Showing posts with label Cooking is My Pleasure. Show all posts
Showing posts with label Cooking is My Pleasure. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Inspirasi - Saya Suka!

Assalammualaikum..
Me masih segar bugar counting counting and keep counting the moment to our latest edition.

Menarik dengan petikan kata2 kak Azu. She is somebody..Jaga keluarga baik baik..jaga dapur awak baik2..Terjaga dapur terjaga la juga keluarga. Jaga dapur bukan bermaksud bersih dan cantik sahaja, malahan disitu juga lubuk segala pahala. Sentiasa curi masa untuk curahkan kasih sayang pada masakan kamu, kerana dari situ jadilah darah daging keluargamu. Dari situ lah terpupuk kendiri peribadi. Dalam maksud ayat kak Azu.

Tambahan pulak minggu ni masih gagah lagi menghayun senduk sudip lesung batu periuk kuali segala. Satisfied me to the max! Walla..Walau saja meng offer "Qhalyf can we have McDonalds tonight?" "No! Qhalyf nak nashik!!" Senyum lah Babahnya ada geng. Mama pulak try to fulfill apa lagi perut mama require sebelum berpantang, nampaknya 2 orang tu mcm tidak peduli, but mama pujuk je la hati ok nanti mama dalam pantang both of you tak rasa dengan kerap air tangan mama kan, let me serve u both the best.

Segala masakan yang kena dengan taste mereka berdua mama masak. Walau kadang mama pun mcm tak lalu juga nak makan, tapi bila menyuap Qhalyf dengan nasik panas panas eh tak tersedar dah 2 kali tambah senduk nasik ha ha ha.

Pagi tadi lagi mama senyum meleret, tatkala babah puji "Mama the best lah sarapan pagi ni, sambal tiptop semua sedap!"  Hee terima kasih my other half. As sesapa yang baik dengan saya mesti tahu suami saya sangat jaaaaarang meng compliment kan masakan saya, saya just justify thru dia punya selera makan je, if berulang2 tambah so saya judge sendiri sedap, tapi kalau complaint is no. 1 dia akan bersuara. Tak sedap dia akan cakap apa tak sedap, memang pedih menerima kenyataan ha ha ha.

Nasi Lemak sambal sotong, bilis goreng garing, telur rebus ulam timun - kacang tanah je tak de, sebab kena curi sebab my wet kitchen kat luar, susun all the barang masak kat luar, haritu hilang garam, now hilang kacang tanah - tiada rezeki. Boil pula kacang hijau sebagai bubur pemanis mulut. Yummeh! Syukur ya Allah atas keizinan kami merasai segalanya ini.


Ok now cerita pasal adik.
Semalam (Rabu 22/1/2014) mama pergi rutin normal check up di KK. Selagi tak meletop selagi tu la berulang. Boring sungguh. But Tuesday tu mama malam tak boleh tido like lenguh2 satu badan. Adik tidak duduk diam mama cakap pada nurse, to check betul2 rasa perut mama ni sama ada adik dah masuk laluan ke, nurse cuba sedaya upaya tekan2 perut mama, cari adik punya jantung untuk letak mesin dengar bunyi jantung tu kan, tak jumpa, dan nurse cakap " Puan saya rasa transverse balik laaa" Ya Allah berderau darah mama. Whatchu doin' inside adik in my yummy tummy?? Refer to doktor untuk scan, yes back to transverse position, but this time dekat right lumbar  region (wah mama dah guna terms medic la), and a.s.a.p doctor refer mama ke Hospital Selayang but this time tak pergi dah Klinik O&G kali ni direct ke building Dewan Bersalin. Again with Dr. Gibran details scan dan confirm transverse and yadayadayada lets pick the date untuk membelah perut!! 4th February 2014 is the date but if bila2 masa saja from now on mama turun tanda, we will going for emergency czer same like Abang last time. Ok mama mintak morfin lebih la kalau gitu. Tiada rezeki besalin normal but im ok with Cesarean. Tak sakit :p Dua dua cari kelahiran pun consider as jihad kan. Ada lah hikmah Allah assigned mama cara macam ni. Macam Allah approved je plan mama yang mahu 3 wonderful kids hihihi.



