Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

Sambal Mania

Assalammualaikum w.b.t.


Hari hari pening juga pikir menu sebab mostly memang wajib masak untuk seisi keluarga tersayang. Semalam lepas browse blog Aunty Nani, balik kerja terus bersemangat. Terfikir juga apa la selama ni aku menggunakan method yang lain, kenapa tak guna method yang ini kan. Selalunya just rendam cili kering, lepas tu rebus cili kering tu, blend dengan bawang dan belacan tanpa masak lagi, but this time method nya advance sikit lagi dan me rasa agak mudah sikit utk proses masak seterusnya, compared dengan method lama, which is kalau nak masak sambal ikan contohnya kena lagi sekali tumis kan cili yg dah blend + tambah benda2 lain utk perasa.


Sangat gembira pulak untuk new invention ni, maklumlah lepas ni tahun depan tambah lagi 1 amanah kena pikul ada baby kecik, tanggungjawab sedia ada kena pikul tanpa henti juga, so ini plan dan method terbaru jiamt masa dan tenaga. Walaupun semalam masak mee sup seafood untuk Qhalyf, untuk suami plan nak masak sotong masak hitam kesukaan dia dan ayam merah, last2 suami pun share makan mee tu, maka tak payah masak lain dah dia cakap. Pheww lega.


So kesempatan yang ada sebelum solat maghrib, baik buat sambal goreng ni. Maka terhasil 3 jenis sambal untuk masak minggu ni punya menu. Wah senang kerja akak.

Sambal goreng in the making, Aunty letak banyak cili api, mine is kurang sikit, karang ada meletup mulut tak tahan pedas hehe..Aunty tak letak belacan, mine letak siap2 gula garam belacan semua.
Tadaa dah siap di tumis sampai pecah minyak + garing..terbayang2 sambal tempe, sambal tenggiri, sambal terung..+ kicap Jalen + nasik panas panas..weehooo


Lepas tu terlebih rajin lagi, buat pes untuk sotong masak hitam, ramuannya simple je according to MIL, kunyit hidup, bawang putih + merah, serai, halia, lengkuas patut ada tapi me tak letak.


Lepas tu sambal ikan cencaru belah belakang, yang ni kan kena letak jintan sikit, so rasa different sikit dari sambal biasa tu..


Daku memang sambal maniac sikit, rasa plain xde masak sambal ke apa tiap kali makan. So benda ni memang kena buat jadi tradisi lah kan, senang kerja utk ibu2 bekerja mcm aku ni. Tapi kena make sure masak betul2 sambal tu, wrap @ packing betul2 before masuk freezer, nanti tak lah sakit perut. Teringat makcik aku yg hari2 masak tiap kali balik kerja, dia pernah cakap on weken dia masak lauk utk stok seminggu pastu dia bekukan dalam peti sejuk. Perghh sangat tabah yer beliau, dia kata tak sempat sebab sampai rumah mengharuk jem dari ofis Tabung Haji ke rumah dekat jam 8 baru sampai, tapi anak2 tak mahu makanan luar sgt, maka itu je la cara penyelesaian dia...for me yang jam 6 di rumah tak perlu la kot mcm tu kan, lagipun aku lauk panas2 kan balik ni agak kureng sikit tekak nak terima tak tau kenapa..so ini saja jalan yang praktikal dan the best utk. aku.. Thanks Aunty bagi idea.

Friday, October 4, 2013

Banyaknyaaaaaa



Banyak nya makanan atas meja kita hari hari. 

Cuma harini takde fruits je malas nak potong. boleh?
Hari2 kena ada benda nak dimakan sambil buat keje, actually lebih kepada nak kunyah je kan

Macam harini dalam container tupperware tu ada roti salut kaya dan buttter, Chocolate Nips tu KakMin kasik, dalam plastik tu ada samosa dan ubi goreng, bekas air belakang tu air beli GCB Mcdonalds masa lunch tadi, air bergas yg terlarang tu yg sedap kena la kita campur dgn air masak banyak2, air masak kena bawak dalam bekas tu hari2 kena minum habis. Tu belum masuk gula gula Nano Nano dan Hacks Lemon dalam drawer. Kalau ada visitor tengok cubicle kita ni mesti dia tak toleh kat kita 3 4 kali..mesti dia kata ala sinonim la dengan badan kan hihihihi..

