Friday, November 25, 2011

Follow Up

Terasa kepincangan sedikit, terasa lopong sedikit dan mula terasa mungkin aku tidak banyak follow up dan bermalas malasan.

Sedikit demi sedikit perkara tak berapa nak bagus datang. Selalunya dari dulu lagi sudah sedar andai begini suasananya hanya kerana 1 perkara sahaja sebabnya.

Aku agak lalai. Aku tidak banyak follow up. Aku kurang lebih melakukan semenjak dua menjak ni. 

Iaitu berlama lama dekatkan diri pada Allah s.w.t. Sedikit demi sedikit Allah tunjuk/ turun kan sign betapa kurangnya aku bersama dekat padaNya kebelakangan ini. Lalai aku ni. Alpa. Angkuh.

Bila mahu sesuatu rajin pulak berdoa bila keadaan normal alpa angkuh lupa. Teruknya aku.
 
Berdoalah Aiza. Ohh sangat rindu tempat ini untuk berdoa panjang2 :-(

No comments: