Showing posts with label Heart Expression. Show all posts
Showing posts with label Heart Expression. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Power of Mama

Assalammualaikum...

Salam hari Jumaat yang mulia..
Pagi ni bangun banyaknya kerja rumah kena setel sebab semalam tido awal. 
Padan muka aku!
Sidai baju, kemas living hall color pencil bersepah2, dinasour bersepah2, kusyen bersepah2
Gara gara balik dari Ipoh penat kan, luggage as usual belum berbukak dan unpack pun. 

Macam mana raya haji anda semua best tak? 
Weols balik Ipoh on Ahad petang lepas Babah pulang dari kelas
Memang puas sangat hati anakanda dapat bermain dengan sepupuS kesayangan beliau semua
Mama pulak kerjanya masak makan masak makan
Menu hari raya Nasi Minyak Kari Daging + Jelatah, Mee Rebus daging semua licin habis. Happy betul opah cucuS and anakS semua menyantap dengan penuh selera sekali. 
Solat sunat Aidiladha kami buat di Masjid An Nur, dengan cemerlangnya anakanda tidur dari orang belum start solat lagi.
Alhamdullillah

Di Ipoh mama sempat pergi scan adik baby..He he he..
Jeng jeng jeng! Alhamdullillah semua nampak berjalan dengan baik sekali. 
Masuk bulan depan aku kena audit balik barang apa yg penting untuk adik baby.



So berbalik pada cerita pagi ni, sempat aku masak kweytiau goreng dan nugget ayam utk sarapan. Harini Jumaat boss pun tak ada malas sungguh aku nak makan kat luar, jadi baik bawak bekal. Alamak tiba tiba terlambat pulak punch in 9.09am. Ngee ~~~ 




Biasa lah Qhalyf time time kritikal banyak la pulak adegan yang bikin mama dia stress. Dia nak bawak semua dinasour, books + color pencil pergi nursery. Arghhh...Pulak tu shoe cabinet tu dia yang kena bukak, kalau aku bukakkan, meraung pulak cari pasal. Selipar tinggal kat dalam kereta, so pakai lah dia sepasang sport shoe. 


Mama ada download game babysit baby dan grooming cat & dog kat tablet beliau. Sekali masa pakai sprt shoe tu dia cakap..

Qhalyf: "Mama, Kalep macam dog kan..sama...!!"Tengok ni mama ! (Sambil tunjuk kaki dia pakai sport shoe)

Mama : "Erkk (dah speechless) lantas berkata..tak sama Qhalyf manusia lagi pandai dari dog, dog tu animal je (serius tak reti nak jawab apa)



Lately mmg daku bagi dia spend 1 -2 hours tiap malam hadap tablet dia, before this mmg control dan sorok sebab aku sendiri tak suka suasana yang masing masing mengadap gadget dan diam membisu dan sikit sebanyak aku takut juga reflection yang kajian sebuah Universiti tu tentang effect gadget kat anak2..Aku rasa malam adalah masa kualiti untuk kami 1 family..Even kalau Babah sibuk kat study room pun aku tak allowed Qhalyf hadap tablet sangat, main lah apa apa selain hadap tablet ni. Tu yg bersepah2 toys, buku dan color kat hall tu.


Tablet dia aku dah reset factory setting dan download segala macam apps + games kat Android yg boleh ajar dia how to jaga adik, kemas rumah mcm games Babysitter, Mom's Little Helper dan sikit Puzzle games sebab dia sangat suka puzzle . No more game race2.. Harap ni sikit sebanyak boleh naikkan semangat dia jadi Abang. InsyaAllah moga dia boleh jadi Abang yang bertanggungjawab dan ini juga persediaan aku sebab nanti tahun depan dengan izin Allah s.w.t kalau lah benar kan..aku jadi RATU untuk 3 heroes!!! Pitam bangung pitam bangun!!!! hahaha happpyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!



Friday, September 13, 2013

Psychology seorang Mama

Assalammualaikum....


Kanak kanak sorang ni sekarang full swing mood dia, sejak2 nak jadi abang ni kan.
Kejut tidur kena molek2, cakap kena pelan2 dan terang supaya dia faham, kena puji, kena saiko saiko,  tak kurang jugak ada ketika kena angkat rotan bapp! sikit kat buku lali.

Sekarang minat dia dah terpecah dua, kalau dulu asyik la dengan segala jenis transportation, sekarang ROBOT dah jadi option lagi 1. Sama ada Bumblebee atau Ultraman.

"Mama jom kita main lawan lawan, Kalish jadi Ultraman Kalish Mebius, mama jadi Ultraman Mama" aduhaii anak, yang kamu rembat dulu ialah tang perut a.k.a adik...syian adik cry cry inside.

 Nak dijadikan citer, pagi masa nak pergi school, berlari atas jalan masa nak ke parking kereta, sekali dia jatuh, melalak x hingat donia. Dalam menangis, sendiri cakap "Kalish degil tak dengar cakap Mama". Haa tau xpe!

Mama memang tak suuuuuka bawak kereta sambil kamu menangis. Tak boleh fokus. Jadi dalam pada kamu dok nangis2 tu, Mama kata "Kamu ni nangis nangis kenapanye? Kata ultraman, ada pernah ke dengar raksaksa lawan ultraman, ultraman kena fire, kena tumbuk semua, lepas tu dia cedera ke dia jatuh ke, ada ke dengar Ultraman tu nangis? ada? takde kan...Ultraman tu siap bangun jadi kuat lawan balik pastu menang" Terus beliau stop nangis kesat airmata okeh. Ha ha ha nasib la anak ... dapat mak saiko macam ni. Kadang2 Babah cukup marah Mama suka saiko anak. Niat Mama bukan apa Mama tak suka pukul2 jerit2 ni. Rumah dah la apartment, kalau rumah atas pokok ke, banglo 6 hektar ke takpe la mama jerit2 kan takde orang dengar...So sekali sekali kena la saiko...

Kalau degil sangat ada 2 3 kali memang Mama saiko ayat lebih kurang gini:-
Ini cuma applicable bila dia tak obey apa apa or terlampau aktif..
"Qhalyf ni selalu tak patuh cakap Mama, Qhalyf dah tak sayang Mama dan Babah? Dah tak suke? Qhalyf tak kesian kat kami? nanti kalau kami takde...dengan sapa Qhalyf nak tinggal lagi? Nak tido dengan sapa? Sorang2? Nanti orang lain semua bye bye Mama Babah diaorng, kalau Mama & Babah yang Qhalyf tak sayang ni takde Qhalyf nak bye bye sapa, nak kiss kiss sapa?"

Haa tak payah tunggu lama....sebut je ayat2 tu dengan soft, gentle & tender ala ala berlatarbelakang lagu tema cerita Pondok Buruk...x sampai seminit dah cebik, tak sampai 5 minit meraung datang peluk..Hahaha..Kena pulak ada effect dari Mama sendiri so cepat sikit dari timing tu, Mama kena buat air mata bergenang sikit...Kompom jalan! Hahaha Mama kau memang ratu drama swasta hahahahaha...

Eh tapi kalau Qhalyf dah besar terbaca ni nanti, niat Mama bukan nak provoke perasaan Qhalyf, niat Mama supaya Qhalyf lebih dengar cakap, fokus apa Mama cakap dan belajar hargai Mama & Babah. Ingat sampai bila2 syurga Qhalyf ada pada Mama. Selagi hayat Mama ada, doa Mama sentiasa untuk Qhalyf. sebab Mama pernah terbaca salah satu nikmat hidup yang kita hilang bila ibu kita meninggal...ialah DOA SEORANG IBU...Wallahualam...

Tuesday, August 27, 2013

Teringat


Tatkala dok berwhatsapp dengan siblings, my brother tanya "Jaja,sila bagi aku senarai barang baby"
Adik ipar due bulan 11 ke bulan 12 entah so dah tiba masa derang nak shopping kot
1st timer lah katakan, gigih aku google balik check list..maklum lah dah lama tinggalkan arena bayi ni..dah 3 tahun lebih.

Tiba tiba rasa geli hati, teringat terimbau kenangan masa dalam pantang dan pengalaman menjaga anak sendiri di rumah sendiri tanpa ada pantauan orang2 tua yang jauh di hometown.

Anakku Qhalyf R. memang jenis kuat nangis dan volume maksimum punya. Dari dia keluar dari labour room, tak masuk pun lagi dalam katil baby tepi kita tu kan, dia macam atas troli tu lagi dia dah melalak2...check2 tengok dia berak. Ha ha ha punya la kuat nangis ingatkan kena cubit ke apa..

So masa dalam pantang, kat rumah mak, memang 1 rumah berjaga sebab dia nangis nangis nangis punya la kuat...Aku rasa sangat restless, sangat down semua ada...Ngeri nak ingat balik, tapi since bukak citer ni mmg teringat terus. Since mak pun tak berapa sihat, nak susahkan abah sangat pun tak best la kan, walau abah tetap tolong dodoikan dia dalam buai sampai subuh **oh cry** sampai terbukak la jahitan czer aku. kena pergi refer ke klinik wanita pulak. Mak hanya mampu bangun dan tengok yelah nak pangku cucu mana la beliau larat kan. Sedihnya.

Sampai umur dia masuk 2 tahun baru dia lega menangis sikit, kurang dalam 50% gitu, tapi still bangun malam juga 3 4 kali nak susu, sampai umur dia masuk 3 tahun dah pandai dan faham cakap baru la tak bangun malam, kalau dia bangun mintak susu aku cakap "tidor balik, subuh nanti baru mama buat" hahahaha kejam tak aku??

Gelihati teringat kisah kami suami isteri yang jauh dari parents or siblings ni, time anak menangis, sorang jadi tok bomoh sorang jadi tukang sarkis semua ada, full swing! memang jenuh sampai bertekak kami sesama sendiri sebab restless semua, alhamdullillah dah tau punca dia apa maka baru kami tau cara cara nak handle situasi tu.

Harap adik baby nanti mama & babah dah bersedia dan kalau boleh tak mahu kejadian yg sama berulang lagi..dan pengalaman yang lepas juga membuatkan mama decide no more pantang @ hometown (sebenornya alasan tepat : babah! jangan curik tulang!!).
Alasan berlapiknya cakap lah "alaaa si Qhalyf ni mana boleh jauh dengan babah dia" ni ayat cover line dengan orang la bila orang tanya nape tak pantang kat rumah mak @ mil :p

Mama juga tak boleh handle perasaan teringat Babah ohoiii laa....kita bukan jenis kerja yang outstation ... kita mmg lambat or cepat sehari mesti bersua muka, ni ko suruh aku 60 hari tak tengok muka haa merana tak?? Kalau dulu masa Qhalyf tahan lagi masa tu babah tak start belajar kan.boleh weken je balik tengok anak bini dalam pantang..Ini tiap minggu ada kelas mana masa dia nak balik tengok mama dan anak anak...Phewwww....kumpul je la duit ye cari sorang daily basis confinement lady :p

Tengok punya kuat meraung sampai berkerut dahi bertukar kaler. Harap kamu be good dan berjaya dunia akhirat ye abang!

Monday, May 27, 2013

The Lovely Day - Mr Husband Birthday

Assalammualaikum..w.b.t.

Today genap umur Mr. Husband 31 Tahun
Dia muda 1 bulan lebih dari iols hihihi...kita sebaya...tu yang challenging tu sama sama nak menang.

Start dari April mmg bulan celebrations kekdahnya, April is my birthday, May is Mr. Husband birthday and our wedding anniversary and June pulak Mr. QQ birthday. Crack crack.

