Wednesday, October 26, 2011

My QQ Warded

Dari Ahad malam yang lepas little baby (little ke?) telah bersama sama men check in kan diri dekat DSH (Damansara Specialist Hospital) gara gara diarrhea dia yang teruk juga dari hari Jumaat actually. 


Being a single mom during weekend bukan mudah juga even orang kata "ala baru anak sorang" but for me memang rasa lemah sedikit dengan keadaan anak yang tak berapa nak sihat, hari Sabtu lepas ambil dia dari taska keadaan cirit birit dia memang heavy, pantang bagi makan mesti terberak berak ada la dalam 8 kali dia cirit teruk keluar cili kisar ok! Sampai vontot beliau merah menjerit nangis, bila perut dia datang memulas tu sampai kejang2 badan dia tahan sakit, punya rasa nak menangis aku dibuatnya sorang2 bila dah lepas solat maghrib aku dah tak boleh tahan tengok dia macam tu, terus aku drive bawak dia pegi klinik, doktor cuma bagi ubat garam serbuk tu dan ubat tahan sakit. Aku cuba bagi ikut time dan aku dah tekad if tak jalan jugak ubat ni aku mesti bawak dia hospital. So 12jam lepas bagi ubat tu keadaannya tetap sama sabar menanti si Babahnya pulang dari kelas petang tu dan malam tu kiteorg tgk dia masih lagi sengsara sakit terus decide bawak pegi hospital.


Doktor terus decide untuk admit kan dia untuk masuk air dan ubat. Blood test dia menunjukkan ada viral infection dalam darah dia dan perlu a few days untuk cure memang actually kalau viral infection ni it is more difficult to kill than bacteria. Terus zasss dalam kepala aku alamakkkkk cuti lagi..2 hari dah tentu ni. Tapi apa nak buat kan demi anak, unpaid leave pun UL lah..ada aku kessSah yang kena potong gaji aku juga kan duit boleh di cari tapi anak??


So bila dah 2 3 hari ni hasil buangannya dah pejal dan berbentuk kembali, tiada adegan hempas2 badan tatkala perut memulas, selera makan ok dan vontots pun sudah tidak merah dan sakit lagi. Pagini paed yang handle case dia ni Dr. Madziah bagi greenlight everything seems back to normal dan boleh discharge. Yeyyyy!! yabedabeduuu...miss my home...miss my bed...badan lenguh2 nak rehat esok nak kerja sudah...Friday night nak fly back berdua dgn si kecil ke JB.

Walaupon tangan ku skateboard, ada kesah aktiviti nak memanjat ku?
The most most super super ymmylicious scone (kiri tu) i've had!
Specialist on duty, ward round..

Ahh bosan sudaa berapa ratos kali ulang hotdog song ni QQ???

Dan kesimpulannya dari hal ni, bab bagi makan benda bercili dalam minggu lepas seminggu tu aku takde masak berasaskan cili Ahad pagi tu baru aku rendam cili nak restock dalam peti sejuk, jadi di mana dia makan benda tu apakah itu? heheh sure sure di nursery kan. Speechless.

Overall DSH ni ok la. Bilik masa mula2 admit 4 bedded tapi aku upgarde ke double bedded sebab tak berapa selesa, makanan lain2 smua ok. Sekarang tengah tunggu clearence untuk discharge dan get ready untuk membeliakkan mata tengok bill nanti hahahaha.

2 comments:

Noorul (SiaJNaD) said...

waaa... sian QQ, tapi takpe.. dalam proses nak membesar la tu.. Azam dulu hospital tu dah jadi mcm rumah kedua dah.. semua doc n nurse dah kenal sebab asyik keluar masuk je.. nanti mama QQ dah ada experience dah... bab nursery ni mmg speechless la kan... redha je la...tapi maybe kena inform diorang la sbb perut bebudak ni tak tahan lagi pedas2...

Ayaa Sofea Malaysia said...

kesian kalau budak kecik perut memuleh...