Haluu everybody..Have a great weekend to all of you.
Esok masih kerja.Kerja half day la and half day for me sgt hazab bcos every small2 thing have to make sure beres in a short time before going back and ready for the next new week..
Rajin kan i..:p..As last week Saturday punye citer tetiba i kene turun side dekat Sri Gombak tu melawat IJMC punye project..Even masa tu sungguh banyak kerja yang urgent, kadang2 aku sendiri hazab nak faham boss aku ni punye peel..Apakah dia nak menjadikan aku as a 'One Man Show' gitu? Ohh no no no..Erkk tapi mampukah aku berkata 'NO'? Sesungguhnya aku gembira, tenang, dan penuh rasa bersyukur dapat kerja di sini. Walaupun banyak perkara perlu belajar tapi Alhamdullilah segala pengalaman kerja yang lepas2 boleh jadikan panduan untuk kukuhkan lagi kerjaya di sini.
Selepas berjaya menempuhi minggu ini dengan tenang dan gembira tak sabar pulak nak tunggu minggu depan as my final week before my confirmation..Harap semua nya berjalan lancar.Sekejap benar masa berlalu. Mengharungi ups and downs since i left S Group around June 08'. Sesungguhnya Allah benar2 menguji. Aku tak pernah kejatuhan masa belajar, Aku tak pernah diduga kesulitan mengenai hubungan keluarga mahupun dengan Encik Kor, tapi tahun ni Allah uji sikit dengan masalah ketidakstabilan kerjaya selepas aku tinggalkan S Group.Sesungguhnya selepas 4 tahun bergraduasi S lah tempat paling lama aku bekerja, paling gembira, paling mengenal dunia kerjaya dan korporat dan segala macam benda. Demi untuk kebahagian orang2 tersayang aku beralih kerjaya sebab masa dengan S time is very limited. Perit sungguh. Benar2 perit dan aku mahu campak sejauh2nya cerita ngeri itu semua. Aku tak mahu rasa lagi keadaan dan kepayahan masa tu. Muka yang keruh, hati yang tidak tenang, tidur yang tak lena makan ok maintain lagi. Semua serba tak kena sebab tak serasi dengan kerjaya2 yang aku dpt. Hari2 di lalui dengan nangis nangis nangis dan sungguh berat hati nak cerita pada family..dan hanya pada Encik Kor dan sometimes with my Sis in Law saje dapat meringankan beban yang berbuku kat hati ni. Encik Kor esp nye..Ibarat sebiji baldi yang menadah kebocoran titis hujan gitu. Oh terharu. Saya sayang kamu Encik Kor..(Oh sungguh banyak nickname u ye di blog ini).
Dalam masa yang singkat ini, melalui zaman kejatuhan aku ini, banyak benda yang aku pelajari. Tentang erti syukur, erti ikhlas dalam bekerja, erti kesabaran dan ketabahan, banyak lagi dan yang paling besar sekali ialah ERTI DAN RETI tentang konsep penjimatan. Walaupun kerjaya sekarang pendapatan nye lebih dari yang lama tapi itu lah satu2 nya sumber yang ada tidak seperti dulu yang banyak elaun nya. Dari sini aku mula reti berjimat dan lebih mengamalkan konsep "Rumahku Syurgaku" berbanding dulu " Ofisku, Midvalleyku, Sunway Pyramidku, Sorgaku".
Sekarang aku sudah agak selesa dengan ruang lingkup dan konsep baru hidupku. Belajar dari pengalaman zaman kejatuhan, sentiasa bersyukur dan berusaha, dan sentiasa ikhlas. Sesungguhnya segala yang berlaku ada hikmahnya..
" I tau u mengharungi masa yang sukar sebelum ni. Mungkin nasib you tak berapa baik. Kite rancang aje Tuhan tu penentu, I faham u, I tau u macam mana orangnya. I tau cara u berkerja. I tau u macam mana bila berdepan dengan perkara yang u suke dan tak suke. U macam Pendekar di medan perang la pulak sekarang dan i happy bila u dah jumpa perkara2 yang u suka sekarang, dan i nak u all out mcm mana u dekat sini dulu". I percaya u boleh buat" Petikan kata2 ex-partner in crime aku di S Group di suatu petang tatkala aku ziarah dia di ofis lama 2 minggu lepas..Sungguh buat aku terharu. Buat aku bersemangat.
No comments:
Post a Comment