Refer to previous entry, adik melintang, mama pergi Hospital doktor Farah Azura (Dr. Gibran's wife) confirm from details scan baby back to normal position and ready for normal delivery Puan! dan kelmarin adik turn back to transverse tapi this time belah kanan pulak kepala dia. Kuasa Allah benar2 ajaib. Redho dan cool saja lah kan.

Ikutkan memang tak sabar dah nak keluarkan adik mama choose 30th January 2014 but Babah prefer after CNY festival season better semua doktor dah ada and nurse pun ramai yang fresh after the long holiday kan. Ok lah terima je lah, Now mama in the midst of saiko kan Abang yang mama will bring back your adik soon, so Abang duduk rumah with Opah & Nenek. Bukan saja benda ni challenging untuk Abang yang akan berpisah dari mama for few days, tapi untuk mama juga pastinya. Kita tak pernah berpisah! sobsobssobss!!

Mama call semua orang yesterday, MakTok happy dan MakTok cakap budak kecik ni pandai pilih tarikh supaya semua orang ada untuk sambut dia keluar nanti, MakTok n Atok dah setel untuk 2 mega catering project last on 2nd February tu, PakNgah MakNgah pun dah balik dari Jakarta dan Bandung, so everybody will be here in KL. InsyaAllah.

Kerja di ofis pulak ingatkan dah habis, datang pulak lagi segerombolan. Boring betul mama.

Monday 27 January tu mama kena la hadap kalau tak bersalin lagi, yang lain lain tu BYE BYE yeahhh!!! 

Ni pulak datang tanpa di pelawa..Sambil terima dokumen ni sambil cakap pada colleague "Hopefully tonight i'm in labor!" Hahaha..



Tak sabar dah nak bercuti, kerja office betul2 makan space otak mama since last November 2013..punya la busy sampai Abang mcm nightmare kena duduk kat Taska dia sampai dekat nak malam sampai merajuk. So pray hard untuk bonus dan increment sekali pakej maternity leave 60 hari hahaha..
 

Wednesday, December 4, 2013

Sambal Mania

Assalammualaikum w.b.t.


Hari hari pening juga pikir menu sebab mostly memang wajib masak untuk seisi keluarga tersayang. Semalam lepas browse blog Aunty Nani, balik kerja terus bersemangat. Terfikir juga apa la selama ni aku menggunakan method yang lain, kenapa tak guna method yang ini kan. Selalunya just rendam cili kering, lepas tu rebus cili kering tu, blend dengan bawang dan belacan tanpa masak lagi, but this time method nya advance sikit lagi dan me rasa agak mudah sikit utk proses masak seterusnya, compared dengan method lama, which is kalau nak masak sambal ikan contohnya kena lagi sekali tumis kan cili yg dah blend + tambah benda2 lain utk perasa.


Sangat gembira pulak untuk new invention ni, maklumlah lepas ni tahun depan tambah lagi 1 amanah kena pikul ada baby kecik, tanggungjawab sedia ada kena pikul tanpa henti juga, so ini plan dan method terbaru jiamt masa dan tenaga. Walaupun semalam masak mee sup seafood untuk Qhalyf, untuk suami plan nak masak sotong masak hitam kesukaan dia dan ayam merah, last2 suami pun share makan mee tu, maka tak payah masak lain dah dia cakap. Pheww lega.


So kesempatan yang ada sebelum solat maghrib, baik buat sambal goreng ni. Maka terhasil 3 jenis sambal untuk masak minggu ni punya menu. Wah senang kerja akak.

