Showing posts with label Motivasi Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Muhasabah. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Tua Sebelum Waktu




Kelasss kan akak 7 tahun tua dari umur asal. Siapa pernah ambik test ni online. Ala saja saja simple punya test. Tapi memang betul pun mcm mcm masalah bertimpa2 pandai2 lah handle. Maka jadi lah otak tua sebelum waktu. Muka pun sama juga! Rasakan!


Memang aku mudah menjadi a shoulder to cry on utk sesiapa saja, tetapi aku tidak mudah untuk exist kan segala yang terbuku dalam hati aku.  Kadang2 tak tercakap tak terlepas, kalau cakap pun maybe yang lite lite, aku berprinsip tidak suka beban kan orang. Sampai aku cakap pada seorang sahabat - Kenapa aku tanggung semua ni?? Dalam banyak2 kata beliau, 1 yang sgt tersentuh. You bertabah lah, jangan tanya kenapa jangan ragu kenapa Allah beri you kekuatan untuk at least mendengar masalah orang walau tak boleh selesaikan, sedangkan masalah you sendiri tak selesai, ini kerana Allah percaya, masalah orang you boleh ringankan dengan mendengar, kadangkala boleh selesaikan ..itu bermakna Allah tahu kemampuan you untuk selesaikan masalah you sendiri, berupaya selesaikan masalah you sendiri without rely to any parties. Tudiahh betapa positifnya beliau. Terus mak berhenti sedih2 lantas gigih memikir solutions.

Di satu sudut alam maya aku berkongsi masalah kendiri. Aku perlukan kekuatan hitam putih untuk aku lahirkan lebih banyak aura positif aliran positif dalam diri aku.. Phewww so much of kritikan, suggestion yang aku terima, yang selama ni aku tak terfikir pun. Terus tanam dalam2 kat hati buat pedoman. 

Kadang2 kesian dengan baby dalam kandungan ni, maybe sebab umurku bertambah jadi dugaan hidup makin ketara, maka beliau merasainya dan kerap juga aku memujuk sabar lah, muka semua ni jadikan adik seorang yang kuat dan gagah perkasa! ceewah! 






Thursday, November 28, 2013

January 2014



Berdebar sungguh mama nak menempuhi January ni..
Ada masa sebulan lebih lagi weeehoooo...

1st week January 2014 adikbaby sudah menjangkau 35weeks
2nd week January 2014 sudah 36 weeks
RED ALERT!!! 

Tapi dalam masa yang sama sungguh sibuk.
Abang Qq mula school
Babah final exam.

Ni tak habis lagi plannya..
Baru mama plan sorang ni, belum babah setuju lagi.


Gimana sih??
Rabbiyassir Walatuassir..Ya Allah...mudahkan lah segala2nya
Mama takde sapa sapa kat sini nak rely on
Only me and Babah
Mampukah kami? Doakan ye.


Tetiba emo dan sedih pulak pagi ni. (T T)





Monday, April 29, 2013

Ujian dari Allah S.W.T - Harta Kekayaan


Assalammualaikum ..

Semalam tatkala menunggu waktu maghrib kami suami isteri berbual mengenai kehidupan. 
Kehidupan di atas dunia ini yang hanyalah palsu, sementara, pinjaman.
Dan apa yang ada semua ini, setakat ini adalah amanah dan ujian.
Sungguh menakutkan...kerana ini semua adalah cabaran.Yang hakiki masih menanti kita.

Suami berpesan lagi, jangan sesekali memandang rendah atau berdetik sekalipun dalam hati mengata kesusahan orang, kedaifan orang, keburukan orang. Beliau menceritakan 1 kisah, semasa beliau solat Jumaat di Masjid Al Bukhari minggu lalu, beliau terdetik hati mengatakan kopiah seorang jemaah yang solat saf hadapan beliau sedikit kotor mcm lama tidak bercuci, berdaki barangkali,  (beliau sentiasa ingat tentang kebersihan kopiah  sebab daku selalu remind dia once a week tukar kopiah yang kotor akan ku cuci), jadi semasa habis solat, beliau bertentang muka dengan jemaah tersebut, masyaAllah itu orang buta rupanya, terus beliau rasa sangat tersentuh dan rasa tak patut beliau mengata pasal kopiah orang itu. Kerana mungkin orang itu buta jadi beliau tak tahu pun kopiah dia kotor, masyaAllah. Suami merasakan bahawa orang itu 1000 kali lebih suci dari dirinya sebab Allah dah butakan mata orang itu lantas, telah menarik 1 dari deria yang menyumbang dosa, maka orang buta itu terselamat dari dosa mata. Subhanallah...

Andai Allah izinkan usaha kami ini berbuah kejayaan dan kesenangan dan konon konon nya berada on top of the world kekdahnya...jangan perlekehkan orang yang berada di bawah, orang yang susah dan moga Allah tetapkan hati kami supaya rajin membantu, rajin sedekah.
Kami sama2 lantas berdoa, Ya Allah tetapkan hati kami, teguhkan iman kami dan segarkan hati kami ini dengan ingatan sebegini tatkala kami dalam kesenangan nanti. InsyaAllah..

Kerana Allah menduga kami tatkala kami susah begini, dan tak mustahil Allah akan duga lagi jika kami senang nanti. Allahuakbar!

dan tiba2 masa sedang kami bertazkirah maghrib, terus keluar di skrin TV channel OASIS, kebetulan barangkali...

"Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” – (Hadis riwayat at-Tirmizi)."



Tuesday, April 2, 2013

Rezeki

Semoga Allah memudahkan rezeki ku dan jauhkan diriku dari sifat2 yang menyusahkan aku menerima rezeki dari Allah s.w.t. InsyaAllah

Monday, February 18, 2013

Semangat

Assalammualaikum kepada yang membaca
Salam semangat hari Isnin

Mana tak semangat kan, saya cuti 9 hari okeh
Ini pun 1st day kerja, tunggu big bosses semua mari ofis, bakar mercun, tunggu naga, amek angpow dan maybe 1/2 day lagi. 
Sigh..

