Tuesday, August 2, 2011

and Finally....

Dan akhirnya perkara yang di tunggu tunggu ialah Qhalyf boleh berjalan dengan bergaya sekali. Hahaha ada gaya ketam pun ada, ada gaya bumble bee pun ada. Tepat masa tu umur dia setahun 3 minggu macam tu.Punya aku sebelum ni dok risau tak tentu pasal kan. Agak normal jugak umur setahun macam tu dah jalan kan. Risau ko...bayangla umur 6 bulan baru meniarap. Benda benda lain dah terer, panggil kami, panggil bird semua tapi bab berjalan (fizikal) agak slow in progress sikit. Now doa mama hari hari dan doa mama di Mekah haritu telah makbul..Alhamdullilah syukur...

Kadang kadang rasa kelakar sebab dia suka je ikut orang (aku atau suami). Siapa bangun dari sofa nak pergi bilik ke, dapur ke mesti dia ikut. Kalau dulu masa aku tengah berdiri di sinki pusing belakang tengok dia merangkak laju datang kat aku, skrg bila aku paling ke belakang dia macam nak berjalan sambil berlari2 sikit ke aku, terus aku macam terkejut dan tak percaya " eh dia berjalan la pulak, dah tak merangkak dah" macam pelik di situ. 

Qhalyf memang jenis tak takut gelap. Bilik study Babahnya memang kegemaran pantang pintu terbukak, ko gelapkan la 1 rumah pun dia tah tah kata dalam hati "ada aku kesahh?"..
dan sejak 'dapat kaki' ni memang hobi dia berjalan 1 rumah.

Bab makan pun sekarang lepas aku bagi vitamin 'Champs' yang ada 'lysine' tu baru la nak makan nasi. Lauk mesti lauk orang tua kekekeke...dah ada 6 gigi mesti la nak makan best best kan cuma dia ni agak berhati2 sikit, asal permulaan suap, mesti bukak mulut kecik dulu, test dulu..Hehehe food tester laa konon..Penat memang penat nak ikut dia, tapi sangat sangat enjoy.

3 comments:

Iszuanie Ilias said...

go alep go alep sayang anak buah takteh nih muah....

sukahati said...

tahniah Qhalyf! :D

Sal Abdul Rahman said...

tak lama lagi berlari..best best ;)