Nasib baik la MGTT haritu ok...nanti sampai rumah dah kenyang, malam kenyang tapi kena masak jugak untuk lagi 2 orang hero tu. Kadang kadang sakit plak hati kita, hari yg kita bersemangat nak masak diaorng buat muka nohey je tak lapar la takde mood nak makan la, time hari yg kita malas nak masak sorang2 buat muka lapar, muka tak cukup makan habis selongkar tin biskut, peti sejuk semua lapar bebenar..Sama je 2 2 tu ...eeee geram sungguh.

Tuesday, April 2, 2013

Mahnaz Food

 Assalammualaikum w.b.t.

Weekend lepas adalah happy, kerana walau tak dapat curi masa bawak QQ balik JB tapi we kill the time Sabtu Ahad jalan sakan hehehe..Syukran, maklum sajalah normally weken kami berdua tanpa Mr.S adalah boring maksimum. Biar lah rumah ku bingit dengan channel kereta lumba, channel 551 kapal cari ketam dan lobster ke apa ke janji ku tahu ada dia ada di rumah. Oh tak sabarnya nak tunggu lagi 1 tahun lebih, lepas tu nak ke bulan ke bintang semua boleh

So weekend lepas kiteorg pergi Shah Alam, kiteorang memang suka Shah Alam, nak beli rumah kat Shah Alam yang teres2 tu tak mampu + jauh kan, sebab dah penat kot dok kawasan bukan majoriti kaum kita, jadi bila dapat masuk kawasan melayu ni rasa best je. 

Tujuan lain pergi Shah Alam sebab nak pergi Mahnaz Food. Mahnaz Food akak supplier office ku yang suggest pergi kalau nak beli barang2 kering esp. dari negara negara Arab. Tujuan pergi tu sebab nak borong kismis dan barang2 kering untuk diberi pada Ustaz Wan utk doa sikit buat jadikan makanan ruji sefamily . Instead of Ligo apa semua tu kalau ada yang lagi bagus sumbernya why not kita cari sumber yang lagi bagus kan. Harga nya murah juga compared to beli kat tempat lain. Dari kismis, kurma, almond, pistachioa, black seed oil dan segala benda yang ada di tanah arab kebanyakan nya ada kat sini.

Ohh bila tengok semua barang2 ni mmg rindu pada tanah suci Mekah dan Madinah tiba tiba menusuk hatiku..Tengok air kotak, tengok kacang semua teringat..Ya Allah murahkan lah lagi rezeki ku utk ke sana lagi. 

So me borong kismis berkilo,madu Iran, air jus, minyak habatus sauda, peanut nougut yang sedap sesangat dan ape benda lagi tah..Semua rasa nak beli nak bawak balik. Nasib baik pergi dengan Mr. S kalau aku sorang yang pergi mesti penuh troli :p..Gambar tak amek sebab orang ramai + QQ meraban tak sabar nak bayar biskut Oreo arab dia tu..Sabo je la, risau nak lepas dia sebab banyak botol2 olive oil, honey apa semua kang terlanggar naya mak nya nak kena bayar. 


Ni antara gambar google tentang Mahnaz, exactly mcm yang aku beli..

NI la kedai nya, sekali dengan warehouse dia, tokey nya mmg orang Arab, me pergi waktu Sabtu petang2 pun ramai orang lagi, kalau bulan puasa taktau la macam mana packnya kedai ni.


 Tak boleh stop makan benda ni, peanut candy 500gm RM10 ada perisa coffee, tapi me doncch like, me suka yan orri.



