Thursday, September 8, 2011

Lasak + Saiko + Marah

Semakin hari semakin ya amat lasaknya hero kecil a.k.a little helper ku. Dia paling happy kalau kami berdua mama dan babahnya ada duduk berbual2 dekat dengan dia dan paling dia jeles kalau kami dekat2 ke apa. Tak tau dia dengki ke sapa tapi kalau buat macam tu dia akan peluk abah dia. Jeles kat mama ke? Hadoiii la...Very the peluk cium with babah.

Haritu time beraya rumah orang sedara mara semua punya la sakan aku ini bekejar kejar dengan dia. Pantang jumpa buku rumah orang, jumpa kawan2 sebaya jumpa kucing jumpa toys..Memang tak senang nak berborak dan makan puas puas kerana nak bagi anak beraya puas puas kesahnya kan. Sakan anak beraya kan.



Dalam sakan sakan tu jugak lah aksi hebat sekarang yang aku rasa tak sanggup ialah bab pakaikan diapers. Rasa kadang macam berperang pun ada sebab dia betul2 tengah melasak yang sampai orang kata 1tahun++ keciknya badan??? ye memang berat badan dia macam maintain je 8kg gitu. Jadi sebab dia macam lipas kudung bila nak lekatkan diapers rasa macam sangat disaster dan rasa macam nak je beli yang jenis pants punya diapers tu, tapi masalahnya haritu cuba yang Mami Poko Pantz tu tak tahan la.. tembus. Qhalyf memang guna PetPet sejak umur 3 bulan sebab jenis ni sangat bertahan bagi dia cuma tu la nak kena lekat betul betul baru tak tembus. Kenapa la PetPet tak buat jenis yang pants tu kan senang.

Lepas tu dilema nak pujuk dia pakai lampin kadang2 ringan jugak tangan aku dok pok bontot dia memang tak larat nak kejar. Asal orang letak je lampin bawah bontot dia, terus dia mengiringkan badan dia. Punya la banyak idea. Kadang kadang 'hepp' kan dia kadang kadang 'pokk' bontot dia sampai tak tau macam mana nak saiko. Aku tak suka la nak tinggi2 suara nak marah marah pukul pukul tak tentu pasal tapi tak tau macam mana nak pujuk dia. Setakat bagi bagi barang mainan ke memang tak layan langsung.
 
 
Ini la dilema mak mak zaman anak sedang membesar ni. Kepala ligat berpusing fikirkan cara yang terbaik untuk mendidik anak anak sebab anak anak zaman sekarang sangat menakjubkan. 

No comments: