Wednesday, November 20, 2013

Banjir Waktu Subuh

Assalammualaikum pembaca..
Ada ke pembaca nya hihihi

Harini ahkak sangat bersemangat waja
Walau malam tadi kami suami isteri agak down sebab Plan A dan Plan B kami x boleh proceed (icon thumbs down)
Tapi  being me...kepala ligat fikir lagi2 masa depan anak..maka pagi ni ahkak bersemangat waja sebab ahkak ada Plan C pulak.
Bertuah tau Bang Kassim dapat ishteri macam ahkak ni tau :p
Akak bukan boleh dok diam2, menadah tangan semata, Allah kan kurniakan akal fikiran
Bagi akak merancang merancang merancang, bagi banyak2 perancangan, Bang Kassim faham dan setuju dan lantas kita tunggu Allah s.w.t. punya approval
Ada la sebab plan A & plan B ahkak Allah tak approve, malam tadi lagi dah ahkak beritahu Bang Kassim ada hikmah ni dear u sabar, ada hikmah, tup tup Ahkak come up dengan plan C pulak pagi ni, dan sgt menggembirakan.
Allahuakbar! Maha Besar ya Allah. Terima Kasih moga dipermudahkan peringkat seterusnya.

Ha tudiah panjang lebor mukadimah nya kan
Akibat ahkak bersemangat waja ni, pukul 5.40pagi ahkak dah terdengar Bang Kassim bukak grill nak turun surau utk solat Subuh. Hahaha too bad kan ahkak tetiap hari encik Seben bangun dulu, aterr mana lah ahkak nak kejarnya dia bangun pukul 4pagi baca buku, idakk ler ahkak rela nak meneman kan..lagipun beberapa bulan je lagi ahkak ada peluang tidur ala dugung sampai pukul 6 lebih pagi ni. Badan ahkak kan dah tak boleh dipush2 sangat. Tapi harini sebelum jam 6 ahkak dah bangun, solat, cuci dapur segala termasuk cuci baju.

Usai menunggu baju dibasuh, akak menghirup neskopi panas seorang diri di ruang tamu, sambil berangan kan plan C tu ler kan (ilham dtg masa tidur)..Nak ke dapur sebentar, alamak air apa ni ahkak terpijak? alamak apa basah banjir ni?


gambar ihsan dari bang google


Sah! ahkak terlupa turunkan hose mesin basuh baju tu ke lubangnya..Sah! banjir sesubuh seppeei! sah!
Mujur Bang Kassim dah balik dari surau jam 6 lebih tu, harus la bergotong royong menolak air, mengemop, mengelap sampai kering huwaaaaaaaa..
Kalau masa kat rumah lama hosenya panjang, dan ahkak lepas guna gantung balik, so bila kita lupa, machine tu akan bagi alert tone, so tak pernah la berlaku banjir gini, skrg rumah ni hose pendek je akak guna harus la melimpah ruah.

Tetiba teringat masa zaman skolah, sapa pernah pergi rumah ahkak tau la dapur umah mak ahkak besor mcm mana kan, kadang2 cuti skolah dah masuk baju dalam mesin akak g membuta balik sambung tidor, bangun2 tengok 1 dapur banjir, berdarah airmata akak nak mengemop balik 1 dapur besar gitu. Seteress!!

Tapi hikmah nya tetiba rumah jadi bersih berkilat sebab marble tu dah dibilas dengan air sabun gitu kekdah nya hahahah boleh la weken ni ahkak berehat terlantar penglipur lara saja tak payah mop lantai bahagian situ hahahaha.

Mujur Bang Kassim tak bebel, tapi sebelum tu ahkak dah terpikir dah ayat nak bash dia balik kalau dia marah ahkak apesal lupa turun kan hose tu. Kalau dia marah ahkak sebab lupa, ahkak nak cakap je ayat macam Mak Mertua akak bagi kat bang Kassim...anak anak mak ni ada mcm mcm jenis engineer, ada electrical ada mechanical tapi water heater mak dah 2 tahun tak hidup ha ha ha...tapi ahkak nak cakap ayat2 serupa gitu gak la nasib dia good mood tolong ngemop ha ha ha nasib baik!!!
Yelah ahkak ni kawin dengan engineer karen, tapi wayar berselirat tu adalah biasa kat umah ahkak ni ha.
Innovatif katanya yerk..ok ok innovatif..sabo sabo..tapi yelah kalau takde kederat Bang Kassim mana pulak ahkak nak susun itu ini panjat itu ini kan..jadi redho je lah, kerja kerja susah Bang Kassim siap je la duit upah orang.

So sekarang dah lepas lunch ahkak is mengantok sudah. Bye tido sat ZzzZZzzz

3 comments:

eB said...

lahai, xper la... hikmahnya rmh bersih kan? (",)

» NAJA « said...

betul tu...rasa bersih berkali kali bilas mcm cermin ehehhe

Qhaifa Nur said...

nasib baik tak jatuh kan..
sekali gus lantai pun berkilat...