Sungguh bermakna raya cina kali ni.
Alhamdullillah. Walau daku menolak 2 rezeki yang tiba, tapi Allah tetap ganti dengan rezeki yang lain. Sungguh bersyukur.

Simple je percutian ke PD again kali ni di Corus Paradise Apartment, the rest dok rumah basuh baju tak renti2, re position furniture, kemas buang2 barang segala.

Even hari Khamis kena masuk ofis kejap on call utk projek KETENGAH, 2 3 jam pun bos bagi angpow lagi, syukur...balik tu zasss terus ke spa di midvalley..lama weh tak pergi spa ada 8 session lagi tak habis2..Saya mahu bagi orang points saya mereka tak benarkan, nikmatnya lama tak berspa bagai..

So hari ni hari masuk kerja semula. Ada perkara yang mendebarkan sedang in progress. Saya telah mohon bantuan doa talian hayat dari kawan saya yang menunaikan umrah kali kedua - cik Iszuanie kita..moga doa nya makbul Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Sungguh berdebar.

Untuk elak asyik fikir berdebar, selepas 5 tahun kerja kat sini, tadaaaaaa saya telah dapatkan si pink yang comel. Speaker computer saya di ofis. comel kan? So senang nak dengar bacaan Al Quran pepagi, dengar lagu dan selebihnya layan drama bersiri ulangan. Ha ha ha ha..


Tuesday, July 24, 2012

Al Fatihah ~

Subuh ini usai melipat kain baju, hati sayu...
Subuh ini tatkala menunaikan kewajipan hati meruntun hiba..
Rindu pada arwah Opah..
Ada masa kadang2 sedang solat bersendirian teringat arwah Opah..
Kenapa masa solat?
Sebab masa kecik2 mak pergi kerja, aku banyak habiskan masa bersama Opah di rumah Opah..
Jadi tiap kali Opah solat, Opah suruh aku tengok dan belajar solat,
tapi..
Aku selalu baring tepi sejadah sambil tengok muka Opah solat..
Ada masa aku ikut Opah baca,
Ada masa aku buat peel ngok ngek aku buat2 muka supaya Opah tak tenteram nak solat..
Sekarang, bila dah jadi seorang mak, aku faham apa perasaan Opah bila solat diganggu..
Bukan sengaja di ganggu, peel budak budak katakan, mana faham erti kusyuk..
Sebab tu sampai sekarang aku masih teringat ingat benda ni tatkala aku sedang sembayang sendiri dan mata melihat sejadah..
Aku boleh terbayang aku di suatu masa dulu..
Aku di suatu masa lampau..yang masih kecil bawah jagaan Opah..


Pernah beberapa kali, masa tidur aku mimpi Opah senyum saja..
Ya Allah, damaikan lah Opah di Sana bersama arwah Aki..
Semoga mimpi senyum itu adalah suasana sebenar Opah di Alam Sana..
Perasaan rindu, perasaan hiba tak bolerh tertahan tahan kalau sesekali datang melanda..
Walau Opah ada cucu berpuluh orang..aku antara 3 4 orang yang sempat Opah jaga..
Jadi rasa ini amat ter ke dalam..


Opah masak sedap, Opah ajar solat mengaji doa wuduk, Opah sabar layan peel aku tak mahu pergi sekolah tadika 5 tahun dekat Tadika Methodist, ikut Opah pergi pasar naik bas, Opah sabar layan karenah pakcik aku yang sorang tu, Opah kena marah dengan pakcik aku, Opah sedih macam macam perkara, sampai satu ketika Opah jatuh sakit masa siapkan bekal cucu nya mihun goreng sarapan pagi, Opah naik kerusi roda, Opah lumpuh separuh badan, Opah lumpuh seluruh badan, Opah tak boleh bercakap lagi, Opah makan pakai tiub, dan 10 tahun kemudian, Opah akhirnya tinggalkan aku dan kami semua..


Al Fatihah ~~



Monday, July 23, 2012

Ramadhan



Salam Ramadhan kepada semua, semoga kita dapat pulun habis habisan segala keberkatan yang ada dalam bulan Ramadhan ni, penuh keberkatan dan kenikmatan sebenarnya.

Semakin meningkat usia, makin sedar nikmat Ramadhan.

Aku ada matlamat tersendiri untuk bulan Ramadhan ini, iaitu penambahbaikan diri. InsyaAllah sekali lagi. Tahun ini juga berazam memperbanyakkan selagi mahu baca Al Quran (yang hanya boleh di buat waktu lepas Solat Subuh dan sebelum berbuka) dan matlamatnya mengkhatam kan Al Quran dalam masa sebulan Ramadhan ini dan juga mahu rajin solat terawikh berjemaah.

Tahun ini juga masih teruskan azam tahun lepas iaitu NO to Bazar Ramadhan lagi sekali, sini juga aku berazam boleh juga belajar memasak try itu ini dengan memasak sendiri kan. Itu mungkin lebih baik, dari segi kos, tak juga jimatnya kalau dah masak mana reti masak 1 jenis lauk je, ini siap berdessert, siap kuih, siap dengan 2 lauk sekali ha ha ha..Astaqfirullahalazimm!!
Ok takpe lah masak banyak2 kalau tak habis sila panaskan dan makan sampai habis ok. Tak baik membazir.




Alhamdulillah dah 3 hari kita puasa, 2 kali aku dapat jemaah solat terawih di Masjid Al Imam Al Ghazali Bandar Menjalara, ada je masjid2 yang agak dekat lagi tapi since nak bawak budak kecik aku rasa masjid ni lebih comfy. Day 1 puasa tu tak dapat pegi sebab tuan kecik bantai tido, bangun tido ngamuk2 tak tentu hala, kena piat sekali diam terus datang peluk2..Sabo je lah..

