Saturday, November 22, 2008

Si Tecit Dah Sihat


Si tecit ni mak cakap dah sihat sungguh. Alhamdullilah. dia dah gembira asyik nyanyi, kuat makan, selerak kan barang, dan lari laju laju. Pastu dia ade peel baru, jadik garang sungguh pas baik sakit ni. Menangis bagai nak rak kalo dia nak satu benda tak dapat. Kiut la kamu ni tecit. Pakcik Kor kamu tu asyik cakap nak kepit grip kamu kuat2 tak nak bagi kamu ligat2 sgt. Ceh! cakap kat Pakcik Kor kalo terer kejar lah shayer..haha..

Tecit masa sakit muka ketat habis. Muka sombong habis tak nak langsung aku sentuh dia.Sian dia dengan kakak dia. Doktor expect every 7-8 months dalam life diaorg, memang akan mengalami bleeding di mana2. Macam yang first last year ikut urine dia, 2nd time ni ikut mulut dia and we hope tak kan mengalami pendarahan pada otak..Tawakkal..Kes ni hospital kaji tak sudah2 and sampel darah pun dah di hantar ke USA.

**
Tengok kat pergelangan tangan tecit tu, tag hospital. dah 2 hari discharge dari hospital dia tak kasik tanggal benda alah tu..Haha bajet pakai Jam Guess yek..
Mana la Cik Sal lama tak nampak ni..
Encik Aley pun blog dah macam stor barang pelupusan. Cik Sal pun blog bleh tahan kertu nya jugak..
Ape kes kome ni? Cher bagi tau aku.
Aku ni dah tido tadi tu la pasal berjaga tengah2 malam ni..
Oh ya..minggu depan jugak clerk cum asst aku dah minggu terakhir. Nak say bye2.
Sian dia. Tapi nak kata sian kadang2 naik hangin gak aku ngan dia.
Bukan sebab keje tapi sebab family dia terpaksa benti. Dia ni lurus orang nya. Lurus tegak bendul macam takde perasaan pun kadang2. Amboi tapi berboypren bleh tahan. Dia tumpang umah makcik dia, ada la peel2 dia yang makcik dia tak bekenaan dgn dia so makcik dia arahkan kalo result Nurse Isnin ni kuar dia dapat or tak dapat dia kene balik kampung n benti keje. Amboi kejam tol makcik dia kan. Very der sound tepat terguris kalo aku harus habis je ayat terakhir aku dah packing baju.
Sian jugak dia. Mungkin dia kurang pengalaman hidup tu pasal dia blur macam tu. Aku nasihat jugak dia kadang2 g la beli Magazine ke ape ke yang leh bukak sket minda tu. Dia suke benor dengar aku bercerita pasal ape2 je. Macam penglipur lara plak aku.
Susah gak aku nanti kalo takde dia kan.. Tah nak hired staff baru ke tak nak tah..
Oh ye cerita gembira dan tak gembira..Semalam balik kerja lepas rehat2 kul 9pm mcm tu tiba di rasuk rasa rajin nak masak. Lepas masuk blog inspirasi aku Kak Jun, aku rasa nak buat cucur manis dengan caramel sauce ala yang macam kat Auntie Anne tu. Takde pun resepi dalam blog tu aku je pepandai. Sudahnya caramel tu taktau pun nak buat. Buat2 tiba2 sejuk dia kematu. Ape kes? Tak gembira sungguh. Cucur tu pun keras. Tak reti la aku nak lembut kan cucur. Keras tapi habis aku telan jugak.

Macam ni ke kaler dia? Aku rasa kat Auntie Anne tu lain jer..

Sapa2 leh bagi resepi sos caramel cara paling mudah tanpa perlu goggle? Pastu rasa plak nak makan ikan percik. Yay! yang ni jadi. Tapi tak sempat amek gambar la..Nak resepi? Kene upah dulu ye..Haha. Harini aku makan 3 ekor ikan cencaru percik. Yummy!

Ucapan Tengah Malam

Mengucapkan selamat mendapat ikan yang banyak pada soulmate ku di Kolam Sentul malam ini yang senyap tanpa berita tanpa seketul SMS pun walau harga SMS tu 1 sengg jek!! Amboi nampak nye dah jadi macam aktiviti tetap, aktiviti sosial beramas mesra selepas waktu kerja bersama co workers @ abang2 king of ular u tu ye. Seronott kah memancing? Macam bohsang saje. Ikan nye tak dapat2 jugak. Dari soploh orang yang pegi, pancing yang modal beratus, takat naik nye 2 ekor, baik dok umah tido la Ye.
Haluu everybody..Have a great weekend to all of you.
Esok masih kerja.Kerja half day la and half day for me sgt hazab bcos every small2 thing have to make sure beres in a short time before going back and ready for the next new week..
Rajin kan i..:p..As last week Saturday punye citer tetiba i kene turun side dekat Sri Gombak tu melawat IJMC punye project..Even masa tu sungguh banyak kerja yang urgent, kadang2 aku sendiri hazab nak faham boss aku ni punye peel..Apakah dia nak menjadikan aku as a 'One Man Show' gitu? Ohh no no no..Erkk tapi mampukah aku berkata 'NO'? Sesungguhnya aku gembira, tenang, dan penuh rasa bersyukur dapat kerja di sini. Walaupun banyak perkara perlu belajar tapi Alhamdullilah segala pengalaman kerja yang lepas2 boleh jadikan panduan untuk kukuhkan lagi kerjaya di sini.
Selepas berjaya menempuhi minggu ini dengan tenang dan gembira tak sabar pulak nak tunggu minggu depan as my final week before my confirmation..Harap semua nya berjalan lancar.Sekejap benar masa berlalu. Mengharungi ups and downs since i left S Group around June 08'. Sesungguhnya Allah benar2 menguji. Aku tak pernah kejatuhan masa belajar, Aku tak pernah diduga kesulitan mengenai hubungan keluarga mahupun dengan Encik Kor, tapi tahun ni Allah uji sikit dengan masalah ketidakstabilan kerjaya selepas aku tinggalkan S Group.Sesungguhnya selepas 4 tahun bergraduasi S lah tempat paling lama aku bekerja, paling gembira, paling mengenal dunia kerjaya dan korporat dan segala macam benda. Demi untuk kebahagian orang2 tersayang aku beralih kerjaya sebab masa dengan S time is very limited. Perit sungguh. Benar2 perit dan aku mahu campak sejauh2nya cerita ngeri itu semua. Aku tak mahu rasa lagi keadaan dan kepayahan masa tu. Muka yang keruh, hati yang tidak tenang, tidur yang tak lena makan ok maintain lagi. Semua serba tak kena sebab tak serasi dengan kerjaya2 yang aku dpt. Hari2 di lalui dengan nangis nangis nangis dan sungguh berat hati nak cerita pada family..dan hanya pada Encik Kor dan sometimes with my Sis in Law saje dapat meringankan beban yang berbuku kat hati ni. Encik Kor esp nye..Ibarat sebiji baldi yang menadah kebocoran titis hujan gitu. Oh terharu. Saya sayang kamu Encik Kor..(Oh sungguh banyak nickname u ye di blog ini).
Dalam masa yang singkat ini, melalui zaman kejatuhan aku ini, banyak benda yang aku pelajari. Tentang erti syukur, erti ikhlas dalam bekerja, erti kesabaran dan ketabahan, banyak lagi dan yang paling besar sekali ialah ERTI DAN RETI tentang konsep penjimatan. Walaupun kerjaya sekarang pendapatan nye lebih dari yang lama tapi itu lah satu2 nya sumber yang ada tidak seperti dulu yang banyak elaun nya. Dari sini aku mula reti berjimat dan lebih mengamalkan konsep "Rumahku Syurgaku" berbanding dulu " Ofisku, Midvalleyku, Sunway Pyramidku, Sorgaku".
Sekarang aku sudah agak selesa dengan ruang lingkup dan konsep baru hidupku. Belajar dari pengalaman zaman kejatuhan, sentiasa bersyukur dan berusaha, dan sentiasa ikhlas. Sesungguhnya segala yang berlaku ada hikmahnya..
" I tau u mengharungi masa yang sukar sebelum ni. Mungkin nasib you tak berapa baik. Kite rancang aje Tuhan tu penentu, I faham u, I tau u macam mana orangnya. I tau cara u berkerja. I tau u macam mana bila berdepan dengan perkara yang u suke dan tak suke. U macam Pendekar di medan perang la pulak sekarang dan i happy bila u dah jumpa perkara2 yang u suka sekarang, dan i nak u all out mcm mana u dekat sini dulu". I percaya u boleh buat" Petikan kata2 ex-partner in crime aku di S Group di suatu petang tatkala aku ziarah dia di ofis lama 2 minggu lepas..Sungguh buat aku terharu. Buat aku bersemangat.

Monday, November 17, 2008


Arghh..layan...

Sedapnye..Mari menambah caffeine :p




Happy School Holiday ya anak anak!!! Chill ya!! :p
Ya Allah ya Tuhan..
Berikan aku jalan yang mudah dalam semua urusan harini..
Amin.....

Thursday, November 13, 2008

An Appreciation..