Sambal goreng in the making, Aunty letak banyak cili api, mine is kurang sikit, karang ada meletup mulut tak tahan pedas hehe..Aunty tak letak belacan, mine letak siap2 gula garam belacan semua.
Tadaa dah siap di tumis sampai pecah minyak + garing..terbayang2 sambal tempe, sambal tenggiri, sambal terung..+ kicap Jalen + nasik panas panas..weehooo


Lepas tu terlebih rajin lagi, buat pes untuk sotong masak hitam, ramuannya simple je according to MIL, kunyit hidup, bawang putih + merah, serai, halia, lengkuas patut ada tapi me tak letak.


Lepas tu sambal ikan cencaru belah belakang, yang ni kan kena letak jintan sikit, so rasa different sikit dari sambal biasa tu..


Daku memang sambal maniac sikit, rasa plain xde masak sambal ke apa tiap kali makan. So benda ni memang kena buat jadi tradisi lah kan, senang kerja utk ibu2 bekerja mcm aku ni. Tapi kena make sure masak betul2 sambal tu, wrap @ packing betul2 before masuk freezer, nanti tak lah sakit perut. Teringat makcik aku yg hari2 masak tiap kali balik kerja, dia pernah cakap on weken dia masak lauk utk stok seminggu pastu dia bekukan dalam peti sejuk. Perghh sangat tabah yer beliau, dia kata tak sempat sebab sampai rumah mengharuk jem dari ofis Tabung Haji ke rumah dekat jam 8 baru sampai, tapi anak2 tak mahu makanan luar sgt, maka itu je la cara penyelesaian dia...for me yang jam 6 di rumah tak perlu la kot mcm tu kan, lagipun aku lauk panas2 kan balik ni agak kureng sikit tekak nak terima tak tau kenapa..so ini saja jalan yang praktikal dan the best utk. aku.. Thanks Aunty bagi idea.

Tuesday, June 25, 2013

Blog Berbicara

Assalammualaikum

Tiada apa yang best pun terjadi beberapa ketika ini, salam khabar untuk yang menyinggah dan drop kan comment...Terima kasih banyak banyak.

Tuan punya blog mood cepat swing lately, biasa la kan bila dah bernafas pendek mcm ni.
Rasa tidur itu adalah nikmat dari makan, makan pun kalah dengan tidur lately. Boleh percaya?

Tengah berlatih berpuasa..Semalam berpuasa alhamdullillah...Di pagi hari dah pasang niat konon tak larat nak masak, tapau je or berbuka di luar .. Tapi sayangkan suami punya pasal, dia turut berpuasa, maka alih alih last minit dalam masa sejam siap terhidang 3 perkara, masak lemak sayur lodeh, ikan bawal sambal dan pemanis mulut yang cadangan asal nak buat pengat pisang bersagu, alih2 rezeki petang hari, Tok bawah rumah bagi durian 2 biji, since tak boleh makan durian mentah2, maka amek la 2 3 ulas masuk dalam pengat pisang tu. Hohohoho so yummeh..Alhamdullillah...




Semua gambar hasil google tapi sebijik mcm iols masak semalam....syukur ya Allah atas kurniakan kudrat pada ku...dan rezeki pada ku...Alhamdulillah

Monday, May 27, 2013

The Lovely Day - Mr Husband Birthday

Assalammualaikum..w.b.t.

Today genap umur Mr. Husband 31 Tahun
Dia muda 1 bulan lebih dari iols hihihi...kita sebaya...tu yang challenging tu sama sama nak menang.

Start dari April mmg bulan celebrations kekdahnya, April is my birthday, May is Mr. Husband birthday and our wedding anniversary and June pulak Mr. QQ birthday. Crack crack.

Since Mr. Husband too busy sebab exam start esok till 17June (hazabbnya mak jemah kena dok rumah tak kemana) so nothing special. Cuma buatkan dia kek sebiji.  Kek idaman daku benornya...dia kan tak suka manis2 sangat ni..

Tapi yang penting dia happy..Dah la si kecik tu pecah rahsia..Aku tgh siap2kan kek ni kat dapur nak surprise kan Babahnya...dia boleh panggil pulak Babahnya "Babah meh ar tini, ada epi beday tuyu" meh ar babah" arghhhhh dia boleh pulak pecah rahsia hahaha..

