Tuesday, November 15, 2011

Entry Santai

Lama dah tak cakap or buat entry santai2 sembang sorang2 kat blog sendiri ni. Mood pun tak berapa nak sedap sebab tengah mandom sakit wanita jadi kerja ofis yang tak berapa nak urgent tu aku tolak je lah ke tepi lagipon 2 bosess dah selamat ke Shanghai. Nak melayan FB tu rasa macam naik tepu pulak boring macam tak ada apa je di FB tu skrg ni. Tiada pengisian, banyak 'sampah', perkara2 yang adakalanya menjelikkan, perkara2 yang buat semak perut dan kepala.

Aturcara keluarga final sekali di bulan depan which is my adik akan bertunang InsyaAllah pada 17/12 and again ratu unpaid leave muncul kembali, rasa takut takut juga nak apply leave, memang lah unpaid tapi reputasi tu agak jejas sikit la kot kan, harap2 boss faham la hujung2 tahun ni. Minggu lepas selesai sudah majlis berhari hari bermalam malam kenduri kawin adik ipar ku. Selamat semuanya lepas ni semoga berbahagia dalam kehidupan baru dan berharap biras ku boleh adapt hidup sebagai isteri tanpa suami selalu di sisi, perghhh kalau aku tidur tak lena makan tak lalu ini bukan cerita sehari dua kena tinggal ini cerita 8 9 bulan punya kena tinggal, tapi apa boleh buat, demi mencari rezeki yang melimpah ruah nak apa semua dapat maka itu lah pengorbanan yang diaorang kena hadapi. 


Walau hujan lebat tetapi tetamu tetap datang tanpa henti sehingga pukul 6 petang. Aku memang dah out of list lah nak bertunggu  bertangga bawah khemah kan, so tugas rasmi aku dan QQ ialah jadi accountant tersohor muhahahaha..Sampai dekat pukul 6 juga la baru stop jaga dulu terpaksa handover since QQ dah mengamuk teruk gara gara letih + mengantok. Malam tu juga Encik Taro terpaksa pulang ke KL memandu sendirian sebab esoknya Ahad tu 8am ada test paper. Aku terpaksa tinggal since my parents pun ada di rumah inlaw. 

Saya sangat sebok jangan kacau saya!

Sudah la Encik Taro pulang dengan 5x berhenti di RnR akibat keletihan melampau, sebaik sampai di lobby rumah tengok JGEnya tiada lagi bersama kami dan tuan nya amat sedih sekali. JGE pemberian penuh kasih sayang dari pak mertua ku kepada Encik Taro masa zaman matrik lagi. Aih sudah pahit nak cerita lanjut lagi, yang pasti pengganti JGE akan muncul petang ini.

Dalam pada sedih JGE sudah hilang, ip4nya pula buat hal, malam semalam juga terus ke Bangsar SC ke DIGI Centre, tapi pulang dengan senyuman "Encik, ni adalah normal, ini adalah satu mekanisme di mana bila ip4 ni dia dah letih sangat so dia berehat dengan cara macam ni," hahaha...Senang saje cara nak on balik boleh guna macam biasa. Jadi muka Tuan Taro ada sinyum sikit lah hehehe..

Another baking project malam tadi usai pulang dari BSC. Success.

2 comments:

Iszuanie Ilias said...

buat kek lagi bila mau kasi sikit rasa?????

» NAJA « said...

iye nak habiskan stok cheese selagi tak habis termimpi2