Since Mr. Husband too busy sebab exam start esok till 17June (hazabbnya mak jemah kena dok rumah tak kemana) so nothing special. Cuma buatkan dia kek sebiji.  Kek idaman daku benornya...dia kan tak suka manis2 sangat ni..

Tapi yang penting dia happy..Dah la si kecik tu pecah rahsia..Aku tgh siap2kan kek ni kat dapur nak surprise kan Babahnya...dia boleh panggil pulak Babahnya "Babah meh ar tini, ada epi beday tuyu" meh ar babah" arghhhhh dia boleh pulak pecah rahsia hahaha..

 Mr. Husband suka, boleh ke dia kata u beli mana kek ni...ehh sentap..jenuh ok 5jam mak jemah berkampong kat dapur...Siap Mr. QQ tolong lagi...

Apa apa pun..Selamat Hari Lahir...semoga apa yang dihajati, apa yang dirancang Allah berkati dan makbulkan. InsyaAllah...selamat menempuh tahun ke 4 pengajian (4 tahun juga la aku jadi bionic women) kemon kemon lagi 1 tahun je ..You can do it!!!




Monday, May 20, 2013

Kerja Tergendala

Assalammualaikum saudara/ saudari,





Lately daku rasa letih betul, migrain on off right side kepala..banyak betul kerja di ofis dan rumah, kerja² jugak tapi tangan tak lepas dok wechat la whatsapp la, kalau kat ofis forum je dah 2 on, belum masuk chatting @ FB ke google² ke kan..kalau zaman study dulu semua menatang2 ni wujud...akibatnya cukup 1 semester, aku dah bungkus beg balik rumah mak...sampai rumah mak silap2 mak fire aku mcm ultraman fire raksaksa terus badan aku berkecai meletop musnah 1 bumi hahaha...


Daku seperti biasa ada je eksperimen non stop. To kill the time orang tua2 kata...ada masa dalam 1 year and half je lagi nak bereksperimen ni, Tapi kali ni bukan ekperimen masak (dah bosan nak kemas barangkali). Kali ni ada 2 kerja masih pending:-

  1. Kerja memfilling kan himpunan resepi² yang aku dah google, dah siap ber eksperimen masak or yg masih belum masak. Sangat banyak dan disepahkan oleh tuan punya bilik study...setakat ni cuma pakai ring besi tu je cilok encik student punya...skrg rasa dah tak boleh tampung lagi. So dah dapatkan file...so nak mendeko file tu cecantik, malang sekali bila di google nan hado hasil craft deco file..Google yang tak canggih ke aku yang salah google hahaha...kalau sapa dapat cari aku upah cream puff
  2. Nak buat shower cream sendiri. aahaaaaaaaa ni gegara Pinterest lah ni tak dok diam dah aku semua nya aku rakus nak tengok nak try..homputih sana semua cecanggih kan ..baik dari segi barang marang or dari segi kepala derang berpikir..Jadi eksperimen sabun still sikit kena masak, tapi kejap je...dah siap nanti berjaya atau tidak nanti aku tempek kat blog tau..
  3. Aku teringin nak menjahit...Tidaklah aku beria ria nak menjahit mengalahkan Hatta Dolmat hatta mahupun Sophie tukang jahit ku hahaha...takat jahit tangan seluar koyak tu aku reti tapi ni teringin nak jahit macam alas periuk la sarung bantal la eeeeee tak boleh tahan comeiii sgt...macam Noorul Imma rajin menjahit...ok so nak tanya mesin jahit mini yang comel tu boleh guna kapasiti nya sampai maksimum utk jahit apa ye..sesapa ada info bgtau tau.

Ok dah  sekian kemerepekan saya, wassalam.










Saturday, March 30, 2013

Anak Mama

Alhamdullillah anak mama makin membesar
Maktok setiap kali datang tgk QQ mesti cakap eeee kejapnya dah besar
Alhamdullillah..
Jarang sekali mama cerita pasal QQ dekat blog skrg kan. FB pun jarang jarang sangat mama letak gambar.
Ermm entah lah, mama rasa banyak yang mama kena jaga privasi dan hanya untuk mama dan babah je la yang elok tau apa perkembangan QQ kan.
Yang penting both of us me babah and mama soo proud of you. Syukran ya Rabb.

Jadi kali ni sejak lama tak share boleh la mama tulis sikit2 kat blog ya. 
Esok kalau dah besar awak jumpa blog mama ni, pastu malu, suruh mama delete entry ni mama delete ler hihii. Anak mama dah besar. Kawan bersembang mama, kawan nangis mama, kawan gaduh mama, kawan tengok tortoise @ tasik menjalara sama sama, kawan pergi Ikea, kawan pergi cuci kereta, kawan pergi beli ikan sayur kat tesco, kawan pergi naik bas balik Ipoh etc etc..Banyak kan. Lagi lagi sejak pandai bijak bestari bercakap. 1 mama tanya 20 awak bagi. 

Dalam banyak2 perkara yg awak buat 1 yang buat mama dan babah tersentuh, masa tu babah dan mama nak solat maghrib.  Macam biasa sebelum start solat mama akan cakap terang2 pada awak yang mama and babah nak solat please dont disturb. Mama akan suruh awak baca buku ke main apa2 ke kan sambil makan biskut, selesai sembahyang bila babah nak baca doa, kan mama selalu pesan Qhalyf tadah tangan doa, amin kan doa, sekali awak cakap gini "mama dua' Khalish hehh' sambil tunjuk diri dia (Dia tak reti sebut sangat nama dia dia kata nama dia Kalish Kiki) ya MasyaAllah sungguh tersentuh hati mama, anak mama request utk doa kan diri dia seperti mana mama selalu mintak awak doakan mama setiap hari. Babah bacakan doa utk Qyalyf dan kita semua aminkan dan berjuraian airmata mama. Terharu segala benda semua menusuk hati mama. Ya Allah kau kurniakan segala doa yang terbaik yang selalu daku doakan utk dia. Aminn.

