Friday, October 11, 2013

Shopping

Lama kan tak cerita shopping shopping
Entry bertahun tahun lepas esp. masa bujang dan dah kawin tapi belum ada anak
Manjang je makan sana sini, shopping itu ini, asal teringin je musti dapatkan. 
Sekarang pergi Tesco pun dah habis happy dah, skrg lagipun priority semua untuk anak, lepas ni untuk anak anak pulak kan .
Biasa la perasaan sorang mak mak pun mmg normal la gini kan.
Biarlah ada setahun dua je lagi, lepas ni kalau Babah dah naik bendera hijau suruh mama hantar surat resign suruh duduk rumah saje + babah masukkan mama gaji tiap bulan, time tu anak anak semua mama post ke sekolah, mama boleh la dengan kembang kuncup hatinya berjimba jimba. Anak anak jangan jeles. :p

Ni baru office dekat industrial area, pun kalau dah mmg kaki shopping tak boleh nak cakap apa.
Kalau dulu memang bertahun sakan la sebelah office sekangkang kera shopping mall, Midvalley Megamall dan Sunway Pyramid, pantang tunggu waktu rehat ada je lawatan ziarahnya, sekarang ni pun kerja kat kawasan kilang pun pantang tengok jugak, pantang waktu rehat jugak, pantang ada banner warehouse sales, pantang ada jumpa kilang best, laju aje menonong pergi kan, sanggup makan kenyang2 waktu pagi supaya satu jam rehat lunch tu boleh buat lawatan ziarah :p, pastu balik office termengah2 kejar punch card. 

Tadi masa jalan kaki nak pergi lunch dekat Teh Tarik Centre yang selang beberapa lorong dgn kilang aku, aku memang asal lalu terdetik one day nak singgah 1 kilang ni. Aku nampak bersusun tin biskut yg besar kaler silver tin tu kan.  Biskut!! Anak dan suami ku kan hantu biskut, nak nak si Qhalyf hadoihaiii...selagi tak habis biskut kat dapur tu, selagi tu hati dia tak senang kot. So tadi Kak Min tak join sekali sebab dia dah bawak bekal, aku dengan THS, THS ni nama je jantan, tapi ala ala patah seribu gitu, tapi terer ko bab mechanical ha ha ha dah dekat 20 tahun dia kerja kat kilang ni. Bab kepochi bergosip no. 1 , kadang2 aku yg wanita tulen ni pun naik lemas hokey!

Berjalan lenggang kangkung potpetpotpet gossip pasal bosses, sambil aku point kat dia "lepas makan kite pergi kilang ni nak? mcm best saja tu" dia pun laju ajer ok kan. Sungguh gayah ok! Ha ha ha ..Chinese kan suka makan laju laju, sampai tak senang aku nak makan tau dia dah makan habis tunggu aku makan, paksa aku cepat2 suruh aku kaut kat sudu tu nasik bebanyak sket, tak kuasa aku nak melayan.

Dah sampai kat kilang biskut tu masing2 rambang mata, dia tinggal dengan adik dia je kat rumah, sebelah rumah dia rumah kakak dia, so ada la anak2 sedara juga, dia suka melayan diaorg so dia pun terkinja nak beli sama. Dia call adik dia, sebab adik dia suka yang chocolate wafer tu selalu beli sekilo RM12, tapi dekat situ dia jual 4kilo utk 1 tin RM33 maka jatuh RM8.25 sekilo. Dah untung RM3.75 kan. Tapi dia charge RM10 untuk tin, tapi if kita dah habis makan, tin tu kita pulang balik dekat kilang dia, dia akan return RM10 balik. Aku beli yg mcm biskut kapit tu. Ermmm sedapnya. Lepas balik ofis, Kak Min pulak bersemangat so nanti masing2 beli lagi lain sorang 1 tin dan tukar tukar. Jimat bukan.

Biskut dia sedap sgt, rasa sangat fresh, tapi dikilangkan di Pontian, dia mcm distributor gitu kot. Aku dah google biskut tu ada HALAL Cert, ada HACCP segala. 
Ni la rupa tin biskutnya...
Banyak sungguh nak habiskan, so memang berbaloi untuk keluarga besar dan suka biskut, kalau mcm kami yg tak ramai ni tukar2 la kan. So tak la jemu nak habiskan.

3 comments:

DedDy AdaM said...

bab shopping..opsss.,

Cinta Misteri said...

kaki shopping yea....hihi...samalah, tp CiM klua shopping kasut paling laaaaaaaaa takde org nak ikut sbb sgt cerewet. yg lain2 tu mcm baju, brg rumah, ok ok jer.

skang dah byk org jual online. lagilah senang ngeeeeeee~~~~

» NAJA « said...

shopping biskut je ni hehehe