Entah la makin lama aku makin menyampah dan rasa kosong...kosong...kosong....macam lagu Najwa Latif untuk kerja dekat sini, wah bukan sekejap ok aku dekat sini, bulan 8 ni masuk tahun ke 4! Dalam pada nak sekejap sekejap dulu kan. Dulu best sekarang hazab uols.! Aku dah sampai tahap sapa je cakap dengan aku muka orang tu pun aku tak tengok, aku banyak diam je. Entah la apa aku rasa.
Bila kita dah biasa dan ada pengalaman (bukan untuk riak) bekerja dengan organisasi besar, well established company once masuk company kecik cinonet mesti ada pro dan cons nya, pro nya malas nak cakap tapi contra nya bersepah sepah. Aku quit dari sana sebab masalah time kerja ikut waktu Amerika, aku join sini sebab aku terdesak tak de kerja. Hoh!
Salah satu dari nya ialah tidak tersusun dari segi kerja. Caca marba, memang good advantage nya ko akan boleh buat semua benda semua department punya kerja, kalau boleh ko grad in IT, ko tetiba boleh pulak overhaul engine ha gitu la konsep dia....
Salah satu dari nya ialah tidak tersusun dari segi kerja. Caca marba, memang good advantage nya ko akan boleh buat semua benda semua department punya kerja, kalau boleh ko grad in IT, ko tetiba boleh pulak overhaul engine ha gitu la konsep dia....
Ah malas nak tulis panjang panjang la citer sekarang guwe tengah bengang gila ni, aku rasa aku bukan jenis orang yang berkira kerja, boleh aje tolong orang @ department lain, tapi orang mesti nak take for granted memandai2 dengan kebaikan aku dan aku jenis kalau aku nak cuti ke apa aku tak suka orang buat kerja aku, sebab kalau orang buat kerja aku, aku akan kena kemaskan balik, kena check check balik which is aku rasa baik aku buat sendiri lagi senang, dan kalau aku sibuk tahap monyet kena sawan sekalipun, orang ada peduli ke? hello sekurang kurangnya department lain ada more than 1 person to work with kan. Nak cuti boleh je pas over keje suruh sambung...aku? orang mana peduli beb, yang orang tau tanya aku itu mana ini mana dari department solo aku ni, kalau client chase bontot aku dah dekat dateline submission tender orang mana peduli !!!
Memandangkan sekarang aku punya kerja semua dah kurang sebab tiada tender dari Govt. so far kalau dapat offer lain kompom mak tender atas budi bicara 24hours! , aku kena la assist2 orang lain, boss aku ni macam tak boleh terima kenyataan business sekarang tengah down, dia assume semua orang sibuk gila dengan task masing masing macam ada 100 biji engine kena assemble, kena test, kena shipped out kena site visit 1 malaysia, kena itu kena ini, dok menjerit sana jerit sini angkara bodo tak suka guna interkom. Aku bosan la dengan suasana macam ni, serious i am really sick with this kind of shit! Ko jangan la lebih2, jangan semua nak "aiza can help, u can ask aiza to help, aiza this aiza tu, aiza boleh tolong itu ini" banyak cantik muka kau, aku terperasan lah ada certain2 orang dekat sini suka menolak kerja, walau pun tu kerja dia, ha kau buat lah untuk aku. Waklu! Aku main Bejeweled ke, main Scrabble ke main Spot The Difference ke, taip message Whatsapp ke, chatting GTalk ke FB aku heran apa, kerja aku siap, aku tolong ko sikit sudahlah ini sampai A to Z ko suruh aku buat...ini sudah lebih beb! Masa aku busy tahap monyet sawan tu aku berat sungguh nak mintak tolong orang buat costing tender ke jauh sekali, even nak suruh orang fax ke scan email ke pun aku tak mau ok. Itu belum kira pemalas pick up incoming call sedangkan tengah tengok YouTube Mat Sabu berkempen!
Aku pun tak paham la macam mana aku boleh tersadai punya lama kat sini, just sebab masa tu aku nak settled down, anak kecik lagi, tapi bila anak dah makin besar ni, aku nak cari la kerja jauh sikit, yang jobstreet pulak 1 hal, bukak kerja company bodo2 cap bunga raya la apa la, lepas tu panggil interview in short notice time pulak, yang dah dapat keje haritu pun tak best kena keje Sabtu, tak mahu tak suke...
Kesimpulan nya sedang tak suka sekarang sedang bengang saje, Isnin nak pergi mencuba nasib, ya Allah mudahkan la semuanya sampai berjaya, tak sabar nak masa dan saat mengarang surat "Notice of Resignation"
3 comments:
ja, prokhas seperti menarik..cer gugle..
baru 4 tahun uolss.....kak suka dah 5 tahun!! :p
Kin , thanks, dah tengok tapi takde list of vacancy pulak..hehe
Sukasuka - nok mak kat sini 11hb baru gaji ok, ni sentap pasal semalam dah la bagi mak cheque, pastu cheque bank lain, di tambah pulak dengan kerja2 merepek ni, adoiiiii nok....ko boleh tahan sebab gaji ok lagi kot konsisten, mak ni dah tahap gaji kacau bilai :-(
Post a Comment