Semalam lagi sekali buat mama rasa anak mama sudah besar, sudah jadi kanak kanak besar, at this age 2 tahun 9 bulan mama bukak beg sekolah nak kemas dan mama tengok cikgu letak buku sekolah and again mama cryyyyyyyy..Alhamdullillah. Mama sendiri kadang kadang rasa too bad tak boleh nak coop dengan beban tanggungjawab yang ada rasa macam tak banyak nak ajar awak kat rumah plus kalau dengan mama mana pernah nak serius, tapi tengok kalau dengan orang lain pandai sungguh behave.





Arghhhh syahdu anak ku dah besaqqq godang...dah ada kerja sekolah ...



Tuesday, March 12, 2013

Kenapa Saya Sayang Ofis Saya

Kenapa saya sayang ofis saya:-

  • Walaupun ofis saya ni  factory cum warehouse cum assembling workshop, dan tidak lah setaraf macam ex office saya yang dedulu yang bertaraf hotel..tapi keselesaan dan hati ku masih di sini.
  • Saya ada boss lelaki dan perempuan, tapi saya direct report to big boss which is lelaki. Oh ya chemistry saya bekerja dengan boss wanita macam pengalaman yang dulu dulu adalah kurengg. Lebih selesa dilaser dijerit dengan boss lelaki compared to dapat email marah2 dari boss wanita like last time, even tiada carutan, tetapi penuh kesentapan okeh. Tak cool ok!
  • Ofis saya ada 5 department saja, comelkan. Account , Service & Spare Part, Sales & Marketing, HR dan Project & Tender.
  • Saya the only one yang handle dan bernaung bawah Department Project & Tender, tapi berkolabrasi kerja secara "intim" dengan Sales & Marketing juga terdiri dari lelaki lelaki hebat bersepatu keselamatan (safety shoe, jadi saya boleh gunakan kuasa wanita yang saya ada muhahaha
  • Di sini tidak boleh dibilang multiracial company kerana kami kekurangan 1 bangsa. Enough. 
  • Sini ada punch card, memang masuk ikut time,bagus juga ada punch card, kalau tak , saya tak boleh imagine dengan diri saya yang memegang title "PEKERJA PALING HAMPIR DENGAN OFIS", dah la tak berdisplin, kalau tak de punch tak pasti lah saya. Imagine lagi 10 minit pukul 9pagi masih saya rasa sempat utk ke pasar beli sayur :p
  • Di ofis ni hanya ada 4 orang wanita, 2 itu boss boss, yang tak boss saya dan kakak supersenior. Jadi kami less gossip, less sentap kot. Sihat kan.
  • Time lunch saya masih boleh menikmati hidangan tengahari nasik campur yang hebat dalam kadar rm3.00 to rm4.00 termasuk air berbanding lauk yang sama saya pernah ambil sekitar pusat bandaraya KL kena charge rm8!!!
  • Kalau makan di ofis pula sambil makan mesti ada selingan lawak lawak separa faham dari kawan kawan sekerja. Lelaki mmg penuh sense of humor kan. Kenapa saya kata separa faham..sebab kebanyakan mereka adalah orang Cina yang tidak fasih berbahasa Melayu. Tapi kelakar.
  • Di sini ada macam macam watak, ada Rambo (Lembo), ada Playboy, ada 4men(pomen) ada si kencing manis dan ramai lagi. Funny.
  • Ofis saya setiap petang ada minum petang. Lite lite sajalah, bukan makan kek tiap hari..Cukup sekadar pesan saja air apa yang nak diminum berserta makanan goreng pisang ke wadey ke.
  • Boleh sesuka hati kita nak cuti jenis apa, sekerap mana, berapa lama, urusan apa,takde sapa nak marah. Ohh i loike.
  • Kalau nak pergi check up ke, urusan anak ke, urusan bank ke smua boleh tanpa apply cuti

Entah tu saja kot yg terfikirnya, mungkin ini takdir Allah s.w.t suruh saya stay lagi di sini tidak kabur mata dengan offer yg dapat haritu. (ke sbb boss dah jek aku dengan bonus + increment kaw kaw haritu hahahahah)

marilah share kisah ofis anda..

Tuesday, October 23, 2012

Belajar


Belajar mengenal Allah lebih dekat 
Belajar pandai memujuk diri sendiri
Belajar handle situasi tegang dan bermasalah supaya keadaan cool semula
Belajar menjadi pendengar setia
Belajar menjadi solutions maker with full of ideas
Belajar menjadi seorang yang boleh meng comfortkan orang lain
Belajar membuat kerja kerja berat jangan nak mengada ngada sangat
Belajar semuanya mesti bergerak pantas tepati masa jangan terhegeh hegeh

Itu lah yang saya belajar dari suami saya. Walau dia tak ada ciri ciri di atas sekalipun, saya mesti BELAJAR utk. ada ciri ciri di atas kerana kami perlu dan saling MELENGKAPI each other.



Monday, October 15, 2012

Convocation - Konvokesyen



Whooaahh adrenalin badan naik turun bila tengok gambar konvo..
Miss that moments so much..
Esp. part throwing graduation cap, part naik tangga pentas PWTC ambik scroll,
time nama di panggil, ouchh..
Arghh sighhh my college friends rindu anda semua..
Ups and downs buat individual final project, system tak boleh run, video crap, reports tak boleh print, printer buat hal, submit reports last minute, tak mandi 2 hari, makan maggi, time viva gigil lutut bertemu lutut, tangan pucat sejuk takde darah..arghhh semua ini kepahitan tapi sekarang jadi kemanisan..yang mana sekarang kalau cerita semua boleh bercerita sambil air mata berlinangan ~ heeeuw over makcik makcik!!

But now..at this moment..
Aku macam tiada harapan lagi mau naik pentas terima scroll..sobss sobss sobss

Musim konvo 2 3 minggu ni kat semua universiti..seronok betul tengok orang konvo...
A friend of mine - Eena pun harini konvo juga gigih sambung belajar part time disamping menjadi cikgu yang byk cabaran. Congratulations!!! 




