Showing posts with label Ujian Allah. Show all posts
Showing posts with label Ujian Allah. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Tua Sebelum Waktu




Kelasss kan akak 7 tahun tua dari umur asal. Siapa pernah ambik test ni online. Ala saja saja simple punya test. Tapi memang betul pun mcm mcm masalah bertimpa2 pandai2 lah handle. Maka jadi lah otak tua sebelum waktu. Muka pun sama juga! Rasakan!


Memang aku mudah menjadi a shoulder to cry on utk sesiapa saja, tetapi aku tidak mudah untuk exist kan segala yang terbuku dalam hati aku.  Kadang2 tak tercakap tak terlepas, kalau cakap pun maybe yang lite lite, aku berprinsip tidak suka beban kan orang. Sampai aku cakap pada seorang sahabat - Kenapa aku tanggung semua ni?? Dalam banyak2 kata beliau, 1 yang sgt tersentuh. You bertabah lah, jangan tanya kenapa jangan ragu kenapa Allah beri you kekuatan untuk at least mendengar masalah orang walau tak boleh selesaikan, sedangkan masalah you sendiri tak selesai, ini kerana Allah percaya, masalah orang you boleh ringankan dengan mendengar, kadangkala boleh selesaikan ..itu bermakna Allah tahu kemampuan you untuk selesaikan masalah you sendiri, berupaya selesaikan masalah you sendiri without rely to any parties. Tudiahh betapa positifnya beliau. Terus mak berhenti sedih2 lantas gigih memikir solutions.

Di satu sudut alam maya aku berkongsi masalah kendiri. Aku perlukan kekuatan hitam putih untuk aku lahirkan lebih banyak aura positif aliran positif dalam diri aku.. Phewww so much of kritikan, suggestion yang aku terima, yang selama ni aku tak terfikir pun. Terus tanam dalam2 kat hati buat pedoman. 

Kadang2 kesian dengan baby dalam kandungan ni, maybe sebab umurku bertambah jadi dugaan hidup makin ketara, maka beliau merasainya dan kerap juga aku memujuk sabar lah, muka semua ni jadikan adik seorang yang kuat dan gagah perkasa! ceewah! 






Monday, April 29, 2013

Ujian dari Allah S.W.T - Harta Kekayaan


Assalammualaikum ..

Semalam tatkala menunggu waktu maghrib kami suami isteri berbual mengenai kehidupan. 
Kehidupan di atas dunia ini yang hanyalah palsu, sementara, pinjaman.
Dan apa yang ada semua ini, setakat ini adalah amanah dan ujian.
Sungguh menakutkan...kerana ini semua adalah cabaran.Yang hakiki masih menanti kita.

Suami berpesan lagi, jangan sesekali memandang rendah atau berdetik sekalipun dalam hati mengata kesusahan orang, kedaifan orang, keburukan orang. Beliau menceritakan 1 kisah, semasa beliau solat Jumaat di Masjid Al Bukhari minggu lalu, beliau terdetik hati mengatakan kopiah seorang jemaah yang solat saf hadapan beliau sedikit kotor mcm lama tidak bercuci, berdaki barangkali,  (beliau sentiasa ingat tentang kebersihan kopiah  sebab daku selalu remind dia once a week tukar kopiah yang kotor akan ku cuci), jadi semasa habis solat, beliau bertentang muka dengan jemaah tersebut, masyaAllah itu orang buta rupanya, terus beliau rasa sangat tersentuh dan rasa tak patut beliau mengata pasal kopiah orang itu. Kerana mungkin orang itu buta jadi beliau tak tahu pun kopiah dia kotor, masyaAllah. Suami merasakan bahawa orang itu 1000 kali lebih suci dari dirinya sebab Allah dah butakan mata orang itu lantas, telah menarik 1 dari deria yang menyumbang dosa, maka orang buta itu terselamat dari dosa mata. Subhanallah...

Andai Allah izinkan usaha kami ini berbuah kejayaan dan kesenangan dan konon konon nya berada on top of the world kekdahnya...jangan perlekehkan orang yang berada di bawah, orang yang susah dan moga Allah tetapkan hati kami supaya rajin membantu, rajin sedekah.
Kami sama2 lantas berdoa, Ya Allah tetapkan hati kami, teguhkan iman kami dan segarkan hati kami ini dengan ingatan sebegini tatkala kami dalam kesenangan nanti. InsyaAllah..

Kerana Allah menduga kami tatkala kami susah begini, dan tak mustahil Allah akan duga lagi jika kami senang nanti. Allahuakbar!

dan tiba2 masa sedang kami bertazkirah maghrib, terus keluar di skrin TV channel OASIS, kebetulan barangkali...

"Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” – (Hadis riwayat at-Tirmizi)."