Assallamualaikum w.b.t.
Harini boss ada golf day anjuran my company sponsor untuk client kat Pulau Carey. Maka sedikit bebas takde rimas sangat.
Since dari Sabtu masuk lambat je ke ofis. Sabtu ada hal anak perlu disetelkan, Isnin dah check up pulak. Hmm melampau hihi.
Pagi as usual lah kalau check up, pukul 6 .45am mesti dah keluar rumah kan. Awal kan, padahal dekat je KK tu dengan rumah x sampai 10min drive.. Memang dah biasa gitu sejak dari zaman Qhalyf. Aku gila mengumpul number giliran 1001 tu. Mesti jadi number 1. Lagipun kalau pergi check up, majikan kata x payah apply cuti, janji indicate dekat punch card kenapa masuk lewat. So dah orang baik hati gitu jangan la take for granted pukul 10 baru terkedek2 nak pergi appointment kan. So kalau aku check up biasa sebelum jam 9pagi dah boleh setel masuk office. Tapi kalau ada MGTT ke, ada apa2 check up luar biasa lewat la sikit kan.
Semalam 30 weeks check up.
Semalam 30 weeks check up.
Ada cucuk ATT - Anti Tetanus - Kancing Gigi
Untuk anak kedua ni sekali saja sepanjang mengandung berbanding anak pertama kena suntikan 2x sepanjang mengandung.
Cucuk ini adalah disaster juga, tambahan pulak semalam yang menyucuk tu staff praktikal dari medic faculty Uitm Selayang kan.
Perghh kemain tegak batang jarum tu ko cucuk kat akak kan.
Ok denyut dan lenguh sampai ke malam.
Kali ni terasa lebih sakit berbanding masa Qhalyf dulu.
Dugaan.
Semalam juga ada maternity dental appointment. Masa Qhalyf dulu aku buat di swasta saja, check x sampai 5minit RM70 aku kena bayar. Tentu rasa tak berbaloi kan. Dah sama harga macam aku biasa buat scaling je RM70 - RM80, so this time decide takpelah dik, mama buat sekali harung je masa check up. Tapi tapi tapi..maybe ini pertama dan terakhir kot check gigi di govt. Ha ha ha since habis sekolah rasanya memang tak pernah aku check gigi dengan govt. Lagi2 dapat company yang memang sponsor untuk dental kan. Gigi aku mmg takde rosak langsung lubang, ulat apa semua takda A+ clap clap clap ** Alhamdullillah bersyukur, tapi once a year mesti buat scaling. Memang last year tak sempat scaling pun so masuk tahun 2013 ni dah nak hujung tahun maka dekat 2 tahun tak pergi scaling gigi, maka doktor kata semalam kena buang sikit karang gigi belah bawah, since dah biasa aku kata OK takde hal.
Sekali ..Arghhh rasa nak cakap stop it doctor!! nak ludah pun sampai kena angkat tangan. Patut kejap2 dia suruh la aku ludah dan kumur karang and darah tu, ini dia main tonyoh ajer scaler tu ibarat suruh aku telan je darah dan karang tu. Arghhhh nak nangis sungguh rasanya. Tobat mak tak mau dah pergi situ.
Tak mengapalah ini dikatakan pengalaman kan.
Tak mengapalah ini dikatakan pengalaman kan.
Adik baby makin menekan nekan bahagian bawah mama,
sakitnya Allahuakbar Maha Suci Allah.
Nurse pun dah cakap budak ni dah ke bawah..erkk jangan dik baru 30weeks. Mama dah x sekuat dan seaktif dulu, kalau dulu masa Abang mama 9 bulan ok je cuci tandas, tawaf jalan sana sini, imagine la malam mama balik shopping sampai Selayang Mall tutup, balik salin baju terus turun tanda nak bersalinkan abang. Skrg duduk lama2 pun mama tak larat, malam tadi conversation dengan MakTok pun buat mama rasa nak nangis, tak cukup dengan tu lepas tu lama sikit MakTok siap sms mama "lepas habis catering dan lepas adik farahin habis periksa, nanti mak gi KL. Hari2 sedekah xkiralah air minum 1 pelastik, gula gula ke niatkan kandongan selamat sampai cukup bulan dan mudah bersalin."
InsyaAllah terima kasih mak. I'm blessed ada seorang mak mertua yang sungguh bermotivasi. Alhamdullillah.
4 comments:
terharunye..
insyaAllah semoga dipermudahkan :)
TQ Na
Same goes to you too
Semoga kita kutip pahala pahala yang Allah turunkan pada ibu ibu mengandung ni sebanyak mungkin ya..insyaAllah
wah kagumnya keazaman yg tinggi mengumpul no giliran 001 tu. hari sabtu kk buka ye/ saya ingat tak buka.
30 minggu, dah turun... erm... macik pon nak pesan kat adik la.. sabar dik... bagi kuat dulu badan adik baru keluar.
KK tutup hari sabtu..tu hari biasa bekerja...
Post a Comment