tak rasa apa pun. Elective czer ni walau dah di beri timingnya tapi kalau ada orang emergency czer, tunggu la ko sampai keras kejung berpuasa kat katil tu. Maka supposed aku di bedah jam 10 pagi, tiba2 jadi pukul 12 lebih pulak. 

Segalanya dipermudahkan. Kagum dengan tenaga kerja yang bantu proses bersalin kali ni. Dari tukang bius yang sangat sangat baik dan cemerlang, ke doktor incharge Dr. Mas Irfan Jaya Mahamooth (saya ingat doktor cerita pasal nak bela kucing dan beli tv kecik masa doktor belah perut saya), nurses siang malam jaga saya esp. masa lepas pembedahan dan semuanya. Thumbs up. 12.45tgh hari dibius, dosage yang sama masa Qhalyf, dalam 1.10tengah hari adik pun keluar. SURPRISE!!!!! kerana adik adalah gegirl bukan boy yang macam mama and the rest predict kan....Alhamdullillah, dah sepasang lah anak kiteeee..Yey! 

Nur Rana Salsabila (Cahaya; Melihat; Mata Air Syurga yang Mengalir;). Indah ciptaan Allah, syukur pemberian rahmat Allah, kagum kebesaran Allah, Rana sebagai hadiah, amanah yang kedua dari Allah untuk kami. Walau kali ni sesi berpantang mostly sendiri yang menguruskan sangat challenging dan mengujji kekuatan mental dan fizikal, Rana beri kekuatan, Rana diberi Allah sebagai anak yang mudah diurus, sihat walafiat dan sebagainya, syukur sangat rasanya. Ke sebab baby girl kebanyakan orang kata mudah dijaga esp. dalam pantang, sgt berbeza dengan baby boy. Iyerr la juga kot. Dalam keperitan sendiri menguruskan diri, Rana Allah beri umpama jalan membuka rezeki kami sekeluarga. Alhamdullillah.

Harini dah seminggu lebih Rana ke nursery lama Abang. Memang menyayat hati masa nak hantar, masa packing barang pun mama dah bercucuran airmata,  mungkin sebab 100% aku uruskan dia masa 2 bulan di rumah kan. Senyum senyum tak mengerti apa apa. Cuma semalam saja balik mcm crancky letih nak tidur. The rest ok. Rana ber progress advance sikit maybe sebab dia ada Sifu di rumah. 

Journey tumbesaran Rana pulak dari lahir 3.06kg (besar dari Abang 0.26kg) dari Abang, after 1 bulan naik jadi 3.4kg saja, lepas 2 bulan naik terus jadi 4.3kg. Dah 2x jab. Rana baby yang mix susu badan dan formula. (Kisah ni akan diceritakan next entry). 

Bab Abang Qhalyf - Hmmmm sila hentak kepala ke dinding tanda stress. Hahahah jokes je, ni semua ujian juga dari Allah kan. Jalani je la ujian ni sehabis baik, dapat markah tinggi maka reward pun tinggi kan. Apa yang boleh disummary kan tentang Abang beberapa bulan ni ialah dia adalah ATTENTION SEEKER yang tegar! banyak sebabnya. Antara yang kami dapat kesan ialah dia kan dah almost 4 tahun dimanjakan to the max, jadi what to expect from him ada pulak sorang lagi budak comel yg boleh attract attention orang lain kan, lepas tu dia juga cuba adapt balik yang adik dia adalah gegirl, kerana sebelum2 ni aku dah salah psiko dia yang adik dia boiboi boleh main lawan2 sama sama, yang ketiga dia balik sekolah sangat kepenatan, pergi sekolah punya lah payah nak pujuk pergi dengan babah sebab all this while memang aku yang hantar, so what to expect dari pemikiran dia yang tengok aku berbaju tidur kat rumah sedangkan dia kena bersiap2 pagi2 pergi sekolah. Bila dah sampai sekolah penyakitnya pun hilang, jumpa kawan main tak ingat apa. Balik rumah kepala asyik berpeluh je. Kalau tengok progress book dan Facebook update dari teacher, wah kemain ye Bang! Banyak juga otak dia kena hadam macam macam. Harap lama lama nanti dia pandai adapt semua ni. Kesian asyik kena marah ajer lah, ingat kan beza almost 4 tahun dah cukup matang, rupanya lagi disaster ye uols sebab dah pandai bercakap dan protes! Bab sekolah pulak, aku impress dengan LC punya sistem, esp. bab Pengajaran Islam memang superb. Tapi ada la here and there kena polish and top up, tunggu adik besar sikit mama start kena polish tak boleh 100% harapkan cikgu. 