Teh arab, macam2 jenis, tapi terlupa nak beli ..boleh??? Nyesal rasa nak terbang pergi sana balik sekarang






 Ohh jus ni semua mmg menggamit memori, sekotak RM1



 Madu banyak jenis, tapi boleh tahan harga dia. Aku pun tak tau mana 1 bagus.




Budak yang dah demok bersama biskut arab beliau hehe


Macam biasa lepas tu aku request ke SACC Mall sbb kat situ ada kedai jual blouse size petite model cam aku kan hahah, harga dia macam murah je, tapi pergi this time tak banyak stok, plus akak pemalas tu still ada, pemalas ok akak sales tu..asyik gayut tipun je. Hek., dan 


Kami singgah maghrib di Masjid Shah Alam, which is among the best masjid kat Malaysia ni kami rasa, kami suka sangat sangat sebab dia sejuk, sound system nya very clear, bacaan Imamnya sedap sgt..tapi tempat wuduk je agak jauh sikit pastu kena naik tangga curam, + lantai licin, me dengan barang anak, dengan anak punya toys dengan bantal busuk anak, dan anak mintak dukung, imagine la sampai atas rasa macam perghh hebat kembang kempis hidung mmc dah sampai puncak everest. Mengah weh hahaha..


Dan finally apa lagi mencari santapan malam, nasik arab ler dekat seksyen 7. Kat situ pulak baru bukak burger besar - Burger Yazid, tapi sebab tujuan nak makan nasi, maka jgn gatal2 order, kena pulak situ ada gerai Johor jual kacang pol dan mee racun, sudah pasti nanti kami akan ke situ lagi.


Alhamdullillah

Wednesday, March 27, 2013

Rainbow Cake - Pre Experiment

Gambar ni pinjam dan hasil dari google
Sesapa yang expert, benda ribbon2 kat atas tu apa ke nama nya ye?
mcm mana nak buat ribbon tu? dari gula ke?
Tolong ajar saya ye kalau sapa tau. Tq in advance

Monday, March 25, 2013

Kek Gula Hangus


Kek gula hangus..memang kesukaan ku tapi tak pernah terfikir nak buat
sejak sejak pandai buat karamel ni kan gatal aje tangan nak mengekperimen
bahan pun tak mahal dan mudah juga buatnya
Cedok dari blog Kak Jun resepi nya
Kebetulan MIL pun ada, cuma tak sempat dia orang nak jamah sebab kek ni kena perap lama untuk hasilkan sarang yang elok
Amek bau je lah ...
MIL punya style kukus, tapi mine is bakar..
So ekperimen ku berjaya.
Selamat bawa ke ofis masa masih fresh from oven..
Alhamdullillah...Lulus.


 
Double yummmmehhh!!!

Monday, November 12, 2012

Home Made Ice Cream - Aiskrim Buatan Sendiri


Yahoooo! Kite berjaya buat aiskrim sendiri . Alhamdulillah...menjadi. bertambah2 la si kecik tu punya la suka. Ok lepas ni sapa datang rumah saya jamu ni je malas nak buat kek hahahahaha...

Monday, November 5, 2012

Friend + Family Outing

Setelah mengalami beberapa masalah teknikal kami tak dapat berkumpul
Semalam boleh kumpul kembali seperti biasa. Syukran Alhamdullilah.Yiba yiba angreyyy!
Aktiviti makan2 lah apa lagi kalau dah berkumpul kan.
Sebab kami 2 (aku dan abang) je siblings yang kat KL maka lepas muka kami, muka kami lagi.
Destinasi pilihan ialah kawasan The Curve, Mutiara Damansara,
saja pandai ngelat aku pilih situ sebab dekat dgn rumah :p
mujur pun dekat, patut pukul 3.30 big boss sampai rumah tapi lecturer dia terlebih rajin boleh pulak habiskan kelas ngam2 pukul 4. Alahaiii.
Sampai sana terus je tuju ke Manhattan Fish Market.
Sebab kak Ana teringinkan lobsternya.
Kami order lobster cheese complete plater tu, pastu mushroom spaghetti dan seafood spaghetti, udang cheese apatah.
Ohhh my Allah. sungguh tersangat lah enak. Memang kenyang tersangat lah.
tambahan pula orang belanja kan :p
Berkat namanya tu. Tu yang sedap melampau.


