Showing posts with label Cerita Best. Show all posts
Showing posts with label Cerita Best. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Mahnaz Food

 Assalammualaikum w.b.t.

Weekend lepas adalah happy, kerana walau tak dapat curi masa bawak QQ balik JB tapi we kill the time Sabtu Ahad jalan sakan hehehe..Syukran, maklum sajalah normally weken kami berdua tanpa Mr.S adalah boring maksimum. Biar lah rumah ku bingit dengan channel kereta lumba, channel 551 kapal cari ketam dan lobster ke apa ke janji ku tahu ada dia ada di rumah. Oh tak sabarnya nak tunggu lagi 1 tahun lebih, lepas tu nak ke bulan ke bintang semua boleh

So weekend lepas kiteorg pergi Shah Alam, kiteorang memang suka Shah Alam, nak beli rumah kat Shah Alam yang teres2 tu tak mampu + jauh kan, sebab dah penat kot dok kawasan bukan majoriti kaum kita, jadi bila dapat masuk kawasan melayu ni rasa best je. 

Tujuan lain pergi Shah Alam sebab nak pergi Mahnaz Food. Mahnaz Food akak supplier office ku yang suggest pergi kalau nak beli barang2 kering esp. dari negara negara Arab. Tujuan pergi tu sebab nak borong kismis dan barang2 kering untuk diberi pada Ustaz Wan utk doa sikit buat jadikan makanan ruji sefamily . Instead of Ligo apa semua tu kalau ada yang lagi bagus sumbernya why not kita cari sumber yang lagi bagus kan. Harga nya murah juga compared to beli kat tempat lain. Dari kismis, kurma, almond, pistachioa, black seed oil dan segala benda yang ada di tanah arab kebanyakan nya ada kat sini.

Ohh bila tengok semua barang2 ni mmg rindu pada tanah suci Mekah dan Madinah tiba tiba menusuk hatiku..Tengok air kotak, tengok kacang semua teringat..Ya Allah murahkan lah lagi rezeki ku utk ke sana lagi. 

So me borong kismis berkilo,madu Iran, air jus, minyak habatus sauda, peanut nougut yang sedap sesangat dan ape benda lagi tah..Semua rasa nak beli nak bawak balik. Nasib baik pergi dengan Mr. S kalau aku sorang yang pergi mesti penuh troli :p..Gambar tak amek sebab orang ramai + QQ meraban tak sabar nak bayar biskut Oreo arab dia tu..Sabo je la, risau nak lepas dia sebab banyak botol2 olive oil, honey apa semua kang terlanggar naya mak nya nak kena bayar. 


Ni antara gambar google tentang Mahnaz, exactly mcm yang aku beli..

NI la kedai nya, sekali dengan warehouse dia, tokey nya mmg orang Arab, me pergi waktu Sabtu petang2 pun ramai orang lagi, kalau bulan puasa taktau la macam mana packnya kedai ni.


 Tak boleh stop makan benda ni, peanut candy 500gm RM10 ada perisa coffee, tapi me doncch like, me suka yan orri.



Teh arab, macam2 jenis, tapi terlupa nak beli ..boleh??? Nyesal rasa nak terbang pergi sana balik sekarang






 Ohh jus ni semua mmg menggamit memori, sekotak RM1



 Madu banyak jenis, tapi boleh tahan harga dia. Aku pun tak tau mana 1 bagus.




Budak yang dah demok bersama biskut arab beliau hehe


Macam biasa lepas tu aku request ke SACC Mall sbb kat situ ada kedai jual blouse size petite model cam aku kan hahah, harga dia macam murah je, tapi pergi this time tak banyak stok, plus akak pemalas tu still ada, pemalas ok akak sales tu..asyik gayut tipun je. Hek., dan 


Kami singgah maghrib di Masjid Shah Alam, which is among the best masjid kat Malaysia ni kami rasa, kami suka sangat sangat sebab dia sejuk, sound system nya very clear, bacaan Imamnya sedap sgt..tapi tempat wuduk je agak jauh sikit pastu kena naik tangga curam, + lantai licin, me dengan barang anak, dengan anak punya toys dengan bantal busuk anak, dan anak mintak dukung, imagine la sampai atas rasa macam perghh hebat kembang kempis hidung mmc dah sampai puncak everest. Mengah weh hahaha..


Dan finally apa lagi mencari santapan malam, nasik arab ler dekat seksyen 7. Kat situ pulak baru bukak burger besar - Burger Yazid, tapi sebab tujuan nak makan nasi, maka jgn gatal2 order, kena pulak situ ada gerai Johor jual kacang pol dan mee racun, sudah pasti nanti kami akan ke situ lagi.


Alhamdullillah

Monday, November 5, 2012

Friend + Family Outing

Setelah mengalami beberapa masalah teknikal kami tak dapat berkumpul
Semalam boleh kumpul kembali seperti biasa. Syukran Alhamdullilah.Yiba yiba angreyyy!
Aktiviti makan2 lah apa lagi kalau dah berkumpul kan.
Sebab kami 2 (aku dan abang) je siblings yang kat KL maka lepas muka kami, muka kami lagi.
Destinasi pilihan ialah kawasan The Curve, Mutiara Damansara,
saja pandai ngelat aku pilih situ sebab dekat dgn rumah :p
mujur pun dekat, patut pukul 3.30 big boss sampai rumah tapi lecturer dia terlebih rajin boleh pulak habiskan kelas ngam2 pukul 4. Alahaiii.
Sampai sana terus je tuju ke Manhattan Fish Market.
Sebab kak Ana teringinkan lobsternya.
Kami order lobster cheese complete plater tu, pastu mushroom spaghetti dan seafood spaghetti, udang cheese apatah.
Ohhh my Allah. sungguh tersangat lah enak. Memang kenyang tersangat lah.
tambahan pula orang belanja kan :p
Berkat namanya tu. Tu yang sedap melampau.


Next turn, turn kami pulak velanja they all, ok insyaAllah no problem!
Kalau ajak ke The Curve lagi mau kena hampuk lah aku agaknya :p
Dah la Sabtu tu aku ke Curve juga dengan Super QQ makan2 dengan Cik Iszuanie kita. 
Tujuannya aku nak tengok2 wedding favor utk majlis adik aku tu sesambil bawak QQ jalan.
Makan banyak macam dekat 10 orang padahal 2 orang je (SuperQQ exclude dia mana suka makan)
Kita makan meatball, kita makan pasta vegetarian, kita makan caramel jelly, makan dark choc. cake yang dulunya Daim Cake so sad no more Daim Cake why ohh why Ikea??, makan mushroom soup with soft bun dan chicken wings! yey!
Hahahha betapa ku menyayangi kawasan Mutiara Damansara tu kan. 
Aku mmg tak suke nak ke area KLCC bagai or middle of the town.
Sesak tak sooooka okeh.
Nisbah kesukaan dia ala ala gini 1500kali Damansara = 1 KLCC kot
ha gituk sekali kan..

Apa apa pun syukur ya Allah..
Rezqi sama dikongsi.



Monday, July 23, 2012

Ramadhan



Salam Ramadhan kepada semua, semoga kita dapat pulun habis habisan segala keberkatan yang ada dalam bulan Ramadhan ni, penuh keberkatan dan kenikmatan sebenarnya.

Semakin meningkat usia, makin sedar nikmat Ramadhan.

Aku ada matlamat tersendiri untuk bulan Ramadhan ini, iaitu penambahbaikan diri. InsyaAllah sekali lagi. Tahun ini juga berazam memperbanyakkan selagi mahu baca Al Quran (yang hanya boleh di buat waktu lepas Solat Subuh dan sebelum berbuka) dan matlamatnya mengkhatam kan Al Quran dalam masa sebulan Ramadhan ini dan juga mahu rajin solat terawikh berjemaah.

Tahun ini juga masih teruskan azam tahun lepas iaitu NO to Bazar Ramadhan lagi sekali, sini juga aku berazam boleh juga belajar memasak try itu ini dengan memasak sendiri kan. Itu mungkin lebih baik, dari segi kos, tak juga jimatnya kalau dah masak mana reti masak 1 jenis lauk je, ini siap berdessert, siap kuih, siap dengan 2 lauk sekali ha ha ha..Astaqfirullahalazimm!!
Ok takpe lah masak banyak2 kalau tak habis sila panaskan dan makan sampai habis ok. Tak baik membazir.




