Sunday, November 20, 2011

Aktiviti Sabtu

Hah! amekkk kawww..nak sangat duduk rumah kan. Jadi betul2 menghayati aktiviti dalam rumah. Dengan mencuci baju stok dari kenduri minggu lepas tak habis2 dengan memasak dengan melayan si kecik. Seronok bertambah juga kerana Tarosan habis kelas sampai pukul 6 je. Plan semalam konon nak bawak QQ swimming tapi tak kesampaian sebab hari mendung macam nak hujan so biar je la dia memunggah habis toys dia sepahkan 1 rumah. Adoiiii...

Since hari tu buat bingka roti coklat dia sangat suka, kali ni bingka roti lagi tapi berperisa pandan. Mungkin dia kurang suka kot bau pandan ni instead of chocolate kan..Kalau dulu yang choc. punya dekat 8 ketul dia makan ini dia makan dalam 5 ketul je. Ok la juga asal dia mau makan.
Binga Roti Pandan


Punya la teruk dia ni nak makan nasi (memilih lauk ye juga) jadi dia sgt suka kentang, maka terhasil lah kentang bakar berkeju semalam. Leceh juga nak buat tapi hasilnya yummehh sekali dan dia sangat suka dan Babahnya pun sama.. Boleh di makan dengan sos atau macam tu saja. Sepatutnya kalau ada cheddar cheese, parmesan cheese lagi best, even sliced cheese pun ok cuma yang tinggal smlm stok dalam peti sejuk ialah cheese powder..aku taruk hat tu saja la...Ok juga sebab masih ada cheese flavour tu kan.
Kentang Bakar Berkeju

Balik kerja semalam sebelum nak sampai sekolah QQ nampak banner warehouse sales Elba & Faber ni. Saja menggatalkan diri nak pergi konon nak tengok2 jer...tetapi...ini la yang malas ni...terrRrrr beli pulak dua benda ni. Multifunction cooker (aku rasa more to kukus kukus job) dan blender baru. Aku memang nak cari pengukus jumpa yang ni baru rm50 dan blender tu yg lama dah teruk since Tarosan zaman belajar Uitm dulu bunyi pun dah macam semput je so standby je ni RM40.  Entah la aku rasa tak rugi pun aku beli benda ni. Cuma nak complete kan barang rumah. Baru la syok nak fikir menu bila ada tetamu datang kan..Hehehe (Alasan terbaik kan).

4 comments:

Syafiqah said...

rajinnya Aiza masak memasak and membaking. Hehe..bagusla tu. Actually once da start memang tak leh stop kan. Mesti ada yang nak dicuba :)

» NAJA « said...

tica, siap la bil letrik naik gila gila hahaha

Noorul (SiaJNaD) said...

ja, wah bestnye la tgk aja memasak nih... hehehehe... yang multifunctional cooker tu bagus jugak tau. imma pun ada . sesuai sgt utk kukus dan jugak goreng2. sometimes bila pergi holiday ke bawak sekali sebab senang nak masak2... seronok la Q mama dia suka masak...

Sue Mommy Cinta & Airis said...

weh kentang berkeju tu nmpak menarik...sila lah share resepi..ekekeke...syok nye ada warehouse brg letrik..