Friday, December 9, 2011

LegoLand - Nusajaya Johor Malaysia (Pine Wood Iskandar Universal Studio)

Lego ialah permainan paling paling paling aku super suka bersama adik beradik. Percaya tak kalau aku kata kan my chilhood moments aku tidak pernah ada or ataupun jarang jarang ada barbie dolls or pinky girly thingy. Surrounding aku ramai lelaki. Adik beradik aku 4 lelaki (1 abang 1 kakak) adik adik aku semua lelaki. Mujur juga family suami pun 2 perempuan dan lebih 4 lagi ialah lelaki juga.
Masa kecik2 juga aku tak suka berambut panjang, sentiasa berambut pendek dan tak suka pakai baju gaun ke baju kurung ke kalau baju kurung pun aku memang nangis kalau mak aku beli yang kain ada corak2 bunga. Aku tak suka aku hanya pakai yang corak abstrak sahaja. Selebihnya aku selesa berseluar panjang. Sengal kan? Hahaha.
Aku juga selalu berharap masa mengandung aku dapat anak lelaki supaya aku tidak ada awkward moments dengan anak aku bila tang dia kena main barbie doll kan. Alhamdullilah Allah makbulkan permintaan aku, tapi andai rezeki aku dapat baby girl lepas ni aku kena improved part ini. Aku janji. :p

Ok citer pasal lego balik. Aku ingat set lego aku paling suka dan paling mahal mak pernah beli ialah set ialah Community Lego Set yang ada petrol station, rumah2 kedai2 orang2 Lego tu sendiri, lori tanker dan pokok pokok. Memang superb. Imaginasi aku berangan rangan dengan Lego ni yang buat aku leka habis.

Haritu aku nyaris beli buku Lego di Borders tapi mahal gila jadi aku tunggu voucher Borders aku redeem ikut Maybank Treat Points aku, kalau dapat aku memang nak beli buku Lego tu.

Lepas tu tadi tengok dekat FB Muhaini - my suami punya classmate kat Teknik JB dia sebut tentang LegoLand Malaysia yang sedang di bina di Nusajaya - Iskandar Regional tu. Menggelegak rasa happy nya tak tau nak kata. Tengok tiket masuk pun beratus weh even for children. Tak agak agak. Jadi aku sanggup kumpul duit dan beli :-

annual pass rate :-

Adult - RM195 (Normal price RM275)
Child - RM150 (Normal price RM210)

kalau gate prices pulak:-


Adult - RM140 (Normal price)
Child - RM110 (Normal price)

Info:
http://www.legoland.com.my/ 
http://eastcoastlife.blogspot.com/2011/12/legoland-malaysia.html







Pasti best! Memang best!


Terus luput ingatan nak pergi USS konon nak pegi on February nanti. Sanggup tunggu Legoland ni officially bukak dulu dan terus beli annual pass rate so tiap kali balik JB boleh pegi Legoland Nusajaya. Membangun dengan cantiknya Nusajaya yang aku pergi dulu semua kawasan baru nak build up kecuali Pearl Habour yang dekat bangunan kerajaan tu. Dapat masuk sebab pass Kastam pak mertua kan kalau tak jgn harap kena tembak aku ber das das. Yeahh semangat nak pegi Legoland.

2 comments:

Sentuhan Kasih Abadi said...

opocot..dahsyat nyer malaysia. ada lego theme park...standing in the eyes of the world lah cenggini. syabas!

» NAJA « said...

hebatkan kak lin :-)