Ok bab kerja pulak, setelah 6 tahun di sini - di zon selesa - aku di rezekikan peluang kerja lain - Masih dalam tempoh berfikir2 kerana ada beberapa peluang, tapi 1st day masuk kerja aku dah bagi surat resign. Sungguh macam tak percaya betul ke nak resign??, tapi disebabkan aku kecewa sangat dengan company sekarang, last day sebelum ke maternity leave mmg berkecai rasa hati - macam sampah. Tapi aku tetap tak me revealkan apa apa kepada top management, biarlah aku yang angkat kaki. Tempoh berpantang 2 bulan aku gunakan sepenuhnya untuk intai peluang lain. Memang tragis pergi interview beberapa kali bawak anak baby - kalau ingat2 balik memang boleh menitik air mata - demi anak anak mama will stay strong! Alhamdullillah Allah beri jalan mama keluar dari kekejaman ini. So 2 May 2014 mama akan mulakan tugas baru di tempat baru, maka jadual hidup kita pun jadi baru. Rupanya sebelum aku resign, 2 orang ofismate se department juga resign. Nah! Rasakan! 


Takat ni je la rumusan beberapa bulan ni. Harap ini menjadi memori. 


Friday, December 20, 2013

Critical Situation

Assalammualaikum w.b.t.


Seminggu dua ni amat merungsingkan kami suami isteri.
Jenuh mengadaptasi cerita dari Qhalyf apa sebenarnya masalah dia. 


Apa yang terjadi pada diri dia sudah cukup buatkan aku menangis2 dalam kereta lepas hantar dia pagi2. Sedih gila la tengok anak menangis mcm tu. Masuk pulak ofis dengan kerja bertimbun, mana dengan project awarded, mana yang tender tengah beratur masuk, mana dengan nak kemas sistem untuk maternity leave nak handover kat orang. Macam mana bila langkah masuk ke ofis aku boleh simply switch mode aku kepada mode kerja dan lupakan masalah pertarungan emosi anak aku yang masih kecik tu? Dengan baki annual leave 1.5hari, nak unpaid  leave terjejas ekonomi keluarga lagi saat memerlukan byk duit ringgit.   


Qhalyf minggu ni sungguh aku dapat rasakan from my mother instinct his having his terrible situation dekat nursery. Masalah sebenar aku tak dapat catch up. Yang aku tahu bila malam tiba dia akan cakap sambil nangis tersedu sedu tak nak pergi sekolah CW esok, tak nak tidur sekolah CW esok, Qhalyf nak tidur bawah, Qhalyf tak nak tidur baby cot, Qhalyf nak pergi sekolah LC, Qhalyf nak duduk rumah dengan Babah sambil tangan dia tunjuk tangan kiri, rotan! dia cakap.  Bersambung pulak edisi merambu rambu airmata di pagi hari lepas menghabiskan beberapa ringgit beli kuih beli jajan nak pujuk, makin dekat nak sampai nursery makin kuat meraung. Apakah semua ini? Apakah? Apakah? Apakah? 


Dia sudah 3 tahun setengah di nursery itu. Kenapa penghujung lagi seminggu dua nak berhenti nak masuk sekolah tadika benda ni happen? Aku buntu nak bertanya pada penjaga what happen actually. Aku sungguh takut hal ni tersalah sangka dan mangsa lagi teruk kena ialah anak aku. Dengan pelbagai cerita nowadays tentang dera budak di nursery menjadi2 lagi buat aku fobia. Lagipun adik nanti bakal duduk situ juga, malahan Qhalyf sendiri pada hari Sabtu memang akan ke situ juga. Jadi pertanyaan kena very wise dengan cikgu. Allah bantulah hamba mu ini.