 Mr. Husband suka, boleh ke dia kata u beli mana kek ni...ehh sentap..jenuh ok 5jam mak jemah berkampong kat dapur...Siap Mr. QQ tolong lagi...

Apa apa pun..Selamat Hari Lahir...semoga apa yang dihajati, apa yang dirancang Allah berkati dan makbulkan. InsyaAllah...selamat menempuh tahun ke 4 pengajian (4 tahun juga la aku jadi bionic women) kemon kemon lagi 1 tahun je ..You can do it!!!




Wednesday, March 27, 2013

Rainbow Cake - Pre Experiment

Gambar ni pinjam dan hasil dari google
Sesapa yang expert, benda ribbon2 kat atas tu apa ke nama nya ye?
mcm mana nak buat ribbon tu? dari gula ke?
Tolong ajar saya ye kalau sapa tau. Tq in advance

Monday, March 25, 2013

Kek Gula Hangus


Kek gula hangus..memang kesukaan ku tapi tak pernah terfikir nak buat
sejak sejak pandai buat karamel ni kan gatal aje tangan nak mengekperimen
bahan pun tak mahal dan mudah juga buatnya
Cedok dari blog Kak Jun resepi nya
Kebetulan MIL pun ada, cuma tak sempat dia orang nak jamah sebab kek ni kena perap lama untuk hasilkan sarang yang elok
Amek bau je lah ...
MIL punya style kukus, tapi mine is bakar..
So ekperimen ku berjaya.
Selamat bawa ke ofis masa masih fresh from oven..
Alhamdullillah...Lulus.


 
Double yummmmehhh!!!

Tuesday, March 12, 2013

Puding Karamel versi Hempas Pulas

Ok ok ok jgn tafsir buku melalui kulitnya saja ok
Ha ha ha
Inilah aktiviti saya malam tadi
Cubaan membuat karamel puding
Method dan Recipe dari Mama Mermaid kawan seporum kita tu

Ok neshh time boleh improve, ni salah method ni
Patut campur je kukus sekali lepas karamel tu keras suhu bilik, ini asing2
pastu over pandai time panas2 tu campur transfer sekali
ni la hasilnya

tapi rasa dia, tekstur puding nya, rasa karamel nya
sungguh yummehhhh ok..the best ever puding karamel saya pernah rasa kot
tak tipu, jarang saya puji masakan saya sendiri even rupanya buruk.


Update Update

Ini update version. Yey dah berjaya!! Alhamdullillah 
 

Monday, November 12, 2012

Home Made Ice Cream - Aiskrim Buatan Sendiri


Yahoooo! Kite berjaya buat aiskrim sendiri . Alhamdulillah...menjadi. bertambah2 la si kecik tu punya la suka. Ok lepas ni sapa datang rumah saya jamu ni je malas nak buat kek hahahahaha...

Wednesday, November 7, 2012

Scindapsus Aureus Var Plant

Adoii ting tong betul rasa pagi ni
Sebabnya bila uzur ni tengok jam pukul 6 pun rasa masih awal lagi kan
So decide utk tidur dulu barang 5 10 minit
tersedar jam dah 7.35pagi woooahh tak pepasal suami kena qada solat subuh.
Dia tiap2 hari lepas pukul 1pagi baru masuk tidur. So mmg mengharapkan belas ehsan aku lah kejut kan.
Melompat bangun terus masuk dapur, mujur lah barang2 nak masak mee malam tadi dah siap.
Tinggal nak tumis je.