Next turn, turn kami pulak velanja they all, ok insyaAllah no problem!
Kalau ajak ke The Curve lagi mau kena hampuk lah aku agaknya :p
Dah la Sabtu tu aku ke Curve juga dengan Super QQ makan2 dengan Cik Iszuanie kita. 
Tujuannya aku nak tengok2 wedding favor utk majlis adik aku tu sesambil bawak QQ jalan.
Makan banyak macam dekat 10 orang padahal 2 orang je (SuperQQ exclude dia mana suka makan)
Kita makan meatball, kita makan pasta vegetarian, kita makan caramel jelly, makan dark choc. cake yang dulunya Daim Cake so sad no more Daim Cake why ohh why Ikea??, makan mushroom soup with soft bun dan chicken wings! yey!
Hahahha betapa ku menyayangi kawasan Mutiara Damansara tu kan. 
Aku mmg tak suke nak ke area KLCC bagai or middle of the town.
Sesak tak sooooka okeh.
Nisbah kesukaan dia ala ala gini 1500kali Damansara = 1 KLCC kot
ha gituk sekali kan..

Apa apa pun syukur ya Allah..
Rezqi sama dikongsi.



Wednesday, October 3, 2012

Nasi Lemak

Susah nak jumpa orang Malaysia yang tak makan nasi lemak kan..
Especially waktu pagi..
Oh lupa keluarga mertua agak kurang nasik lemak,
Sebab kat sana banyak pilihan mostly lontong,
lontong kering lontong basah soto segala.
Lontong kering adalah awesome.
Mak Ipoh pergi rumah Mak Johor makan sampai licin.
Sampai sekarang dok cakap sedap la tak jumpa kat Ipoh la gitu gini.
Memang la susah nak jumpa selain kat situ aje. Auww.

Orang pantai timur juga mungkin kurang nasi lemak,
Kerana sarapan pagi mereka ada nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak, laksam segala.Awesome!


Orang KL pulak sangat taksub kalau beli nasik lemak pelbagai lauk mesti diletak,
Kalau kat Ipoh mostly orang makan nasik lemak biasa je aku rasa, pastinya sambal nasik lemak tu best gila, lagi² letak dalam daun pisang.
Menjadi orang yang asal dari negeri bijih timah tu, of cos aku pun tak berapa suka nasik lemak lauk melimpah ruah. Simple² je janji sambal dan nasik sedap.


Ni bukan cerita utama sebenarnya.
Sebenarnya nak cerita bengang sikit dengan makcik Itam punya pekerja.
Dulu² tak pakai pekerja, sekarang dia pakai pekerja seorang makcik yang mulut agak gred A suka melaser. Tak berkenan i. 
Ada sekali aku tanya "makcik rendang hijau tu takde ke"?
Dia jawab "eh dah tak kuasa la nak buat mahal sangat, karang kalau customer cedok kita charge mahal marah² bla bla bla" 
Amboi makcik! jawap sikit je dah la...Over sangat tu..(ini soalan pertama, next²
week nya aku tanya menu lain dia jawab ala ala gini gak, memang menyampah nak tanya dah)


Makcik Itam dan Makcik Eton adalah adik beradik penjual nasik lemak.
Siapa duduk kawasan Taman Ehsan ni kalau tak kenal boleh kena buang daerah.
2 orang punya cara masak adalah berbeza.
2 orang punya harga berbeza.
Nasi lemak biasa Kak Itam RM1.20
Nasi lemak biasa Kak Eton RM1.30


