Showing posts with label LAZADA. Show all posts
Showing posts with label LAZADA. Show all posts

Friday, September 14, 2012

LAZADA Malaysia - Pengalaman

Siapa ada pengalaman bersama Lazada/Zalora dan seangkatan sila angkat tangan hehe..

Zalora tu iklan dia sangat tempting kan, tapi menurut kawan2 yang dah terkena memang takut nak beli dari diaorang. Lazada punya iklan pun menggegar nafsu juga.

So aku membeli (actually cuba membeli) dengan Lazada. Saja masa tu bosan takde kerja kan...aku tak pasti payment method dengan Zalora ada ke tak guna terms COD, tapi untuk Lazada memang ada dan aku guna term tu. 

1st test aku ialah dengan membeli barang harga rm4.50 iaitu 20pcs jelly mould harga kat luar pun lebih kurang, lepas tu Lazada kata free shipping kan, ok lets try, kalau tak sampai ke apa ke aku tak rugi sesen pun..dan benda tu betul2 sampai, aku order hari Khamis, hari Selasa next weeknya sampai. Budak despatch tu pun gelak kat aku, tak percaya benda tu aku cuma perlu bayar kat dia rm4.50 saje tanpa apa apa tambahan kos. Dia siap datang naik lori tau hahaha.. Tetapi ada beberapa kecelaruan juga antaranya :-

1) lepas order, dapat purchase confirmation email dia total up jumlah jadi RM9.50, aku sudah panas menyumpah juga la masa tengok email tu, penyesalan pun datang ni kalau suami tahu ni mmg bernanah juga telinga kena tadah bebelan kan. RM5 tambahan tu katanya apa fees entah tak tau, lepas tu mmg cakap kat situ 20pcs blue color..

Ok fine, bila sampai, aku dah standby nak bayar rm9.50, dia kata rm4.50 je..aikkk guano citer ni eh tapi baguslah jadi murah ke harga asal balik kan..ok lepas tu excited bukak kotak, tengok ok benda yang betul cuma 10pcs biru 10pcs pink..huwahuwahuwa dan sekali lagi tak apa lah...ok saje...

 Lepas tu naik syok pulak, aku masuk lagi website Lazada, purchase buku pulak 2 buah buku each rm5.50 - buku masakan yawww! so lepas purchase dpt confirmation email untuk buku buku tu RM11..benda ni aku order pada hari Rabu 12/9/2012

13/9 hari Khamis aku dah dapat benda tu, juga dah standby RM11, alih2 budak despatch tu kata RM5.50 saje kak, aikkk kata 2 buku aku order, dan sekali lagi takpe lah bayar saja lah RM5.50 dan dapat saje lah 1 buku, lagi 1 buku tu entah tahun berapa nak sampai atau tak sampai samapai langsung ke aku tak kisah hihihi aku tak rugi apa ..kalau sampai jugak memang dasat la Lazada berniaga masih boleh untung siap hantar separate consignment kan..


Apa apa pun sesiapa yang nak berurusniaga dengan Lazada/Zalora dan seangkatan (diaorg adik bradik sebisnes dari maklumat aku google2) silakan...takde masalah, cuma aku nasihatkan kalau nak beli tu barang2 yang mahal2 lebih dari RM50 ke apetah lagi yang ribu ribu tu pergi lah ke kedai, dapat tengok rasa pilih dan confirm ketulenan, ketepatan barang yang dibeli tu, serius aku memang tak berani nak ambek risiko, kalau setakat benda2 murah yang tak urgent boleh la dibeli tapi aku nasihkatkan sekali lagi jangan la pandai2 pergi pakai credit card..tak kisah la rugi sikit tak dapat point masa membeli tapi sayangi lah wang anda..kalau nak beli juga boleh, ingat guna payment terms cash on delivery (COD) ye.


Oh ya lupa pulak nak bagitahu tiap kali purchase aku dapat voucher rm10 diskaun makanan tapi kena order online dan akan di deliver juga..ada Chicken Rice Shop, Secret Recipe dan banyak lagi..apa ko ingat aku brani nak order, maunya aku order nanti mcm2 hal terjadi hahaha...kot ye pun sampai kat aku silap2 dah keluar ulat dan cendawan kot makanan aku tu hahahahah...jgn main2 cik Eton!!

Itu saja cerita saya. Bye Bye :-)