Alhamdulillah dah 3 hari kita puasa, 2 kali aku dapat jemaah solat terawih di Masjid Al Imam Al Ghazali Bandar Menjalara, ada je masjid2 yang agak dekat lagi tapi since nak bawak budak kecik aku rasa masjid ni lebih comfy. Day 1 puasa tu tak dapat pegi sebab tuan kecik bantai tido, bangun tido ngamuk2 tak tentu hala, kena piat sekali diam terus datang peluk2..Sabo je lah..

Syukur dapat buat 8 rakaat, nak buat 20 rakaat tak berani takut dia cemuih dan naik bosan tunggu, insyaAllah tahun depan kita buat banyak sikit ok, dia memang membahagiakan, sebab sekarang dia dah tak kacau mama solat sangat dah, dia very behave TAPI! perlu lah bawak segerombolan toys dia bersama, dan of course aku pilih saf belakang sekali dan dekat dengan exit, supaya dia boleh 'bernafas'. Seronok tak terkata beliau, ikut sekali orang solat.. Moga Allah bagi aku peluang mudah lagi untuk terus beribadah dalam Ramadhan kali ini.




Syukur juga bila Ramadhan tiba dapat menghidangkan juadah2 luar biasa (luar biasa la sangat :p) pada suami dan anak, day 1 tu masak asam pedas kembung, telur dadar dan sayur pakchoy tumis sos tiram dan dessert puding jagung, day 2 asam pedas panaskan semula (ingat jangan membazir!), sotong tempe kacang panjang goreng berempah kering2 dan kuih Wadey (seperti gambar di atas) Yey! dah tahu buat dah so lepas ni boleh trim sikit kasik balance mana terlebih terkurang, selalu beli tak puas dan tengok penjualnya majoriti bukan orang Melayu kan, so buat sendiri puas hati makan la sampai puas. Seronok bertambah juga sebab ada jiran sebelah yang tukar2 juadah.


Harini  hari gantung kuali pula, kerana Babah nak belanja makan besaqqq terima kasih Babah!!






Tuesday, July 17, 2012

Pak Mertuaku

Terima kasih Abah!!
Pak mertua kasik hadiah kome weh
Muhahaha..
Kain pasang pulak tu kome weh..hihiihi
Abah kalau bawak mak turun Singapore mesti nak membeli kain baju
Tapi ini Abah pegi sorang ada keje kat sana
Habis semua orang Abah belikan corak yang sama muhahaa..

Ok Abah thank you very much
** Anak lelaki sulung Abah tengok kain ni sambil juih mulut, dengki letteww tak dapat :p


Monday, June 18, 2012

Freshman Father

Cerita ini kesimpulannya dia bawah 1 perkataan iaitu KETABAHAN
Pasal cerita ni aku dok sobsobsob sampai anak pun naik heran, asyik dok panggil, mama? mama? mama? angkara dia tak boleh tengok aku nangis (haaa tau takut!)

Pasal cerita ni la dok drag aku sampai kul 4 baru sampai rumah Amy konon kata awai nak mai tolong tolong ringan tangan, heyyyy Puan Amy hamponnkan saya!!! hehe tapi saya antara yang awal selepas MIL kamu kan kan kan ;p

Cerita ni buat aku melekat depan tv, kerana lebih kepada ketabahan, aku percaya tiap pada kawan kawan aku yang rapat mahupun ahli keluarga, mesti ada perkara perkara yang mereka perlu tabah. Serius aku katakan tabah aku tak setabah mereka.

 Sinopsis cerita ini, adapatasi true story katanya kan:-


Kerana cerita ini sedikit sebanyak terkena pada diri aku, pada sikap aku, lebih kepada cerita ini buat aku menginsafi diri sebab aku mudah hilang sabar, aku mudah jadikan ketidakpuasan hati aku isu utama berdebat TANPA fikir the other side secara mendalam, tu yang boleh sob sob sob tu tengok cerita ni.


Lagi lagi bila dia dalam keadaan yang stress terlalu tinggi, kerja dia bukan duduk dalam office pakai tie, dalam aircond, perlukan kudrat otak sahaja, tapi kudrat tenaga badan juga, lari site sini lari site sana tengah KL yang jem bagai nak rak, dengan phone calls, dengan site report, dengan boss yang gila pangkat, sampai ke tengah malam kawan kawan standby duty call kalau ada problem, dengan attend macam2 benda, dengan bini yang selang 2jam sms tanya buat apa makan apa itu belum masuk kalau tengah perang saraf:P,

itu hal office,

Hal belajar, 


Dengan assignments, dengan study time, malam nak mula study anak ketuk pintu sambil panggil "babbbah, babbbah" sampai ke hati nak biar, diangkat anak utk peluk2 anak pun mula main pen main buku, so drag la lagi masa belajar babahnya. Nak pujuk anak suruh tidur hantar pulak anak atas katil, last last Babah tidor dulu, dah tu studynya ke laut lah kan,


Berbalik kepada cerita Freshman Father ni, memang ada tertempias lah pada aku juga, padan muka aku! Kadang2 aku selalu terlepas pandang, tanpa aku sedar konon konon aku dah habis betul, tapi aku salah! Jangan kerana the other side itu diam, atau bertindak biasa, cool, tidak bermakna dia tiada perasaan di dalam kan! Dia tetap manusia, lagi lagi dia bergelar seorang suami. Tapi syukur Allah bagi aku peluang untuk kadang2 sedar kesilapan aku, itu lebih baik kan, dari sentiasa menonong rasa betul dan hebat!


Endingnya cerita ini dengan pemergian si isteri akibat tidak mahu tabah bersama lagi, tinggal lah anak dan ayah bersama mengharungi hidup, lagi membuat aku sedih, takkan ke situ pulak jalan aku mesti pilih, itu tiada IMAN namanya! tak lain tak buat aku mesti tetap bersama orang yang aku sayangi, susah atau senang,  keluarga kecil aku ini walau apa terjadi, walau beribu kilo tabah aku kena keluarkan itu antara modal yang aku kena keluarkan demi untuk sebuah kebahagian!


Itu bahagian cerita aku yang memerlukan ketabahan. Bahagian cerita kamu semua pula terpulang kepada kamu untuk mengolahnya. Bagi yang tidak faham mungkin akan rasa alahh kecil saja, bagi yang faham terima kasih atas kefahaman anda, sesungguhnya kalau kita tak berada dalam situasi seseorang itu kita tidak akan tahu tinggi atau rendah masalah dia. Jangan hanya pandai melihat dan membanding kalau tidak berada dalam kancah sebenar.


***
1) Moral of the story, sentiasa ambil tahu perkembangan kerja dan pelajaran suami
2) Jangan cepat melenting lagi2 bila suami tengah stress
3) Jangan asyik nak kire kalendar raya kite je, sedangkan suami stress :p
4) Jangan tau nak ajak pergi shopping or tengok movie kalau suami banyak kerja :p


Entah apa benda aku melalut petang2 ber migrain ni kan, tu je lah citer dia ok bye.




Monday, May 14, 2012

Katuri by Jung-Saeng Kwon

Tertengok dalam 20minit terakhir, betapa sedih dan sayunya cerita ini. Apa aku boleh cakap kan, TV AL Hijrah dia punya cerita even kartun pun memang berkualiti. Padahal untuk umpan bagi anak dok senyap je setelah berlari kayuh basikal non stop, sekali dengan maknya sekali terpegun tengok cerita ni.

Grafik pun tip top cantik, jalan cerita mengisahkan ibu ayam dan anak anak nya, ibu yang sayangkan anak2 sanggup bergadai nyawa demi melindungi anak anak  yang pelbagai ragam. Macam macam karenah anak anak sedaya upaya dia cuba selesaikan, sampai satu tahap hutan terbakar api merebak, mereka sekeluarga tersekat di tengah2 api, si ibu memujuk anak anak yang sedang ketakutan, supaya tidur dalam pelukan ibu esok kita bangun pagi dan main, padahal si ibu telah terbakar anak anak tak perasan sebab dalam pelukan.

