Friday, October 14, 2011

Hampir Sebulan

Ok cemerlang sekali hampir sebulan tak hapdet ko. Tengok kawan2 lain sangat rajin hapdet.
Nak kata sibuk tu tak juga, cuma rasa  nak merepek kat sini adalah sedikit kurang.

Lately sangat penat dan sengal2 badan la. Pagi tadi bila matikan enjin kereta dekat ofis tak sabar rasanya nak tunggu Sabtu jam 2 petang. Sedang berangan baring di depan tv terbongkang dengan penuh bergaya bersama anakanda tercinta tanpa memikirkan perkara perkara yang tidak membebankan. Mahu pergi berurut dengan MakMi tukang urut tu pun susah nak cari masa yang sesuai. Kesian saya.


Oh saya perlukan internet di rumah boring juga tak de access walau memakai telefon kategori telefon pintar tapi saya sudah block smua internet access saya, kalau di rumah gunakan telefon suami saja tapi masa suami di rumah adalah limited.


Untuk minggu ni saya rasa badan saya terapung rapung, otak saya penat berfikir. 1001 perkara saya fikir, banyak perkara buat saya rasa tak best tapi saya tak berapa nak melayan rasa tak best tu. Kadang kadang bila makan pun rasa dan benda yang berat tu datang singgah sekejap uhhh rasanya penuh sesak tapi saya tetap juga menelan makanan hehehehe...

ok lah berdoa yang baik2 saja. cepat2 turun pelangi.

1 comment:

Noorul (SiaJNaD) said...

apa yang berat sangat menyinggah di pikiran tu jaja... hehehe rileks2 kan minda... imma pun suka la berurut... mmg best mmg sakit la masa tukan, tapi lepas tu uhh LEGA!!!