Ok malas nak kona kona lagi
Bengang je..tadi pagi beli nasi lemak biasa cuma tambah paru goreng 4 ketul kecik je
total RM4.50
being a typical me, memang payah nak argue2 harga makanan
entah kenapa aku rasa tak sedap betul kalau dah orang tu charge mahal mesti mulut aku terkunci rapat nak tanya apesal mahal sangat, berbeza dengan my other half tu melaser betul kalau dia bengang orang charge harga makanan tak munasabah.
Bagi aku, aku jadi takut sebab benda tu jadi darah daging kalau orang tu sakit hati kita argue harga dia. Walau dalam hati aku dah *#$&^W$&(W$+*#^!%$!! tapi mulut tetap terkunci rapat.
Aku nak melaser dah tadi, aku tanya "rm4.50 makcik? paru berapa ringgit tu?"
Dia kata "betul la RM4.50 sekali paru tu". Aku ok kan saje. Malas cakap banyak.Bengangnya.

Nasi lemak biasa RM1.20 maka paru 4 ketul kecil RM3.30???
Kecik je non oit..besor ukuran Stamp je.
Wow!!
Mentang² kat sini susah nak beli makanan HALAL dan dari orang Melayu kita
Macam gini makcik monopoli kawasan.
Tak pe, mak cik pegi la kawan dengan Anandha Krishan dan Robert Kwok.


Eh Eh ke lepas pembentangan bajet terus kak Itam naikkan harga?
 Whoaaaaaaa
 





Monday, September 24, 2012

Kecil² Comel²

Ada makan² ala ala parents get together day Rabu ni @ nursery
Kena bayar RM20  - Ok done..
Cuma segan pulak la datang menonong saje kan
Terfikir nak bawak something yang kecik² comey²
Tapi apa dia ye??




Cream puff?? Gambar credit to Mamafami.Blogspot.com



 Chocolate Praline?? Gambar credit to google image searh





  Dadih?? Gambar credit to google image searh


Event start pukul 5 ke atas hari Rabu ni, kalau bagi dadih pagi²  dah kena antar suruh cikgu letak dalam fridge, kalau chocolate mesti kena buat banyak² , kalau creampuff malasnyaaaa nak bakar²  bagai..Jadi apakah idea lain?? Mind to share friends..



Wednesday, July 4, 2012

Eksperimen - Apam Mekar

Dah lama nak bereksperimen apam mekar ni, yeast dah lama beli tinggal asyik lupa beli Eno.
Semalam tak masak untuk dinner sebab makan KFC je (hoitt tak sedap ayam versi tu cepat tukar balik Hot & Spicy biasa), maka lepas je solat maghrib cepat2 bancuh adunan sebab dia perlu peram selama 4 - 5 jam...

Kesahnya sesudah habis MasterChef mata makin layu, bertekad bangun awal subuh nak kukus apam, maka terhasil lah Encik dan Cik Apam Kembang Mekar..

Yey! Jadi alhamdullilah..rasa dia berganda ganda ganda lagi sedap dari apam polkadot, baik yang aku beli atau polkadot yang aku buat sendiri semua tak kena citarasa apam yang aku nak, betul lah telahan MIL yang apam mekar lagi sedap, dimakan bersama kelapa parut.

Maka terjadi lah beratus biji pagi ni dan sedekah pada taska...Next time boleh buat lagi..niat nak bagi budak2 Shell Station tu sebab tiap kali pergi sana nak withdraw duit mesti diaorg bagi macam2 kat QQ. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa ;p




Thursday, June 14, 2012

Oreo Jelly / Puding



   
Photobucket



Sesuai untuk dimakan waktu panas panas rembang, sudah la panas terik sekarang ni tersangat lah terik sampai pedih2 kulit..

Jelly/ Puding oreo, resepi ambil di blog Masam Manis tapi akak tu punya acuan n jelly dia cantik je, aku punya turns out to be macam something sangat kan...Hahaha jgn pikir bukan bukan ok! Sekali dapat ngap terus rasa nyaman sekali.

Niat nya ialah utk habiskan serbuk oreo yang beli lama dah dari terbuang cam tu je menanti hari expired baik buat sesuatu kan..So terjadi lah puding/jelly oreo ini...

