Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Tuesday, April 9, 2013
Sabar atas Kesabaran
Harap bersabar atas kesabaran
Hehehe bersabar nak tunggu hujung minggu ni nak balik JB pulak
Ni je la rutin kami, nak pergi makan angin jauh ke obersea jauh sekali
Domestik pun setahun sekali je kot, lain2 masa senggang balik rumah mak pak
Takpala itu lebih afdhal kot, sementara mak abah both side masih ada kan
Tapi kali ni balik sebab mak Hajjah kite nak buat kenduri. Kenduri khatam Al Quran beliau yang entah keberapa kali tatau.Beliau and the geng mana reti dok diam, ada je aktivitinya .
Mak Hajjah dah dapat tauliah pengajar Al Quran dari kerajaan Johor tapi mak Hajjah memilih utk tidak mengajar, dia berniat nak mengajar cucunya je nanti. Siap kau cucu!! Sekarang pun mak Hajjah dah pesan kat kiteorg, lagu lagu homputih semua tak payah bagi dengar, tu semua lagha. Dengar surah lagi bagus...gedegang!! Tapi cucu suka juga dengar, lagu Old Mcdonald siap ada bunyi pig krookk krook krookk camne citer ni hadoii la..Tapi takpe..selari juga la dengan penerapan agama kan.
Awal2 mak Hajjah dah sebut menu, macam biasa la Beriyani Gam dan menu berat lagi 1 mee kari, lain2 dessert2 tu mcm aku je kena buat wakakaka..cheese tart ok tak?
Minggu ni kerja sungguh boring, sebab terlampau banyak kerja, projek tender tak sudah2
Kerja + manusia2 yang tak reti2 nak berdikari ni
Aku zasss kan aje. Tak zass kalu tak boleh bertahan lama aku kat sini kan.
Sekali sekala dengan boss boss pun kena zasss sikit.
Pulak tu kena bersabar dengan karenah si Candy Crush
Bila main kat tablet dah stage 41, bila main kat pc ofis dia tak up to date pulak
Dah berminggu pulak stuck stage 38...Panas je kan.
OK dah mencuri masa...sila fokus kerja kembali bye bye
Monday, October 29, 2012
Sambutan Hari Raya Aidiladha
Alhamdullilah dah selamat sampai ke KL almost jam 1 pagi tadi.
Ting tong ting tong juga mata ni..cehh macam aku pulak yang drive kan
Hello i 2nd co pilot of cos la rasa penat juga melayan pemandu supaya tak mengantuk
Mujur ada 1st co pilot duduk depan tolong bagi meriah sikit dalam kereta
Aku rasa kerajaan/ pihak berwajib perlu buat sesuatu la dengan highway kita ni..bayang kan 10 tahun lagi sure kenderaan makin bertambah, even harga tol juga mungkin akan lagi naik, tapi keadaan traffic flow makin disaster..apa perancangan mereka sebenarnya? Of course sebab hari raya atau apa saja festival mesti orang akan keluar rumah pergi sana sini. Cuba lah berbuat sesuatu..Merancang jadual perjalanan juga sudah tidak relevant lagi kerana aku dah rasa dan alami setiap jam yg aku keluar tu konon2 nya tepat tapi nan hado kekdah nya..tehtap juga kena tersengguk sengguk atas highway. Mesti ada orang kata alaa guna je la jalan lama kan. Stop it! aku tak pernah suka dan tak terasa pun nak keluar masuk guna jalan lama, sungguh tak relevant lagi aku rasa, dengan lorong yang kecik ciput, silap2 double line spjg jalan, lori2 banyak yang nak skip tol, kawasan gelap kalau apa2 jadi susah bahkan siap ada traffic light lagi merata. A big NO!
Hari raya Aidiladha kali ni sambut di JB. Best. Dari KL lepas isyak hari Khamis tu, sampai JB dalam jam 3pagi tidur 2 jam lebih je pastu pukul 6 dah bangun untuk subuh. Mak mesej imam pukul berapa start solat, imam kata pukul 8, so biarpun rumah tu ada 3 bilik air, kalau dah ramai pepagi buta sure memekak juga rebut bilik air. Dalam 7 setengah semua dah keluar rumah. Sedap sungguh Imam Yusman tu punya bacaan. Kami solat di Masjid AlJawahir Taman Mutiara Rini. Aku dan QQ saje dok blakang, mujur lah dia tak berapa familiar dengan masjid tu so dia tak la merayap sangat. Cuba kalau aku solat kat masjid Bandar Menjalara ni, habis dia ronda 1 masjid.