Meraung2 malam tadi, sampai kami suami isteri tak tau nak buat apa. Bantuan sapa lah yang kami ada di sini, mak abah masing2 di utara selatan, mak abah aku tengah standby adik ipar ku yang dah overdue nak bersalin, mak abah mertua, abah still kerja baru je cuti lama since adik ipar ku bersalin emergency premature 35weeks, baby & mummy still admitted..yang ada pun paling hampir pun kakak Ipar ku.


Sambil otak ligat berfikir, tak boleh lena, adik dalam perut umpama memahami masalah. Cadangan babah untuk MC saja proceed, Babah tak habis cover service lagi masa suntuk walau cuti masih berbaki banyak tapi kerja tak siap pening nak slot in kerja, lagipun kerja babah bukan di ofis kena pergi site, bahaya tu bawak budak2 mana mungkin, ofis aku pulak keje dengan *** zalim tahap langit ke tujuh ni mana mungkin bawak budak ke ofis kan. Sambil nak lena dengar alunan Al Baqarah, tengah malam kakak ipar whatsapp tanya macam mana keadaan Qhalyf, dan dia offer willing to jaga untuk harini sebab dia offday. Pheww lega. Lega untuk harini, syukur bantuan Allah datang segera. Betapa ceria nya Qhalyf bangun pagi pakai baju Superman dengan keinginan nak beli belon bersama Yayongnya di The Curve. Erkk!

tengok betapa ceria nya beliau bersama yayong di rumah saat ini 


ya Allah bantu lah hamba mu yang sangat lemah ini. Mungkin kecil saja ujian ini, tapi bagi situasi aku yang sarat mengandung, tiada sapa tempat berharap di sini, memang terasa sangat sangat sukar. Allah....

Monday, December 2, 2013

Untitled

Assalammualaikum w.b.t.


Pagi Isnin ni  hujan lebat
Daku rasa dah cukup tidur dalam jam 5.30a.m sudah terbangun menanti solat subuh..
Usai selesai bersolat dan berzikir untuk bekalan,
Tengok banyak nya baju bajan tidak berlipat...
Puas hati dapat lipat dan kemas almari kemas bilik, tanak nasi panas2 untuk bawak bekal makan tengahari, buat air, basuh baju dan sebagainya. Satu kepuasan. Serius sangat puas. 


Pagi ni juga Qhalyf good mood mandi dan gosok gigi..Qhalyf nak jadi handsome boy katanya. Kalau dah berbedak, dah sikat rambut dia selalu perasan - Ok Qhalyf dah siap! Qhalyf jadi handsome boy. Ye lah tu.
Maybe cukup tidur kot agaknya. Weekend entertainment pun boleh tahan juga untuk dia - mama bawak naik komuter dari Kepong Sentral ke KL Sentral je..Tak lalu nak bawak ke Midvalley terfikir kena naik turun tangga eskelatornya yang selalu rosak, tambahan pulak kalau pergi Midvalley mesti banyak pilihan toys yang dia nampak nanti lagi teruk mama kena poww! Lagipon mama dengan Qhalyf je banker tak ikut so tak best lah takde apa nak beli pun..Hihi..So ke KL Sentral just nice, banyak pilihan kedai makan, ada kedai buku juga, dan dia boleh tengok train (Putra LRT) lalu lalang sambil menjamu selera.  Petang baru balik..Letih dan gembira sungguh dia. Semalam Ahad, lepas Babah balik dari kelas, bawak dia ke playground Mcdonalds pulak sambil mama dan babah sembang2 kosong makan french fries dan pekena Latte. Puas la hati dia kan.