2-3 tahun lagi juga tak sabar nak tunggu  few of my friends akan dapat doctorate - Wow! jadi doktor falsafah uols..Sungguh berbangga saya dengan kamu kamu semua..Kamu kamu sajalah aku amanah kan untuk mencapai cita cita aku.erkk tetiba hahaha..


Dan dalam masa 1.5 tahun lagi dengan izin Allah s.w.t. suami ku itu juga sekali lagi naik pentas terima scroll..Harap dia boleh maintain the results and study performance dalam pada sibuk main game la main badminton la lepas kelas, layan discovery channel la sampai tgh malam..
Aku tahu satu benda yang amat payah dia perlu manage kehidupan dia..sebagai ketua keluarga, sebagai suami kepada isteri yang selalu mood swing, selalu berdebat a.k.a melawan hahahhaa, sebagai Babah kepada anak yang suka merequest itu ini, yang manja terlebih sikit2 nangis, yang suka ketuk pintu time dia study..juga sebagai anak pada 2 pasangan ibubapa, sebagai abang pada adik2, sebagai pekerja yang melakukan kerja2 berat dan banyak hands on..bukan mudah kan..

Tapi ... aku rasa kalau boleh slash kan scroll dia tu letak nama aku sebelah, dan aku turut sama naik pentas pun lagi bagus agaknya hahahhhaaa...hello..tiada kejayaan suami tanpa isteri sebagai tulang belakangnya kan!...hahaha sapa nak puji diri sendiri kalau tak diri sendiri woiiitt...Dah dia tak nak puji meh sini aku puji diri sendiri kan..Muhaahahaa


Okey la melencong banyak pulak aku ni..Selamat berkonvokesyen kepada sesapa yang konvo!!
Terima kasih UTM bagi cuti kelas sebab ada konvo dapat mak pegi jumpa rakan taulan kat ZOO NEGARA semalam hahahha


Wednesday, October 3, 2012

Nasi Lemak

Susah nak jumpa orang Malaysia yang tak makan nasi lemak kan..
Especially waktu pagi..
Oh lupa keluarga mertua agak kurang nasik lemak,
Sebab kat sana banyak pilihan mostly lontong,
lontong kering lontong basah soto segala.
Lontong kering adalah awesome.
Mak Ipoh pergi rumah Mak Johor makan sampai licin.
Sampai sekarang dok cakap sedap la tak jumpa kat Ipoh la gitu gini.
Memang la susah nak jumpa selain kat situ aje. Auww.

Orang pantai timur juga mungkin kurang nasi lemak,
Kerana sarapan pagi mereka ada nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak, laksam segala.Awesome!


Orang KL pulak sangat taksub kalau beli nasik lemak pelbagai lauk mesti diletak,
Kalau kat Ipoh mostly orang makan nasik lemak biasa je aku rasa, pastinya sambal nasik lemak tu best gila, lagi² letak dalam daun pisang.
Menjadi orang yang asal dari negeri bijih timah tu, of cos aku pun tak berapa suka nasik lemak lauk melimpah ruah. Simple² je janji sambal dan nasik sedap.


Ni bukan cerita utama sebenarnya.
Sebenarnya nak cerita bengang sikit dengan makcik Itam punya pekerja.
Dulu² tak pakai pekerja, sekarang dia pakai pekerja seorang makcik yang mulut agak gred A suka melaser. Tak berkenan i. 
Ada sekali aku tanya "makcik rendang hijau tu takde ke"?
Dia jawab "eh dah tak kuasa la nak buat mahal sangat, karang kalau customer cedok kita charge mahal marah² bla bla bla" 
Amboi makcik! jawap sikit je dah la...Over sangat tu..(ini soalan pertama, next²
week nya aku tanya menu lain dia jawab ala ala gini gak, memang menyampah nak tanya dah)


Makcik Itam dan Makcik Eton adalah adik beradik penjual nasik lemak.
Siapa duduk kawasan Taman Ehsan ni kalau tak kenal boleh kena buang daerah.
2 orang punya cara masak adalah berbeza.
2 orang punya harga berbeza.
Nasi lemak biasa Kak Itam RM1.20
Nasi lemak biasa Kak Eton RM1.30


Ok malas nak kona kona lagi
Bengang je..tadi pagi beli nasi lemak biasa cuma tambah paru goreng 4 ketul kecik je
total RM4.50
being a typical me, memang payah nak argue2 harga makanan
entah kenapa aku rasa tak sedap betul kalau dah orang tu charge mahal mesti mulut aku terkunci rapat nak tanya apesal mahal sangat, berbeza dengan my other half tu melaser betul kalau dia bengang orang charge harga makanan tak munasabah.
Bagi aku, aku jadi takut sebab benda tu jadi darah daging kalau orang tu sakit hati kita argue harga dia. Walau dalam hati aku dah *#$&^W$&(W$+*#^!%$!! tapi mulut tetap terkunci rapat.
Aku nak melaser dah tadi, aku tanya "rm4.50 makcik? paru berapa ringgit tu?"
Dia kata "betul la RM4.50 sekali paru tu". Aku ok kan saje. Malas cakap banyak.Bengangnya.

Nasi lemak biasa RM1.20 maka paru 4 ketul kecil RM3.30???
Kecik je non oit..besor ukuran Stamp je.
Wow!!
Mentang² kat sini susah nak beli makanan HALAL dan dari orang Melayu kita
Macam gini makcik monopoli kawasan.
Tak pe, mak cik pegi la kawan dengan Anandha Krishan dan Robert Kwok.


Eh Eh ke lepas pembentangan bajet terus kak Itam naikkan harga?
 Whoaaaaaaa
 





Monday, October 1, 2012

Kecewa

Banyaknya kekecewaan lately..
Tapi tak boleh suarakan semua nanti kena bom..

kahkahkah..mana tau, tau laaa...


