Thursday, September 15, 2011

Angan Angan lantas menjadi Impian

Perempuan ini (saya lah tu) punyai satu perangai yang tak tahu mana datangnya. Pelik tapi ianya benar dan itulah hakikatnya saya.Semenjak dua menjak kalau naik kereta bersama mini family saya, sekarang saya perlu duduk di belakang seorang diri melainkan perjalanan yang sangat jauh baru saya duduk di hadapan bersama mini co driver. Kalau perjalanan dekat dekat maka tercampak lah saya seorang di belakang manakala mini co driver duduk di seat beliau sendiri di hadapan.


Maka dengan itu saya suka berangan rangan seorang diri dan yang paling saya suka mengimaginasi ialah part mengemas dan mendecorate rumah. Ohh pelik tak? Contohnya perjalanan dari Kelana Jaya pulang ke Sri Damansara lagi lagi kalau baru pulang dari rumah orang lagi kuat saya berangan nak nak kalau rumah orang yang saya pergi tu cantik menawan kalbu. Kena pulak memang rumah tu jenis macam rumah saya jadi saya rasa saya suka meng expand idea dia kepada idea saya walau rumah kami sekangkang kera.

Kadangkala tak perlu tunggu nak berangan dalam kereta, pernah ada satu ketika masa saya bujang saya telah membrowse satu blog terkenal tu semasa waktu pejabat. Saya tertawan dia kemas bilik tidur dia yang compact macam bilik tidur rumah bujang saya tu bila mood sudah mari selari dengan tertawan dengan kekemasan bilik tidur dia, balik kerja hari yang sama terus saya pergi Carrefour (masa tu kerja area Midvalley) saya cari langsir baru, cadar baru, rak baru dan balik tu terus tukar design bilik.

Bagi saya, saya tidak suka design yang florish2 berbunga bunga kerawang kayu kayu jati tu memang bukan citarasa saya walau ada juga orang yang design rumah mereka sungguh cantik sekali. Saya orang yang jenis suka susun tegak tegak kemas dan mampat simple dan selesa. Sekiranya di beri pilihan sofa bercorak English Style atau sofa comfy kulit berwarna hitam, sudah pasti saya pilih yang no. 2 itu. Kerana saya orang yang tidak berseni halus.
T
etapi semua ini lagi indah sekiranya saya memiliki rumah idaman saya sendiri. Rumah idaman saya simple saja, rumah teres setingkat semi D dan yang penting mesti mempunyai keluasan luar rumah yang besar yang mana bila bila saya ada modal lebih saya boleh extend rumah saya sebesar besar mungkin mana la tau ramai anak cucu kan. Buat masa ni masih dalam perancangan membeli rumah sendiri sementara tunggu suami selesai bergraduasi dalam 2 tahun lagi. Mungkin harga rumah makin mahal tapi mungkin dengan pertambahan gaji dan pendapatan lain mungkin boleh memenuhi impian rumah pilihan kami itu.

Berballik pada bab mengemas bilik tadi (pusing jauh betul) saya lately cukup menyampah dengan bilik belajar di rumah saya tu. Bilik tu juga la ada kotak2 wedding gift, bantal selimut segala untuk stok ramai2 datang, buku bukuan sudah nya tentu, pening kepala tengok. Selepas terbrowse gambar gambar di bawah  balik semalam datang angin puting beliung saya nak kemas bilik tu dan kemas wire berselirat dekat living hall. Nama saje rumah master in electrical tapi sungguh berselerak dengan wire. Lagi bertambah sakit mata hati bila budak kecik itu suka teramat amat suka main wire plug point segala. Tak serik kena kejutan letrik masa dekat hotel di Mekah haritu tapi ialah budak besar tu mana dia nak ingat kan. Semalam juga saya telah humban semua kotak2 bakul2 wedding tu yang berbunga bunga yang tak tau gunanya lagi tu belum masuk kain baju lama, tudung2 lama yang nak bagi pada cleaner rumah. At last saya berasa sedikit lega kerana apa yang nak saya susun dan atur 90% telah tercapai. At least untuk menjadikan bilik itu berupa sebetulnya sebagai bilik belajar dan bilik solat. Di situ juga terdapat katil bujang lama saya yang seperti biasa bawah katil mesti dan wajib ada barang kan jadi saya telah berangan kalau ada modal lebih untuk beli set katil queen dan lenyapkan katil bujang itu dan barang2 di bawah nya :-)

Gambar gambar di bawah ini lah yang telah menyuntik semangat saya semalam untuk mengemas. Lihatlah memang tiada yang berbunga bunga kan semuanya abstrak dan susunkemas. Sekali sekala mood nak mengemas datang dan perasaan sakit mata hati tengok wire berselirat sudah setel. 

Impian yang seterusnya ialah mengemas satu beg plastik hitam sampah XXL mengandungi handbag dan beg beg belajar saya yang kalau masih ok ok condition mahu di let go di Cash & Converter atau kalau kopak kapik sikit saya humban dalam tong hijau besar recycle bawah rumah. Suami saya kalau saya bergerak baru la dia bergerak normal la orang lelaki mesti macam tu punya kita perempuan ni kan tulang belakang mereka.

Ohh saya suka ini kerana ianya amatlah cerah dan terang saya tak suka malap malap pening kepala. Kuning itu umpama memberi energy kepada otak saya. (Errk otak saya ke otak suami yang belajar) hahaa


 Ini juga sangat sejuk di pandang tapi ada ala ala pejabat pulak :-)

Ini pun sungguh comfy dan sejuk dan terang


Ohh cantik nya kotak kotak ini, Kalau susun tudung ikut warna kotak ni cantik sekali kan.


Sumber gambar: http://mamiworlds.blogspot.com/2010/09/idea-kreatif-ubahsuai-dalaman-untuk.html

7 comments:

Iszuanie Ilias said...

hurm nak tunggu sogo sales la nak beli langsi tuk bilik skrg...

» NAJA « said...

ala kalau bilik pakai sikit je kan langsir. kat JJ ada lawa2 murah 30 40 hengget tu kan.. Aku dulu kalau nak mood best suka tukar2 langsir bilik atau cadar la selalunya...skrg belambak2 cadar katil single

Sentuhan Kasih said...

kuning tu buat ruang nampak cerah dan luas mata dan otak kan

IbUGojESss said...

mak pon ske simple mimple yg x bebunga..sampai pah lah mai umah 'awat langsir kamu sume xdak corak? dr bwh smpai atas..' kakakaaaa....

IbUGojESss said...

mak pon ske simple mimple yg x bebunga..sampai pah lah mai umah 'awat langsir kamu sume xdak corak? dr bwh smpai atas..' kakakaaaa....

Sal Abdul Rahman said...

oit tulisan besor semot sakit mata nak jegil!!

Noorul said...

imma pun mac am tu.. suka kemas2 rumah n nak ubah design bilik... mmg lumrahkan kita org pompuan.. hehehe