Lamanya tren ni mama..Mana tren ni mama potpetpotpet


Sanggup dia suruh bukak wrapper Superhero tu buh dalam plastik biasa ni saja pegang sampai balik rumah...Sabar je lah

Lately dia asyik panggil aku - Kak Yos (Kak Rose) Upin Ipin..Kenapa Qhalyf panggil mama Kak Yos? Shebab mama shuke marah mcm Kak Yos. Mama gayang. Ha ha ha..Dah la ajak mama buat kuih Kak Yos (Kuih Semperit) ...bahan tak cukup, nak entertain dia punya pasal maka buat la Banana Muffin. Bersungguh2 dia pegang mixer, sudah la tu suruh mama snap gambar dia sambil pegang mixer. Aduhaii..Sindrom ke labour room sudah terasa sebab every time tengok muka dia rasa sayu je lepas ni dah ada adik, kasih terbahagi pulak, bukan untuk dia sorang sahaja dan maybe sampai adik besar sikit baru mama boleh dan berani bawak keluar mereka berdua on weekend macam selalu. Sudah la tak pernah berpisah kami berdua ni, kalau apa2 nanti nak ke hospital bermalam tanpa dia..Aduhaiii sedih sungguh bila difikir2..


Ok lah mari membuat kerja..bosses dah lalu lalang ni..lagi lama menaip nanti mcm2 bukan2 yang difikir kelak. Sekian. Bye bye.

Thursday, November 28, 2013

January 2014



Berdebar sungguh mama nak menempuhi January ni..
Ada masa sebulan lebih lagi weeehoooo...

1st week January 2014 adikbaby sudah menjangkau 35weeks
2nd week January 2014 sudah 36 weeks
RED ALERT!!! 

Tapi dalam masa yang sama sungguh sibuk.
Abang Qq mula school
Babah final exam.

Ni tak habis lagi plannya..
Baru mama plan sorang ni, belum babah setuju lagi.


Gimana sih??
Rabbiyassir Walatuassir..Ya Allah...mudahkan lah segala2nya
Mama takde sapa sapa kat sini nak rely on
Only me and Babah
Mampukah kami? Doakan ye.


Tetiba emo dan sedih pulak pagi ni. (T T)





Tuesday, November 26, 2013

30 Weeks Maternity Check Up & Dental

Assallamualaikum w.b.t.


Harini boss ada golf day anjuran my company sponsor untuk client kat Pulau Carey. Maka sedikit bebas takde rimas sangat. 

Since dari Sabtu masuk lambat je ke ofis. Sabtu ada hal anak perlu disetelkan, Isnin dah check up pulak. Hmm melampau hihi.

Pagi as usual lah kalau check up, pukul 6 .45am mesti dah keluar rumah kan. Awal kan, padahal dekat je KK tu dengan rumah x sampai 10min drive.. Memang dah biasa gitu sejak dari zaman Qhalyf. Aku gila mengumpul number giliran 1001 tu. Mesti jadi number 1. Lagipun kalau pergi check up, majikan kata x payah apply cuti, janji indicate dekat punch card kenapa masuk lewat. So dah orang baik hati gitu jangan la take for granted pukul 10 baru terkedek2 nak pergi appointment kan. So kalau aku check up biasa sebelum jam 9pagi dah boleh setel masuk office. Tapi kalau ada MGTT ke, ada apa2 check up luar biasa lewat la sikit kan.


Semalam 30 weeks check up. 
Ada cucuk ATT - Anti Tetanus - Kancing Gigi
Untuk anak kedua ni sekali saja sepanjang mengandung berbanding anak pertama kena suntikan 2x sepanjang mengandung.
Cucuk ini adalah disaster juga, tambahan pulak semalam yang menyucuk tu staff praktikal dari medic faculty Uitm Selayang kan. 
Perghh kemain tegak batang jarum tu ko cucuk kat akak kan.
Ok denyut dan lenguh sampai ke malam.
Kali ni terasa lebih sakit berbanding masa Qhalyf dulu. 
Dugaan. 


Semalam juga ada maternity dental appointment. Masa Qhalyf dulu aku buat di swasta saja, check x sampai 5minit RM70 aku kena bayar. Tentu rasa tak berbaloi kan. Dah sama harga macam aku biasa buat scaling je RM70 - RM80, so this time decide takpelah dik, mama buat sekali harung je masa check up. Tapi tapi tapi..maybe ini pertama dan terakhir kot check gigi di govt. Ha ha ha since habis sekolah rasanya memang tak pernah aku check gigi dengan govt. Lagi2 dapat company yang memang sponsor untuk dental kan. Gigi aku mmg takde rosak langsung lubang, ulat apa semua takda A+ clap clap clap ** Alhamdullillah bersyukur, tapi once a year mesti buat scaling. Memang last year tak sempat scaling pun so masuk tahun 2013 ni dah nak hujung tahun maka dekat 2 tahun tak pergi scaling gigi, maka doktor kata semalam kena buang sikit karang gigi belah bawah, since dah biasa aku kata OK takde hal.


