Showing posts with label Hijau. Show all posts
Showing posts with label Hijau. Show all posts

Saturday, November 9, 2013

Taman Dalam Bandar

Sabtu tiba lagi
Sabtu biasa, bukan luar biasa
Terms "Biasa" untuk kami tu bermaksud -

  • Kerja halfday
  • Masuk kerja pasti lebih dari pukul 9am
  • Pakai selipar jepun kalau boleh nak pakai baju tidur terus
  • Masuk office makan breakfast sampai pukul 10
  • Tengok youtube, baca blog, main game tetris sampai habis nyawa kat FB
  • Pastu kemas2 meja sikit
  • Pukul 1 cabut fetch anak kat nursery
  • Encik suami tiada pergi kelas jam 11 malam baru ada di rumah
  • Masa kerja ni kepala mula berfikir nak ke mana bawak anak jalan petang nanti
OK bab nak bawak jalan ni, adalah crack juga kepala. Being Qhalyf kalau Sabtu aku suruh dia hadap je tv sambil main tablet dia sambil aku dengan aksi dugung membuta sampai ke lewat petang boleh mendatangkan kebosanan beliau lantas menseteresskan aku asyik kejut aku je kan. 

Selalunya petang Sabtu kalau paling malas aku bawak dia turun 
  • Mandi di swimming pool rumah saja - Ini sudah bosan

Swimming pool + palyground (tak kelihatan dalam gambar) @ my rumah 
  • Main di playground tepi pool rumah - Juga sangat bosan dan limited
  • Pergi main playground dan bagi makan tortoise di Menjalara Park - Bosan
Bandar Menjalara Lake & Recreational Park 

  • Desa Park City - Tak berapa bosan tapi banyak dog auuwwf aauuuwwf maklom la tempat orka orka beriadah
Desa Park City Waterfront Park

Thinking of nak:-
  • Bawak dia pergi main layang layang terbang tinggi di Metropolitan Park - Persoalannya siapa nak terbangkan kite tu? Nak suruh aku berlari mau terbersalin pulak nanti, takkan nak suruh dia yang cinonet tu berlari...Hurmm


    • Nak bawak mandi sungai kecik di FRIM @ TTDI Park - Bersih ke? Hujan ke tidak petang nanti? 

    • Nak bawak pergi indoor playground Aeon Kepong ke? Hurmm boleh juga tapi parking sure hazab habis weekend kan

    • Nak bawak pergi Midvalley naik tren? - Arghh terbayang pulak tangga kat komuter Midvalley tu


    Arghhh ting tong ting tong dah lagi 1 jam nak balik ....Cepat mama decide...good luck to me..


    *** Disclaimer - All photos taken @ google search image. TQ! 

    Wednesday, November 7, 2012

    Scindapsus Aureus Var Plant

    Adoii ting tong betul rasa pagi ni
    Sebabnya bila uzur ni tengok jam pukul 6 pun rasa masih awal lagi kan
    So decide utk tidur dulu barang 5 10 minit
    tersedar jam dah 7.35pagi woooahh tak pepasal suami kena qada solat subuh.
    Dia tiap2 hari lepas pukul 1pagi baru masuk tidur. So mmg mengharapkan belas ehsan aku lah kejut kan.
    Melompat bangun terus masuk dapur, mujur lah barang2 nak masak mee malam tadi dah siap.
    Tinggal nak tumis je.

    Ni angkara lately si anak dah pandai tidur sendiri, anak rileks je
    Mak pulak pusing kiri kanan kejap kejap jenguk anak
    Pukul 6 tu anak mintak susu bila dah kasi susu mak tidur kejap sebelah anak
    Terus dapat tidur lena, wahhh patut la...mak rindukan bantal peluk mak iaitu si anak hehehe
    Tu yang tidur siap mimpi jadi pelarian Palestin berlari laju di ladang gandum, lari dari askar Perancis. Takutt woo...tapi tiba2 terkejut dek deruman ekzos van sekolah yang kuat benar bunyi nya. Chisss!
     
    Alhamdulillah sempat punch in jam 8.56 pagi, mujur lah jam punch card tu ala ala siput lambat dekat 10minit dari waktu asal. Selamat.
    Masuk kerja dan rutin berjalan seperti biasa.
    Dah 3 hari aku ditemani si hijau.
    Si hijau mula nampak kekuningan lah, saya dah siram sikit semalam petang.
    Dekat situ ada tulis keep out of direct sun, ermm ala takkan dah nak layu kot rileks la dulu.
    Si hijau ni saya beli untuk bayar parking Ikea. Biasa la Ikea if kita purchase apa2 kan parking free, so dari bayar parking lebih dari RM5 baik saya beli si hijau baru RM1.90 dan barang pun dapat. Hehehe saya mmg berpeel gini kalau ke Ikea, ok apa kan...disamping jimat dapat barang juga :-)





    Macam mana ye nak bagi si hijau kembali hijau dan segar??