Syukur dapat buat 8 rakaat, nak buat 20 rakaat tak berani takut dia cemuih dan naik bosan tunggu, insyaAllah tahun depan kita buat banyak sikit ok, dia memang membahagiakan, sebab sekarang dia dah tak kacau mama solat sangat dah, dia very behave TAPI! perlu lah bawak segerombolan toys dia bersama, dan of course aku pilih saf belakang sekali dan dekat dengan exit, supaya dia boleh 'bernafas'. Seronok tak terkata beliau, ikut sekali orang solat.. Moga Allah bagi aku peluang mudah lagi untuk terus beribadah dalam Ramadhan kali ini.




Syukur juga bila Ramadhan tiba dapat menghidangkan juadah2 luar biasa (luar biasa la sangat :p) pada suami dan anak, day 1 tu masak asam pedas kembung, telur dadar dan sayur pakchoy tumis sos tiram dan dessert puding jagung, day 2 asam pedas panaskan semula (ingat jangan membazir!), sotong tempe kacang panjang goreng berempah kering2 dan kuih Wadey (seperti gambar di atas) Yey! dah tahu buat dah so lepas ni boleh trim sikit kasik balance mana terlebih terkurang, selalu beli tak puas dan tengok penjualnya majoriti bukan orang Melayu kan, so buat sendiri puas hati makan la sampai puas. Seronok bertambah juga sebab ada jiran sebelah yang tukar2 juadah.


Harini  hari gantung kuali pula, kerana Babah nak belanja makan besaqqq terima kasih Babah!!






Tuesday, June 26, 2012

Teruskan Melangkah


Teruskan melangkah dengan gigih walau apa jua rintangan yang menghalang di hadapanmu.

Tetapkan langkah mu mengikut jalan dan lorong yang betul walau banyak lagi cabang dan lorong di kiri kanan mu yang belum tentu betul untuk ke arah tempat yang mahu ditujui.

Teruskan melangkah sesekali pandang lah ke atas dan ke bawah kiri dan kanan, kerana dengan memandang sekeliling akan membuatkan kamu tahu apa rentak perjalanan mu..

Teruskan melangkah

Monday, June 18, 2012

Freshman Father

Cerita ini kesimpulannya dia bawah 1 perkataan iaitu KETABAHAN
Pasal cerita ni aku dok sobsobsob sampai anak pun naik heran, asyik dok panggil, mama? mama? mama? angkara dia tak boleh tengok aku nangis (haaa tau takut!)

Pasal cerita ni la dok drag aku sampai kul 4 baru sampai rumah Amy konon kata awai nak mai tolong tolong ringan tangan, heyyyy Puan Amy hamponnkan saya!!! hehe tapi saya antara yang awal selepas MIL kamu kan kan kan ;p

Cerita ni buat aku melekat depan tv, kerana lebih kepada ketabahan, aku percaya tiap pada kawan kawan aku yang rapat mahupun ahli keluarga, mesti ada perkara perkara yang mereka perlu tabah. Serius aku katakan tabah aku tak setabah mereka.

 Sinopsis cerita ini, adapatasi true story katanya kan:-


Kerana cerita ini sedikit sebanyak terkena pada diri aku, pada sikap aku, lebih kepada cerita ini buat aku menginsafi diri sebab aku mudah hilang sabar, aku mudah jadikan ketidakpuasan hati aku isu utama berdebat TANPA fikir the other side secara mendalam, tu yang boleh sob sob sob tu tengok cerita ni.


Lagi lagi bila dia dalam keadaan yang stress terlalu tinggi, kerja dia bukan duduk dalam office pakai tie, dalam aircond, perlukan kudrat otak sahaja, tapi kudrat tenaga badan juga, lari site sini lari site sana tengah KL yang jem bagai nak rak, dengan phone calls, dengan site report, dengan boss yang gila pangkat, sampai ke tengah malam kawan kawan standby duty call kalau ada problem, dengan attend macam2 benda, dengan bini yang selang 2jam sms tanya buat apa makan apa itu belum masuk kalau tengah perang saraf:P,

itu hal office,

Hal belajar, 


Dengan assignments, dengan study time, malam nak mula study anak ketuk pintu sambil panggil "babbbah, babbbah" sampai ke hati nak biar, diangkat anak utk peluk2 anak pun mula main pen main buku, so drag la lagi masa belajar babahnya. Nak pujuk anak suruh tidur hantar pulak anak atas katil, last last Babah tidor dulu, dah tu studynya ke laut lah kan,


Berbalik kepada cerita Freshman Father ni, memang ada tertempias lah pada aku juga, padan muka aku! Kadang2 aku selalu terlepas pandang, tanpa aku sedar konon konon aku dah habis betul, tapi aku salah! Jangan kerana the other side itu diam, atau bertindak biasa, cool, tidak bermakna dia tiada perasaan di dalam kan! Dia tetap manusia, lagi lagi dia bergelar seorang suami. Tapi syukur Allah bagi aku peluang untuk kadang2 sedar kesilapan aku, itu lebih baik kan, dari sentiasa menonong rasa betul dan hebat!


Endingnya cerita ini dengan pemergian si isteri akibat tidak mahu tabah bersama lagi, tinggal lah anak dan ayah bersama mengharungi hidup, lagi membuat aku sedih, takkan ke situ pulak jalan aku mesti pilih, itu tiada IMAN namanya! tak lain tak buat aku mesti tetap bersama orang yang aku sayangi, susah atau senang,  keluarga kecil aku ini walau apa terjadi, walau beribu kilo tabah aku kena keluarkan itu antara modal yang aku kena keluarkan demi untuk sebuah kebahagian!


Itu bahagian cerita aku yang memerlukan ketabahan. Bahagian cerita kamu semua pula terpulang kepada kamu untuk mengolahnya. Bagi yang tidak faham mungkin akan rasa alahh kecil saja, bagi yang faham terima kasih atas kefahaman anda, sesungguhnya kalau kita tak berada dalam situasi seseorang itu kita tidak akan tahu tinggi atau rendah masalah dia. Jangan hanya pandai melihat dan membanding kalau tidak berada dalam kancah sebenar.


***
1) Moral of the story, sentiasa ambil tahu perkembangan kerja dan pelajaran suami
2) Jangan cepat melenting lagi2 bila suami tengah stress
3) Jangan asyik nak kire kalendar raya kite je, sedangkan suami stress :p
4) Jangan tau nak ajak pergi shopping or tengok movie kalau suami banyak kerja :p


Entah apa benda aku melalut petang2 ber migrain ni kan, tu je lah citer dia ok bye.




Tuesday, June 12, 2012



Mari berkongsi dan jadikan panduan bagi sampai yang akan duduk untuk temuduga termasuk lah aku hehehehe

Friday, June 8, 2012

Emosi

Entah la makin lama aku makin menyampah dan rasa kosong...kosong...kosong....macam lagu Najwa Latif untuk kerja dekat sini, wah bukan sekejap ok aku dekat sini, bulan 8 ni masuk tahun ke 4! Dalam pada nak sekejap sekejap dulu kan. Dulu best sekarang hazab uols.! Aku dah sampai tahap sapa je cakap dengan aku muka orang tu pun aku tak tengok, aku banyak diam je. Entah la apa aku rasa.

Bila kita dah biasa dan ada pengalaman (bukan untuk riak) bekerja dengan organisasi besar, well established company once masuk company kecik cinonet mesti ada pro dan cons nya, pro nya malas nak cakap tapi contra nya bersepah sepah. Aku quit dari sana sebab masalah time kerja ikut waktu Amerika, aku join sini sebab aku terdesak tak de kerja. Hoh!


Salah satu dari nya ialah tidak tersusun dari segi kerja. Caca marba, memang good advantage nya ko akan boleh buat semua benda semua department punya kerja, kalau boleh ko grad in IT, ko tetiba boleh pulak overhaul engine ha gitu la konsep dia....


Ah malas nak tulis panjang panjang la citer sekarang guwe tengah bengang gila ni, aku rasa aku bukan jenis orang yang berkira kerja, boleh aje tolong orang @ department lain, tapi orang mesti nak take for granted memandai2 dengan kebaikan aku dan aku jenis kalau aku nak cuti ke apa aku tak suka orang buat kerja aku, sebab kalau orang buat kerja aku, aku akan kena kemaskan balik, kena check check balik which is aku rasa baik aku buat sendiri lagi senang, dan kalau aku sibuk tahap monyet kena sawan sekalipun, orang ada peduli ke? hello sekurang kurangnya department lain ada more than 1 person to work with kan. Nak cuti boleh je pas over keje suruh sambung...aku? orang mana peduli beb, yang orang tau tanya aku itu mana ini mana dari department solo aku ni, kalau client chase bontot aku dah dekat dateline submission tender orang mana peduli !!!


Memandangkan sekarang aku punya kerja semua dah kurang sebab tiada tender dari Govt. so far kalau dapat offer lain kompom mak tender atas budi bicara 24hours! , aku kena la assist2 orang lain, boss aku ni macam tak boleh terima kenyataan business sekarang tengah down, dia assume semua orang sibuk gila dengan task masing masing macam ada 100 biji engine kena assemble, kena test, kena shipped out kena site visit 1 malaysia, kena itu kena ini, dok menjerit sana jerit sini angkara bodo tak suka guna interkom. Aku bosan la dengan suasana macam ni, serious i am really sick with this kind of shit! Ko jangan la lebih2, jangan semua nak "aiza can help, u can ask aiza to help, aiza this aiza tu, aiza boleh tolong itu ini" banyak cantik muka kau, aku terperasan lah ada certain2 orang dekat sini suka menolak kerja, walau pun tu kerja dia, ha kau buat lah untuk aku. Waklu! Aku main Bejeweled ke, main Scrabble ke main Spot The Difference ke, taip message Whatsapp ke, chatting GTalk ke FB aku heran apa, kerja aku siap, aku tolong ko sikit sudahlah ini sampai A to Z ko suruh aku buat...ini sudah lebih beb! Masa aku busy tahap monyet sawan tu aku berat sungguh nak mintak tolong orang buat costing tender ke jauh sekali, even nak suruh orang fax ke scan email ke pun aku tak mau ok. Itu belum kira pemalas pick up incoming call sedangkan tengah tengok YouTube Mat Sabu berkempen!


Aku pun tak paham la macam mana aku boleh tersadai punya lama kat sini, just sebab masa tu aku nak settled down, anak kecik lagi, tapi bila anak dah makin besar ni, aku nak cari la kerja jauh sikit, yang jobstreet pulak 1 hal, bukak kerja company bodo2 cap bunga raya la apa la, lepas tu panggil interview in short notice time pulak, yang dah dapat keje haritu pun tak best kena keje Sabtu, tak mahu tak suke...


Kesimpulan nya sedang tak suka sekarang sedang bengang saje, Isnin nak pergi mencuba nasib, ya Allah mudahkan la semuanya sampai berjaya, tak sabar nak masa dan saat mengarang surat "Notice of Resignation"











Monday, April 30, 2012

Kempen Apple Cider - Cuka Epal

Ok mari meneruskan misi hangat hangat tahi ayam kita dalam membuang lemak keras.
Agaknya barang2 yang digunakan agak murah (harus lah nak yang murah) pastu aku ni jenis pemalas maka jadi la situasi kejap ini kejap itu. :p

Kalau haritu kita kompang oat dan green tea, kali ni kita kompang APPLE CIDER @ CUKA EPAL.

Malas nak citer panjang panjang, ter inspire bila teringat balik kawan lama masa kerja di AIA dulu pagi2 dia minum apple cider good for health masa tu aku memangdang enteng kerana bau dia agak tidak sedap sikit. cik Aiswani kita dah beli botol pertama beliau. Semangat.