Ni angkara lately si anak dah pandai tidur sendiri, anak rileks je
Mak pulak pusing kiri kanan kejap kejap jenguk anak
Pukul 6 tu anak mintak susu bila dah kasi susu mak tidur kejap sebelah anak
Terus dapat tidur lena, wahhh patut la...mak rindukan bantal peluk mak iaitu si anak hehehe
Tu yang tidur siap mimpi jadi pelarian Palestin berlari laju di ladang gandum, lari dari askar Perancis. Takutt woo...tapi tiba2 terkejut dek deruman ekzos van sekolah yang kuat benar bunyi nya. Chisss!
 
Alhamdulillah sempat punch in jam 8.56 pagi, mujur lah jam punch card tu ala ala siput lambat dekat 10minit dari waktu asal. Selamat.
Masuk kerja dan rutin berjalan seperti biasa.
Dah 3 hari aku ditemani si hijau.
Si hijau mula nampak kekuningan lah, saya dah siram sikit semalam petang.
Dekat situ ada tulis keep out of direct sun, ermm ala takkan dah nak layu kot rileks la dulu.
Si hijau ni saya beli untuk bayar parking Ikea. Biasa la Ikea if kita purchase apa2 kan parking free, so dari bayar parking lebih dari RM5 baik saya beli si hijau baru RM1.90 dan barang pun dapat. Hehehe saya mmg berpeel gini kalau ke Ikea, ok apa kan...disamping jimat dapat barang juga :-)





Macam mana ye nak bagi si hijau kembali hijau dan segar??

Monday, September 24, 2012

Kecil² Comel²

Ada makan² ala ala parents get together day Rabu ni @ nursery
Kena bayar RM20  - Ok done..
Cuma segan pulak la datang menonong saje kan
Terfikir nak bawak something yang kecik² comey²
Tapi apa dia ye??




Cream puff?? Gambar credit to Mamafami.Blogspot.com



 Chocolate Praline?? Gambar credit to google image searh





  Dadih?? Gambar credit to google image searh


Event start pukul 5 ke atas hari Rabu ni, kalau bagi dadih pagi²  dah kena antar suruh cikgu letak dalam fridge, kalau chocolate mesti kena buat banyak² , kalau creampuff malasnyaaaa nak bakar²  bagai..Jadi apakah idea lain?? Mind to share friends..



Wednesday, July 4, 2012

Eksperimen - Apam Mekar

Dah lama nak bereksperimen apam mekar ni, yeast dah lama beli tinggal asyik lupa beli Eno.
Semalam tak masak untuk dinner sebab makan KFC je (hoitt tak sedap ayam versi tu cepat tukar balik Hot & Spicy biasa), maka lepas je solat maghrib cepat2 bancuh adunan sebab dia perlu peram selama 4 - 5 jam...

Kesahnya sesudah habis MasterChef mata makin layu, bertekad bangun awal subuh nak kukus apam, maka terhasil lah Encik dan Cik Apam Kembang Mekar..

Yey! Jadi alhamdullilah..rasa dia berganda ganda ganda lagi sedap dari apam polkadot, baik yang aku beli atau polkadot yang aku buat sendiri semua tak kena citarasa apam yang aku nak, betul lah telahan MIL yang apam mekar lagi sedap, dimakan bersama kelapa parut.

Maka terjadi lah beratus biji pagi ni dan sedekah pada taska...Next time boleh buat lagi..niat nak bagi budak2 Shell Station tu sebab tiap kali pergi sana nak withdraw duit mesti diaorg bagi macam2 kat QQ. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa ;p




Thursday, June 14, 2012

Oreo Jelly / Puding



   
Photobucket



Sesuai untuk dimakan waktu panas panas rembang, sudah la panas terik sekarang ni tersangat lah terik sampai pedih2 kulit..

Jelly/ Puding oreo, resepi ambil di blog Masam Manis tapi akak tu punya acuan n jelly dia cantik je, aku punya turns out to be macam something sangat kan...Hahaha jgn pikir bukan bukan ok! Sekali dapat ngap terus rasa nyaman sekali.

Niat nya ialah utk habiskan serbuk oreo yang beli lama dah dari terbuang cam tu je menanti hari expired baik buat sesuatu kan..So terjadi lah puding/jelly oreo ini...