Sekali ..Arghhh rasa nak cakap stop it doctor!! nak ludah pun sampai kena angkat tangan. Patut kejap2 dia suruh la aku ludah dan kumur karang and darah tu, ini dia main tonyoh ajer scaler tu ibarat suruh aku telan je darah dan karang tu. Arghhhh nak nangis sungguh rasanya. Tobat mak tak mau dah pergi situ.


Tak mengapalah ini dikatakan pengalaman kan. 
Adik baby makin menekan nekan bahagian bawah mama, 
sakitnya Allahuakbar Maha Suci Allah. 
Nurse pun dah cakap budak ni dah ke bawah..erkk jangan dik baru 30weeks. Mama dah x sekuat dan seaktif dulu, kalau dulu masa Abang mama 9 bulan ok je cuci tandas, tawaf jalan sana sini, imagine la malam mama balik shopping sampai Selayang Mall tutup, balik salin baju terus turun tanda nak bersalinkan abang. Skrg duduk lama2 pun mama tak larat, malam tadi conversation dengan MakTok pun buat mama rasa nak nangis, tak cukup dengan tu lepas tu lama sikit MakTok siap sms mama "lepas habis catering dan lepas adik farahin habis periksa, nanti mak gi KL. Hari2 sedekah xkiralah air minum 1 pelastik, gula gula ke niatkan kandongan selamat sampai cukup bulan dan mudah bersalin."
InsyaAllah terima kasih mak. I'm blessed ada seorang mak mertua yang sungguh bermotivasi. Alhamdullillah.

Tuesday, November 19, 2013

Banyak bertanya

Assalammualaikum wbt..
Hendaknya semua sihat sejahtera
Sekarang musim demam musim batuk kong kong mcm2 lagi ada
Pertukaran cuaca sehari2 agak drastik gamaknya

Rutin hidup berjalan seperti biasa
Perut makin membuak buak maju kehadapan
Rasa basuh pinggan di sinki  dengan jarak jauh pulak ha ha ha
Berdiri lama tak kena, duduk lama tak kena, tidur tegak tak kena, tidur mengiring tak kena,
Serba tak kena
Namun amanah tetap banyak tergalas, perlu diteruskan

Anak dikendong dalam perut makin besar
Anak dikelek disisi makin membesar juga

Anak yang dikelek tu makin banyak idea
Otak sedang berkembang katakan
Urat2 saraf karen2 otak bercantum cantum pesat

Musim bercakap tanpa henti
Musim bertanya tanpa batasan
Pening kepala mak kadang2 bila bukan masa sesuai untuk menjawab
Pening kepala mak bila soalan diutarakan umpama titik noktah bagi mak. "Apa aku nak jawab ni"
Tapi ada masa bila in mood, mak akan beria ia jawab sampai anak sendiri ternoktah soalan nya
Yang kedengaran cuma "oOOooo macam tu"
Puas hati mak.

Banyak mak nak kena belajar dalam fasa ini
Teknik menjawab dengan betul, ayat yang betul yang penting Mak Tok pesan "jangan bohong anak!"
Pokok pangkalnya mak kena banyak sabar dan hadam soalan dengan bagus utk pengolahan jawapan yang bagus.
Bukan calang calang.

Tak cukup bertanya pada orang tua2 pada orang2 berpengalaman
Mak google mak baca buku mcm2 sumber
Bukan apa mak takut tersalah langkah
Tersalah jawab.
Kerana menurut apa mak dapat tahu "ini satu keistimewaan"
Tapi mak jangan culas.
Sekarang mak nak kena ajar dan didik dia tentang MASA dan KEADAAAN yang betul untuk bertanya.