Takpe sabar sabar, Allah will reward you something sooner or later..
Ehh kemon kemom chill chill besok ada battle la..





Monday, September 24, 2012

Ustaz Don kata..



Allah masih menunda atau aku yang nak pilih betul2 macam kriteria yang telah aku tetapkan??
Dari last week aku dah dapat 3 panggilan disusuli email, tapi hati tak berkenan aku turn down terus...

Takpe, aku rasa Allah keep on menunda sampai satu ketika Allah kurniakan aku 1 jalan yang amat mudah, lapangkan dada aku, mudahkan fikiran aku untuk terima hikmah apa yang Dia tundakan itu...insyaAllah...yang penting niat kena lah baik kan...

Thursday, August 2, 2012

Sedih Berganda

Lately memang banyak benar menitikkan airmata..
Dah beberapa hari nak buat entry ni tapi rasa tak kesampaian

Boleh refer di sini SEDIH!!! kenapa saya sedih berganda..

Al ~ Fatihah (cry!!!!)


Nota: Refer berita susulan semalam tunjuk gambar anak untuk kes pertama itu pegang kuali jalan2 satu rumah sambil tanya "mama mana?" meruntun betul jiwa aku sebab anak lebih kurang sebaya dan suka main kuali hurmmm :-(

Tuesday, July 24, 2012

Al Fatihah ~

Subuh ini usai melipat kain baju, hati sayu...
Subuh ini tatkala menunaikan kewajipan hati meruntun hiba..
Rindu pada arwah Opah..
Ada masa kadang2 sedang solat bersendirian teringat arwah Opah..
Kenapa masa solat?
Sebab masa kecik2 mak pergi kerja, aku banyak habiskan masa bersama Opah di rumah Opah..
Jadi tiap kali Opah solat, Opah suruh aku tengok dan belajar solat,
tapi..
Aku selalu baring tepi sejadah sambil tengok muka Opah solat..
Ada masa aku ikut Opah baca,
Ada masa aku buat peel ngok ngek aku buat2 muka supaya Opah tak tenteram nak solat..
Sekarang, bila dah jadi seorang mak, aku faham apa perasaan Opah bila solat diganggu..
Bukan sengaja di ganggu, peel budak budak katakan, mana faham erti kusyuk..
Sebab tu sampai sekarang aku masih teringat ingat benda ni tatkala aku sedang sembayang sendiri dan mata melihat sejadah..
Aku boleh terbayang aku di suatu masa dulu..
Aku di suatu masa lampau..yang masih kecil bawah jagaan Opah..


Pernah beberapa kali, masa tidur aku mimpi Opah senyum saja..
Ya Allah, damaikan lah Opah di Sana bersama arwah Aki..
Semoga mimpi senyum itu adalah suasana sebenar Opah di Alam Sana..
Perasaan rindu, perasaan hiba tak bolerh tertahan tahan kalau sesekali datang melanda..
Walau Opah ada cucu berpuluh orang..aku antara 3 4 orang yang sempat Opah jaga..
Jadi rasa ini amat ter ke dalam..


Opah masak sedap, Opah ajar solat mengaji doa wuduk, Opah sabar layan peel aku tak mahu pergi sekolah tadika 5 tahun dekat Tadika Methodist, ikut Opah pergi pasar naik bas, Opah sabar layan karenah pakcik aku yang sorang tu, Opah kena marah dengan pakcik aku, Opah sedih macam macam perkara, sampai satu ketika Opah jatuh sakit masa siapkan bekal cucu nya mihun goreng sarapan pagi, Opah naik kerusi roda, Opah lumpuh separuh badan, Opah lumpuh seluruh badan, Opah tak boleh bercakap lagi, Opah makan pakai tiub, dan 10 tahun kemudian, Opah akhirnya tinggalkan aku dan kami semua..


Al Fatihah ~~



Tuesday, June 26, 2012

Teruskan Melangkah


Teruskan melangkah dengan gigih walau apa jua rintangan yang menghalang di hadapanmu.

Tetapkan langkah mu mengikut jalan dan lorong yang betul walau banyak lagi cabang dan lorong di kiri kanan mu yang belum tentu betul untuk ke arah tempat yang mahu ditujui.

Teruskan melangkah sesekali pandang lah ke atas dan ke bawah kiri dan kanan, kerana dengan memandang sekeliling akan membuatkan kamu tahu apa rentak perjalanan mu..

Teruskan melangkah

Monday, May 14, 2012

Katuri by Jung-Saeng Kwon

Tertengok dalam 20minit terakhir, betapa sedih dan sayunya cerita ini. Apa aku boleh cakap kan, TV AL Hijrah dia punya cerita even kartun pun memang berkualiti. Padahal untuk umpan bagi anak dok senyap je setelah berlari kayuh basikal non stop, sekali dengan maknya sekali terpegun tengok cerita ni.

Grafik pun tip top cantik, jalan cerita mengisahkan ibu ayam dan anak anak nya, ibu yang sayangkan anak2 sanggup bergadai nyawa demi melindungi anak anak  yang pelbagai ragam. Macam macam karenah anak anak sedaya upaya dia cuba selesaikan, sampai satu tahap hutan terbakar api merebak, mereka sekeluarga tersekat di tengah2 api, si ibu memujuk anak anak yang sedang ketakutan, supaya tidur dalam pelukan ibu esok kita bangun pagi dan main, padahal si ibu telah terbakar anak anak tak perasan sebab dalam pelukan.

Seorang petani macam perasan hal ayam sekeluarga ni, membiarkan saja jasad ibu di atas tanah itu, anak2 ingatkan ibu masih hidup bermain terus bermain sambil berteduh di bawah kepak ibu, sampai la anak anak sudah besar, sudah bermusim berlalu sampai tiba musim salji jasad ibu telah reput, anak anak membawa diri. Sedihnya kalau kamu semua dapat tengok cerita ini.
Ada terjumpa sort video cerita ni tapi tak tau nak download.

http://www.awolanimation.com/index.php?cat=series&serie=katuri


Based on the renowned children’s novel from celebrated Korean author Jung-Saeng Kwon, KATURI recounts a tender and delicate coming of age tale of nine little country chicks to whom life has given the most precious of gifts – a loving and protective mother.
One day, while strolling in the Spring sunshine of the forest, wildfires alight and quickly encircle the chicks and their mom. It seems like there’s no way out!

Will they survive? And what memories of that day will they carry in their hearts? An inspirational story of how that most unconditional of loves can give you wings.

Monday, April 30, 2012

Little hero on surviving mode

At this time duduk di meja ofis adalah tidak berapa menyenangkan hati. Buah hatiku yang kecil lagi comel itu sedang masih belum sihat sepenuhnya.
Emak emak memang suka susah hati lebih, lagi lagi orang yang kuat berfikir bukan bukan macam aku ni ha, macam macam terbayang, benda berat berat pulak terimaginasi, bapa bapa as usual very cool and calm. Kalau anak tidak sihat, selagi tak jumpa doktor yang betul2 aku puas hati dengan explanation dan prescription ubat yang bagus selagi tu hati tak tenang.  Padahal ubat tu nanti kalau antibiotik memang aku akan habiskan tapi kalau setakat ubat batuk ke selsema ke (ini kalau pegi private pergi govt. jgn harap nak dapat strictly no ubat batuk n selsema for kids under 2.y.o. ok!) aku memang susah nak habiskan ubat ubat ni. Aku tak suka anak aku terlalu di bawah pengaruh ubat. Kalau tinggal sikit2 je lagi selsema tu aku biarkan naturally cure.

Alkisah dari demam weken lepas, demamnya sudah kebah, Rabu sudah ke taska seperti biasa, Jumaat pula balik itu bawak pulang dia nampak pasif dan garang dan senyap saja. Hati emak emak memang cepat tangkap kan pada diri anak tu kalau ada yang tak kena. Dalam hati dok tertanya tanya apa kena anak aku ni even panggil nama dia selalu dia akan menyahut ini diam saja. Sabtu tidak ke taska since Babahnya pun tiada kuliah petang sebab BERSIH tu kan so selamatlah. Sabtu malam dia makin pasif, muntah dan cirit pula. 

Ahad pagi bawa ke klinik doktor kata dia weak tak mahu makan muntah cirit segala tu sebab kahak, but jauh dari sudut hati aku memang kata tak mungkin! bawak dia breakfast ke KFC habis 1 kfc dia muntah. Dalam kereta juga muntah. Ok emak emak memandu kereta sambil anak di sebelah muntah membuak2 harus lah emak emak drive kereta manual like menunggang lembu liar hahaha..Babah di kelas malas mahu ganggu pandai pandai lah emak emak setel sendiri, habis tertangguh kerja men DIY  gift wedding Chik. So lawatan kakak iparku petang Ahad (semalam) adalah pin point untuk aku gesa apaknya bawak la anak ke hospital plsssss. My Sister kandung juga call suruh cepat cepat bawak pegi hospital sebab u know lah dia sangat fobia benda benda melibatkan anak jadi pasif right after demam ni kerana dia masih juga struggle with her 2 kids yang Anemia tu..

Mula mula mahu ke Tawakkal since recommendation kawan kawan cakap paed sana bagus, DSH memang tak mahu pergi sebab ermm ermm agak kurrreeng sikit lah treatment dari Paed dia last time, tiba tiba idea suami kata why not ke GH Selayang saja. Even ke govt pun insurans masih cover juga. So bagus juga tu. Dalam pada tu sempat cakap oo u ajak pegi GH sebab nanti u boleh escape tidur kat rumah kan sebab tak boleh teman kiteorg haha...Hampagas sungguh!

Lepas maghrib, apaknya suruh pulak siap2 packing, sebab mesti dia malas mau balik amek barang nanti waduh.padahal dekat saje.tapi elok juga, sebab kalau suruh dia yang packing nanti kami terpaksa pakai baju macam Boria Pulau Pinang..baju lain seluar lain stoking tak matching..hehehe.

Sampai di Emergency terus daftar bayar singgit terus kena pegi ke Fever Centre ..wallllahh canggih tu ada department khas. Selamat dan bersyukur sebab tak payah beramai ramai di Zon Hijau tu yang pelbagai drama tu. Memang pantas dan tuntas, amek darah meraung 1 centre dengar kihkihkih. So bila dengan doktor lepas dapat result tu terus aku cepat cepat tanya platlet, hemoglobin, etc etc. Semuanya normal\. Darah level yang ok yang tak payah admit punya.  Muntah tu disebabkan tonsil sebelah kiri bengkak. Ok give me 5 geng tonsil! dan doktor kata beri masa 1 - 2 hari utk ok balik with bekalan air garam dan antibiotik.
Sedang main main dengan gembira (masa sihat)

Sedang makan orange buah kegemaran tapi tidak mahu share lalu buat tangan tak bagi orang ambik orange (masa sihat)

Semalam petang yang sangat kurus mukanya 2 hari tak makan proper, tak mahu berjalan pun tido saje sedih nyaaaaaa :-(

So 2 orang hero sedang berehat di rumah, cepatlah anakanda sembuh kita ada event besar weekend ini. Cepat lah mula kayuh basikal, humban toys, humban kusyen sofa, makan makan tidak muntah tidak cir bir, cakap German banyak banyak, azan, doa, ameen kan doa, amek toys letak dalam oven, main jug kettle, main periuk nasik, main tong beras dan beras, bukak tutup peti ais, main air, 'kemas bilik belajar' lagi dan lagi dan lagi.

Thursday, April 5, 2012

Still Standing Strong - 3S


Aku masih di sini. Maksud aku ialah tentang kerja. Iya kerja. Kerja pejabat.
Kerana aku butuhkan (ini bukan carutan) yang terbaik antara yang terbaik.
Tetapi yang terbaik belum tiba yang terbaik baik sekali.
Perlu kuat sabar.