Friday, June 8, 2012

Sotong Masak Lemak Cili Api

Dinner malam ini, teringin nak makan sotong, tapi bosan la asyik masak sambal tak pun masak hitam ala Johor tu hoiihhhh jemu, tension the whole day kat ofis punya pasal, ok kita transform sotong kepada masak lemak cili api pekat2 sikit letak kentang dan tomato, ada orang makan sampai tak keluar suara 2 round tak peduli dah anak buat kecah nasi..hehehe..alhamdullilah rezeki kami malam ini..

Monday, June 4, 2012

Double Triple Celebrations - 2.6.2012

Assalammualaikum,
Salam 1 Malaysia :-)

Alhamdullilah syukur kepada Allah kerana selesai sudah occasion yang membuatkan kepala saya tak henti memikir sejak 3 minggu atau kurang lebih sebulan yang lepas.


Kenapa namanya DOUBLE TRIPLE CELEBRATIONs? kerana majlis ini untuk sambutan in advance hari lahir anakanda tercinta yang ke- 2 (patutnya on 7th tapi Babahnya final exam), hari lahir Babahnya, hari lahir Pak Ngah Pojie (abang saya) juga...Serta ulangtahun perkahwinan saya yang ke - 3, syukur alhamdullilah..

Antara isi terpenting kandungan entry ini utk mengkhabarkan betapa saya bertuah punyai suami yang walau pendiam dan selaku pengkritik tetap tapi tetap supportive, abang saya yang hebat serta kakak ipar saya yang awesome sekali, juga rakan rakan rapat yang rajin kongsi idea dan tolong menolong, so credit kepada mereka saya rasa, kalau saya buat sorang2 disamping anak bergayut di kaki, memang akan jadi juga majlis ni tapi dalam MIMPI je lah! :-)

Menu telah dirancang awal berkali kali bersama sister in law (SIL)ku yang awesome itu, tiap2 pagi aku mesti ajak bermuzakarah di facebook hahaha kesian dia penat melayan aku. So menunya ialah Nasi Ayam,Spaghetti Bolognese, Mihun Goreng, Sardine Roll, Bread Butter Pudding with Custard Sauce and Shredded Chocolate, Fruits, Nugget (Tq Miss Buddy), Choc Star Cookies dan Chocolate, dan lain2 makanan ringan.


Saya frust kerana lupa nak keluarkan caps, toys for celebration yang sudah di beli awal2 lagi untuk kiddos yang datang, lepas tu kek 2 biji tu terlembik sikit sebab a few hours duduk di luar fridge (mana muat nak storage) beberapa jam sampai naik lembik n cair...Tapi tidak mengapa itu pelajaran yang saya dapat. Lain kali susun awal2 barang yang nak di guna, dan kek sila lah ambil masa dekat2 tetamu nak sampai baru tak lembik :-) Terima kasih kepada InHouse Cake - Bandar Menjalara kek dia sedap dan kemas cantik.

Mari melihat gambar gambar sekitar majlis hasil bantuan buddy saya - Cik ISCI kerana saya tidak sempat nak klik 1 gambar pun :-)


 
Chocolate praline as a favor gift sponsored by my Biras - She
Qau Sar Catering & Chocolate  (Ini usahasama keluarga kami untuk tempahan catering (masakan set Beriyani Johor Asli serendah harga rm9/ pax) sebarang majlis/ tempahan candy buffet/ tempahan chocolate boleh lihat link tersebut)
** Lenguh weh jari buat reben tak pernah2 umur mereben sampai jam 4 pagi, since orang dah sponsor kena la bikin lawa2 sikit kan as a token of appreciation gittewww..hehe


Simple je decoration kami, belon pun grab di Mr. Diy, angin sponsor by angin perut tiupan babah hahaha (ohh Mr. Diy sangat berbaloi baloi)party banner semua Mr. DIY juga :-)

Konon konon nak juga ber candy buffet bagai, bolehhh laa kan..hihihi, boleh pulak adegan balang pecah akibat dok belek jajan jajan di situ biasa la budak budak kan, mujur la balang sos prego saya hentam buat balang candy yang saya ribenkan saje hahaha..


