Wednesday, November 9, 2011

Resepi Cheese Cake bersama Kelassssss Kau Aiza

Ok la since ramai yang tanya macam mana nak buat cheese cake tu kan..Meh sini aku share. Aku pun cilok dari mana tah main google google je campur2 sikit dengan sifu ku Sulin Yen yang tak henti henti sms aku segala macam tips sampai keluar ayat "nasib jauh kalau tak dah lama aku lempang kau" hahahaha stress gila dia melayan 1st timer macam aku ni..Lawak lawak..

Bahan bahan dia senang je tah kenapa dalam 2 jenis kek yang aku buat ni aku rasa lagi smart dan hebat dan mudah lagi buat cheese cake dari buat marble kek tu. Bezanya cheese tu yang buat mahal sikit la compared to bahan2 marble cake tu kan. Ok ni bahan dia:-

Ni untuk sebijik kek haritu, besar tak besar tak tau nak cakap la tapi nak makan 10 orang ok je..banyak derhaka juga terhadap resepi asal adjust ikut tekak sendiri

1) 600g = 2 kota Cream Cheese Philadelphia (Kotak Biru)
2) 1 biji lemon
2) 3 biji telur
3) 3 sudu tepung gandum
4) 1 cawan gula
4) 1 sudu besar gelatin
5) Biskut sebungkus (marrie, oreo, digestive, biskut kering empat segi pun boleh)
6) 2 - 3 sudu butter
7) 1 sudu kecil Esen (ejaan kampung hahaha) Vanilla


Pesanan sifu :-
  • Pastikan bahan bahan kecik di siapkan terlebih dahulu dan everything in order no sepah sepah
  • Oven boleh di panaskan 15minit sebelum masak
  • Suhu oven adalah berbeza untuk oven saya, 1jam 10min dengan kepanasan 160*

Langkah langkah penyediaan
                    

  1. Base perlu dibuat dahulu. Biskut di blend/ ditumbuk dalam lesung hancur, butter dah dicairkan atas api dan gaulkan 2 bahan ni dan adunan ini boleh dikepal keras tidak rapuh dan kalau sudah ok tekan pada bekas tin kek tadi tekan kuat padat dan gagah dan masuk dalam peti sejuk. (Sila balut bekas tin tadi dengan foil untuk menghindarkan bau makanan lain meresap ke dalamnya.
  2. Lemon. Ikut resepi asal 2biji lemon, tapi aku guna 1.5biji pun sudah masam sgt. Jadi aku suggest guna 1biji sahaja. Sila gigih memarut secara sopan santun kulit lemon itu (tolong jgn sampai terkena isi putih nanti pahit dan spoilt kek anda). Ya memang parutan itu sikit tapi ia memadai. Kemudian perah lah jus lemon tu dalam parutan tu. Kemudian letak tepi.
  3. Pukul cheese 2ketul tadi sampai jadi tidak berketul dan gebu sekata. 
  4. Masukkan gula secawan dalam cheese tadi, pukul lagi 2- 3 minit.
  5. Masukkan tepung pukul lagi 2-3minit.
  6. Masukkan telur 1 per 1. Masuk 1 biji pukul dan seterusnya sampai sebati.
  7. Masukkan jus lemon+parutan, esen vanila, pukul lagi 1-2 minit.
  8. Gelatin dikacau bersama air panas sesudu dan masukkan dalam adunan kacau lagi 1-2minit.
Ok selesai buat adunan.

Langkah membakar kek
  1. Tuang adunan tadi dalam bekas tin yang mengandungi base biskut tadi
  2. Pembakaran perlu menggunakan teknik 'water bath' jadi perlu balut kelililing bekas tin tadi dengan foil sepenuhnya rapat rapat
  3. Tutup permukaan kek dengan foil juga untuk setengah jam pertama (elakkan hangus)
  4. Letakkan bekas tin kek tadi dalam oven atas tray oven tu. Masukkan air panas dalam tray oven tu.
  5. Masak pada sekurang2nya 50-80minit (ikut oven masing masing)
  6. Lepas oven berdenting bunyi masak, anda check kek dgn lidi, dan memang ia masih nampak macam mentah dan bergoyang lembik, tapi itu adalah NORMAL, biarkan kek itu dalam oven panas tu selama 1jam lagi. (Kek itu masak dengan sisa kepanasan yang ada dalam oven dan elak kek jadi crack dan layu)
  7. Lepas satu jam bawak keluar dalam 10minit terus masuk peti sejuk. Hasilnya kalau dibiar semalaman adalah sangat mantap.
Lagi sekali gambar ni. Teknik water bath. Masuk air panas dalam tray tu ye. Atas permukaan kek jangan lupa tutup untuk 1/jam pertama.

    Ok siap.

    3 comments:

    Luv like this.... said...

    nak try...tq 4 sharing

    Sentuhan Kasih said...

    mak nk tgok final nyer after bakor...slurppp 2x

    » NAJA « said...

    gambo bawah tu ler hasilnya linn