Lepas habis solat kami semua makan berkat, makan dalam dulang ramai ramai, dan of course menu specialty orang Johor iaitu nasik Baryani Gam, masyaAllah tersangat lah sedapnya terasa rasa sampai skrg. QQ yang bukan kaki makan pun punya non stop dia makan sampai 3 hari dia kenyang agaknya. Makan pulak ramai ramai dan aku join kawan2 mak..Hahaha feelings makcik makcik sangat hokey. Antara ayat familiar --->> "Ani, ini cucu awak ani, ya Allah bulu mata nya melentik betul, kalau jadi perempuan ni tak payah pakai mascara"..Adoii laa..berulang2 orang kata gitu..tapi ada sorang makcik tu cakap.."Lentiknya bulu mata cucu awak ni Ani, mesti kuat nangis!" kahahahahhaa mmg betul makcik! Give me 5!! Habis mak promote merata cucu dia, tapi cucu dia nan hado mana pernah nak mak dukung, cuba kalau Atok yang dukung, laju je dia terus mama jadi tak laku di pasaran. Punya la ralit makan sembang sampai hilang songkok QQ mujur dah habis raya, tahun depan beli songkok baru ok. Mana tak hilang sibuk dengan helikopter, botol air, BB dan Titin dia nak hangkut ke masjid..Sabor je la.
Bali solat raya baru start masak. Mak masak nasik baryani juga. Adoii sudah mula teringin balik. Mak dah 3x ajar aku masak baryani tapi sebabkan fikiran aku kelaut tengah2 dok ajar, tetiba si kecik datang kacau aku terus lupa, esp. part masak daging baryani tu. Takat dalca aku lepas lagi. Kalau nak hasilnya sedap dan purely Johor mmg rumit sikit step by step, setakat asal boleh aku boleh hentam lagi. Nanti mak datang KL nak suruh ajar lagi betul2 punya. Ada rezeki nak panggil kawan kawan kesayangan saya dtg rumah makan. Bukan utk puji diri sendiri tapi utk ambil hati ramai pihak yang tersayang aku boleh dah masak 4 5 perkara apa yg mak masak ikut cara dan tekak mak, abah, suami dan adik2. Sebab suami ku itu sangat cerewet tahap gaban mungkin antara sebab aku mesti belajar. Raya haji ni aku tak buat kuih sangat, cuma buat Almond cluster 200pcs dan beli swiss roll je bawak balik. Laris. Gembiranya aku.
Sekarang dok tulis blog aku ni tak habis blues cuti lagi ni. Sudahla ye..buat2 la kerja tu ye..Hehehe..oppSSss Air Asia tengah free seat skrg ni, mari la berjuang haaha..Alaa tapi susah la deal dengan orang tak tentu jadual masa ni, sudahnya terbuang gitu la tiket aku :-(
Wednesday, January 25, 2012
Tiara Beach Resort - Johor Bahru - Cuti CNY
Cuti untuk CNY masih ada 4 hari lagi. Awal cuti haritu adalah percutian ke PD bersama family abangku. Percutian Bajet kami gelarkan. Hahahaa nak jauh jauh sangat out of budget la pulak nanti, tapi ini pun kami rancang masa dalam kereta otw balik dari Ipoh ke KL. Kami plan mesti ada satu aktiviti yang kami buat untuk cuti CNY yang panjang ni.
Maka ke PD lah kami. Menginap di Tiara Beach Resort yang abangku yang aku panggil Kuzi tu dah booking awal2 di ibilik.com...Studio Room Apartment. Memang selesa walau katil single nya 2 tapi ahh apa ada hal percutian bajetnya namanya, kami pun masing2 sudah sediakan toto alas tidur dan extra bantal, pagi tu siap masak nasik lemak seperiuk besar dan Kuzi masak sambal. Aku extra rajin masak telur dadar dan ayam goreng berempah. Nahh! sungguh terkesan dan bagus sekali perancangan di mana breakfast dan lunch kami penuh nikmat di tepi pantai Teluk Kemang itu walau jalan jem teruk ya amat! Berpinggan pinggan lah bertambah sambil anak anak kecik jakun muncung2 mulut tengok jetski dan banana boat sana sini.
Tiara Beach Resort memang tidak hampir dengan pantai ye harap maklom, tetapi poolnya sangat awesome! dan menggirangkan la bagi kanak kanak. Tetapi juga jangan lah sampai mengcomparekan dengan Sunway Lagoon Theme Park .. Dengan membeli wristband rm20 untuk 2 hari mandi sampai hitam legam orang kata ianya amat berbaloi. Bilik studio nya sangat luas. Bayangla ada satu unit bilik ni aku kira dalam 15 pasang kasut dewasa dekat luar pintu nya. Wah !! muat sekali!! Studio Room kami ni kepunyaan orang individu dan bukan bawah kelolaan management TBR tapi bila kita check out akan ada la orang yang akan buat housekeeping sama macam hotel. Of course price nya jauh berbeza dari bilik bawah kelolaan TBR sendiri.
Pasal makan pulak takde masalah kot PD merata rata ada kedai. 1st day siang tu kami cuma beli air je sebab dah bawak nasik lemak seperiuk tu kan, tapi malam tu kami hunting for seafood, since Kuzi dah banyak kali ke PD bersama familynya so dia dah tau mana kedai yang tipu tipu Malaysia kan. Malam tu kami pergi makan seafood di sebuah kedai yang agak masuk ke dalam lepas dari Teluk Kemang tu. Ummi Seafood namanya. Masa baru sampai tu Kuzi dan Kak Ana yang terperasan signboard kedai tu. Solat Magrib seawal waktu kemudian 745 malam terus keluar sebab TBR ni jauh kebelakang sikit...dari Teluk Kemang ke TBR ialah 8km. Kami sampai meja semua dah penuh dan pesanan kami sampai 1 jam lepas order. Lepas makan semua menu dipesan yang memang 5stars aku boleh bagi semua terdiam kekenyangan. Sampai sekarang masih terasa rasa dia punya sambal ikan bakar tu. Round2 pekan PD jam 11 kami terus pulang, mula ingat nak pergi lobby depan TBR nak main game dan karaoke semua tapi tak jadi lah sebab ada anak kecik kan. Anak kecik punya la gembira 2 hari suntuk makan banyak, main air banyak lari sana lari sini.
Pasal makan pulak takde masalah kot PD merata rata ada kedai. 1st day siang tu kami cuma beli air je sebab dah bawak nasik lemak seperiuk tu kan, tapi malam tu kami hunting for seafood, since Kuzi dah banyak kali ke PD bersama familynya so dia dah tau mana kedai yang tipu tipu Malaysia kan. Malam tu kami pergi makan seafood di sebuah kedai yang agak masuk ke dalam lepas dari Teluk Kemang tu. Ummi Seafood namanya. Masa baru sampai tu Kuzi dan Kak Ana yang terperasan signboard kedai tu. Solat Magrib seawal waktu kemudian 745 malam terus keluar sebab TBR ni jauh kebelakang sikit...dari Teluk Kemang ke TBR ialah 8km. Kami sampai meja semua dah penuh dan pesanan kami sampai 1 jam lepas order. Lepas makan semua menu dipesan yang memang 5stars aku boleh bagi semua terdiam kekenyangan. Sampai sekarang masih terasa rasa dia punya sambal ikan bakar tu. Round2 pekan PD jam 11 kami terus pulang, mula ingat nak pergi lobby depan TBR nak main game dan karaoke semua tapi tak jadi lah sebab ada anak kecik kan. Anak kecik punya la gembira 2 hari suntuk makan banyak, main air banyak lari sana lari sini.
Pukul 12tghari aku tak tunggu check out pun Kuzi uruskan aku terus ikut jalan dalam sampai ke Melaka untuk pulang ke Johor Bahru. Sampai di Johor Bahru memang tak kemana, bagi cucu hilang rindu pada Atok puas puas, makan laksa johor mak puas, sambal goreng jawa puas puas dan lontong kering dan basah pasar Taman U puas puas malam baru pulang ke KL itu pun sebab Babah QQ kena kerja harini kalau tak mesti masih di JB.
| Ayin |
| Brother Me and Sister |
| Echa |
| Me and Super QQ (nampak pool tak sabar suruh tanggal baju aihh) |
| The speechless and kebabomm ikan jenahak bakar |
| Ketam yang yummeh plus tajam juga hahaha |
| Orang makan dia sibuk nak tawaf kawasan. |
![]() |
| TBR waktu malam...Nice kan |
![]() |
| Kids Pool yang no 2 no 1 kat depan sikit but ini saje cukup buat aku sakit pinggang hah |
![]() |
| Babah really had a good time release tension lepas exam berminggu minggu ngadap buku katanya hehe |
![]() | |||
| Sebelum terlentang tepi pool hahaha |
Nota Kaki : Esok (Khamis) aku kena post sekejap QQ di taska, dan terus ke Proton untuk tengok bunyi bendasing yang keluar dari tepi tayar itu (ohh harap di cover warranty) dan suruh Proton check level battery aku. Gilaaa lah dari beli tahun 2008 bulan 2 ni dah bulan 2 2012 dah 4 tahun pakai tak pernah ganti risau aku nanti kalau habis kong terus.
Subscribe to:
Posts (Atom)






