Tadaaa...Dah habis dah raya sakan pulun tak ingat tahun ni. Selamat Hari Raya u olss..Masih lagi bulan Syawal kan.
Raya sakan weh tahun ni. Sabtu last puasa tu malam tu jugak pulang ke JB untuk menyempatkan diri berbuka puasa bersama keluarga mertua yang ternanti2 kepulangan kami terutama satu satunya cucu mereka. Tak sempat cucu nak tido lena semua dah keliling dia
Memang betul sangkaan SIL bila MIL kata tahun ni tak nak buat kuih raya. Tak de bila nya bila tiba tiba MIL kata rasa lain pulak tak buat kan especially biskut yang wajib ada Almond London dan Jem Tart maka terjadilah jua biskut tu beribu ribu biji kerana tenaga kerja yang ramai + oven berkuasa tinggi dan the 'little helper'. Makan la sampai pengsan sampai masuk mulut sambil memejam mata menikmati biskut itu. Buat sendiri memang sedap tambah pula kalau guna chocolate brand Tulip tu + badam besar takde kedekut2 punya kan.
1st raya ingat aku plan memang tak pegi semayang raya terbayangkan si kecil yang ligat langgar semua saf nanti kan, tapi MIL kata pergi je dan duduk belakang je awasi anak dapat juga pahala dan suasana sembahyang raya. Siap la daku laju laju sebab style belah mertua aku ni semua kena pantas dan cekap kalau lembap terbangak bangak sendiri rasa malu. Biasa la orang kata masuk kandang kambing mengembek masa kadang rimau mengaum kan. Sampai masjid pun Qhalyf dah jumpa kawan mujur la tak la lama sangat kan padahal dia dah berpeluh peluh bila dan balik makan pagi raya ohh ini adalah nekmat tak terhingga ye kawan kawan menu Johor kita tahun ni sambal kacang, lontong, rendang daging, serunding. (tiba tiba terliur) lepas dah makan bersendawa adegan salam bermaafan sambil hulur dan terima duit raya kan dan seperti biasa la yang paling kaya masa raya adalah si kecik berduit US Dollar dari Uncle John nyer. Mak nye salam kaut je kah kah kahhhh...Duit raya tahun ni separuh dah masuk Tabung Haji semalam apaknya awal2 dah selamatkan..lagi separuh pada mama nanti mama topup ok kite masuk NURI pulak.
Kemudian tahun ni ramai sedara mara belah suami yang berkumpul dekat rumah Stulang. Memang ramai dan meriah tambah pulak dengan Nasik Beriyani Gam dan Laksa Johor dan suasana rumah tu memang best gila sakit pinggang mengejar Qhalyf yang tak tau guna kuasa apa dalam badan. Tapi this year memang puas beraya 1 JB dari Skudai ke Pasir Gudang sana malam raya 2 tu jugak balik KL yang membuatkan kami membuta tak sedar diri kat Hentian Senawang sedar2 dah lengang.
Raya di Ipoh juga best sampai dua kali ko ber BBQ penangan adik adik aku. Sampai aku pulak stuck tak boleh nak kemana mana sangat melainkan tawaf rumah pakcik makcik je dan sempat sampai area Tronoh dan Sungai Siput je nak ke Tapah pun tak sempat lagipon pakcik ku itu tiada. Mujur Kak Bayam dan Dr. Iszuanie sempat datang beraya rumah aku.
Raya kali ni sangat best dan duit yang keluar best juga tapi berbaloi baloi kenikmatannya. Syawal masih berjalan, nak beropen house bak kata Teacher Elza bajet tu lari laju sangat tak sempat termengah mengah nak kejar hahaha...Kalau dtg nak makan kuih raya boleh je mai je la roger2 akak ok...Minggu ni je la yang free teramat minggu depan Mr. Suami sudah mula kuliah semester barunya. Apa apa pun selamat hari raya u ols!! Maaf Zahir Batin :-)
Qhalyf yang tak reti duduk diam gunakan kaki 100% sampai urat timbul :p
Kami di pagi raya tengok tu nak bolos jugak tak nak duduk diam
No comments:
Post a Comment