Thanks for sharing your heart and soul.
Thanks for being my shoulder to cry on.
Weakness and strength, happiness and sorrow, for better for worse,
Our love is always in the air.
I Love You my Dear.
My Sayur Asparagus.
My Apple.
:p


'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'



Monday, November 10, 2008

Monday Blues

Salam Isnin semua...Gembira ke keje di hari Isnin?
Ada ape2 yang leh bagi aku motivation sket?

Sunday, November 9, 2008

Verangans...

Semua orang ade impian dan angan2 kan..Aku bukan tak suke berangan..Suka gak..Cuma aku kadang2 suka buang jauh2 sikap berangan2 di awangan ni.Sikit2 ok la kot..Sebab anganan semua best2 belaka, tinggi2 belaka..Tapi yang menjadikan aku takut nak berangan ye la bila angan2 aku tak sampai aku frust..dan menjadikan aku takut n malas lagi nak berangan yelah perjalanan nak menuju puncak anganan tu mesti susah punye..Benci aku susah2..Sakit paleotak aku...Ish ape aku melalut ni kan..Tapi kalo takde angan2 or impian ni macam hidup takde halatuju lak kan..Angan2 ni kan kadang2 jadi mcm pembakar semangat untuk terus ke depan!

Impian aku ape ye?
Aku nak jadi anak yang buat mak n abah aku happy je..
Aku nak jadi pekerja yang menyenangkan hati boss aku..Aku nak kerja dgn ikhlas & sungguh2..
Nak tambah pendapatan aku..Bisnes kecik2 or part time ape2 jer..Nanti tak la anak2 aku hidup susah..
Aku nak wedding aku nanti berjalan lancar dan meriah 2 2 side..Perkahwinan yang di berkati Allah dan berkat dari family dua2 side..
Aku nak ade famili sendiri yang best dengan Encik S..ade anak2 yang bijak dan sihat dan cumil2..
Nak beli rumah...
Nak kerja dari rumah jer tak yah g opis punch card2 dah..

See..tak tinggi sangat kan angan2 aku :p..
Tapi semua tu mesti ade halangan2 nye..kene kuat ni..Tak bleh jadi ni..

Ape impian korang plak?

3.20am

Zombie!
Akhirnya aku berjaya jugak menjejak kan kaki aku dalam air sungai kt KL ni!
Ala sungai kat FRIM je..kecik jer..sambil makan jagung bakar..Best la jugak..tapi tiba2 macam ade bunyi macam menyahut2..berulang2..masa tu dah dekat kul 7..apalagasss....caaaaabuttt...
Bunyi burung ke ape ke aku mana tau kalo dah dasar penakut tu kan.
Aku baru bangun tido.Angin rajin aku datang..Masak and laundry..Gile zombie mata aku! Tapi saje sebab esok nak bermalas malasan so buat jer la tgh2 malam ni..Esok nak makan tido jer sepanjang hari..:p
Now baru pas mandi manda..Nothing to do...Nak tunggu rambut kering baru nak tidur..
Selamat berhari Ahad semua..

**malas la nak masuk gambar..imagine jer la sendiri ye sungai tu cam ne yek..kekeke

Friday, November 7, 2008

sape ade keje2 part time untuk aku yang leh jadi side income di zaman kepupusan duit ni..
tak nak la aku keje basuh periuk ke ape ke..ala keje2 dari rumah ke...pakai komputer ke...paper work ke...

sindrom M

Kenapa aku malas..

OO penat kot..series keje aku mmg penat..macam lipas kudung hari2..sampai umah rasa dah total lost..rasa nak tido ngan baju keje sampai esok pagi nya..tapi apesal tak kurus2 gak..ish..Tapi series kalo aku tak minum MINUMAN TENAGA sure aku melepek jer..Dah tak pasal2 kene jadi pembeli setia minuman tenaga...aku rasa takat kacip ke kicap patimah ke tak jalan dah....main minuman jantan dah aku ni..TONGKAT ALI tu! Haha Ade aku tukar hormon sat g..Mampus..Yah ko kawin dgn aku kalo aku tukar hormon dan berperasaan terhadap wanita..kakaka



Aih tak leh jadi ni malas2 macam ni rezeki susah nak masuk..
Aku berazam lah tak nak merungut2 mengeluh2 kalo ade kene buat sesuatu..Baru berkat kan..Buat lah semua benda dengan ikhlas...Nak jadi macam Encik Wahab...biar susah dah hazab keje yang datang...dia buat dengan bersungguh2 dan tak penah cakap buruk or komplen keje tu...tu pasal rezeki dia bagus2 sahaja..

Semua malas...kemas bilik, kemas dapur, kemas kain baju tah ape tah benda lain yang aku tgh syok pikir sampai jadi malas..