Friday, June 8, 2012

Sotong Masak Lemak Cili Api

Dinner malam ini, teringin nak makan sotong, tapi bosan la asyik masak sambal tak pun masak hitam ala Johor tu hoiihhhh jemu, tension the whole day kat ofis punya pasal, ok kita transform sotong kepada masak lemak cili api pekat2 sikit letak kentang dan tomato, ada orang makan sampai tak keluar suara 2 round tak peduli dah anak buat kecah nasi..hehehe..alhamdullilah rezeki kami malam ini..

Monday, June 4, 2012

Double Triple Celebrations - 2.6.2012

Assalammualaikum,
Salam 1 Malaysia :-)

Alhamdullilah syukur kepada Allah kerana selesai sudah occasion yang membuatkan kepala saya tak henti memikir sejak 3 minggu atau kurang lebih sebulan yang lepas.


Kenapa namanya DOUBLE TRIPLE CELEBRATIONs? kerana majlis ini untuk sambutan in advance hari lahir anakanda tercinta yang ke- 2 (patutnya on 7th tapi Babahnya final exam), hari lahir Babahnya, hari lahir Pak Ngah Pojie (abang saya) juga...Serta ulangtahun perkahwinan saya yang ke - 3, syukur alhamdullilah..

Antara isi terpenting kandungan entry ini utk mengkhabarkan betapa saya bertuah punyai suami yang walau pendiam dan selaku pengkritik tetap tapi tetap supportive, abang saya yang hebat serta kakak ipar saya yang awesome sekali, juga rakan rakan rapat yang rajin kongsi idea dan tolong menolong, so credit kepada mereka saya rasa, kalau saya buat sorang2 disamping anak bergayut di kaki, memang akan jadi juga majlis ni tapi dalam MIMPI je lah! :-)

Menu telah dirancang awal berkali kali bersama sister in law (SIL)ku yang awesome itu, tiap2 pagi aku mesti ajak bermuzakarah di facebook hahaha kesian dia penat melayan aku. So menunya ialah Nasi Ayam,Spaghetti Bolognese, Mihun Goreng, Sardine Roll, Bread Butter Pudding with Custard Sauce and Shredded Chocolate, Fruits, Nugget (Tq Miss Buddy), Choc Star Cookies dan Chocolate, dan lain2 makanan ringan.


Saya frust kerana lupa nak keluarkan caps, toys for celebration yang sudah di beli awal2 lagi untuk kiddos yang datang, lepas tu kek 2 biji tu terlembik sikit sebab a few hours duduk di luar fridge (mana muat nak storage) beberapa jam sampai naik lembik n cair...Tapi tidak mengapa itu pelajaran yang saya dapat. Lain kali susun awal2 barang yang nak di guna, dan kek sila lah ambil masa dekat2 tetamu nak sampai baru tak lembik :-) Terima kasih kepada InHouse Cake - Bandar Menjalara kek dia sedap dan kemas cantik.

Mari melihat gambar gambar sekitar majlis hasil bantuan buddy saya - Cik ISCI kerana saya tidak sempat nak klik 1 gambar pun :-)


 
Chocolate praline as a favor gift sponsored by my Biras - She
Qau Sar Catering & Chocolate  (Ini usahasama keluarga kami untuk tempahan catering (masakan set Beriyani Johor Asli serendah harga rm9/ pax) sebarang majlis/ tempahan candy buffet/ tempahan chocolate boleh lihat link tersebut)
** Lenguh weh jari buat reben tak pernah2 umur mereben sampai jam 4 pagi, since orang dah sponsor kena la bikin lawa2 sikit kan as a token of appreciation gittewww..hehe


Simple je decoration kami, belon pun grab di Mr. Diy, angin sponsor by angin perut tiupan babah hahaha (ohh Mr. Diy sangat berbaloi baloi)party banner semua Mr. DIY juga :-)

Konon konon nak juga ber candy buffet bagai, bolehhh laa kan..hihihi, boleh pulak adegan balang pecah akibat dok belek jajan jajan di situ biasa la budak budak kan, mujur la balang sos prego saya hentam buat balang candy yang saya ribenkan saje hahaha..


