Tuesday, December 13, 2011

Semalam

Semalam Selangor cuti yabedabeduu...
Ingatkan nak ajak Tarosan cuti juga tapi lepas dapat call dari MARA Jumaat lepas (oh sangat gembira dan berterima kasih kepada MARA will blog bout it later lepas confirm :-)) )terus tak jadi nak hasut dia.

Lepas 2jam selesai berurusan dengan MARA, nak tunggu petang Tarosan fetch semula di bangunan MARA tu apa lagi nak buat takkan nak duduk kat MARA Bistro tu sampai pukul 4 kan, jadi sesi tawaf menawaf berlaku.
Hairan juga selera membeli dan belah agak kurang, eventho Tarosan sudah bagi cash in hand. Faktor umur kot hahahaa.. 2 barang utk lil hero, 2 barang rumah, 1 tudung rm5 (hehehe) dan 5 buah buku. Dah lama tak sumbangkan duit beli buku2 kan. Asyik habis ke makan saja. Pustaka Buku Minerva tu dan Perniagaan Buku Bijrai (betul ke) yang dekat dengan Masjid India tu. Ha jauh tak jauh aku jalan kan..pergi patah balik ke bangunan MARA. Try try baju ready made, tak muat letak balik ahh berangan saje kan. Pegang2 tudung lepastu letak balik. Kenapa tah. Pastu sambil jalan sambil pegang barang dan file MARA dan genggam handbag macam nak tercabut tangan mak fobiaaa yuu...

Masa dekat Sogo kan rasa macam tak best lah. Mula2 dah pegang satu pasang kasut Kiko. Ambil di rak, adalah dalam 6 kotak kasut tu. Bila dah ambil satu, cuba cari yang lain kot2 ada size besar lagi tapi tak ada. Yang aku nampak ada 2kotak dari 6 kotak tu harga lain. 4 kotak lagi harga RM23.90 dan 2 kotak lagi sudah kantoi harga RM29.90. Terus rasa pissed off dengan hal ini. Letak semula dan tak kata apa apa terus blah. Apalah tipu orang macam tu. Terus harini rasa nak goole masalah macam ni jumpa juga Sogo.
So hati hati ye kawan kawan. Kalau dah tengah sales gila2 kite dok rebut itu ini ada ke kita nak perasan semua ni? Harga kasut Kiko tu pun RM6 bezanya. Rugi je.


Mood sedikit lemau juga macam hari Isnin pula :p

No comments: