Friday, October 21, 2011

Cerita yang TIDAK sesuai!

 Ok lagi pasal dunia hiburan. Wah macam wartawan kan aku ni.

Pagi tadi telah membuatkan aku tutup tv secara sakit hati sementara sedang bersiap2 pergi kerja.
Itulah rutin aku tiap pagi on kan tv macam channel nak bagi si kecik ni duduk diam. Tapi nan hadooo diam pun baik dia tawaf 1 rumah bagi sepahkan. Adalah seminit dua yang dia duduk diam tengok tv kan.

Nak jadikan citer pagi tadi aku on TV2 sebab ada kadang citer katun kacang tu dia suka juga. Tapi hari ni citer lain yang keluar. Tajuknya "Tippi" dan cerita ni aku memang akan pangkah awal2 bagi anak tengok walau anak belum paham pun apa katun tu cakap. Kenapa aku tutup terus tv?

Dialog citer ni adalah sangat bodoh dan tidak sesuai untuk tontonan budak2. Antara dialognya ialah:-

1) " Air apa yang sedap di minum?? Air kacip patimah laaa"(sambil 2 watak katun tu gelak macam haram sekali) Haram di sini merujuk umpama air kacip patimah tu adalah "nikmat dan power".

2) "Ko buat apa ni? Aku tengah MELANTAKK la apa lagi" sesuai ke perkataan tu untuk budak2???

itu antara 2 ayat yang aku totally tak boleh terima langsung dan lebih mengecewakan siaran ini disiar oleh RTM - Stesen TV BUKAN milik swasta. Jadi watch out RTM!!!! jangan sambil lewa! Aku marah ni!

1 comment:

Sentuhan Kasih said...

rancangan kanak2 sepatutnya perkataan yang nice2 kan tapi dah mcm org besor jer yg tgok ...