Seorang petani macam perasan hal ayam sekeluarga ni, membiarkan saja jasad ibu di atas tanah itu, anak2 ingatkan ibu masih hidup bermain terus bermain sambil berteduh di bawah kepak ibu, sampai la anak anak sudah besar, sudah bermusim berlalu sampai tiba musim salji jasad ibu telah reput, anak anak membawa diri. Sedihnya kalau kamu semua dapat tengok cerita ini.
Ada terjumpa sort video cerita ni tapi tak tau nak download.

http://www.awolanimation.com/index.php?cat=series&serie=katuri


Based on the renowned children’s novel from celebrated Korean author Jung-Saeng Kwon, KATURI recounts a tender and delicate coming of age tale of nine little country chicks to whom life has given the most precious of gifts – a loving and protective mother.
One day, while strolling in the Spring sunshine of the forest, wildfires alight and quickly encircle the chicks and their mom. It seems like there’s no way out!

Will they survive? And what memories of that day will they carry in their hearts? An inspirational story of how that most unconditional of loves can give you wings.

Monday, April 30, 2012

Kempen Apple Cider - Cuka Epal

Ok mari meneruskan misi hangat hangat tahi ayam kita dalam membuang lemak keras.
Agaknya barang2 yang digunakan agak murah (harus lah nak yang murah) pastu aku ni jenis pemalas maka jadi la situasi kejap ini kejap itu. :p

Kalau haritu kita kompang oat dan green tea, kali ni kita kompang APPLE CIDER @ CUKA EPAL.

Malas nak citer panjang panjang, ter inspire bila teringat balik kawan lama masa kerja di AIA dulu pagi2 dia minum apple cider good for health masa tu aku memangdang enteng kerana bau dia agak tidak sedap sikit. cik Aiswani kita dah beli botol pertama beliau. Semangat.

Antara good benefit from this thing ialah:-


Antara khasiat cuka epal ialah: 

1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi. 


dan lagi :-
1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) pada mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.


Ahahha yang di bold kan itulah yang bagusnya sesuai untuk aku kan. Ok jom beli...Aiswani beli di Guardian RM27..Cargasssss

Thursday, April 26, 2012

Kecut Perut



Gambar ni ambik di forum, saje nak share dengan kawan kawan ..tengok la orang dulu2 selamba badak je bawak anak duduk gitu naik cable car...oldskool engineering he he he..
Aku tengok terus kecut perut macam aku pulak yang naik benda alah ni .. Tabik spring lah!

Wednesday, February 22, 2012

Backyard Party dan Hand Foot Mouth Disease

Alkisahnya kohnon akak dah bersemangat sintoi nak berbackyard party lah kan dengan bebudak sekolah rendah & sekolah menengah (ceh bunyi macam ramai gila!) So memang menu akak plan is laksa utagha dan dadih. Jumaat malam tu gigih la akak berperang bersama QQ mendadihkan berpuluh bekas tu, clearkan peti sejuk dan sebagainya. Sampai si QQ ni duduk atas high chair dia depan pintu dapur, jiran sebelah tergelak besar tengok dia dah macam mandor.

Petang masa ambik dia balik sekolah, cikgu sudah pesan "kak, dia macam nak demam la, dedar nanti bagi ubat ye" so balik tu masa baring kan dia nak check2 badan dia (kerja wajib lepas balik sekolah) akak nampak dah bubbles2 di tapak kakinya, eh banyaknya semut ketip, tapi bila tengok makin worst sikit sampai nak ke pergelangan kaki tu akak dah sentap berfikir ni kalau tak chicken pox mesti HFMD ni. So this time me and Babahnya decide since dia pun macam nak demam so kiteorg nak tunggu next day nak pergi government hospital atau govt. clinic je. Malam tu dia punya la melalak lalak ikutkan hati nak ajer terjah ER Hospital Selayang, tapi lepas calm him down dia tidor, esok pagi kiteorg call kawan so dia kata pegi la ke KK di Selayang. So jumpa doktor dan terus tanpa agak2 doktor kata HFMD ..What????!! Memang akak gelabah dan doctor pulak just prescribed ubat2 biasa sebab QQ double infection geng tonsil macam mak dia juga kan. Tapi sebab dia tak demam dan ulser pun belum sempat naik, dia juga tidak lemah jadi doktor bagi je la ubat biasa2 je. Balik tu akak tak puas hati terus mesej Dr. Shyam classmate akak yang hensem gilos jadi doktor tu wah sangat matching muka dia dengan profession dia tu kan (tetiba!)  so baru la akak tenang sikit lepas dia bagi in details what to do what to avoid bla bla bla. So kiranya sakit ni biasa je di mata para doktor, cuma jangan bagi anak2 bercampur sebab mudah jangkit dengan air liur, hingus ke apa2 je la kan, dan as long as anak aktif macam biasa, ada makan sikit2 dan tiada apa apa masalah katanya.

So since kuah laksa dah berperiuk akak masak, laksa dah celur, dadih berpuluh bekas tu mana akak nak salurkan, maka decide lah untuk hantar juga kepada kawan2 yang berparty di rumah Amy itu. Kononnya nak hantar je QQ jangan turun nanti jangkit pada Zaeem, Jihah, Hannah, Iraa, dan Zara kan..alkisahnya terus disuruh jugak masuk jamah makanan, (jamah lah sangat) dan sempat bergosip walau terpaksa mengendong anak dan anak bertukar2 tangan. Sengsara ok tengok anak menggelupur nak turun nak main slide apa bagai kat dalam rumah tu. Sian sangat, so tak lah lama akak pun cabut balik, tapi tak balik terus sempat menyinggah beli bekalan Dettol berbotol apa bagai di Desa Park City :p



Memang best beramai ramai bergelak ketawa, so ini 1st aktiviti kiteorg untuk tahun 2012. Dalam busy busy banyak jugak aktiviti tahunan kiteorg kan. Gambar pun akak tak ambil, so akak kidnap la sesapa punya di FB tu buat kengangan di blog akak ni  muahhaahhaha...

We all..ada yang dari darjah 1 ok, sekarang dah sambung PHD malu akak, ada degree rasa macam ada SPM je nowadays kan :-(

The Kids yang sangat la risau dapat infections..Harap2 mereka ok

Teacher Elza with my dadih and QQ yang kurus and mamaaa

The food was awesome!!

The bujangs yang sampai awal

She's my best buddy during Std. 5 & 6 up to Form 3 up to Form 5 juga kot beside Bayam, but few years back something happened to our friendship, now we are back to square one! Whatever it is lesson learned! Maaf dan memaafkan biarkan ikhlas!
Sebahagian toys yang perlu didettol kan cukup2...2 besen ok toys yang selalu dia main, habis segala baju bantal comforter dia semua aku basuh berdettol dan keringkan panas2 di IJN biar mati kuman.

Tengok di ibu jari itu la bubble HFMD..

Saya sihat je, kaki je ada bubbles project saya jalan seperti biasa...Saya tak pergi sekolah abaout 5 days mama and babah take turn jaga saya di rumah. Saya sangat suka.
Hehe tetiba gambar dadih di bawah, next time ada benda aku nak modified dengan dadih ni pasti lebih umphhh!

Friday, February 17, 2012

Menyampah Kerja & Best Backyard Party

Wohhh tatkala ini memang menyampah nak buat kerja lah.
Kemalasan tahap maksima.
Fikiran entah ke mana mana.
Kerja PPB - Perlis Plantation Berhad tapi 3 site nya di Sabah aku masih belum dapat lagi finalized kan harganya..aku menyampah nak buat benda2 yang susah nak pikir yang kena guna otak aku lebih lebih aku malasssss..

Dalam otak aku ni sebenarnya bak kata Bahyam nak menggelinjang je lebih ni. Muhahaha..Memang pun. Entah kenapa aku membayangkan gaya gaya santai kawan kawan di laman belakang rumah Amy yang berumpur karpet nan cantik itu sambil anak anak bermandi manda, bapa bapa pulak mem bbq kan diri, yang wanita wanita selebihnya bergosip :p

Ok mood ber get together ON. Semangat balik ini (subuh esok) mahu masak laksa utagha (menu yang suami ku tak makan tapi ada aku kisah dia tak makan, sila makan benda lain) dan nak men dadihkan diri...Dadih strawberry special untuk Rafif Zaeem anak tuan rumah dan dadih jagung.
Bukan tak de kerja, kerja nya ada, kalau dah mood pemalas itu mari, seru lah macam mana pun takkan nye nak keluar, lantas terus gatal meng google image Backyard Party lah konon kan...Wahh eyes droooling cantik sekali. Tapi sayangnya semua nya kat negara omputih katanya kihkihkih cuci mata saja lah ye.