  
 Ni la kerja saya, kalau saya bekerja di ofis yang sangat sibuk pasti tiada masa nak pandang or buat kerja2 begini.


 
 Ini goodie bag untuk kawan kawan super QQ, inspire by Dayu juga kot, krayon juga tapi tiada note book, cuma saya letak kek Appolo, jelly dan keropok Ikan.

 Choco Star Cookies - Ini adaptasi dari biskut kegemaran anak yang selalu saya bikin untuk bawak bekal ke sekolah, jadi saya buat biskut yang sama, dan salut bersama choc serta bintang bintang bertaburan.



Saya bersama Super QQ

Saya rasa kami bertiga sangat lama tak ambil gambar bertiga, selalu nya ribut saja payah nak kejar si kecil.


 Kami memotong kek, Abang saya yang semakin gemuk gilaaa, aikk kenapa pula saya yang pegang pisau instead of Babah??? QQ Zaeem Iraa Zaraa dan Farisya sangat pandai nanyi lagu besday..Anak anak sekarang....bertuah!

  
 Birthday gift untuk good boy QQ, jenuh dia hangkut semua naik atas katil bawak tido, kiranya mak pak dia tido pun cam ala ala di LalaLand gitu hahaha

 Cakes of the day - Butterscotch by Inhouse Cake


 
 Cakes of the day - Chocolate Indulgence bu Inhouse Cake


 Food of the day

  


  
 Leka nay bermain si comels sekalian

  
Lil hero yang berseloroh je keje dia dengan cousin dia tu...

Ampun maaf dipinta kepada rakan2 yang tak saya jemput, mohon kamu jangan lah berkecil hati, niat hati saya semua kenalan yang saya kenal,  hati saya meronta ronta nak jemput, saya punyai ramai kenalan ramai versi jadi disebabkan ini 1st time saya buat majlis celebrate celebrate ni dan rumah saya kecil saja, jadi saya panggil mana yang ada saja, doakan saya murah rezeki lagi, kesihatan yang baik lagi tahun depan saya boleh organize majlis yang serba besar untuk penuhkan hajat hati saya nak jemput semua kenalan saya. Ok?

Syukur ya Allah...Jadi rutin setiap tahun bermula dari bulan April ke June begini juga lah, berturut turut celebrations nya, **kalau nak tambah "saham akhirat" kena well planned la ni kena ngam2 jatuh besday antara April to June :-)) Wish me LUCK!!


Saturday, May 19, 2012

Resepi - Choc Moist Cake (Kukus)

Resepi ini saya ikut di MyResepi tapi jenuh saya cari balik 1 per 1 tak jumpa pulak (senarai kek dekat MyResepi terlalu banyak), lepas tu saya refer juga kawan saya beri di inbox FB saya.

So ini kesimpulannya:-

Resepi:-

Bahan Kek
--> 1 1/4 (125gm) tepung gandum
--> 1 sudu kecil bikarbonat
--> 1 sudu kecil baking powder
--> 3 biji telur
--> 1 sudu kecil esen vanilla (** Optional, Saya tak letak, tak mahu kacau rasa choc asli)
--> 1 cawan minyak jagung (** Saya lupa beli, saya ganti dgn minyak masak)
--> 1 cawan susu cair
--> 1 cawan gula (** Saya guna icing sugar senang sebati)
--> 1/2 cawan susu pekat


Cara cara
 1. Susu pekat, susu cair, minyak dan serbuk koko letak dalam periuk, panaskan sampai sebati tutup api.

2. Pukul telur sampai kembang sikit, lepas tu campur dalam bahan yang di masak tadi

3. Tepung, bikarbonat dan baking powder yang sudah diayak, di campur ke dalam adunan tadi, pukul sebati, jangan terover pukul, saya pukul sikit sahaja asal sebati.

3. Tuang dalam bekas, kalau guna bekas tin, better letak alas kertas minyak, kalau bekas kecil kecil macam saya guna tak perlu lapik.

4. Kalau bekas kecil macam saya tu kukus 20 minit, kalau bekas (tin) dalam 40 - 45minit


Bahan Topping (Chocolate Ganache) ** Letak la ikut agak2 janji dia jadi pekat macam susu pekat likat tu.
--> Susu pekat setengah tin
--> Butter sikit agak agak la jgn banyak nanti jadi cair dan a bit masin
--> Chocolate masakan (bar) atau chocolate power (** If guna cocoa powder pahit not advisable)
--> Madu 3 sudu besar

Cara cara
Masak guna cara double boiler, tuangkan atas kek yang telah sejuk, boleh juga tambah hiasan dengan almond ke, fruits ke, atau chocolate rice.


** Nota Kaki

1. Bekas kecil akan dapat lebih kurang 25 bekas
2. Untuk bakar di oven boleh juga, tapi saya kurang gemar sebab akan dry keras sikit
3. Untuk Imma : Myresepi agak bagus juga kerana dia pelbagai kite boleh olah ikut cara kita, dan kite juga boleh baca komen2 yang panjang2 tu untuk tambahkan knowledge whats do & donts. Selalunya kite cari juga di blog gabung dengan Myresepi dan method dari kawan kawan. Alhamdullilah.


Friday, May 18, 2012

Chocolate Moist Cake - Kukus - Finally

Setelah aku berkecimpung dalam beberapa siri hantamkeromo edisi membuat kek, entah kenapa kek chocolate moist ni tidak tersenarai dalam list ke "excited" an aku. Yang pertama tama aku tuju dulu ialah cheese cake original, chocolate cheese cake, oreo cheese cake, bluberry cheese cake, bluberry cheese tart, bingka, apam polkadot, oelbagai jenis pudding dan beberapa jenis lagi.

Tapi setelah sekian lama aku selalu di provoke kan oleh kakak ipar ku yang hantu coklat, sampai akhirnya aku terpengaruh untuk tempah (ye tempah tak kuasa nak bikin sendiri) kek birthday anak dan datang pulak aura nak buat kek choc moist ni sendiri - tapi nak kukus sebab banyak yang aku tengok method kukus ni lagi cantik tekstur kek nya. Satu bancuhan tu 125gm tepung akan hasil kan 25bekas kecik kecik tu.

Maka tersenarai lah sudah kek chocolate moist - kukus dalam lipatan sejarah baking hentamkeromo   akak. :-)


Semasa kukus

Selepas kukus, kalau bakar mesti tak secantik ini teksturnya

Selepas disirami dengan chocolate ganache

Ready to go - Untuk ofismate ku dan 10pcs untuk teman2 jobsite Babah di Wisma Takaful


Saturday, May 12, 2012

Bread Butter Pudding - Menyesal


Adoooohai menyesal blogwalking ke blog2 yang mempunyai super delicious recipe. Aku sudah teringin sudah kecur air liur segala. Salahkan kawan forum yang dok promote blog diaorg!


Ini versi kawan forum - Teh Tarik..simple and nice

Currently aku sedang craving balik : BREAD BUTTER PUDDING 
tapi nak cuba versi kawan forum punya soo simple dan less sugar, so just nice bila makan with chocolate sauce atau vanilla sauce. Yummmmeh!






A version of mine ada sila scroll entry mana tah,
The above images - Version of Google Image..Ohhh soo tempting and melting in my mind!
Kindly blame my pre PMS hormone hoyehhh!!


Bread butter pudding ada tekstur roti, dan apabila kita makan dia mempunyai banyak benda tersembunyi, haritu aku buat letak segala benda yang ada di rumah, walnut, kurma, buah peach, kismis dan ditaburi dengan brown sugar. Ohh my darling. hehehe...