Assalammualaikum wbt..
Hendaknya semua sihat sejahtera
Sekarang musim demam musim batuk kong kong mcm2 lagi ada
Pertukaran cuaca sehari2 agak drastik gamaknya
Rutin hidup berjalan seperti biasa
Perut makin membuak buak maju kehadapan
Rasa basuh pinggan di sinki dengan jarak jauh pulak ha ha ha
Berdiri lama tak kena, duduk lama tak kena, tidur tegak tak kena, tidur mengiring tak kena,
Serba tak kena
Namun amanah tetap banyak tergalas, perlu diteruskan
Anak dikendong dalam perut makin besar
Anak dikelek disisi makin membesar juga
Anak yang dikelek tu makin banyak idea
Otak sedang berkembang katakan
Urat2 saraf karen2 otak bercantum cantum pesat
Musim bercakap tanpa henti
Musim bertanya tanpa batasan
Pening kepala mak kadang2 bila bukan masa sesuai untuk menjawab
Pening kepala mak bila soalan diutarakan umpama titik noktah bagi mak. "Apa aku nak jawab ni"
Tapi ada masa bila in mood, mak akan beria ia jawab sampai anak sendiri ternoktah soalan nya
Yang kedengaran cuma "oOOooo macam tu"
Puas hati mak.
Banyak mak nak kena belajar dalam fasa ini
Teknik menjawab dengan betul, ayat yang betul yang penting Mak Tok pesan "jangan bohong anak!"
Pokok pangkalnya mak kena banyak sabar dan hadam soalan dengan bagus utk pengolahan jawapan yang bagus.
Bukan calang calang.
Tak cukup bertanya pada orang tua2 pada orang2 berpengalaman
Mak google mak baca buku mcm2 sumber
Bukan apa mak takut tersalah langkah
Tersalah jawab.
Kerana menurut apa mak dapat tahu "ini satu keistimewaan"
Tapi mak jangan culas.
Sekarang mak nak kena ajar dan didik dia tentang MASA dan KEADAAAN yang betul untuk bertanya.
Bila masa yang boleh bertanya
Ada masa yang kadangkala tidak sesuai bertanya
Contoh bila mak sedang berbual dengan Babah
Contoh bila mak sedang ada tetamu
dan banyak lagi terma dan syarat untuk anak, namun mak kena handal supaya tak terencat "keistimewaan" ini.
Soalan yang kadang2 unexpected
Mama kenapa mama tak tengok cerita bunuh bunuh macam Babah? -mak buat ikon garu kepala-
Mama kenapa mama dia marah dia mama?
Mama kenapa hujan pashtu tak dapat tengok Tv pashtu tak boleh main tab? -mak terbayang muka Anandha Krishan-
Mama kenapa Kalep rasa sejuk?
Mama kenapa kereta dia rosak?
Mama mana Tok (tok is referring to seorang nenek rumah di ground floor depan parking lot kami), kenapa semalam Tok ada harini Tok tak ada?
Soalan2 yang sering bikin mak stress bertukar hijau
Mama mana mainan Kalep pegang semalam?
- Ya Allah semalam dia tu ada 24jam, mana la mak nak ingat mainan dia beribu2 benda tu apa dia pegang kan -
Mama mana cerita yang Kalep tengok semalam sama Babah sama Mama sama Kalep tu?
- Ok sila pitam nak cari balik cerita yang kami tonton sekeluarga malam tadi, contoh movie Toy Story, dia nak juga ulangan balik kat TV - Pitam -
Mama mana buku yang mama baca untuk Kalep semalam?
Bacakan untuk dia bukan 1 buku, kurang2 3 buku, so kena ambil balik 3 3 tu contohnya dan tanya dia balik which one? Kena pulak dia rasa nak bawak buku tu nak pergi Nursery, jam dah 8.50pagi, jadi sila la imagine mak bertukar kaler hijau masa tu
dan beberapa ayat penyata yang mak kena WAJIB bagi respon kalau tak selagi tu keluar ayat penyata tu, jawapan OK adalah tidak menepati kehendak beliau. Kena jawab dengan ayat. Mak is stress.
Contoh:-
1) Mama dah lama kita tak cuci minyak (cuci minyak ialah, pergi stesen minyak sambil isi minyak sambil cuci cermin kereta guna sponge kat petrol stesyen tu)
2) Mama sama la ini dengan mainan Kalep kat rumah tu
3) Mak cakap nak pergi sini, sana situ, bila nak pergi?
Hahahaha kadang2 rasa nak marah tapi tak jadi
Tu belum lagi bila berdepan dengan imbasan memori dia yang cukup kuat. Tu pasal Mak Tok dah cakap jangan bohong anak kat kami berdua..sebab dia ni jenis pengingat orangnya.
Contoh kelmarin pagi dia tak nak mandi dan basuh berak. Opah cakap la pergi cepat basuh berak mandi gosok gigi nanti boleh ikut Babah jalan naik motor kat bawah. Sekali drag punya drag sampai la ke petang, siap dia dah tidur 2 3 jam. Masa Opah dah nak balik hujan turun dengan lebatnya. Maka tak dapat la dia rasa naik motor. Dia ulang balik Babah cakap nak naik motor mananyer? (perghh aku ingat dah lupa sebab dah lama kan cakap masa tu pagi ni dah petang)
Keep on mention pada dia yang hujan so tak boleh naik motor.
Kami bertiga lepas hantar Opah balik duduk la bersembang kat depan TV, sekali dia pergi kat tingkap tengok hujan dah berhenti.
Babah cakap nak naik motor? Kalep nak naik motor. Dang!!##**
Maka sampai kan juga la hajat dia tu 1 round.
Dia susun toys malam tadi, 1 sebiji kereta tu mcm x common bagi mak
Serius mcm tak pernah nampak.
Sambail mak cakap sendiri "eh nampak baru car ni, kat mana ekk kite beli"
Dia jawab - "Kat pashar malam la mama aritu"
Dang**##!! Aritu = 2bulan lepas masa baru masuk rumah sendiri ni
Lama gila dia boleh ingat.
Macam tu lah cabaran mak untuk fasa dan waktu ini
Wish good luck kat mak ye.
5 comments:
Hahahaha..
Memang kadangkala tak terlayan kan...Kalau time busy/takde mood...kekadang jawab " entah la" atau " tak tau"....Tak baik sungguh..:P
Kena ada diplomasi...kena ada informasi..kena bijak menjawab soalan yg harus dijawab...kena mengelak dgn baik soalan yg tak perlu dijawab...
Moga kita jadi parents yang terbaik buat anak anak kita...Insya Allah
ilmu yg berguna bagi yg belum ada pengalaman,,heee :)
Doktor - Ziyyad pun sama ke? hahaha pening la daddy mommy dia ..takpe itu gen bijak pandai tu ..kena jaga doktor
Dik - takpe masing2 pun setiap hari walau dah tua2 pun tetap belajar kan...insyaAllah
good job qhalyf... moga sentiasa najjah dalam apa jua keadaan... aameen
terima kasih Sateh...kalau teringat kan kami doakan kami banyak2 ye moga Allah melapangkan segala2 urusan dunia akhirat kami sekeluarga
Post a Comment