Antara good benefit from this thing ialah:-


Antara khasiat cuka epal ialah: 

1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi. 


dan lagi :-
1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) pada mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.


Ahahha yang di bold kan itulah yang bagusnya sesuai untuk aku kan. Ok jom beli...Aiswani beli di Guardian RM27..Cargasssss

Monday, April 23, 2012

Nilai Tambah - Added Value

Apakah keberjayaan yang kita ada sekarang?
Tepuk dada sendiri, kerah otak berfikir. Ada? atau tiada?
Bagi aku ibarat tiada! jujur!


Banyak cerita, banyak perjalanan cerita keberjayaan orang aku baca, aku lihat dan aku dengar,
aku? masih begini.
Mahupun suami sendiri dia juga bertarung 4 tahun untuk beri diri dia nilai tambah. added value.
Aku sekadar memerhati. Eh tak boleh jadi begini.

Bercerita dengan seorang teman penglipur larajuga dia pernah dulu dia disakiti hati oleh seorang anasir, aku nasihatkan dia, mencari kehidupan dia yang lebih berkualiti, dari membuang masa memikir dan melayan anasir, jadi perubahan positif aku gembira kerana dia betul2 berusaha mencari. Mencari sesuatu yang dia boleh add up dalam nilai diri dia. Aku? sekadar memerhati lagi.

Jadi sekarang aku seolah2 rasa aku juga perlu ada nilai tambah. Aku dapat rasa tentu2 lah satu benda ni aku kena polish, pastu dah boleh kuasai, aku nak beralih ke bidang lain. Aku berazam nak ambik short term learning class. Itu yang aku nampak sekarang.

Ahoihohoi terbantut semangat nak menulis tatkala terima panggilan cikgu anak sudah demam almost 40. Last anak sakit demam batuk HFMD ialah 17/1/2012..ini hari sudah 23/4/2012 perkembangan agak bagus dari setiap bulan sakit kan. ya Allah sihatkan Muhammad Qhalyf! Ok mama nak siap2 zasssss pulang!

Wednesday, February 15, 2012

Khusnul Khotimah


Credit to:



Berharap hidup berakhir dengan khusnul khotimah...Ya Allah jauhkan lah aku mati dalam Suul Khotimah...

Kata Ustaz Kazim ; perempuan nak masuk syurga jaga lah dengan rapi 4 perkara:-
i. Jaga Solat
ii. Jaga Puasa
iii. Jaga Maruah
iv. Patuh pada suami.

InsyaAllah..

Tuesday, February 14, 2012

Teh Hijau - Green Tea

Dari masa zaman kerja Sunway lagi ramai colleagues esp. yang Chinese suka minum greentea ni beside air kosong. Berdeguk2 ko derang minum air ni, aku suka juga minum cuma bila datang musim menambah kolestrol dan membina geng geng lemak dalam badan, makan tak ingat dunia selalu aku sisihkan teh hijau ni. Memang sentiasa ada stok teh hijau dekat rumah rajin atau tidak saja, dan bila datang musim bajet badan macam Norjuma Habib mula la terhegeh2 cari balik stok teh hijau ni.


Mari kita lihat apakah antara kebaikan teh hijau ni;
  • Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan
  • Menjaga tekanan darah 
  • Merawat batuk
  • Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
  • Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
  • Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
  • Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
  • Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
  • Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
  • Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya
  • Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah. 
  •  Teh hijau juga mempunyai kalsium dan jika sesiapa tidak minum susu kerana rasanya maka bolehlah menggantikan dengan minuman teh hijau.
  •  Teh hijau bagus untuk pesakit KANSER kerana mempunyai antioksida yang kuat

#copy dari http://kongsibersamanora.blogspot.com

Aku juga telah cuba google keburukan teh hijau, namun hanya sedikit sahaja yang aku jumpa iaitu:

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.
Selain kafein, antioksidan flanovoid yang terdapat dalam teh menghambat penyerapan zat besi dari unsur-unsur tumbuhan seperti sayur dan buah. Namun, zat besi dari daging tidak terpengaruh penyerapannya. Sekadar peringatan, apapun yang berlebihan tidak akan baik kesannya.

#http://ulanweblog.com/2011/12/disebalik-kenikmatan-dan-kelazatan-teh/


Jika dalam penyajian menu arab juga, kita juga akan disudahi dengan dihidangkan teh arab panas diletakkan bersama daun pudina, sudah pasti itu juga salah satu mekanisma untuk 'memotong' segala lemak2 dari menu2 arab yang tentunya berat kan.

Ada lagi satu jenis teh yang agak 'power' dalam adegan potong memotong ni iaitu Teh Oolong, akan tetapi aku tewas dengan rasa dia yang tebal dan pahit. Kalau berani boleh cuba, dia adalah dari rumpun teh yang sama macam teh hijau juga tetapi proses fermentasi dia agak sikit berbeza dan lagi pure.

Ok apa kata kita cuba secara konsisten ye adik adik sekalian.


Monday, February 13, 2012

Sarapan



Mari bersarapan ayuh! 
Sarapan yang sihat ayuh!
Kali ini oat lebih raw kita bedal, letak some fruits dan milo o tanpa gula tanpa susu tanpa apa apa..

**Adoi dapat kah aku bertahan.. :-)

Thursday, February 9, 2012

Petua Kurangkan Angin

Ok sungguh terkesan sesi urut kali ini di rumah emak. Dari mula Kak Mas tukang urut tu sampai la kesudah asyik membebel aku punya angin dalam badan sangat banyak, mengucap panjang dia bila dia tekan2 kepala aku ada benjol2 atas kepala aku dan kata dia angin aku dah masuk sampai ke tulang. Wahh gerun ok!

Aku rasa aku perlu maintain urut badan kurang2 sebulan sekali, dan antara komen Kak Mas lagi aku ada sakit tang dada..Erkk...Dia kata rongga oksigen aku, aku over exhausted dia kata, phewww kan aku dah kata aku letih, aku macam fully utilized body aku PLUS membawa ke mana sahaja lemak2 tepu aku tu PLUS selalu perlu mengendong super QQ berat 10kg in case terlupa bawak kasut atau hari hujan lebat.


Lepas tu emak pula mula bersuara tak pernah ok dan ini sangat menyentuh kalbu " Kamu tu kena kurang kan berat, Alep tu kecik lagi, mak ni sakit mana boleh nak tolong jaga dah kalau ada apa apa jadi kat kamu" Ok ini bukan jokes ok...Sampai saja di KL terus ke 99 Speedmart beli oat. So lupakan dulu sarapan2 berat yang vass, telan la oat sama milo roti dan biskut kalau jemu telan la buah buahan. Paksa rela. 

Esther - kawan penglipur lara yang rajin text aku panjang tak kire sms ke inbox FB mana mana dia sempat lah, asyik cakap "cut your rice intake" "cut your rice intake" hahaha aku buat nohe je. Gile tak makan nasik! So sekarang mungkin perlu ambil serius kata2 Esther. Esther dulu gemok juga, berlengan ketak gusti wanita juga, tapi lepas boyfriend dia tu memang agak pelik dan tiada istilah nasi maka dia pun terikut ikut dan hasilnya wow! "Aiza i will makan everthing but bukan nasik" . Jadi cabaran aku adalah lebih kuat kerana Encik Tarosan die hard fan nasik. Ni dah 3 hari aku seret dia pagi2 breakfast oat dengan aku. Nampak macam ok tapi tak tau lah kalau dah pukul 10 pagi dia hentam mee goreng ke apa ke kan bersama kawan kawan.

Gitu la kisah ke sentapan aku terhadap isu GEMOK! hahaa.Aku tak pernah heran aku cakap2 gemok ke apa tapi kali ni bila mak bersuara aku heran ok :-)Malam ni tergerak hati nak kurangkan angin dalam badan, aku percaya posisi tidur aku sangat mengundang angin masuk terutama ikut kaki, jadi mari tukar semua tu slowly. Mari berusaha.



Garlic - Kaedah buang angin


Rendam garlic, patut 1 je, tapi aku rasa aku perlu overdose ok telan 2 lah. Ni tengah rendam air panas. Nanti sampai nampak oily sila minum sambil tutup hidung.
Sila bersedia dengan kutukan kutukan yang bakal menjelma atas usaha murahan ini. Hahahaha Aku tau mesti ada 3 orang gelak + kutuk tak percaya , tengok belum apa2 sorang dah berbunyi, tinggal lagi 2 (Puan Sal Bayam dan Kakak aku) hahaha berdoa derang tak masuk blog dah. :p

Friday, January 20, 2012

Jumaat yang pilu

Semasa menunggu kakak kedai tu siap bungkus kan soto, duduk baca newspaper kedai tu. Aduhai muka depan je cukup buat aku sebak sesebak yang mungkin.

 Berita Sedih!!!!!

Bukan nak salahkan qada' dan qadar..Tidak sama sekali. Memang dah tertulis 2 orang bayi itu cukup sampai situ mereka bernafas di muka bumi. Tapi yang aku marah dan sesal pada orang2 sekeliling yang kurang daya pikiran untuk fikir elak semua benda benda tak elok ni terjadi. Tak pernah ambil iktibar dari kejadian yang lepas lepas.


Nursery sekarang ni agak tamak juga dari segi keuntungan. Tak di nafikan siapa meniaga nak rugi. Dah la turn over pekerja nursery tinggi (ye la mungkin gaji rendah kerja agak tough), lepas tu tamak ambik budak2 ramai. Percaya lah aku kata majoriti nursery di Malaysia silap nisbahnya 1 penjaga 6 budak. Relevant kah itu???? dan 6 budak juga ada 6 perangai. Mana mungkin menjaga 6 orang sekaligus, mungkin 2 sedang berak, 2 lagi lapar susu, 2 lagi tengah bergaduh rebut toys? jadi boleh terbelah kah badan penjaga tu menjadi 6, maka anak yang sedang senyap menyusu ditinggal sekejap maka mungkin lah akan terjadi benda benda macam ini. Macam macam benda buruk akan terjadi. Mungkin cadangan penyusunan jadual aktiviti taska perlu di selaras.


Kalau boleh buat macam sekolah. Contohnya ok jam 9 pagi semua perlu ada di taska, 9 -9.30 waktu minum susu, 9.30 - 10 mandi dan bersiap baru sarapan even pada baby. Jadi tak lah perlu pejaga membelah 6 dirinya. Pengasingan kanak kanak dan bayi juga perlu WAJIB. Maka lebih mudah penjaga membahagi tugas dan berilah penjaga bayi tu terdiri dari penjaga yang berpengalaman handling babies, bagi extra care kepada baby esp. baby yang bawah umur setahun. Time baby menyusu, time baby sakit demam memang kena extra care dari penjaga. Ingat anda bekerja di situ sebagai amanah. Kalau bekerja mengasuh budak2 sepenuh hati dan ikhlas dan treat semua macam anak sendiri, berlipat ganda pahala kamu wahai pengasuh!


Dalam hal ini parents juga perlu muhasabah diri. Jangan ingat dah beratus kita bayar bulan2 lepas tangan 100% selama 9jam kite jauh dari anak anak. Jangan ingat jumlah wang tu boleh jamin nyawa anak 100%. Bila dah banyak kes macam ni kita kena well prepared se maksimum mungkin dan ambil langkah berjaga. Contohnya tak salah kita keluar duit lebih sikit beli botol2 mahal sikit yang putingnya boleh adjust ikut flow dan bila hisap baru keluar susunya. Botol jenama Avent ke TT ke Safety 1st ke banyak ada di pasaran sekarang, at least bagi sampai anak umur 1 tahun guna botol2 ni. Mungkin ini antara langkah2 yang boleh kite ambil elak kejadian ni terjadi pada anak2 kita.


Lagi satu aku nak tegur parents out there yang hantar anak kepada pengasuh. Aku tahu zaman sekarang orang semua nak menikmati kehidupan yang senang kaya raya maka perlu bekerja keras. Aku tengok ini terjadi pada taska anak aku, aku tak sure tempat lain macam mana. Tolong lah jangan gila bekerja sangat atau terlalu mementingkan "me time" sangat sampai biar anak2 sampai malam bersama penjaga. Sekali lagi aku tanya relevant kah?? Kamu semua sedar tak dengan perangai sambil lewa kamu ini effect pada anak orang lain juga?? Kerana apa contohnya penjaga mulai tidak produktif, badan penat setelah seharian menjaga anak anak yang ramai itu, tetapi sebab kamu penjaga itu terpaksa stayback sampai malam. Contoh di Taska anak aku ni, kalau hari Sabtu contohnya mungkin macam aku yang terpaksa kerja separuh hari dan parents lain pun ada yang kerja separuh hari, paling lewat pun jam 2.30 petang ambil anak bagi yang kerja jauh sikit, tapi kalau dah hari Sabtu pun pukul 6 petang baru nak ambik anak, ada fikir tak tentang penjaga itu dok tercongok menunggu anak kamu seorang? Adilkah??? Aku rasa ni salah satu sebab kenapa taska QQ selalu ambil keputusan tutup pada hari Sabtu bila Isnin itu public holiday, aku memang perasan masa berborak dengan cikgu pada Sabtu lepas bila tengok budak supercomel itu duduk diam2 dekat dinding, aku tanya cikgu dia dah ready tunggu mak dia datang ambil ye, cepat cikgu jawab, dia tu paling lambat balik even hari Sabtu pun kadang2 sampai jam 4-6 petang. Dangg!!!**....Kadang2 lepas hari biasa lepas sembahyang magrib kami sekeluarga keluar makan lalu depan sekolah QQ, jam 8.30 malam sekolah masih dibuka ada budak masih belum balik, penjaga2 sudah pastinya jam 6.30 pagi di sekolah semula. So kesian!! Kalau dah hari2 ambil lambat, itu bukan ada hal urgent lagi dah tu, kalau tau dah kerja jauh, kerja lain timing, usahakan sesuatu taska bukan tempat itu anak itu.


Lagi satu tips ni memang aku selalu ingat. Orang itu menjaga anak kita, dia juga human. Biasa.  Juga punya perasaan, tak salah sekali sekala kita menggembirakan mereka. Ambil lah hati mereka, bagi sesuatu ke murah ke mahal ke janji ikhlas untuk dia yang menjaga anak kita. Memang nampak macam bodek lebih tapi aku tak peduli semua itu janji aku rasa hati aku agak tenteram anak aku selamat.


Jadi moral of the story, for those yang bukan 24/7 bersama anak, fikirlah cara terbaik yang paling selamat untuk anak2 kita sepanjang kita amanahkan orang untuk jaga anak kita. Jangan serah 100% pada penjaga. Maaf aku berasa terlalu emosi terhadapt berita ini, baru pagi tadi aku hantar QQ dengan rasa sayu tengok dia duduk makan roti gardenia bekalan dia bersama kawan2 sambil menonton tv. Sayu hati aku umur setahun setengah sudah survive macam orang umur 10 tahun :-( cry!!!!!


Wednesday, January 18, 2012

Penat tapi Nikmat

Phewww..Bangun jam 6 pagi, cuci sinki, kemas dapur basuh cawan, botol air QQ dan botol susu 3 bijik malam punya, masak air, breakfast biskut je malas pulak today malam tadi beria berangan ingat nak buat jemput2 kentang sighh!, kemas hall.. toys, buku dan cushions bersepah, kemas bagS sekolah anak (malam tadi tak kemas), mandi bersuci, offtime sembahyang, iron baju, anak nangis pergi morning kiss kiss anak dulu, wash up anak tukar diaper sebab tak berris so tak payah mandi pagi, bagi dia minum air kosong (wajib!), bagi biskut tiger, sambung balik buat air nescafe for me dan HiGoat untuk suami, suami off to work, letak barang2 di stroller (handbag, anak's bags, my bekals gila penuh stroller) dan while sikat rambut tiba tiba sakit mata tengok study room penuh with billings dan documentations dah lama tak buat filing, buku2 dan notes for the whole semester suami bersepah dan dia berbuat nohe saja malas mau tengok buku dah kot, anak pulak datang tolong "kemas" sighhh! dah la "tolong kemas" suka tutup suis kipas pulak panasss wohhh...aku on dia off aku on dia off selagi ada suis semua dia nak off. Ok bijak! Green person! :-) Make sure semua suis off, pergi kerja tolak stroller singgah postbox ok tiada apa2, while panas engine kereta, anak main dengan kucing obesiti abang Zul di atas tanah sekejap while me berboraking with jirans2 yang joging say hi hi bye bye, traffic agak slow masa turun bukit paip pecah dan ada minor roadblock, singgah Shell withdraw uwang, ada orang foreigner tak reti guna atm machine, tolong dia, dia cakap Myanmar aku cakap Melayu hahaha jadi kena speaking London ok baru dia faham sikit sikit. Kesian dia. Tekan2 for him lepas tu muka dia ada sinyum telah dapat uwang,  bought some roti 7posen since tak masak bekal untuk anak, susu Dutch Lady dan Chipsmore beli mesti 2 sets 1 for anak 1 for Fatin (anak 2nd owner taska) best buddy ever kot diaorang tu Fatin berumur dalam 3 tahun sangat bersabar dan sayang pada QQ tapi QQ sangat garang dengan dia. Tiap kali datang Fatin mesti tunggu tepi pintu kereta, tiap kali balik Fatin mesti hantar beg QQ dalam kereta. If ada orang lain hantar beg tu dia akan nangis guling2. Tapi dia panggil QQ Chalip ooo Chalip..Hahaha..

Off to pasar. Beli ikan, sayur dan barang2 lain sikit untuk masak malam ini. Terfikir asam pedas kembung bersama bendi dan tomato untuk anak pulak bayam + udang tumis air dan kembung goreng.  Makcik2 bawak bakul gosip gosip ikan mahal. Tokey ikan kata last Jumaat ni dia jual lepas tu ikan tiada lagi seminggu off CNY. Tak boleh tahan makan luar beberapa hari tak sedap. Bukan nak kata murah. Masak dan makan luar sama harga ok silap2 masak lagi mahal, tapi tak boleh tahan dengan bendasing dan perisa pelik dan masak secara caca marba. Oh malam tadi makan di kedai siam tu. Order mee goreng dan satay. Satay memang sedap, datang pula mee goreng amboi ko celup mee tu dengan kicap ko hidang kat aku kan. Merasa la dia masak lagi sekali. Ok sambung beli sarapan 2 bijik kuih, isi minyak kereta pulak dekat Esso sebelah. Masa sudah 8.54a.m ok fine ada 6minit lagi, pecut a.k.a potong q jem hahaa..Parking macam mafia. Ok sempat punch card 8.59 haha..Syukur...tiada merah lagi punch card 2012 ini hahaha..

Makan sikit, minum nescafe, baca2 email, refer "To Do List" semalam petang dah buat, make calls untuk urusan peribadi kejap, call Maybank, call Proton Service Centre, tengok tengok FB kejap, tulis blog kejap. Ok now time off.. sila buat kerja. 


Penat tapi puas! Terbayang kata kata semangat seorang kawan di FB yang positif orang nya. Cuba kita cari nikmat dalam hidup. Bantu orang ikhlas, menderma ke, make someone happy dan senyum ke, nescaya hidup anda akan rasa puas! Ok!

Friday, January 13, 2012

Konsep Inspirasi dan Bersyukur

Adakalanya kita rasa sangat jatuh sangat ter ke bawah sangat segala gala yang buruk, tapi ada masa kita perlu bangkit tak perlu nak menangisi segala takdir. Azam aku tahun ini untuk jadi lebih positif dan lebih tersusun dalam segala hal.

Hidup berumahtangga perlu kuat, kerana cabaran masing masing adalah datang dengan gaya tersendiri, lain dari yang lain, masalah kau lain masalah aku lain. Orang lain cuma boleh mendengar keluh kesah yang cari solution hanya lah diri sendiri. Adakalanya silap2 orang lain mentertawakan kita so kadang2 lebih baik pendam sendiri. Pendam dan cari jalan penyelesaiannya. Tapi apa jua masalah kita perlu positif dan terus kuat. Itu yang aku mahukan. Kalau 2011 aku lebih banyak go with the flow tapi tahun ini aku cuba yang terbaik selagi aku mampu dan bagi aku kita tak perlu lari dari masalah. Face it. Tekan masalah tu sampai terkeluar jalan penyelesaiannya.

Apa2 pun kadang2 masalah tu pokok punca dari keadaan yang tidak terurus. Besar makna mengurus. Mengurus masa, mengurus tugas harian, mengurus perasaan dan emosi dan sebagainya. Jadi perlu lebih pandai mengurus dan fokus.


http://hannahjohary.blogspot.com/2012/01/sejauh-mana.html

Lagi aku perlu perbaiki sesuatu, kerana lepas aku baca entry Hannah ada kesilapan yang aku buat aku dah sedar cuma masih kadang kadang celam celum take action kepada kesalahan aku itu. Ada hari aku ok ada hari  aku rasa goyang. Iaitu aku perlu amalkan konsep bersyukur dan lebih menghargai. Tipu sangat kalau aku kata kalau aku tak rasa apa apa. Tipu lah kalau sapa pun takde rasa macam tu. Tipu tipu tipu. Kadang kadang timbul juga perasaan membangkit macam isu itu, kenapa tak dapat ini kenapa tak dapat itu, kenapa orang itu boleh dapat itu ini, memang ada kadang kadang, tapi ada masa aku kena tampar  perasaan bodoh aku tu sendiri kuat2 supaya tak rasa macam itu sangat dan jangan rasa macam itu lagi. Aku mahu positif. Fikir ada orang masih rasa McD tu masih payah nak makan, ada orang masih pakai telefon hitam putih ada orang susah nak tukar baju beg tudung semua apa lagi aku nak??? Nak karpet dapat karpet, nak oven dapat oven, nak iphone dapat iphone, nak smartphone dapat smartphone, nak line internet laju dapat yang laju, nak sandal dapat sandal, nak beg dapat beg, nak makan  sedap dapat makan sedap. Jadi apa lagi kekurangannya? Tak kira la menggunakan duit suami atau duit sendiri as long as semua kewajipan pembayaran atau bill tiap bulan berbayar on time, ada duit lebih boleh la guna makna belum la sampai tahap sengsara. Fikir masih lagi ada orang sengsara fikir untuk mencari sesuap makanan setiap hari. DanGG!!!

Pendapat aku juga, kite boleh nak tengok nak suka apa mereka dapat apa mereka pakai apa mereka beli, boleh turut gembira bersama..Tapi sila tukar kepada memotivasikan diri sendiri cakap pada diri sendiri satu hari nanti pasti aku akan sekelip mata boleh dapat lebih dari apa yang mereka dapat. Jadikan motivasi bukan iri hati, kongsi kegembiraan orang lain, pasti rezeki datang lebih luas pada kita. Percaya lah bahawa rezeki dari Allah selalu datang dengan penuh miracle. Kan selalu orang kata rezeki datang bergolek golek, rezeki tiba2 datang, rezeki itu rezeki ini haaa kan miracle tu namanya. Apa yang penting mesti mahu tukar iri hati, keluh kesah derita tu kepada yang positif. Belajar hargai, belajar bersyukur, teruskan berdoa dan sentiasa perbaiki diri...InsyaAllah semuanya will be ok.