Friday, November 4, 2011

Matlamat Ber Cheese Kek sudah tercapai

Tak sangka. Ouchhh sungguh tak ku sangka. Dulu tengok orang baking baking ni aku tengok sekali imbas dan kagum akan hasilnya saja sambil dalam hati dan kepala dah set a BIG NO untuk aku baking baking ni. Antara sebabnya:-

1) Aku ni suka langgar peraturan a.k.a kurang berdisplin sikit bab masak. Bila dalam satu situasi masak bila aku dah bancuh or masak or tumis ikut resepi sekali aku tengok masakan aku tu tak serupa gambar, maka ada sedikit cuak dan dengan ini mula la perangai tak berdisplin aku tu iaitu telah meng alter sukatan. Ok contoh kata kalau buat kek (dulu2 la zaman bujang) pastu macam ceroi je adunan tu, suka suka aku je g tibai buh lagi tepung wakakaka..Maka terjadi lah kek keras sekeras batu kerikil. Terus padamkan hasrat nak baking baking lagi

2) Facilities dan equipment tidak berapa nak ada. Dulu zaman bujang ada juga beli mixer la acuan kek kecik2 tu tapi oven takde? Nak beli pikir banyak kali kang aku dah kawin nak masuk rumah lain susah la pulak. Macam macam alasan lah.

3) Tangan aku ni tak berapa nak seni, tah la keras ke bengkok ke tak tau kenapa. Kalau aku nak buat garisan lurus guna pembaris, percaya tak garisan tu tak kan tegak sepenuhnya. Haa imagine la sendiri ok


tetapi...semua itu aku rasa boleh dilenyapkan sebenar nya. Orang kata kalau taknak tu beribu alasan boleh dicipta dan difikirkan. Semua di atas telah terhapus kerana:-

1) Aku memang penggemar kek dan kawan2 comolot aku semua gilakan kek. Asal jumpa pasti ada kek, dalam 5 6 orang kawan comolot aku tu kata la dulu 2 3 tak suka kek, sekarang macam dah kena rasuk. Aku memang gilakan kek berbanding biskut. Bagi aku kek adalah sangat tempting, menarik dari segi hiasan dan warna, tekstur yang lembut dan tak perlu nak kunyah kuat2 adakalanya akan terasa juga kek yang melted di dalam mulut. :-)

2) Aku ada anak kecil yang suka kan benda makan yang macam roti (banyak makan roti dari nasi), kek dan biskut.

3) Secret Recipe yang dekat dengan ofis dan rumah aku ini telah membuat satu keputusan yang mengong kerana telah tutup dengan jayanya. Bayangkan lah di satu hari yang penuh tekanan kerja, panas berdenting tepat jam 1 tgh hari, aku dan ofismate ingin melampiaskan tekanan kami dengan ingin memakan blackpepper chix dan kek sedap2 dan lawa tapi hampa bila sampai sana dia letak notis sudah tutup. Frust ok. Sangat frust.

4) Since anak makin membesar dan kadang kadang weekend aku yang agak free di tambah semangat tengok kawan2 gila membaking dan hasilnya bombastic, meng grill apa segala, aku terus decide untuk beli oven.

Jadi dengan 4 perkara positif berlawan dengan 3 perkara negatif aku semalam telah berjaya (penuh debaran ok dari siang lagi) membuat kek cheese lemon yang menggetarkan seluruh tubuh badan hahahahhahaha...

Lunch hour selamber aku masuk lambat dek kerana pergi kedai bahan buat kek. Memang jakun aku masuk kedai tu. Macam kena rasuk juga tengok itu nak ini nak. Poyo je buat kek tak pernah kan. Hahaha. Besar juga modal for the 1st time sebab semuanya tak ada, spatula adunan tak ada, penyagat tak ada, penimbang tak ada, springfom hitam lawa tu tak ada, esen vanilla pun tak ada punya la teruk dapur aku kan semuanya tak ada hahaaa ok bila dah complete barulah keyakinan tu datang menjelma kan.

 



Ok ini 30minit terakhir di mana tutup atas tin ini (foil) telah dibuka, dan hasilnya alhamdullilah jadi cuma ada minor2 kesilapan atau pelajaran yang perlu di betulkan dan belajar. Hasil nya ada gambar dalam camera tapi tak boleh upload. Nanti nanti lah aku upload tau.

Harini lunch hour pun pergi lagi kedai tu, tapi nak cari bahan untuk marble cake pulak nak bawak balik esok..Yawnn best...:-)

1 comment:

Ayaa Sofea Malaysia said...

mak nak tgok finishing nyer ja...sila upload cepat mak tak tahan nak tgok kek kamu..