  
 Ni la kerja saya, kalau saya bekerja di ofis yang sangat sibuk pasti tiada masa nak pandang or buat kerja2 begini.


 
 Ini goodie bag untuk kawan kawan super QQ, inspire by Dayu juga kot, krayon juga tapi tiada note book, cuma saya letak kek Appolo, jelly dan keropok Ikan.

 Choco Star Cookies - Ini adaptasi dari biskut kegemaran anak yang selalu saya bikin untuk bawak bekal ke sekolah, jadi saya buat biskut yang sama, dan salut bersama choc serta bintang bintang bertaburan.



Saya bersama Super QQ

Saya rasa kami bertiga sangat lama tak ambil gambar bertiga, selalu nya ribut saja payah nak kejar si kecil.


 Kami memotong kek, Abang saya yang semakin gemuk gilaaa, aikk kenapa pula saya yang pegang pisau instead of Babah??? QQ Zaeem Iraa Zaraa dan Farisya sangat pandai nanyi lagu besday..Anak anak sekarang....bertuah!

  
 Birthday gift untuk good boy QQ, jenuh dia hangkut semua naik atas katil bawak tido, kiranya mak pak dia tido pun cam ala ala di LalaLand gitu hahaha

 Cakes of the day - Butterscotch by Inhouse Cake


 
 Cakes of the day - Chocolate Indulgence bu Inhouse Cake


 Food of the day

  


  
 Leka nay bermain si comels sekalian

  
Lil hero yang berseloroh je keje dia dengan cousin dia tu...

Ampun maaf dipinta kepada rakan2 yang tak saya jemput, mohon kamu jangan lah berkecil hati, niat hati saya semua kenalan yang saya kenal,  hati saya meronta ronta nak jemput, saya punyai ramai kenalan ramai versi jadi disebabkan ini 1st time saya buat majlis celebrate celebrate ni dan rumah saya kecil saja, jadi saya panggil mana yang ada saja, doakan saya murah rezeki lagi, kesihatan yang baik lagi tahun depan saya boleh organize majlis yang serba besar untuk penuhkan hajat hati saya nak jemput semua kenalan saya. Ok?

Syukur ya Allah...Jadi rutin setiap tahun bermula dari bulan April ke June begini juga lah, berturut turut celebrations nya, **kalau nak tambah "saham akhirat" kena well planned la ni kena ngam2 jatuh besday antara April to June :-)) Wish me LUCK!!


Saturday, May 19, 2012

Resepi - Choc Moist Cake (Kukus)

Resepi ini saya ikut di MyResepi tapi jenuh saya cari balik 1 per 1 tak jumpa pulak (senarai kek dekat MyResepi terlalu banyak), lepas tu saya refer juga kawan saya beri di inbox FB saya.

So ini kesimpulannya:-

Resepi:-

Bahan Kek
--> 1 1/4 (125gm) tepung gandum
--> 1 sudu kecil bikarbonat
--> 1 sudu kecil baking powder
--> 3 biji telur
--> 1 sudu kecil esen vanilla (** Optional, Saya tak letak, tak mahu kacau rasa choc asli)
--> 1 cawan minyak jagung (** Saya lupa beli, saya ganti dgn minyak masak)
--> 1 cawan susu cair
--> 1 cawan gula (** Saya guna icing sugar senang sebati)
--> 1/2 cawan susu pekat


Cara cara
 1. Susu pekat, susu cair, minyak dan serbuk koko letak dalam periuk, panaskan sampai sebati tutup api.

2. Pukul telur sampai kembang sikit, lepas tu campur dalam bahan yang di masak tadi

3. Tepung, bikarbonat dan baking powder yang sudah diayak, di campur ke dalam adunan tadi, pukul sebati, jangan terover pukul, saya pukul sikit sahaja asal sebati.