Ohh indahnya kalau dapat beli rumah idaman Semi D Single Storey yang sangat luas..



Melampau siap liveband ko


Kaler2 ni yang buat cantik tapi orang tengok best nak makan takut kihkihkih



Credit to google image with :Backyard Party keyword

Thursday, February 9, 2012

Petua Kurangkan Angin

Ok sungguh terkesan sesi urut kali ini di rumah emak. Dari mula Kak Mas tukang urut tu sampai la kesudah asyik membebel aku punya angin dalam badan sangat banyak, mengucap panjang dia bila dia tekan2 kepala aku ada benjol2 atas kepala aku dan kata dia angin aku dah masuk sampai ke tulang. Wahh gerun ok!

Aku rasa aku perlu maintain urut badan kurang2 sebulan sekali, dan antara komen Kak Mas lagi aku ada sakit tang dada..Erkk...Dia kata rongga oksigen aku, aku over exhausted dia kata, phewww kan aku dah kata aku letih, aku macam fully utilized body aku PLUS membawa ke mana sahaja lemak2 tepu aku tu PLUS selalu perlu mengendong super QQ berat 10kg in case terlupa bawak kasut atau hari hujan lebat.


Lepas tu emak pula mula bersuara tak pernah ok dan ini sangat menyentuh kalbu " Kamu tu kena kurang kan berat, Alep tu kecik lagi, mak ni sakit mana boleh nak tolong jaga dah kalau ada apa apa jadi kat kamu" Ok ini bukan jokes ok...Sampai saja di KL terus ke 99 Speedmart beli oat. So lupakan dulu sarapan2 berat yang vass, telan la oat sama milo roti dan biskut kalau jemu telan la buah buahan. Paksa rela. 

Esther - kawan penglipur lara yang rajin text aku panjang tak kire sms ke inbox FB mana mana dia sempat lah, asyik cakap "cut your rice intake" "cut your rice intake" hahaha aku buat nohe je. Gile tak makan nasik! So sekarang mungkin perlu ambil serius kata2 Esther. Esther dulu gemok juga, berlengan ketak gusti wanita juga, tapi lepas boyfriend dia tu memang agak pelik dan tiada istilah nasi maka dia pun terikut ikut dan hasilnya wow! "Aiza i will makan everthing but bukan nasik" . Jadi cabaran aku adalah lebih kuat kerana Encik Tarosan die hard fan nasik. Ni dah 3 hari aku seret dia pagi2 breakfast oat dengan aku. Nampak macam ok tapi tak tau lah kalau dah pukul 10 pagi dia hentam mee goreng ke apa ke kan bersama kawan kawan.

Gitu la kisah ke sentapan aku terhadap isu GEMOK! hahaa.Aku tak pernah heran aku cakap2 gemok ke apa tapi kali ni bila mak bersuara aku heran ok :-)Malam ni tergerak hati nak kurangkan angin dalam badan, aku percaya posisi tidur aku sangat mengundang angin masuk terutama ikut kaki, jadi mari tukar semua tu slowly. Mari berusaha.



Garlic - Kaedah buang angin


Rendam garlic, patut 1 je, tapi aku rasa aku perlu overdose ok telan 2 lah. Ni tengah rendam air panas. Nanti sampai nampak oily sila minum sambil tutup hidung.
Sila bersedia dengan kutukan kutukan yang bakal menjelma atas usaha murahan ini. Hahahaha Aku tau mesti ada 3 orang gelak + kutuk tak percaya , tengok belum apa2 sorang dah berbunyi, tinggal lagi 2 (Puan Sal Bayam dan Kakak aku) hahaha berdoa derang tak masuk blog dah. :p