Encik Aley pun blog dah macam stor barang pelupusan. Cik Sal pun blog bleh tahan kertu nya jugak..
Ape kes kome ni? Cher bagi tau aku.
Aku ni dah tido tadi tu la pasal berjaga tengah2 malam ni..
Oh ya..minggu depan jugak clerk cum asst aku dah minggu terakhir. Nak say bye2.
Sian dia. Tapi nak kata sian kadang2 naik hangin gak aku ngan dia.
Bukan sebab keje tapi sebab family dia terpaksa benti. Dia ni lurus orang nya. Lurus tegak bendul macam takde perasaan pun kadang2. Amboi tapi berboypren bleh tahan. Dia tumpang umah makcik dia, ada la peel2 dia yang makcik dia tak bekenaan dgn dia so makcik dia arahkan kalo result Nurse Isnin ni kuar dia dapat or tak dapat dia kene balik kampung n benti keje. Amboi kejam tol makcik dia kan. Very der sound tepat terguris kalo aku harus habis je ayat terakhir aku dah packing baju.
Sian jugak dia. Mungkin dia kurang pengalaman hidup tu pasal dia blur macam tu. Aku nasihat jugak dia kadang2 g la beli Magazine ke ape ke yang leh bukak sket minda tu. Dia suke benor dengar aku bercerita pasal ape2 je. Macam penglipur lara plak aku.
Susah gak aku nanti kalo takde dia kan.. Tah nak hired staff baru ke tak nak tah..
Oh ye cerita gembira dan tak gembira..Semalam balik kerja lepas rehat2 kul 9pm mcm tu tiba di rasuk rasa rajin nak masak. Lepas masuk blog inspirasi aku Kak Jun, aku rasa nak buat cucur manis dengan caramel sauce ala yang macam kat Auntie Anne tu. Takde pun resepi dalam blog tu aku je pepandai. Sudahnya caramel tu taktau pun nak buat. Buat2 tiba2 sejuk dia kematu. Ape kes? Tak gembira sungguh. Cucur tu pun keras. Tak reti la aku nak lembut kan cucur. Keras tapi habis aku telan jugak.
Macam ni ke kaler dia? Aku rasa kat Auntie Anne tu lain jer..
Sapa2 leh bagi resepi sos caramel cara paling mudah tanpa perlu goggle? Pastu rasa plak nak makan ikan percik. Yay! yang ni jadi. Tapi tak sempat amek gambar la..Nak resepi? Kene upah dulu ye..Haha. Harini aku makan 3 ekor ikan cencaru percik. Yummy!
No comments:
Post a Comment