Sunday, October 23, 2011

Memori

Dulu dulu masa zaman kita sekolah tahun 90an tiap bulan ada je orang datang nak menjual kan. Jual susu sekolah, jual aiskrim, jual vitagen, jual buku buku macam2 lagi. Mesti nak beli tak boleh tak beli, kalau buku tu mak kata nak buat apa dah banyak dah, sanggup kumpul duit nak beli paling murah pun takpe..buku sifir lah paling murah kan, dan yang pastinya jual jual ni mesti 1 week in advance dah datang edarkan borang. 

Minggu lepas bila kemas beg sekolah a.k.a nursery QQ terjumpa benda ni dalam beg dia. Gelak besar saya. Comel sungguh dengan umur 1 tahun 4bulan ni bawak balik order form Yakult pandai betul orang tu meniaga sampai umur setahun lebih pun ko bantai edarkan form ni ye. Marketing strategy yang hadooo..kikiki tapi takpelah memang QQ minum Yakult  pun tapi dah banyak stok so tak beli pon..Memang kadang excited nak kemas beg dia kalau ada birthday celebration tu macam2 goodies dia bawak balik , tapi tak makan pun jajan tu saya yang tibai, kalau toilettries habis pun cikgu tulis notes dalam tu, kadang2 kertas/ form derma2 surau pun ada..macam2 benda la jumpa. Kadang kadang dia bawak buku lah pegi sekolah, bawak toys dia lah mana yang sempat dia capai sebelum keluar rumah semua cikgu sumbat balik dalam beg. Sabo jer laa..





x tau apesal gambar ni dah save pun tak boleh rotate..aihh.


Diam tak diam dah besar dah anak saya ni, bila mana tiap kali hantar dia pegi sekolah yang dari mula hantar dok bedung selimut bagai, sekarang bukak pintu kereta, ,lepaskan seatbelt dia jalan dah sendiri, ada masa dia bye bye saya, ada masa dia dah jerit tepuk tangan tengok kawan2 lain dah jerit2 nama dia. Struggling among his friends with this age memang sayu bangga dan macam2 perasaan dari seorang emak ni. Masih tegar memikirkan mana la budak2 zaman sekarang tak serba serbi advance, kalau compare masa saya berumur dia masih very reserved kan very the baby baby kan, tapi dia sekarang macam saya sudah berumur 7 tahun lagaknya. Ada sekali masa petang nak menjemput dia, dia sedang belajar mewarna dengan kawan2 lain dan cikgu kesayangannya, langsung tak heran saya panggil2 dia masih nak duduk tengah budak2 tu sebok nak mewarna, ada sekali tu juga saya senyap2 masuk pagar sekolah tengok dia buat apa, dia tengah main wrestling2 kooo..dengan budak2 umur 2 3 tahun dia paling kecik last2 orang tak layan tumbuk2 dengan dia, dia buat buat jatuh merajuk guling2 hahaha cikgu dan saya gelak besar..macam macam pengalaman yang dia kutip saya rasa dalam tumbesaran dia dan saya perlu mengekalkan hubungan baik dengan cikgu dan perlu tegur secara diplomasi yang paling halus demi kepentingan anak saya walau kadang2 ada sikit sebanyak benda tak kena. Masih bersyukur walau ramai bawah jagaan mereka 30 budak 5 cikgu tapi QQ masih hot top VVIP hahaha :-)

1 comment:

Noorul said...

alhamdulillah dah besar dah Q, dulu mama dia risau sgt kan... insyaAllah moga semakin bijak dan terus membesar dengan sihat :)