Thursday, October 20, 2011

Masalah

Saya ada masalah dengan diri saya. Masalahnya ialah saya suka dengar lagu, tapi tolong jangan tanya saya tajuk lagu unless lagu tu dah betul femes. Kalau orang tanya "kau tau lagu ni tak? (sambil sorang tu sebut tajuk)" aku memang akan blur, melainkan kalau aku dengar balik lagu tu silap2 aku hafal. Mesti orang akan marah aku kan sebab kata tak tau tapi tau hahaha..Mana tak nya selalu dengar lagu dalam kereta je lepas tu asal lagu tu habis jarang sekali Dj tu nak ulas balik atau pun ulang sebut balik tajuk lagu tu dan penyanyi kan selalunya habis lagu terus iklan.

Terbaru asal saya naik kereta je, mesti keluar satu lagu ni. Saya suka lagu yang harmoni tak kire lagu Melayu ke Indon ke English ke Jepun ke asalkan sedap gila dan tak bingit dengan instrument gitar dan dram, paling saya suka lagu ada bunyi violin.Terbaru ni bila dengar combination suara2 ni untuk pertama kali..ouhh memang menggelupur siap taip kat handphone bait2 lirik lagu ni konon nak google dan YESS!! saya berjaya kali ni..tapi berjaya dengan bantuan Kosmo Online bila masa saya tengah nak baca news pagi2 ni terpampang pasal cerita kumpulan baru ni. Saya tak tau pun kumpulan ni yang nyanyi lagu tu tapi instinct saya kuat dan BETUL.

Kumpulan ni nama dia Forteen, dan tak sangka saya dulu suka gila Rizu ni dari dia masuk satu pertandingan di RTM masa tu dia budak sekolah lagi suara dia sedap gila, now dia dah jadi anak didik KRU dan tubuhkan kumpulan Forteen ni.

Ok enjoy lagu ni ye. Seperti biasa sindrom dengar lagu yang sama 9jam tanpa henti (ofis hour) berulang kembali, dulu gilakan lagu Ancora kumpulan omputih suara soprano tu apatah namanya, pastu gila kan ILU Afgan pastu lagu ni. Macam macam hal lah aku ni kan hahaha..



3 comments:

Sal Abdul Rahman said...

tolong lah aiza!! baik dengar lagu aishiteru tu lagi remaja ;p

Noorul said...

hehehe best kan lagu tu...

Sentuhan Kasih said...

sedap lagunya aja..