3. Tuang dalam bekas, kalau guna bekas tin, better letak alas kertas minyak, kalau bekas kecil kecil macam saya guna tak perlu lapik.

4. Kalau bekas kecil macam saya tu kukus 20 minit, kalau bekas (tin) dalam 40 - 45minit


Bahan Topping (Chocolate Ganache) ** Letak la ikut agak2 janji dia jadi pekat macam susu pekat likat tu.
--> Susu pekat setengah tin
--> Butter sikit agak agak la jgn banyak nanti jadi cair dan a bit masin
--> Chocolate masakan (bar) atau chocolate power (** If guna cocoa powder pahit not advisable)
--> Madu 3 sudu besar

Cara cara
Masak guna cara double boiler, tuangkan atas kek yang telah sejuk, boleh juga tambah hiasan dengan almond ke, fruits ke, atau chocolate rice.


** Nota Kaki

1. Bekas kecil akan dapat lebih kurang 25 bekas
2. Untuk bakar di oven boleh juga, tapi saya kurang gemar sebab akan dry keras sikit
3. Untuk Imma : Myresepi agak bagus juga kerana dia pelbagai kite boleh olah ikut cara kita, dan kite juga boleh baca komen2 yang panjang2 tu untuk tambahkan knowledge whats do & donts. Selalunya kite cari juga di blog gabung dengan Myresepi dan method dari kawan kawan. Alhamdullilah.


Friday, May 18, 2012

Chocolate Moist Cake - Kukus - Finally

Setelah aku berkecimpung dalam beberapa siri hantamkeromo edisi membuat kek, entah kenapa kek chocolate moist ni tidak tersenarai dalam list ke "excited" an aku. Yang pertama tama aku tuju dulu ialah cheese cake original, chocolate cheese cake, oreo cheese cake, bluberry cheese cake, bluberry cheese tart, bingka, apam polkadot, oelbagai jenis pudding dan beberapa jenis lagi.

Tapi setelah sekian lama aku selalu di provoke kan oleh kakak ipar ku yang hantu coklat, sampai akhirnya aku terpengaruh untuk tempah (ye tempah tak kuasa nak bikin sendiri) kek birthday anak dan datang pulak aura nak buat kek choc moist ni sendiri - tapi nak kukus sebab banyak yang aku tengok method kukus ni lagi cantik tekstur kek nya. Satu bancuhan tu 125gm tepung akan hasil kan 25bekas kecik kecik tu.

Maka tersenarai lah sudah kek chocolate moist - kukus dalam lipatan sejarah baking hentamkeromo   akak. :-)


Semasa kukus

Selepas kukus, kalau bakar mesti tak secantik ini teksturnya

Selepas disirami dengan chocolate ganache

Ready to go - Untuk ofismate ku dan 10pcs untuk teman2 jobsite Babah di Wisma Takaful


Saturday, May 12, 2012

Bread Butter Pudding - Menyesal


Adoooohai menyesal blogwalking ke blog2 yang mempunyai super delicious recipe. Aku sudah teringin sudah kecur air liur segala. Salahkan kawan forum yang dok promote blog diaorg!


Ini versi kawan forum - Teh Tarik..simple and nice

Currently aku sedang craving balik : BREAD BUTTER PUDDING 
tapi nak cuba versi kawan forum punya soo simple dan less sugar, so just nice bila makan with chocolate sauce atau vanilla sauce. Yummmmeh!






A version of mine ada sila scroll entry mana tah,
The above images - Version of Google Image..Ohhh soo tempting and melting in my mind!
Kindly blame my pre PMS hormone hoyehhh!!


Bread butter pudding ada tekstur roti, dan apabila kita makan dia mempunyai banyak benda tersembunyi, haritu aku buat letak segala benda yang ada di rumah, walnut, kurma, buah peach, kismis dan ditaburi dengan brown sugar. Ohh my darling. hehehe...