Saturday, May 19, 2012

Resepi - Choc Moist Cake (Kukus)

Resepi ini saya ikut di MyResepi tapi jenuh saya cari balik 1 per 1 tak jumpa pulak (senarai kek dekat MyResepi terlalu banyak), lepas tu saya refer juga kawan saya beri di inbox FB saya.

So ini kesimpulannya:-

Resepi:-

Bahan Kek
--> 1 1/4 (125gm) tepung gandum
--> 1 sudu kecil bikarbonat
--> 1 sudu kecil baking powder
--> 3 biji telur
--> 1 sudu kecil esen vanilla (** Optional, Saya tak letak, tak mahu kacau rasa choc asli)
--> 1 cawan minyak jagung (** Saya lupa beli, saya ganti dgn minyak masak)
--> 1 cawan susu cair
--> 1 cawan gula (** Saya guna icing sugar senang sebati)
--> 1/2 cawan susu pekat


Cara cara
 1. Susu pekat, susu cair, minyak dan serbuk koko letak dalam periuk, panaskan sampai sebati tutup api.

2. Pukul telur sampai kembang sikit, lepas tu campur dalam bahan yang di masak tadi

3. Tepung, bikarbonat dan baking powder yang sudah diayak, di campur ke dalam adunan tadi, pukul sebati, jangan terover pukul, saya pukul sikit sahaja asal sebati.

3. Tuang dalam bekas, kalau guna bekas tin, better letak alas kertas minyak, kalau bekas kecil kecil macam saya guna tak perlu lapik.

4. Kalau bekas kecil macam saya tu kukus 20 minit, kalau bekas (tin) dalam 40 - 45minit


Bahan Topping (Chocolate Ganache) ** Letak la ikut agak2 janji dia jadi pekat macam susu pekat likat tu.
--> Susu pekat setengah tin
--> Butter sikit agak agak la jgn banyak nanti jadi cair dan a bit masin
--> Chocolate masakan (bar) atau chocolate power (** If guna cocoa powder pahit not advisable)
--> Madu 3 sudu besar

Cara cara
Masak guna cara double boiler, tuangkan atas kek yang telah sejuk, boleh juga tambah hiasan dengan almond ke, fruits ke, atau chocolate rice.


** Nota Kaki

1. Bekas kecil akan dapat lebih kurang 25 bekas
2. Untuk bakar di oven boleh juga, tapi saya kurang gemar sebab akan dry keras sikit
3. Untuk Imma : Myresepi agak bagus juga kerana dia pelbagai kite boleh olah ikut cara kita, dan kite juga boleh baca komen2 yang panjang2 tu untuk tambahkan knowledge whats do & donts. Selalunya kite cari juga di blog gabung dengan Myresepi dan method dari kawan kawan. Alhamdullilah.


2 comments:

Noorul (SiaJNaD) said...

yeay.. dah ada resepi.. nnt ada masa boleh imma try pulak...

DedDy AdaM said...

apa kata lanjutkan resepi tue

--> tapau dlm tupperware then courrier utk cik wahab.