 


Hehehe kucing ini kata unfortunate..jahat sekali kamu kucing hitam bermuka garang.
Iya kerana macam aku katakan seperti di atas, aku butuhkan yang TERBAIK.
Aku tak mahu pisang berbuah lebih dari sekali kerana sekiranya pisang berbuah lebih sekali itu keadaan yang sangat disaster, aku tak sanggup.
Jadi biarlah yang datang bergolek itu nanti adalah peluang yang sungguh indah yang buat aku takkan pusing toleh ke belakang lagi, jadi teruskan mencari,
Tika ini aku masih mampu bernafas, jadi terus kan mencari.

Faktor yang perlu difikirkan terlalu banyak, 2 - 3 minggu lepas migrain melekat berminggu minggu terlalu memikirkan, tapi sekarang sudah slowly blend omputih kata.
Jadi selagi boleh rolling mana yang ada rolling lah tahap roda berputar,
Sudah aku katakan pada suami, semua perkara tidak boleh di argue terlebih lebih,
yang penting jalan penyelesaiannya, itu yang didambakan.
Jadi kena kekal kuat, kekal hebat..hebat yang membawa maksud mencari ruang ruang yang boleh mendatangkan pelangi indah hehehe. Berjuang!!

Agak cool down juga lately dari asyik refresh jobstreet, kerana a few projects sudah nampak nampak bayang in hand, 4 projects sudah in hand, the rest masih kena lobi lebih lagi, paling surprise terima sms jam hampir tengah malam dari pihak berkenaan untuk cantikkan harga sikit, dan ada bahagian untuk aku sikit, ohh tak apa lah aku mahu hidup aman dunia akhirat, atas dunia SPRM cari, kat akhirat kena libas dengan besi panas ko nak tolong aku ke??
Entah apa apa je...


Tuesday, March 6, 2012

Feel Gooooood

Sudah selesai lunch bersama officemate.
Ohh feel good...tapau balik Milo Ais pakcik Corner
Feelll Goooooood bebeh!

Ini gambar hiasan..


Lately jarang update blog, rasa fully occupied lah masa masa seharian..Kerja kerja khidmat masyarakat a.k.a hal hal family, hal kerja sangat sangat menyantak kan kepala. Family utara family selatan aku ibarat jaring  badminton dok tengah tengah. Tu belum masalah sendiri lagi, masalah kerja, masalah mini family...Ishh apa ni semua pun masalah...Ok lah kite minum milo dulu yaaa..daaa

Thursday, February 9, 2012

Petua Kurangkan Angin

Ok sungguh terkesan sesi urut kali ini di rumah emak. Dari mula Kak Mas tukang urut tu sampai la kesudah asyik membebel aku punya angin dalam badan sangat banyak, mengucap panjang dia bila dia tekan2 kepala aku ada benjol2 atas kepala aku dan kata dia angin aku dah masuk sampai ke tulang. Wahh gerun ok!

Aku rasa aku perlu maintain urut badan kurang2 sebulan sekali, dan antara komen Kak Mas lagi aku ada sakit tang dada..Erkk...Dia kata rongga oksigen aku, aku over exhausted dia kata, phewww kan aku dah kata aku letih, aku macam fully utilized body aku PLUS membawa ke mana sahaja lemak2 tepu aku tu PLUS selalu perlu mengendong super QQ berat 10kg in case terlupa bawak kasut atau hari hujan lebat.


Lepas tu emak pula mula bersuara tak pernah ok dan ini sangat menyentuh kalbu " Kamu tu kena kurang kan berat, Alep tu kecik lagi, mak ni sakit mana boleh nak tolong jaga dah kalau ada apa apa jadi kat kamu" Ok ini bukan jokes ok...Sampai saja di KL terus ke 99 Speedmart beli oat. So lupakan dulu sarapan2 berat yang vass, telan la oat sama milo roti dan biskut kalau jemu telan la buah buahan. Paksa rela. 

Esther - kawan penglipur lara yang rajin text aku panjang tak kire sms ke inbox FB mana mana dia sempat lah, asyik cakap "cut your rice intake" "cut your rice intake" hahaha aku buat nohe je. Gile tak makan nasik! So sekarang mungkin perlu ambil serius kata2 Esther. Esther dulu gemok juga, berlengan ketak gusti wanita juga, tapi lepas boyfriend dia tu memang agak pelik dan tiada istilah nasi maka dia pun terikut ikut dan hasilnya wow! "Aiza i will makan everthing but bukan nasik" . Jadi cabaran aku adalah lebih kuat kerana Encik Tarosan die hard fan nasik. Ni dah 3 hari aku seret dia pagi2 breakfast oat dengan aku. Nampak macam ok tapi tak tau lah kalau dah pukul 10 pagi dia hentam mee goreng ke apa ke kan bersama kawan kawan.

Gitu la kisah ke sentapan aku terhadap isu GEMOK! hahaa.Aku tak pernah heran aku cakap2 gemok ke apa tapi kali ni bila mak bersuara aku heran ok :-)Malam ni tergerak hati nak kurangkan angin dalam badan, aku percaya posisi tidur aku sangat mengundang angin masuk terutama ikut kaki, jadi mari tukar semua tu slowly. Mari berusaha.



Garlic - Kaedah buang angin


Rendam garlic, patut 1 je, tapi aku rasa aku perlu overdose ok telan 2 lah. Ni tengah rendam air panas. Nanti sampai nampak oily sila minum sambil tutup hidung.
Sila bersedia dengan kutukan kutukan yang bakal menjelma atas usaha murahan ini. Hahahaha Aku tau mesti ada 3 orang gelak + kutuk tak percaya , tengok belum apa2 sorang dah berbunyi, tinggal lagi 2 (Puan Sal Bayam dan Kakak aku) hahaha berdoa derang tak masuk blog dah. :p