Bila masa yang boleh bertanya
Ada masa yang kadangkala tidak sesuai bertanya
Contoh bila mak sedang berbual dengan Babah
Contoh bila mak sedang ada tetamu
dan banyak lagi terma dan syarat untuk anak, namun mak kena handal supaya tak terencat "keistimewaan" ini.

Soalan yang kadang2 unexpected
Mama kenapa mama tak tengok cerita bunuh bunuh macam Babah? -mak buat ikon garu kepala-
Mama kenapa mama dia marah dia mama?
Mama kenapa hujan pashtu tak dapat tengok Tv pashtu tak boleh main tab? -mak terbayang muka Anandha Krishan-
Mama kenapa Kalep rasa sejuk?
Mama kenapa kereta dia rosak?
Mama mana Tok (tok is referring to seorang nenek rumah di ground floor depan parking lot kami), kenapa semalam Tok ada harini Tok tak ada?

Soalan2 yang sering bikin mak stress bertukar hijau
Mama mana mainan Kalep pegang semalam?
- Ya Allah semalam dia tu ada 24jam, mana la mak nak ingat mainan dia beribu2 benda tu apa dia pegang kan -

Mama mana cerita yang Kalep tengok semalam sama Babah sama Mama sama Kalep tu?
- Ok sila pitam nak cari balik cerita yang kami tonton sekeluarga malam tadi, contoh movie Toy Story, dia nak juga ulangan balik kat TV - Pitam -

Mama mana buku yang mama baca untuk Kalep semalam?
Bacakan untuk dia bukan 1 buku, kurang2 3 buku, so kena ambil balik 3 3 tu contohnya dan tanya dia balik which one? Kena pulak dia rasa nak bawak buku tu nak pergi Nursery, jam dah 8.50pagi, jadi sila la imagine mak bertukar kaler hijau masa tu

dan beberapa ayat penyata yang mak kena WAJIB bagi respon kalau tak selagi tu keluar ayat penyata tu, jawapan OK adalah tidak menepati kehendak beliau. Kena jawab dengan ayat. Mak is stress.

Contoh:-

1) Mama dah lama kita tak cuci minyak (cuci minyak ialah, pergi stesen minyak sambil isi minyak sambil cuci cermin kereta guna sponge kat petrol stesyen tu)

2) Mama sama la ini dengan mainan Kalep kat rumah tu

3) Mak cakap nak pergi sini, sana situ, bila nak pergi?

Hahahaha kadang2 rasa nak marah tapi tak jadi

Tu belum lagi bila berdepan dengan imbasan memori dia yang cukup kuat. Tu pasal Mak Tok dah cakap jangan bohong anak kat kami berdua..sebab dia ni jenis pengingat orangnya.

Contoh kelmarin pagi dia tak nak mandi dan basuh berak. Opah cakap la pergi cepat basuh berak mandi gosok gigi nanti boleh ikut Babah jalan naik motor kat  bawah. Sekali drag punya drag sampai la ke petang, siap dia dah tidur 2 3 jam. Masa Opah dah nak balik hujan turun dengan lebatnya. Maka tak dapat la dia rasa naik motor. Dia ulang balik Babah cakap nak naik motor mananyer? (perghh aku ingat dah lupa sebab dah lama kan cakap masa tu pagi ni dah petang)
Keep on mention pada dia yang hujan so tak boleh naik motor.
Kami bertiga lepas hantar Opah balik duduk la bersembang kat depan TV, sekali dia pergi kat tingkap tengok hujan dah berhenti.
Babah cakap nak naik motor? Kalep nak naik motor. Dang!!##**
Maka sampai kan juga la hajat dia tu 1 round.

Dia susun toys malam tadi, 1 sebiji kereta tu mcm x common bagi  mak
Serius mcm tak pernah nampak.
Sambail  mak cakap sendiri "eh nampak baru car ni, kat mana ekk kite beli"
Dia jawab - "Kat pashar malam la mama aritu"
Dang**##!! Aritu = 2bulan lepas masa baru masuk rumah sendiri ni
Lama gila dia boleh ingat.


Macam tu lah cabaran mak untuk fasa dan waktu ini
Wish good luck kat mak ye.